Thursday, November 25, 2010

Ikan Kukus Asam Boi

arini masak ikan kukus lak.... senang kerejer! humban jerk semua lam pinggan pehtu kukus. 15min dah bleh makan... resepi menggunakan asam boi yang korang makan2 sambey kecut2 muka tuh! ah! tak masam mana lah kan... klu time peknen ke ulu ke ilir bwk asam kecut nih.. bg sesapa yg kat jepun leh gak klu nak gune umeboshi. tp yang nih lagik sedap lah! sbb masam2 manis... aku guna ikan xde kepala.. mana ntah ilang kepala tuh! haha... selamat mencubaaa..

RESEPI IKAN KUKUS ASAM BOI
Source: hanamemories.blogspot.com


Bahan-bahan

  • Ikan yang sesuwai utk kukus (siakap, kerapu etc )
  • 1/2 biji bawang besar - hiris
  • 2 ulas bawang putih - ketuk
  • 1-2 batang serai - hiris
  • 1 inci halia - hiris memanjang halus
  • 5 biji asam boi putih atau lebih
  • 1/4 batang carrot - hiris memanjang halus
  • Tomato cherry @ biasa - belah 4
  • Daun ketumbar
  • 1 sudu sos ikan
  • 1 sudu kicap cair
  • 1 sudu sos tiram - (optional)
  • Hirisan limau atau jusnya
  • Cili padi dan cili merah - ikut kepedasan masing2 - hiris@ketuk
  • Garam - jika perlu - hana tak letak sbb sos ikan dah masin.
  • Tepung jagung+air sedikit (jika ingin kuah pekat) - hana tak letak
Cara-cara
  • Rendam asam boi dgn air panas (air paras asam boi,jgn byk sgt) sehingga kembang. Kemudian kikiskan sedikit.
  • Basuh ikan dengan limau kemudian cuci bersih. Letak ke dalam pinggan@mangkuk tahan panas yang sesuai.
  • Susun@taburkan bahan2 lain ke atas ikan.Satukan dalam mangkuk kecil sos ikan, kicap cair, sos tiram, garam jika perlu. Kemudian curahkan ke atas ikan.
  • Akhir sekali masukkan asam boi dengan air rendaman asam boi sekali.
  • Kukus ikan selama 15min atau hingga masak.
  • Angkat dan hidangkan dengan menaburkan daun ketumbar lagi sekali.

15 comments:

  1. Yeeee haaa!!
    First time jd first commenter..
    akakkk..meh la sy join lunch kat umah akk.. tu
    sedapnya..
    terliur nengok asam boi tu..waa..masyukk laa dgn ikan kukus tu..

    ReplyDelete
  2. Salam Kak..sedapnya!!mesti buat ni tp kena cari asam boi dulu...resepi yg simple dan pastinya sedap!

    ReplyDelete
  3. to faradean..
    clap clap clap to makcik fara! sila junjung piala emas anda bwk balik! kekeke... meh mehh..makan sorang2 tak syok la weii....

    to siti indrawati..
    salam siti... selamat mencube siti! carik jgn tak carik.. jgn ko makan abis dulu sudah! kekeke

    ReplyDelete
  4. huuuihh,,ado asam boi kat jepung jugak ya..isshh..jakun akak nengok..
    mmg la anak buah yg dok tokyo tu nak kena katok pala kalau tak masak.
    ni umah hana dah jadi bukti..:)

    ReplyDelete
  5. First time seeing this! Confirm sedap coz Love ni gila asam boi once upon a time...hehehe ;)

    Brought U some ayam goreng kunyit...:D

    ReplyDelete
  6. Salam Hana,
    Tngk pun dah tau mmng sedap...ikan siakap ada tu kat esbok...nak carik asam boi dulu...akak jrng mkn asam boi/asam kecut ni....

    ReplyDelete
  7. sempoi kak hana..asam boi pon leh jd lauk yg menyelerakan ;) thanx share resepi

    ReplyDelete
  8. terliuq dah ni...ada lagi ke? nak ikan tx nak asam boi...

    ReplyDelete
  9. wahhhh....wes ngences ndelok asem eiii..projek ujung minggu
    mublesss

    ReplyDelete
  10. naik kecut perot aku nahan air liur mekkk!... hehe

    ReplyDelete
  11. asam pun boleh buat kukus ikan ye...
    ikan siakap ada kat peti ais tapi asam boi takde...kena cari dulu...

    ReplyDelete
  12. hari ni nk try wat ikan kukus ni la utk tghari...teringin nk mkn..nmpk sedap

    ReplyDelete
  13. hai dear... resepi yang simple.. must try ni. saya memang penggemar ikan steam.. tq dear atas ilmu ini... ;-)

    ReplyDelete