Bahan-bahan
- 1/2 ekor ayam size kecil - potong kecil
- 1 biji kentang - belah 4
- 1 batang carrot - potong
- 1 batang saderi - kerat serong
- 2 inci halia - ketuk
- 3 ulas bawang merah - hiris
- 2 ulas bawang putih - hiris
- 1 ketul kiub ayam @ air rebusan ayam
- Rempah tumis (kayu manis, buah pelaga, bunga lawang, cengkih)
- 1 sudu mkn rempah sup (optional) - add jika mau lbh rasa rempah
- 1/2 sk serbuk lada sulah
- garam
- air
- Bawang goreng
- Daun sup
- Dalam periuk,rebus ayam dgn air secukupnyer sehingga separuh masak. Masukkan kentang, carrot, batang saderi, halia dan kiub ayam. Sambung merebus hingga kentang empuk.
- Dalam kuali lain, panaskan minyak. Masukkan rempah tumis, bawang merah dan bawang putih. Tumis hingga kekuningan. Masukkan rempah sup yang dibancuh dengan sedikit air.
- Masukkan bahan tumis tuh ke dalam periuk sup ayam tadi. Perasakan dengan garam dan lada sulah. Renehkan sebentar dan matikan api.
- Hidangkan dengan menaburkan bawang goreng dan daun sup. Enak dimakan dengan sambal kicap atau begitu sahaja.
mas pun kalau masak sup ayam mesti letak batang saleri, rasanya lebih sedap kan kak,comei la mangkuk sup tu...
ReplyDeleteyep! btol tuh! lagik satu bagus utk kesihatan! kan mas kan.... mangkuk murah jerk! hihi...
ReplyDeletehana akak pong pekenan amek2 kat mangkuk tu.hehe
ReplyDeletesedap pulak nmpk sup ni,tak pernh buat.nanti nk try cubala
ReplyDeleteTerima kasih kerana berkongsi resipi bondamu!
ReplyDeleteto k.anymz..
ReplyDeletemangkuk murah jerk kak! hihihi...
to blackcardomompods..
try ct jgn tk try! sup sonang jaa.. yg penting sodapp!
to 3 hungry tummies..
sesama... resepi mudah jerk tummy! but ai sukerrr sgt kalau my mom yg masak! u know la kan air tgn mak even sempoi giler masakan tuH pasti sedapp! hihihi
kecik sgt mangkuk tu.. tak cukup.. hikhik!
ReplyDeleteto sari yusa..
ReplyDeletewaduhhh besar jugak tembolok kamu ya! hihihi
salam Hana..kita bawa roti ni..terbang jap je sampai jepun..nak cicah dengan sup hehe..roti ada sayap nih:)
ReplyDeleteAisehhh!!! ada sop ayam..tekak aku ngah perit nih...jgnlah nak kena demam lak..ko pass ah aku semangkok sop tu biar aku hirup panas2...
ReplyDelete