Saturday, September 13, 2008

Donut 2


wat 4 bf anakanda ku yang berdua iteww..... kenyang dh depa mkn nih.. so tkyah la aku nk msk tghari nih...muahahaha...senang kije aku....mane taknyer si abang dh bedal 4 bijik! kompem dia tk lapo smpai ptg nnti...ehehehe...resepi cedok dr dapur k.ummi.. tQ k.ummi! ampunn yerk kopipes! :D

Bahan (12 - 16 biji):-
250 gm tepung roti
1/2 sudu kecil garam
25 gm gula
1 biji kuning telor
1 sudu besar minyak - hana gune butter cairkan
2 sudu kecil yis
62.5 ml susu suam (untuk breadmaker guna 125 ml)

Cara-cara:-
Gaul sebati tepung, gula, telor kuning dan minyak. Masukkan yis dalam susu suam. Tuang sedikit-sedikit susu tersebut ke dalam adunan tepung. Uli sampai doh tak melekat di bekas. Buat bulat. Masukkan dalam bekas, tutup dengan plastic wrap, letak tempat panas. Biar naik sekali ganda (lebihkurang 1 jam). Keluarkan doh dari bekas, tumbuk2 keluarkan angin. Leperkan doh lebihkurang 1/2 inci, potong dengan donut cutter (hana guna mulut gelas je..hehe) Buat lubang di tengah. Biarkan naik sekali ganda lagi (lebihkurang 30 minit). Kemudian bolehlah digoreng dengan api sederhana sahaja, agar donut tidak mudah pecah. Bila kekuningan, angkat dan toskan. Bila telah sejuk, hiaslah dengan topping kegemaran.

No comments:

Post a Comment