Tuesday, December 21, 2010

Bebola Kentang Ketam

salam semua.... arini ada kije sket jadi tak sempat nak masuk n3 cepat... nak blogwalking pong ikut dan jerk mana yg sempat... wat kan nih utk anak2 pas semalam nengok ummiaqil wat kroket kentang untuk anak2nya. tp kali nih aku buh isi ketam.. lagik sedap! kalau nak lebih creamy bleh tambah susu segar/cream. k da da... maap takleh nak celoteh lama....

wat versi kroket juga untuk frozen.. bila2 leh terus goreng.. yg nih blom salut breadcrumbs

RESEPI BEBOLA KENTANG KETAM
by : hanamemories.blogspot.com

Bahan-bahan
  • 4-5 biji kentang medium
  • 80-100g isi ketam @ crab stick
  • 1/2 sk serbuk lada putih
  • 1 sudu besar butter
  • 1 sudu besar mayonis
  • 1sk gula
  • garam
Untuk Saduran
  • Telur
  • Breadcrumbs
  • Tepung gandum@tpg jagung - hana gune tpg katakuriko@potato starch

Cara-cara
  • Rebus kentang hingga empuk. Jangan terlalu empuk sbb akan mengakibatkan kroket lembik dan pecah semasa digoreng. Seeloknya lepas rebus toskan utk buang air berlebihan yang membuatkan kentang lembik.
  • Kupas kulit dan masukkan ke dalam mangkuk. Masukkan butter dan mayonis. Lenyek kentang sehingga halus. Jangan kasar2 yer..Dan jangan tunggu sejuk! susah pula nak melenyek halus.
  • Masukkan serbuk lada putih, garam dan gula. Gaul.Masukkan pula isi ketam yg dipotong/racik. Gaul sebati.
  • Ambil sedikit dan bulat2kan kecil.
  • Untuk saduran - Bedak2kan bebola ke dalam tepung. Masukkan pula ke dalam telur yang telah dkocok. Kemudian ke dalam breadcrumbs. Utk saduran yang agak tebal, ulangi proses tadi.
  • Panaskan minyak. Goreng hingga keemasan.
  • Boleh juga di frozenkan sebelom digoreng. Susun tidak berlapis dalam plastik ziplock. Kemudian simpan dalam freezer.
  • Hidangkan dengan sos cili, mayonis, atau mustad. Enak juga dimakan begitu sahaja.

15 comments:

  1. good idea! nanti akak cube try. Nak curik 6 bijik tu dulu bwk balik. TQ! Arigato!...hihik

    ReplyDelete
  2. nak cket..hu3 ada isi ketam laktue..cedapnyer ;D

    ReplyDelete
  3. baru nak rebus kentang..tengok la apa jadi nanti..isi ketam, isi udang atau isi terus dalam perut wakakkaaa..gamboo lawoo geram aku nak gigit!!!

    ReplyDelete
  4. Haishhhhhh....kalaulah i boleh grab some now! Betul2 testing my taste bud kak! Nak ambik for me n kids...hehehe!

    ReplyDelete
  5. Hana,cam sedaplh.gue mau cilok bikin sejuk2 gini mg sedappppp.

    Best ke kalau pki isi ketam?ada dijual nmpk isi ketam lam tin.

    ReplyDelete
  6. cantik la bebola tu...nampak sedapp lak tu..nnti mas pun nak buat, kena beli kentang dulu, kentang kt rumah dah abisss....he..he....

    ReplyDelete
  7. adik manissssss cantik maa itu kroket,psttt macam pernah kulihat itew mangkuk dimana ye....hehehehe

    ReplyDelete
  8. wah!!!wah!!!wah!!! boelh buat telan2 depan lappy nih...makcekkkk, sudah buat keje tuh anto sini semangkuk besarrrrr tau... mayonis ngan cili sos dh siap nih...

    ReplyDelete
  9. WOW!! nampak best jer nih! anak2 akak sure suka nih! ambik resepinya dulu yekk! TQ hana!

    ReplyDelete
  10. sedap nie...nanti tie nk cuba bt le....mesti anak2 sukeeee sgt su

    ReplyDelete
  11. nduk, kak rose buat jadi geseng semua.... hwaaaaa... tp sedap!

    ReplyDelete
  12. kak..
    nak tgk kroket saya..
    gumukk sangat sy buat.
    nnt sy pos..
    nak mnta izin copy paste ye..

    ReplyDelete
  13. salam k.hana=)
    wah sedap ni..nak buat jgk nnti ni..msti aira suke=)k.hana beli or buat sndri breadcrumb tu?

    ReplyDelete
  14. eh..sedap lah..
    kroket tu kalo jawe panggil bergedil kan? ala-ala lar macam tu..hihihi
    ape-ape pun yummy!! :)

    ReplyDelete