Friday, April 16, 2010

Christollenočka @ Mix Fruits Bread

warm-up dapur dulu ngan menu roti la yer! dengan kuasa turbo en.BM dah tentulah kerja jd senang.. campak jerk semua bahan, geduk gedak geduk gedak siap!! bako terus ngap! hihihi... sedap betui roti neh! wangii plak tuh! next time leh wat lagik lah! nak tau asal usul roti nih leh tgk sini yer.... tapi aku wat nih tak cukup mix fruits n kismis! jd nmpk cam kosong jerk gtu! tp menten sedappp! resepi kat bawah nih aku dah derhaka skit! alaa skit jerk! takpe kan mat kan kan.. derhaka yg mbawa pekdah! kikikikiki..... resepi asal dr Bread Doctor tp cedok d blog Pei Lin.

Bahan-bahan
Bahan A
  • 240g tepung roti
  • 60g tepung gandum
  • 45g gula perang (resepi asal 30g gula putih)
  • 3g garam
  • 6g yis kering
  • 1sk parutan kulit oren@lemon - hana gune oren
  • 1/2 sk serbuk cinnamon
  • 1sk bread softener - nih hana tambah
Bahan B
  • 60g butter (resepi asal 90g)
  • 30g telur
  • 130g susu segar
Bahan C
  • 75g kismis - cincang kasar
  • 60g mix fruits - cincang kasar
  • 30g almond - cincang (hana gune walnut)
Cara-cara
  • Satukan bahan A dan gaul mesra. Masukkan bahan B sedikit demi sedikit hingga sebati dan tak melekat di tangan. Masukkan bahan C dan uli hingga menjadi doh yang lembut dan elastic.
  • Kaedah lain - Masukkan semua bahan ke dalam breadmaker dan setting menu Doh dan ONkan. tunggu sehingga siap.
  • Tutup doh dengan cyling wrap dan perap sehingga naik dua kali ganda.
  • Keluarkan doh dan tumbuk2an bagi mengeluarkan angin. Bahagikan kepada beberapa bahagian. Bentukkan seperti membuat roti hotdog. Biarkan hingga naik dua kali ganda lagik dan kelar 3 menyerong atau memanjang sblm bakar.
  • Kaedah lain - Bahagi dua. setiap satu lebih kurang 360g. Kemudian gulung memanjang kepada tiga dan buat seperti tocang. Masukkan ke dalam loaf tin atau biarkan begitu sajer atas loyang dan biarkan naik dua kali ganda lagik.
  • Sebelom membakar, pastikan oven dipanaskan terlebih dahulu. Sapukan roti dengan campuran susu segar dan madu. Bakar suhu 170 selama 25-30min.
  • Sejukkan di atas redai dan sapukan dengan butter.
  • Potong dan siap dihidang.

5 comments:

  1. lembut jer nampak roti nih hana..budak2 sure suke nih

    ReplyDelete
  2. mmg lembut jerk.. sesapa yg suker kismis n mix fruits kompom akan suker!

    ReplyDelete
  3. salam Darwis!!!!wah sedapnya Darwis jalan-jalan makan angin ya!!bestnya opah tengok ....opah berangan ni hikhik

    ReplyDelete
  4. Salam Hana...pi lekas buat SEGMEN GELEDAH DAPUR tuhhh..En Ben tengah byk zat besi tuuuu...blog ko ni rugi x di geledah..ko kan rajin mengemas..hehee..tgk akak pnya dapur, Ben geledah bersepah2, bawang, rempah segala berterabur...emm, Aiman tak kesaaahhh...mmg pun dia x kesah, dia pi tusyen..hehee

    ReplyDelete
  5. to cikmanggis..
    salam opahhh!!! hihihi..... opah takyah berangan lah! meh terbang jerk ke sini darwish bwk opah g jenjalan!! kekekeke

    to k.ummi..
    salam k.ummi..ade segmen baru yer?? kiter sebenonyer segannnnn.. hahahaha... dh byk kali jenguk2 blog ben tuh.. tp maklom la ai nih pemalu! kahkahkahkahkah...

    ReplyDelete