Monday, August 17, 2009

Potato Croquette

wat bekpes anak2... sedapp depa kata! cam nugget kentang gtu! tp extra daging! mmg la budak2 suka... nih kes nengok rancangan mkn2 kat tv mlm td la nih! tgk cara dier buat! kat sini pemes gak mknn nih! carik2 kat my.resipi sib baik ader resepi k.yani! wat banyak simpan kat freezer...sok lusa tulat leh goreng lagik! sonang kije aku! jom la layan snack budak2 nih! mak bapak budak pong leh suka gak! hakhakhak... thnx k.yani!

Bahan-bahan
  • 4-5 biji ubi kentang
  • 1 sudu mentega
  • 1/2 biji bawang besar
  • 150g daging cincang
  • sedikit garam dan serbuk lada sulah
  • 2 biji telur dipukul
  • bread crumbs secukupnya
  • sedikit tepung
  • minyak untuk mengoreng
Cara-cara
  1. Rebus ubi kentang sehingga masak
  2. Kemudian kupas kulit kentang dan lenyek dengan garfu
  3. Potong dadu bawang besar.
  4. Panaskan mentega. Tumis bawang besar sehingga naik bau.
  5. Masukkan daging. Kacau supaya tidak berketul. Bila dah masak tambahkan garam dan serbuk lada sulah.
  6. Kemudian masukkan daging ke dalam ubi kentang tadi. Gaul sehingga sebati
  7. Bahagikan kepada 8 bahagian. Ambik satu bahagian dan buat bentuk bulat atau ikut kesukaan anda. Ulang sampai habis.
  8. Salutkan setiap bahagian tadi dengan tepung, kemudian dengan telur yang telah dipukul dan diikuti dengan bread crumbs
  9. Goreng dalam minyak penuh.

7 comments:

  1. ingatkankan pegerdil td, cam lebih kurang jer bentuknyaa... ooo... rasa cam naget eh!!!.. ni pon masuk seklai lam pinggan nasik yer!!.. hehehe

    ReplyDelete
  2. nina suke gile croquette nie..1st tgk dlm cite honey & clover,tgk dorg makan cam best je..pastu try la wat sendiri..mmg best..

    ReplyDelete
  3. yelah..akak pun ingat begedil tadi. mcm ala2 begedil tp dh di omputihkan la ni.hehe

    ReplyDelete
  4. betul tu ni bergedil versi omputih...budak2 sukalah ni...

    ReplyDelete
  5. to anawahid..
    pd aku lain kot ngan begedil.. bentuk tuh tak kisah la ko nk bentuk sebesor gajah pong bleh kot! wakakaka

    to berry..
    best kan berry! klu mak budak suka bbudak lagiiii la suka! kan kan..

    to k.ain..
    klu begedil kita letak rempah2 jintan tuh n segala aksesori lain! yg nih just pepper ngan garam jerk! tp sedapp!

    to k.suzi..
    lebih kurang la kak! leh try utk anak2! kompom diorg suka!

    ReplyDelete
  6. sis.... nmpk sedapla potato croquette ni.....kene try niii......

    ReplyDelete
  7. kak hana..tepung tu nk guna tepung gandum ke?bread crumbs tu apa kak?minta maaf xpandai..

    ReplyDelete