Wednesday, June 9, 2010

Kroket Kentang

sebenanya dah lama nak buat kroket yang nih... berbeza sedikit dr croquette yang biasa aku buat sebelum2 nih.... yang nih agak manis dan lemak sedikit. kentang pula digoreng bukan direbus atau dikukus. rasanya sungguh sedap! resepi nih aku perolehi dr teman aku dr seberang Indonesia yang namanya Romantik. aritu masa ade jamuan Kanazawa Muslims dier bwk kroket nih lah! ngan tak malunyer aku tanya resepi dan tapau dua bekas bwk balik! kahkahkahkah... kan yu kan kan! kekeke... k lah.. wat ayu nun di jaist tuh, nih resepinyer! g cepat bli kentang! hihihi....

Bahan-bahan
  • 5 biji kentang besar
  • 1/4 biji bawang bombay @ bwg kuning besar - cincang
  • 1 sudu makan wortel @ mix vege - celur dan cincang
  • 1/2 sk merica @ serbuk lada putih
  • 1 sudu makan butter
  • 1 sudu makan susu tepung@ susu segar - optional
  • gula
  • garam
Untuk Saduran
  • Telur
  • Breadcrumbs
  • Tepung gandum@tpg maizena - hana gune tpg katakuriko@potato starch
Cara-cara
  • Kupas kentang dan potong kecil. Goreng hingga keemasan dan empuk. Angkat dan toskan.
  • Masukkan ke dalam mangkuk. Masukkan butter. Lenyek kentang sehingga halus. Jangan kasar2 yer! nanti akan pecah biler digoreng. Dan jangan tunggu sejuk! susah pula nak melenyek halus.
  • Masukkan serbuk lada putih, bawang, mix vege. Gaul sebati kemudian perasakan ngan garam dan gula. Jika suka, boleh masukkan daging cincang dan daun sup/bwg skali.
  • Ambil sedikit dan kepal2kan. Terpulang citarasa samada nak buat leper seperti gamba di atas atau bulat2.
  • Untuk saduran - Bedak2kan kentang ke dalam tepung. Masukkan pula ke dalam telur yang telah dkocok. Kemudian ke dalam breadcrumbs. Utk saduran yang agak tebal, ulangi proses tadi.
  • Panaskan minyak. Goreng hingga keemasan. (hana buh minyak paras setengah kroket shj)
  • Hidangkan dengan sos cili, mayonis, atau mustad. Enak juga dimakan begitu sahaja.

14 comments:

  1. salam hana...uhu!ada roket sini opsss kroket-kasi bungkus semua ya :) p/s wortel tu klu bdk indonesia mak kite ckp karot..sbnrnyer mix vege ye..oo alah :)

    ReplyDelete
  2. assalamaulalikum...saya sellau ikuti resepi dalam blog ni...nak tanya , kroket nikalau kita simpan dalam peti...pastu goreng bila nak makan bila bila ok ka....teringin nak buat nampak sedap...tapi kalau boleh nak buat stok....

    ReplyDelete
  3. to deliah deli..
    salam del..sebenarnya mmg karet. tp teman tuh ckp gune mix vege jerk. lg sedap ader kaler maler kuning ijau oren! hihihi

    ReplyDelete
  4. to norlin..
    waalaikumussalam wrt..tima kasih dari saya. boleh di simpan di dalam freezer. lepas siap croating tuh, susun elok2 lam plastik atau bekas. jangan tindih2kan kroket tuh sbb akan melekat. jika nak tindih2kan, alas dengan plastik wrap setiap lapisan. nak mudah buh dlm plastik ziplok susun sebelah menyebelah. kemudian simpan dlm freezer. bila2 masa nak makan boleh terus goreng. selamat mencube norlin.

    ReplyDelete
  5. salam kak hana,
    sukanya tengok kroket ni. macam nuget plak. saya mmg tak pandai sgt makan kentang.tapi kalu buat camni, memang mengancam...fuh! tapau seketul ni ;)

    ReplyDelete
  6. rasa macam nak buat plak tengok kroket kak hana ni, rasanya ala2 macam bergedil tak kak, kentang rebus ada dalam peti ais tu,niat dihati nak buat wedges, macam nak jadi kroket plak...memang tergoda tengok kroket akak ni...ada lagi ke kak, nak rasa seketoi...he..he..

    ReplyDelete
  7. to indahouse..
    salam nur... laa tk pandai makan kentang ker? apa2 jenis masakan kentang ke nur? budak2 suke kroket2 nih.. sedap la nur.. cube try..

    to mas..
    lebih kurang cam begedil.. tp ade salut breadcumbs.. yg nih pesen kentang goreng mas..lg sedap dr yg kentang rebus. tp terpulang la mas nak tuka dgn yg rebus tuh. drpd diam bertapa lama lam esbok! hihihi

    ReplyDelete
  8. bdak2 mesti suka ni kan..tp klu ibu tumpang glamer lagi licin..

    ReplyDelete
  9. ermmm...sedapp nyerr 1st timee jumpaa kuih niee....nakkk neraii laaa

    ReplyDelete
  10. ok thank you ....pasti cuba lepas ni :)

    ReplyDelete
  11. kak hana..roket kentang 20 ketol terus lancarkan ke ampang kuala lumpur ok...kikiki..cha alip boott..

    ReplyDelete
  12. macam akelan (iklan)..roti gardenia pulak..."enak dimakan begitu saja"...

    ReplyDelete
  13. oh terbaikk neh..! teringin nak cuba!

    ReplyDelete