Saturday, May 15, 2010

Sup Ayam Bonda

sebenonyer nak wat nasik ayam! tapi malas la pulak nak godeh bahan2 yang lain tuh! wat sup biasa ajerk lah! nih style bonda Maimunah masak. Agak mudah banget! Jom tengok resepi.

Bahan-bahan
  • 1/2 ekor ayam size kecil - potong kecil
  • 1 biji kentang - belah 4
  • 1 batang carrot - potong
  • 1 batang saderi - kerat serong
  • 2 inci halia - ketuk
  • 3 ulas bawang merah - hiris
  • 2 ulas bawang putih - hiris
  • 1 ketul kiub ayam @ air rebusan ayam
  • Rempah tumis (kayu manis, buah pelaga, bunga lawang, cengkih)
  • 1 sudu mkn rempah sup (optional) - add jika mau lbh rasa rempah
  • 1/2 sk serbuk lada sulah
  • garam
  • air
  • Bawang goreng
  • Daun sup
Cara-cara
  • Dalam periuk,rebus ayam dgn air secukupnyer sehingga separuh masak. Masukkan kentang, carrot, batang saderi, halia dan kiub ayam. Sambung merebus hingga kentang empuk.
  • Dalam kuali lain, panaskan minyak. Masukkan rempah tumis, bawang merah dan bawang putih. Tumis hingga kekuningan. Masukkan rempah sup yang dibancuh dengan sedikit air.
  • Masukkan bahan tumis tuh ke dalam periuk sup ayam tadi. Perasakan dengan garam dan lada sulah. Renehkan sebentar dan matikan api.
  • Hidangkan dengan menaburkan bawang goreng dan daun sup. Enak dimakan dengan sambal kicap atau begitu sahaja.
NOTA: Jika inginkan kurang lemak dalam sup menggunakan ayam bandar@ayam daging, salai ayam sebentar di atas api atau goreng terlebih dahulu ayam tersebut dengan garam dan juga kunyit. Kemudian tumis bahan2 rempah. Masukkan kentang dan air, rebus separuh masak. Kemudian masukkan ayam dan bahan2 lain.

10 comments:

  1. mas pun kalau masak sup ayam mesti letak batang saleri, rasanya lebih sedap kan kak,comei la mangkuk sup tu...

    ReplyDelete
  2. yep! btol tuh! lagik satu bagus utk kesihatan! kan mas kan.... mangkuk murah jerk! hihi...

    ReplyDelete
  3. hana akak pong pekenan amek2 kat mangkuk tu.hehe

    ReplyDelete
  4. sedap pulak nmpk sup ni,tak pernh buat.nanti nk try cubala

    ReplyDelete
  5. Terima kasih kerana berkongsi resipi bondamu!

    ReplyDelete
  6. to k.anymz..
    mangkuk murah jerk kak! hihihi...

    to blackcardomompods..
    try ct jgn tk try! sup sonang jaa.. yg penting sodapp!

    to 3 hungry tummies..
    sesama... resepi mudah jerk tummy! but ai sukerrr sgt kalau my mom yg masak! u know la kan air tgn mak even sempoi giler masakan tuH pasti sedapp! hihihi

    ReplyDelete
  7. kecik sgt mangkuk tu.. tak cukup.. hikhik!

    ReplyDelete
  8. to sari yusa..
    waduhhh besar jugak tembolok kamu ya! hihihi

    ReplyDelete
  9. salam Hana..kita bawa roti ni..terbang jap je sampai jepun..nak cicah dengan sup hehe..roti ada sayap nih:)

    ReplyDelete
  10. Aisehhh!!! ada sop ayam..tekak aku ngah perit nih...jgnlah nak kena demam lak..ko pass ah aku semangkok sop tu biar aku hirup panas2...

    ReplyDelete