Sunday, June 6, 2010

Mee Goreng Mamak

Salam dan selamat berhujung minggu... korang tgh bercuti sakan ghupernyer sempena cuti skola yer! mudah2an selamat sampai ke destinasi dan selamat kembali. arini aku wat mee goreng jerk! mamak style! yeaaahhh aku mmg suker gler ngan mee goreng mamak! asal jgn gler kat mamak tuh sudah! mau kene kelar parang kontot kang! wakakakakaa... sodap weeiihhh! tp aku wat kurang pedas! maklom ler ada anak2 kecik ni kan... resepi tengok dari dapur kak.ina kl. resepi asal dr kak.hanieliza. tima kasih kak..... leh tgk satu lg versi di sini.

Bahan-bahan
  • 500 gm mee kuning
  • 100 gm daging ) hiris nipis
  • 100 gm fish cake )
  • 1 cawan taugeh
  • 1 mangkuk sawi [potong kecil]
  • 3 sudu cili mesin.~~ nak pedas bubuhlah lebih
  • 1 sudu rempah kari
  • 3 sudu kicap pekat
  • 2 sudu minyak masak
  • 1 labu bawang besar [cincang halus]
  • 1 cawan putih telur @ 3 biji telur
  • 3 biji cili hijau@merah[hiris nipis]
  • hana tambah tomato
Cara-cara
  • Panaskan minyak. Masukkan bawang dan cili & rempah dan biarkan garing dan wangi.
  • Masukkan daging dan kacau rata.
  • Masukkan fish cake. Biar sebentar.
  • Masukkan kicap dan mee. Kacau rata.
  • Masukkan taugeh dan sawi.
  • Ketepikan mee dan masukkan telur di tengah-tengah kuali.
  • Biarkan telur tu masak sikit barulah dikacau dan gaul rata.
  • Masakkan mee agak kering.
  • Hidangkan dalam pinggan leper dan hiaskan.

11 comments:

  1. nak sikiit hana.hari ni akak gantung periuk,belanga,kuali semua..nak pi umah org kawin..3 buah rumah sekaligus..makan gulai kawah.org NS..
    jom2

    ReplyDelete
  2. to k.anymz..
    huhuhuuu jelesnyerrr..nak ituttt!! nih mesti tgh musim owang kawin kak yer! kirim berkat kak er! eh! owang n9 ade berkat2 ker? hihihi...

    ReplyDelete
  3. wah dik...rupa memang konpem ada rupa mee goreng mamak...rasa mesti ler sebiji gak ni...ada lagi ke belen2?..huhuu

    ReplyDelete
  4. hah, mee goreng mamak.. best2.. ku sukaaaaaaaa!

    ReplyDelete
  5. Pheehhhh!!...sedapp jee nampak, aku betul2 sarapan cekodok udang geragau, hari ni cuti masak, ada benda nak diuruskan....apa2 pun memang marbelesss lah mee goreng mamak tu...eh, mee goreng "jawa" tak kan...apa kata ko cipta satu resipi, mee goreng jawa..hahahaha...

    ReplyDelete
  6. mee mamak ni peberet family mas,sama macam resepi akak, cuma nak kasi pedas mas tabur cili padi yang dihiris2 atas mee tu, gerenti menitik peluh makan mee tu...ada lagi ke kak, nak sepinggan ni...

    ReplyDelete
  7. woww...ni peberet aku ni, masa mengandungkan Irfan, tiap2 hari aku dok mengulang g kedai mamak beli mee goreng, sampai laki aku cakap "ada skandal ker ngan mamak tu?" hehehe...
    tp dh sebulan lebih aku tak makan mee, kuetiau, pasta, dll...ni angkara diet ler ni, minum susu SD2 tu, dia kata sume benda2 karbohidrat takleh makan..
    tension aku, ni dh abis 1 tin aku minum susu tu, idak plak turun berat aku, so aku bedal ler balik sume benda2 yang aku rindu tu...aku minum Cleans tea plak..haa..baru le turun, ni dh boleh pakai kebaya..wakahkahkah...

    ReplyDelete
  8. untung hubby akak.. dok jepun pun merasa 'pi kedai mamak!' he he

    ReplyDelete
  9. Nakkkkkk!! nasib baik pagi ni dah makan laksa kalau tidakkk... still akan ku beli satu bungkus bila balik nanti.. :o))

    ReplyDelete
  10. sedaaapppppp! gambar serupa yg kat bawah umh sy tu. he he he. selalu order kat mamak. la ni nak try wat sendiri. mintak resepi ye kak :-)

    ReplyDelete