Monday, May 17, 2010

French Toast

meh layan french toast yang sangat mudah dan sedap nih! leh wat bekpes or num petang or bila2 masa ajer time perot korang berkeroncong, berdangdut, berzapin, berrock n roll n sebagainyaa..! alahai rasanya semua org pandai wat nih! sajer jer aku buh sini! heeeee...

Bahan-bahan
  • 6-8 potong roti french
  • 2 biji telur
  • 11/2 cawan susu segar
  • 30g gula
For dusting @ cadangan hidangan
  • Gula aising atau tambahkan dgn sedikit serbuk cinnamon jika suka.
  • Sos kastad, madu, cream cheese, whipped cream, hot chocolate, buah2an, ice-cream or etc
Cara-cara
  • Satukan telur, susu segar dan gula. Kacau sebati. Kemudian tapiskan ke dalam bekas or loyang.
  • Susun roti yang telah di potong tadi ke dalam loyang. Biarkan terendam seketika sehingga meresap ke dalam roti. Kemudian terbalikkan.
  • Panaskan kuali dengan sedikit butter@minyak. Goreng hingga keperangan kedua2 belah.
  • Angkat dan hidangkan dengan menaburkan gula+cinnamon, atau gula aising sahaja atau ikut suka seperti cadangan di atas.

3 comments:

  1. oo senang je..sedap pulak tu..tapi takde stoberi....

    ReplyDelete
  2. kak hana, meh la sedekah stoberi2 tu kat orang2 msia..ngeh3..

    ReplyDelete
  3. to cikmanggis..
    iyaaa ibuk manggis... stoberi itu sekadar cadangan hidangan sahaja! bisa di abaikan jika ngak ada.. hihihi

    to ummie..
    tunggu sat! aku nak g petik! kekekeke

    ReplyDelete