Wednesday, September 3, 2008

Ketam Masak Lemak Nenas, Asparagus Goreng Belacan, Salmon Salad with Olive Oil


Ketam Masak Lemak Kuning Nenas

Bahan-bahan
  • Ketam
  • 1biji nenas / nenas dlm tin
  • *4 biji bawang merah
  • *3 ulas bawang putih
  • *1/2 inci kunyit hidup
  • 2 sb ladah boh/ lada giling
  • Sedikit belacan ( agak-agaklah tapi tak de pun tak pe)
  • 1 batang serai
  • garam, gula dan pak aji kalau suka
  • 1 1/2 cawan santan pekat (300gm).
  • 2 cawan air ( kepekatan dan banyaknya kuah ni ikut citarasa masing2)
Cara-cara
  1. Bersihkan ketam. belah dua.
  2. Potong nenas ikut suka.
  3. Tumbuk bahan-bahan bertanda *. Masukkan air ke dalam periuk bersama lada boh, belacan dan serai yang dititik. Masak sampai mendidih.
  4. Masukkan nenas yang sudah dipotong dan masak hingga nenas separuh masak.
  5. Masukkan santan pekat ke dalam periuk. Kena jagalah jangan sampai pecah santan.
  6. Bila kuah dah mendidih masukkan udang. Bolehlah letak garam, gula dan perasa ikut sesedap rasa. Jangan masak ketam lama sangat sebab nanti hilang manis. Tp ketam hokkaido nih kene rebus separuh msak kejap sbb beso sgt. :D


Asparagus Goreng Belacan



Bahan-bahan
Asparagus - potong serong
bwg besar - dhiris
bwg putih - dketuk
chili padi - diketuk
halia - dhiris
lada merah - dihiris serong
belacan
garam

Cara-cara
> panaskan minyak.tumis bwg besar, bwg putih n halia. masukkan belacan n chili.
> masukkan asparagus. kacau.
> perasakan ngan garam. tutup api.
> siap!


Salmon Salad with Olive Oil


Bahan-bahan
ikan salmon
pucuk taugeh/kacang
timun - hiris memanjang
olive oil
serbuk black pepper
penyucuk/pencungkil gigi

Cara-cara
> hiris ikan salmon memanjang.
> isikan timun n pucuk taugeh di tengah2 ikan n gulung kemas.
> cucukkan ngan penyucuk/pencungkil gigi
> satukan olive oil n black pepper.bleh la curahkan atas ikan tadi.
> siap!

4 comments:

  1. waitress oder ni..
    Nasi putih 1
    ketam msk lemak 1
    asprgus grg belancan 1
    puding roti apel 1
    ee... air pa yek..

    ReplyDelete
  2. amboi amboi k.na! dh kenyang nk order lagik ker?? takut nyer tgk kakak ina nih! hihihihi... sok wat sendri jer la yer...warung dh tutup! :D

    ReplyDelete
  3. Amboi sedapnya makan salmon ek! Rumah akak xtau la boleh masuk tekak ke x tambahan bulan2 pose nih!..Tekak kampung abih!! Nak yg pedas2 je..kalu yg xpedas tu pakat2 tengok je..hehe

    ReplyDelete
  4. hehehe....kita mula2 dulu pon gtu gak kak...tgk jek! tp la nih dh TER duduk kat bumi yg mkn mentah2 nih bedal jek la.. hahahaha...

    ReplyDelete