Friday, November 20, 2009

Ikan Saba Goreng Kicap

salam jumaat yg mulia.... arini takde menu spesel dari dapur mama darwish la! ikan goreng jerk! tp cedap taww ikan neh! selalu goreng kicap bodo2 jerk! arini ikut resepi makyong jd ler goreng kicap pandai sket! kihkihkih... nengok ikan negro nih kat blog k.nor! terus selesai masalah nk msk apa arini! hihihi... thnx k.nor n makyong!

Bahan-bahan
  • >>Bahan untuk rebus
  • Ikan tongkol- gune ikan saba
  • asam keping
  • lengkuas
  • garam
  • manisan/gula melaka
  • >> Bahan untuk goreng kicap
  • bawang besar-hiris
  • bawang putih- hiris
  • cili padi- hiris
  • kacang panjang- tukar btg saderi
  • kicap
  • sos tiram
Cara-cara
  1. Bersih ikan dan rebus dengan bahan-bahan rebus. Letak siket air tapi tak payah tenggelam ikan. Tutupkan periuk.. biarkan di atas api 4-5 minit. Ikan yang dikukus semalaman lagi sedap bila digoreng.
  2. Goreng ikan tongkol yang direbus sehingga garing. Ketepikan
  3. Tumiskan bawang dan cili sehingga naik bau. Masukkan kicap dan sos tiram. Kacau dalam 1-2 minit. Kemudian masukkan kacang panjang. Goreng dalam 2-3 minit.
  4. Kalau nak berkuah masukkan sedikit air rebusan. Lepas tu bolehlah dimasukkan ikan. Kacau biar sebati.
  5. Sedap dimakan ketika masih panas-panas.

10 comments:

  1. haaa... kan dah kata mmg sodap! bak nasi panas2.. nak makan gak nih

    ReplyDelete
  2. salam kak hana,
    comei sungguh ikan masak kicap tu posing... hihi

    ReplyDelete
  3. Ikan saba ni dah sampai Penang dan sedap lak tu....nanti boleh ciplak resepi ni...hihi...

    ReplyDelete
  4. Klu masak kicap wat camna pun sodaaappp!

    ReplyDelete
  5. to k.nor..
    ye la kak! isi ikan lembut sbb dh kene rebus dulu kan.. klu tk sblm nih goreng terus keras!

    to nurindah..
    slm nur.. mcm tuannyer erk?? ahaks! persan! :D

    to k.watierman..
    terer tol kejap dh sampai penang yer! slamat mencube k.watie~

    to e-na..
    yg nih extra sodapppp! hihihi

    ReplyDelete
  6. Ikan negro tuh hitam manis ler.. cedapp pulak kalau buleh makan ngan nasik panas. uish, banyak hari tak makan nasik ni... sedappnye!

    ReplyDelete
  7. to blogresipi..
    perghh! dasat ko diet erk ijan?! toce! toce!

    ReplyDelete
  8. ooooohhhh...ikan saba tu ikan tongkol ke..??? baru le tau!!!hihihi

    ReplyDelete
  9. k.ainnnn... bukanlah!!! ikan saba tk tau kat mesia ikan apa! ikan tenggiri kot! ataupon mmg nama dier ikan saba! hentahlah! kita fail bab nama2 ikan! hahahaha

    ReplyDelete
  10. salam hana.
    ada jugak ya resepi bodo2, hehe lawak.
    ikan goreng kicap tu nampak sangat sedap, kakchik pun suka lauk macam tu.

    ReplyDelete