Saturday, September 25, 2010

Puff Tuna

akceli arini umah kami menerima kunjungan tetamu.. memula plan nak wat macam2.. tapi di sebabkan darwish tak sihat, terbantut segala bende.... mujur la ader pastry nih.. senang kerja.. nih pong hubby yang tulun buatkan... sekalung tahniah buat Dr.Nam Duc, membe hubby dari vietnam yg sama2 study dengan en.hubbyku telah pong menamatkan pengajiannya. sedey la juga sbb dier nih lah kawan paling rapat hubby kat univ.. dan tima kasih kerna sudi berkunjung anak dan isteri ke rumah kami yang tak seberapa. hidangan pong ntah hapa2... hihi.... Jom layan puff sedap nih. resepi asal dari cikmatgebu kite... tp pesen aku gebabak la skit sbb pastry asal nih bentuk pat segi tak sama. nk potong kecik sayang la pulak nanti ada yg kene buang..

Bahan-bahan
Bahan Inti Tuna:
  • 1 tin tuna, tos dan hancurkan
  • 1 biji bawang besar, dadu kecil
  • 2 biji bawang putih, cincang halus
  • 1 camca besar cili kisar
  • 1/2 camca teh lada hitam kisar
  • 2 biji limau kasturi, perah jusnya
  • 1/2 camca besar sos tiram
  • 1 camca besar kicap cair
  • 1/2 camca besar mentega
  • Secubit gula
Bahan Lain:
  • 1 pack puff pastry jenama "KAWAN" (saiz 4 x 4 inci, ada 10 keping) @ jenis lain
  • Kuning telur, disapu
  • Sedikit lada hitam, tumbuk halus
  • Sos pilihan (optional)



Cara-cara
  1. UNTUK INTI TUNA :- Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang besar dan bawang putih hingga harum, masukkan cili kisar, sos tiram dan lada hitam, kacau rata dan tambah ikan tuna, kicap cair dan gula, kacau rata. Tuang sedikit air (anggaran 1/3 cawan), kacau dan masak hingga kering, akhir sekali masukkan jus limau kasturi dan mentega, kacau rata dan matikan api. Sejukkan inti sebelum digunakan.
  2. UNTUK PUFF TUNA KELOPAK :- Ambil 1 keping puff pastry, kerat kepada 4 bahagian sama besar. Ambil 1 bahagian, buat "X" seperti dalam gambar. Kemudian ambil 3/4 camca teh inti tuna, letak pada 1 bahagian pastry lagi. Tindihkan pastry yang dikelar bentuk "X" tadi. (hana sapu keliling dengan telur utk lekatkan kedua pastry).Tekan tepi2nya dengan garfu, seperti dalam gambar. Alih ke dalam loyang. Buat selebihnya dengan kaedah yang sama, hingga siap. Sapu kuning telur dan tabur dengan sedikit lada hitam kisar. Bakar dalam oven pada sugu 190C selama 25 minit atau hingga kuning keemasan. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum dihidang bersama sos kegemaran, jika suka...
CATATAN MAT GEBU :- Jika oven anda mempunya kipas, boleh "ON" kan semasa membakar pastry puff tadi. Kaedah "hot air circulation" ini akan menambah udara dalam puff pastry menjadikannya lebih tinggi, ringan, garing dan rangup......sumber dari "Martha Stewart".....

8 comments:

  1. Na...ida tak pernah buat puff, sbb tak tau nak beli kat mana kulit puff tu...nak buat sendiri mcm susah ja kulit dia tu..bak la 2 3 keping na..

    ReplyDelete
  2. salam hana...ready made puff ni lama aku cari x jumpa2...tgk resepi kat dapur mamafami lama dah tp lom bt2 lg..sok nk pg jusco cari :))

    ReplyDelete
  3. cantiknya nampak puff tu..tinggi je naiknya...bila nak try main ngan pastry ni ek....ada je dlm peti ais...tapi cam terlupa nak buat jek..ke malas..conpius..tak sihat lagi ke si darwish nye? aloo siannya..smoga cepat sembuh ye bucukk

    ReplyDelete
  4. k.nor sampai laaaaaaaani tak jumpa2 lg pastry puff kat ganu nih.. frust sungguh tiap kali tengok org buat puff mcm2 versi nih.. hu hu

    ReplyDelete
  5. Ala kesiannye Darwish tak sihat ye... fuhhhhh! auntie dah tiup2 ni nanti baik ler tu.heheh...

    Psst, cantik ler puff pastry akak potong (eh, akak ke laling akak? eheh) cenggitu... :)
    Ijan

    ReplyDelete
  6. salam k.hana

    ehehe...penin la kipas oven sume tu

    ReplyDelete
  7. salam hana..cantiknya puff tu..kirim dulu kat sini barang sekeping dua..

    ReplyDelete
  8. to ida..
    salam ida.. pastry tuh mmg susah nak carik da..sesetengah tempat jerk ada. nih pong kebetulan jumpa yg ryukazainyer dbuat drpd kacang soya. rege pong mahal loo.. heee

    to deliah..
    salam del... kat mesia pong susah jugak yer nak dapatkan pastry nih? apesal si kawan tuh tak mo jual banyak2 serata dunia ar? konpius haku..

    to izahdaut..
    zahh...klu nak cantik naik gtu, gune suhu paling tinggi. akak gune suhu 200 bakar lam 15min gtu! pehtu kipas ONkan.. rangupp... try lah! kang expired melepas ko! org lain sket punyer susah nak dapatkan pastry tuh taw! thanx utk darwish... dah ok sket nih wpon masih ngada2.. hihi

    to k.nor..
    laaa kat ganu pong tak sampai jugak! kene koling CEO Kawan nih! hihihi

    to ijan..
    hihihi..maceh auntie ijan.. panas dah surut sket tapi masih suam2 kuku. uishh..ko jgn tak caya pakcik tuh klu wat kije seni2 nih ngalahkan owang pompuan taw! kompom dier kembang idong bila baca statement aku nih! wakakakakaka..

    to pia..
    salam pia... kakakakaka... ala dier ade insuran nyawa. dun wori! kahkahkahkah

    to cikgu nor..
    salam cikgu.. tima kasih.. nnti kiter wat lg er. yg nih dah abes. heeee...

    ReplyDelete