Saturday, April 21, 2012

Talam Roti Paun

Salam malam minggu buat semua... minggu nih terasa bizisss yg teramat... nak berpoya2 dgn en lappy pon ajer tak menyempat.. bila ditugaskan pegang kelas ni banyak la kije2 tertangguh yang harus diselesaikan... 3 bulan cuti paham2 ajer... ini ajer la untuk santapan minggu ini yang sempat aku buat dlm kesibukan itu... nih pon bg kengkawan makan2.. kalau buat seloyang kat umah ni jenuh la nak ngabiskan... diorg2 kat umah nih kurang gemar kuih2 gini.. takat makan satu dua keping ok la.. bawak g keje kejap ajer abes.. akceli resepi nih dah lama terperap sejak Chef Asma kirimkan steamer trio taun lepas... lepas tgk Mas, kak.yatie dan kengkawan lain try resepi nih barulah terasa nak mencuba juga... alhamdulillah sedap bak dikata.... sape nak order pengukus trio tuh leh g SINI. berbaloi guna trio nih.. bukan sajer menyenangkan malah rupanya cantik dan kemas. resepi nih aku kopipes dari blog kakyatie. malas nak taip malam2... hihi... tima kasih ye kakyatie dan mas cayang.. juga tak lupa penyumbang resepi asal Chef Asma. Lepas nih boleh cuba resepi2 talam yg lain.. banyak lg tuhh....semua menarik2 belaka..
permukaan tak berapa licin sbb godeh terpekat! lagi satu malas nak lap pengukus. :D


RESEPI TALAM ROTI PAUN
resepi asal : Chef Asma
sumber : kakyatie@sinar kehidupanku, Mas Duniaku

Lapisan Bawah
  • 13 keping roti putih Gardenia- di carik2
  • 2 biji telur
  • 50 gm raisin
  • 1/2 cwn gula halus
  • 1/2 sk garam
  • 150 ml santan pekat
  • 300 ml air
  • 1/4 sk vanilla essence
Cara-caranya
  1. Satukan semua bahan-bahan dan rendamkan roti selama 30 minit (sehingga lembut)
  2. Masukkan dalam loyang 10x10x2"(Sapu minyak dulu sekeliling loyang dan alas plastik)
  3. Kukus selama 25 minit.
  4. Apabila masak angkat dan cakar dengan garfu.
  5. (Jika terdapat sedikit air di permukaannya, sendengkan loyang dan buangkan air guna sudu atau kertas tisu, pastu baru cakar2kan sedikit dan tuangkan adunan lapisan tengah)

Lapisan tengah
  • 1/2 cwn tepung gandum
  • 1/2 cwn gula halus
  • 1/2 sk garam
  • 2 biji telur - hana ltk 3 spt resepi asal
  • 100 ml santan pekat
  • 300 ml air
  • sedikit pewarna hijau
  • sedikit perisa pandan
Cara-cara
  1. Satukan semua bahan2, kacau rata dan tapis ke dalam periuk.
  2. Masak hingga naik wap, guna api sederhana je. Masa ni sentiasa kacau guna whisk je...jngn terlalu pekat atau terlalu cair, adunan seolah2 susu pekat je.
  3. Tuang ke atas lapisan bawah dan kukus selama 25 minit ( Apabila masak, cakar dengan garfu)

Lapisan atas
  • 1/2 cwn tepung kastard
  • 1/2 cwn gula halus
  • 1/4 sk garam
  • 1/8 sk vanilla essence
  • 3 biji telur
  • 100 ml santan pekat
  • 300 ml air
  • sedikit pewarna kuning/oren (tak letak pun takpe)
Cara-caranya
  1. Ikut seperti lapisan tengah. Satukan semua bahan2 dan tapiskan.
  2. Masak jangan terlalu pekat & jangan terlalu cair. Guna api sederhana dan sentiasa di kacau supaya tak berketul2.
  3. Tuang adunan ke atas lapisan tengah dan kukus selama 25 minit.
  4. Sentiasa lap tutup pengukus - hana tak buat pun sbb tak menyempat nak ulang alik ke dapur. :D
  5. Setelah masak, angkat dan sejukkan. Bila dah sejuk bolehlah di potong guna pisau plastik.

25 comments:

  1. Dimalam hari....godaan kuih yg cantik.....ermmmm....

    ReplyDelete
  2. salam Hana,
    cantik sekali kejadiannya..suka, cuma blm kesmpaytan nak cuba..

    ReplyDelete
  3. Salam.. Kak Hana, apa khabar? Jalan2blog akak cuci mata.. Sedapnya kalau dapat rasa sendiri.. :)

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum Hana,
    waduhhh cantik kejadian talam roti paunmu itewww...dlm busy2 tu nyempat lagi menalam ya...tabik springlah...toing2....he.

    ReplyDelete
  5. Woooiiiii! apa koishii2???? ckp jawa jerlah senang wakakaka... koishiii too!! agaknyer kalau tanyer abg akak dia gelak tak? akakakaka... kita pernah buat talam ni tp masuk tong sampah sbb tak jadik ahahaha.. lepas tu terus malas nak buat :D ai pun bz tau! walau tak keja tp ttp bz mcm org kerja cekgu jugak :D

    ReplyDelete
  6. Cik anon datanggg.. Aku tak tau sapa la sabotaj aku nih. Letih nokk jadi cik anon.. Kejap2 angelin jolie lah.. I redhooo.. Hahaha

    Aku tak nah lagi buat. Tunggu aku bagi turunlemak kat perut aku ni 1cm dulu baru buat. Bukan per kuih gini kalau pas aku buat jek lemak naik 2 cm. Tu baru pas siap masak belum pas makan lagi. Hakhak.. Hah tido dulu..

    ReplyDelete
  7. Alamak ..caler mcm bola sepaknya caler..cun giler... belum rasa lagi..lagi cun

    ReplyDelete
  8. aslmkum dik ina.. talam ni mmg best.. cukup lemak n manisnya.. cam nk tgoda jugak ni.. teringat2 rasanya..

    ReplyDelete
  9. Good morning besan. Along kiv respi ni lamo dah... tak terbuat lagi pun sama lah kat sini pun kl buat kurang laku dgn bebudak - akhir nya nanti Along dgn hb kena abiskan. Skrg ni tayar 4" dah keliling pinggang..... kalau tak hati2 jadi tayar lori kang susah ler.... hehe

    ReplyDelete
  10. salam mama..mamtok lom cuba lagi resepi dah berzaman dlm simpanan...kemalasan melanda...sejak akhir2 ni.. sama lah kakak2 kat umah ni..mana suka makan benda2 yg lembut dan manis.. kak ilah dah merajuk ni nak masak asyik tak habis jer.. kalu nak buat mesti 1/2 adunan kot biar tak cukup baru depa tau..nada...gerammm hehehe

    ReplyDelete
  11. menggoda nampak kuih talam ni..
    mula2 tgk tajuk resepi ingatkan guna roti paun... rupanya guna roti gardenia je.. ehehe... kalau roti paun.. mana pulak nak ku cekau... kekeke....

    ReplyDelete
  12. salam hana...menarik nampak kuih talam ni. terliur plak.

    ReplyDelete
  13. nampak sedap, warna cantik, penyokong hijau kuning mesti teruja tgk nih,hehehe

    ReplyDelete
  14. salam kak hana....
    miss u kak...muahhhhhhh
    amboiiii...cantikk talam roti paun akak tu..
    terasa rasa lagi nie kesedapan talam nie..
    memang terbaikkk la..
    dah nak start keje kak..
    kejapp jerk kan masa berlalu...

    ReplyDelete
  15. ya ampun buk ,dalam sibuk2 boleh buat kuih talam yg renyah pulak tu,toing3x tabik spring

    ReplyDelete
  16. sila goda lagi, sila! sila!

    ReplyDelete
  17. Salam Kak Hana...cantek je kejadiannya talam roti paun ni..teringin nak join makan2..hehe.

    ReplyDelete
  18. salam kenal Hana, wah cantik nya talam roti ni kombinasi kaler yg menariksss lah,thanks kongsi resepi nanti akak nak cuba jugak ni

    ReplyDelete
  19. wah cantik, saya tak penah buat sebab tak minat nak makan hehe

    kalau buat nanti takde org makan, takut terbuang je

    ReplyDelete
  20. talam roti ni dah lama gak masuk list tapi tak buatx2 juga lagi ...nampaknya akak yg bz lak buat dulu memang tabik ni:)

    ReplyDelete
  21. Assalam Hana,
    baru nilah akak tiba ya...semenjak kejadian hari tu..nak ucapkan terimaksih kerana sokongan yang diberi waktu akak tengah down..

    sedap nampak kuih hana ni..akak pun ada juga recipe yang dibeli dari chef asma ni..tapi belum ada chance nak cuba..pasti sedap ni..

    ReplyDelete
  22. Salam Hana.bila naik dr cuti lama mmg byk kerja yg perlu diselesaikan ...tak pa plan2...nanti balik rutin asal.talam roti ni nampak menarik...boleh cuba kalau ada potluck nanti...

    ReplyDelete
  23. sedapnyer... wish i can taste it & try this recipe 1 day..=)

    ReplyDelete
  24. Salam perkenalan daripada Kak Noor (sajian dapur bonda). Kombinasi warna selembut salju. Nampak lembut teksturnya. Kalaulah boleh dicapai oleh tangan dan terus masuk ke mulut.. aduhai sedapnya... Mohon kongsi resepi ye!

    ReplyDelete