Monday, September 1, 2008

Menu bbuka 1st day Ramadhan


Nasi Kerabu Perantau
Kuah sini

Bahan-bahan
  • @@ Nasi @@
  • 4 cwn beras
  • 1 sudu kecil garam
  • 4 1/2 cawan air - macam masak nasi biasa.. nak lembik/keras kena tambah/kurangkan air
  • 2-3 titik pewarna kuning
  • 2-3 helai daun limau purut(optional)
  • 1 btg serai-diketuk(optional)- saya tak letak sebab tak suka.
  • @@ Sambal Tumis @@
  • 5-10 biji lada kering
  • 1/2 biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 1cm halia
  • 1cm kunyit/ 1 sk serbuk kunyit
  • 200ml/ 1/2 tin santan pekat
  • 2 btg serai
  • 2 keping asam gelugur
  • 2 sudu besar budu / 3 sudu besar sos ikan
  • garam dan gula melaka
  • @@ Sambal ikan @@
  • 1 ekor ikan kembung- saiz besar
  • 1 cawan kelapa kering/ kelapa parut
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/3 biji bawang besar (4-5 biji bawang merah)
  • 1 batang serai
  • 1cm halia
  • @@ Kerabu @@
  • kubis
  • timun
  • taugeh
  • daun kesum
  • @@ Bahan lain- optional @@
  • solok lada
  • telur asin
  • bawang jeruk
  • ayam goreng kunyit
  • sambal belacan
Bahan-bahan
  1. ## Sediakan sambal tumis ##
  2. blend lada kering, bawang, kunyit dan halia sehingga lumat.
  3. Panaskan minyak(kena banyak siket), tumis semua bahan blend tadi sehingga pecah minyak
  4. ## Masak nasi ##
  5. Cucikan beras dan masukkan semua bahan utk masak nasi yang lain. Masaklah seperti masak nasi biasa.
  6. ## Cara sedia sambal kelapa ikan ##
  7. Bersih ikan dan bakar. Sementara tu bolehlah goreng kelapa
  8. Goreng kelapa tanpa minyak dengan api kecil sehingga jadi perang. Kalau kelapa parut ni kasar, bolehlah ditumbuk sekejap ketika kelapa masih panas-panas.
  9. Asingkan isi ikan dengan tulang. Tumbuk isi ikan untuk kelihatan halus.
  10. Tumbuk pula bawang dan serai, sehingga lumat. Kalau guna food processor masukkan bawang dan isi ikan sekali gus ke dalam food processor .
  11. Campur sekali ikan dan bawang, goreng tanpa minyak sehingga agak garing.
  12. Campurkan ikan dengan kelapa goreng tadi. Masukkan garam dan gula. Gaul hingga sebati.
  13. @@ Kerabu @@
  14. Hiris semua sayur dan gaul ratakan.
  15. Bila nak makan tu, ambik sikit semua bahan dan letak ke dalam nasi. Boleh juga dimakan dengan bahan lain tu.. lagi sedap
Bahan-bahan kuah tumis
  • 5-6 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • sedikit halia
  • 1 biji kelapa parut
  • 1 batang serai
  • cili giling
  • 1 biji cili merah
  • 1-2 ulas asam keping
  • garam secukup rasa
Cara-cara

utk kuah tumis: dari sebiji kelapa, sediakan santan pekat dan santan cair...blendkan bawang merah, bawang putih dan halia...panaskan santan pekat dalam periuk...kacau dan tunggu sampai pecah minyak...tumiskan bahan-bahan yang diblend tadi...setelah naik bau,masukkan cili giling ikut suka...kalau suka pedas, letaklah banyak-banyak...masukkan santan cair dan serai yang telah diketuk...masukkan cili merah (jangan potong)...kacau dan tunggu pecah minyak lagi...masukkan asam keping...masak hingga agak-agak pekat yang dikehendaki...bubuh garam secukup rasa...



Buah Melaka


Bahan-bahan
  • 10 helai daun pandan -kisar dan ambil airnya
  • 2 ketul gula melaka
  • 2 cawan tepung pulut
  • 1 biji kelapa parut- ambil putihnya sahaja
  • secubit garam- digaulkan bersama kelapa
Cara-cara
  1. Bancuh tepung bersama air daun pandan sehingga boleh diuli serata lembut. Pastikan adunan tidak terlalau lembek dan keras.(agak2 boleh dicubit)
  2. Cubit adunan sebesar guli, masukkan gula melaka yg telah dipotong kecil2 ditengah2 adunan, bulatkan, dan pastikan menutupi keseluruhan gula.
  3. masukkan ke dalam air yg sedang mendidih. Ulang sehingga 5-6 ketul.
  4. Bila bebola timbul, bolehlah diangkat, dan ditapis sebentar sblm di gaul dgn kelapa


Kurma

Menu yang simple2 jek tuk bbuka....kalau kat mesia mesti mcm2 nk mkan sbb melambak kat bazar makanan yg sedap2...kat sini wat n makan ngan apa yg ada jek la...cam masak ari2 biasa juga.xde yg spesel nyer pon...telur asin lum cukup matang tp sbb dh retak seribu so amik jek la rebus terus! masin juga! hahahaha....layannn....

2 comments:

  1. Menyelerakan tgok ikan greng tpung tu..mkn lak dgn nasi kerabu..sedappp.. anak2 ina puasa ke.. mana lgu jepun yg mendayu-dayu tu..knp snyap je..

    ReplyDelete
  2. anak2 tk reti lagi nk pose kak.. maybe 1 or 2 more years..hehe.. atas permintaan akak kita mainkan balik lagu nih...:)

    ReplyDelete