Thursday, September 11, 2008

Biskut Choc Chips


yattaa! hahaha...kejap btol erk anak murid wat hwrk! ngeh ngeh ngeh... tp hampeh tul la bujang kecikku telah abihkan setengah bekas! lum lagik mak.bpk,bujang beso mkn! uwaaaa....nk kene wat lagik la nih??! adehhhh.... k.nor! meh anto sebalang kat ina! maleh dh nih nk godeh2 lagik! ehehehehehe....sebenonyer wat setengah adunan jek! :) tk dan nk rasa kene tunggu mlm nnti! :D mekacih yer k.nor! nk kopipes nih! jgn marah tau cikgu! heeeeee...

Bahan-bahan
  • 180gm mentega/marjerin
  • 90gm gula castor
  • 100gm gula perang
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 2 biji telur
  • 200gm tepung naik sendiri
  • 160gm tepung gandum
  • 1 sudu teh soda bicarbonate
  • 1/4 sudu teh garam
  • 100gm coklat chips
  • 120gm badam cincang (kita buh segala jenis kcg termasuklah sunflower seeds)
Cara-cara
  1. Ayak kedua2 tepung bersama soda bicarbonate dan garam. Sekiranya guna badam cincang,goreng tanpa minyak sekejap, tp jgn sampai hangus.
  2. Pukul mentega/marjerin dengan kedua2 gula hingga gebu/putih. Masukkan telur dan esen vanila dan pukul lagi hingga sebati.
  3. Masukkan bahan2 yg telah diayak td dan gaul hingga sebati. Masukkan pula coklat chips dan badam cincang dan gaul lagi hingga sebati.
  4. Sudukan ke atas loyang yg telah digris (untuk mendapatkan hasil yg lebih baik, alaskan loyang pembakar dgn baking paper). Jarakkan sedikit antara satu sama lain.
  5. Bakar dalam oven dgn kepanasan 180C hingga masak (brown) lebih kurang 20 minit (bergantung pd kepanasan oven masing2). Keluarkan dari oven dan biarkan seketika di atas loyang, pastu alihkan keatas rack (redai kuih) supaya lebih cepat sejuk. Bila dah sejuk baru masukkan kedalam bekas kedap udara.
  6. Terpulang pd masing2 jika nak letak badam cincang, sunflower seed atau kacang tanah yg telah dicincang (kena goreng tanpa minyak juga dulu ya) sebagai bahan tambahan.. tak nak letak pun tak per, cukup dgn coklat chips sahaja. Selamat mencuba ya...

No comments:

Post a Comment