Tuesday, January 19, 2010

Sup Daging Merah

stok baticrom udah sampai.. penoh sendat esbok aku! kene masak mana2 yg patut! masak daging dululah! resepi dr dapur ros, asal resepi dari kak.aini.. bleh jugak tengok kat dapur kak.zana. tenkiu semua..... sedap jugak! ala2 bone steak gtu! meh aku suap sowang sesudu wat rasa2.. hihihi... mintak cnp yer ros resepinyer.. arigato!

Bahan-bahan
350gram daging boneless ( kalau guna daging ade tulang lagi sedap)
1/2 biji bawang besar
2 biji bawang putih
2 inci halia
2 kuntum bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
4 biji buah pelaga
2 sudu besar rempah sup
4 sudu besar tomato ketchup ( boleh ganti dengan tomato puri atau sos tomato)
1 biji kentang
1/4 biji lobak merah
1/4 batang celery

Cara-cara

1. Blender bawang besar, bawang putih dan halia hingga hancur, dan panaskan sedikit minyak, tumis kulit kayu manis, bunga lawang serta buah pelaga, kemudian curahkan bahan kisar tadi dan biarkan naik bau dan agak garing.

2. Selepas itu masukkan tomato ketchup, daging, kacau seketika, setelah semua sebati, baru masukkan air, pastikan daging tenggelam, setelah mendidih baru masukkan rempah sup dan masak hingga daging empuk baru masukkan batang celery, kentang dan lobak.

3. Sesuaikan rasa, masukkan sedikit garam, angkat dan taburkan sedikit hirisan daun celery atau daun sup, sedia untuk dihidangkan. Rasa sup yang lain dari biasa, kerana penambahan tomato ketchup, anda pasti menggemarinya. Selamat Mencuba.

Nota: kalau tak mahu tumis pun boleh, masukkan sahaja semua dalam periuk dan masak sampai daging empuk, baru masukkan sayur-sayuran lain, jika guna pressure cooker lagi jimat masa dan kos.

5 comments:

  1. salam kak hana,
    Hmmmm...sedapnya makan sup tgah2 ujan salji tu kan? seger....
    suka tengok kak n family main salji.

    ReplyDelete
  2. sup merah ni antra menu yg selalu akak buat, sedap mkn ngan roti.

    ReplyDelete
  3. Dapat hirup sejuk2 ni mmg sedap!!!

    ReplyDelete
  4. to indahouse..
    slm nur.. mmg segerrrr! hihihi

    to k.ain..
    sedap kan kak! tp roti dh abes! klu tk mmg nk cicah roti dh neh! hehe

    to ju@lucky mummy..
    slamat mencube ju! :)

    to ena..
    tol lah! sejok2 nih mknn apa jer semua sedap! hihi

    ReplyDelete