Sunday, August 16, 2009

Kueh Keria

sejak dpt 'gelang itam' arituh asyik nk wat yg berkaitan 'gelanggg' je erk??! hahahaha.... suko ati mokcik la kan! itu jerk idea yg dtg! maleh nk pk banyok sebenonyer! hahaha... jom ar layan bekpes kami arini! igt nk wat keledek goreng, tp minggu lps br makan! so tuh yg wat keria tuh! best keria nih! lembut jerk! aku kurangkan tpg skit sbb tk suka sgt rasa tepung lebih! ppon sedapp! resepi asal dr makcik jual kuih yg dikongsikan oleh Quinnie myr.

Bahan-bahan
  • 500 gm keledek
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1/4 cawan tepung ubi kayu
  • 1/4 cawan gula untuk menyira dan sedikit air
Cara-cara
  1. keledek dikupas, dibelah dua dan direbus hingga empuk.
  2. toskan keledek dan lecek hingga lumat
  3. campurkan tepung gandum dan tepung ubi bersama keledek dan uli hingga sebati.
  4. ambil sedikit adunan tepung, dibulat-bulatkan dan buat lubang ditengahnya. jadikan seperti gelang.
  5. goreng hingga masak dan kuning. toskan kueh tadi.
  6. panaskan gula dengan sedikit air didalam kuali. kacau hingga likat dan kemudian masukkan kueh yang telah siap digoreng tadi. kacau rata/ golek-golek hingga gula melekat dikueh. padamkan api dan bolehlah diangkat.

2 comments:

  1. hanaaa...akak nak dua puluh ketui..ada lg takk..??? ingat nak buat gak, keledek pun dh beli, tp malasssssss!!! adoiiiii!!!!

    ReplyDelete
  2. dua puluh tarakkk!! dua ketui boley! akak tuh memanjang malass! bila nak rajennnn???! ekekeke

    ReplyDelete