Sunday, August 16, 2009

Mee Bandung II

kali nih try resepi owang lain... dr dagang my.resipi. not bad! sedap jugak! tp terlebih cili sudah! ngeeee... but my laling lebih refer mee bandung yg biasa aku buat! maklum ler... tekak dier dh biasa la tuh kot! hehehe... resepi sblm nih bleh tgk sini yer Mee Bandung! k la... kitaorg dh kenyang mee bandung! pehnih nk g bandung la pulak!!! hihihi.... selamat berhujung minggu wat semua yer!

Bahan-bahan
  • 500g udang kering segar
  • cili untuk menumis
  • gula pasir
  • bawang merah 10 biji untuk menumis dan 10 biji lagi untuk buat pes
  • bawang putih 3 biji untuk menumis dan 3 biji lagi untuk pes
  • mee kuning 1 peket
  • sotong basah- xde! ganti udang
  • telur ayam 4 biji atau ikut bilangan orang yang hendak makan
  • Sayur sawi 2 ikat
  • tauhu goreng 5 keping
  • garam
  • air untuk kuah
  • 5 biji tomato segar
  • minyak untuk menumis
  • daging (optional)
  • Bawang goreng
Cara-cara
  1. Blend udang kering, bawang merah, bawang putih dan cili.
  2. Potong kecil sotong basah dan daging lembu.
  3. Hiris tauhu goreng nipis-nipis
  4. Cuci mee kuning dan toskan
  5. Potong sayur sawi dan tomato
  6. Untuk memasak perencah mee bandung: Tumis bahan blend tadi menggunakan minyak yang banyak (kerana udang kering akan meresap minyak)
  7. Bila sudah separuh masak masukkan air dan kacau sehingga masak.
  8. Kemudian masukkan gula dan garam. Cuba rasanya samada perlu ditambah gula atau garam lagi. Jika semuanya sudah ok bolehlah dikeluarkan dari kuali tadi.
  9. Untuk memasak mee bandung: Panaskan kuali dan masukkan minyak ,tumiskan bawang merah dan bawang putih hingga garing dan masukkan air ikut berapa ramai yang hendak makan.
  10. Bila air dalam kuali sudah mendidih bolehlah dimasukkan perencah udang tadi.(jika anda mahu kuah pekat masukkan perencah lebih)
  11. Kacau kuah supaya tidak berkerak dan masukkan sotong basah ,daging dan telur satu persatu. Pastikan telur masak kemudian angkat untuk asingkannya supaya tidak hancur.
  12. Bila bahan yang dimasukkan tadi sudah masak bolehlah masukkan mee tadi. Kacau sehingga mee masak dan masukkan sawi. Kemudian tauhu goreng, garam, bawang goreng dan rasa secukup rasa.
  13. Tomato dan telur anda boleh hidangkan semasa hendak makan.
  14. Makan semasa panas
  15. Selain mee kuning anda boleh juga menggunakan mee hoon. Tetapi kuahnya tak perlu terlalu pekat.

9 comments:

  1. Woi....CANTIK>>>MENARIK>>>>MEMBUKA SELERA>>>>Cik Hamzah...tak suka yer...tak pe...maih sini akak habiskan...hahaha...you guys have a nice weekend!

    ReplyDelete
  2. bukan tk suka la kak... cume resepi yayang dier LEBIH mmbuka selera dier! hahahaha... gtu ler konon2nyer! hihihi

    ReplyDelete
  3. Apa pasallaaaa Mak Yong ni rajin sangat ni? Bak mari sini sket kerajinan mu itewww....

    ReplyDelete
  4. nasib baik kat sini ada jual mee bandung yg sedapp. klu tak mau kena belajar buat mee bandung gak.hehe

    ReplyDelete
  5. to kakda..
    jemput makan kak!! ehehehe

    to mamafami..
    rajin ker ma??! sbb nk makan kot! hihihi

    to k.ain..
    cehh!! tk aci btol!! bak mai semangkuk pree!! hehe

    ReplyDelete
  6. mee bandung!!!!!...aduhhhh!!!!!... sedapnyaaaaa.. lama x mkn!!!

    ReplyDelete
  7. Aisey.. tgk mee bandung akak malam2 nie terliur plak... dah nak tido nk kan nak membandung lagik... huhuhu

    ReplyDelete
  8. to anawahid..
    nnti aku blk lagi, ko blanjer aku mkn mee bandung kat muor nk tak?! kehkehkeh

    to blogresipi..
    ala ko mimpi g bandung jerk sonang cter! xde kereje memalam nk membandung kat dapur! hehehe

    ReplyDelete