Thursday, September 4, 2008

Nasi Ayam Madu

masak nasik ayam la paling senang.... lagipon satu famili mmg suka nasik ayam lelebih lagik ngan ayam madu...nih resepi yang biasa hana buat...

Bahan-bahan
UTK NASI
  • Beras
  • Air rebusan ayam
  • secukupnya rempah tumis adik beradik
  • 1/2 biji bawang besar - dihiris
  • 1-2 inci halia
  • 1 sudu serbuk pati ayam knorr
  • daun pandan
  • garam
UTK SUP
  • 1/2 ekor ayam
  • 1/2 biji bwg besar - dhiris
  • 2 ulas bwg putih
  • secukupnya rempah tumis adik beradik
  • 1-2 inci halia
  • 1 sudu serbuk pati ayam knorr
  • myk utk menumis
  • garam
  • daun sup
  • bwg goreng
UTK AYAM MADU
  • ayam rebusan td
  • 3 sudu besar kicap pekat manis
  • 2 sudu besar madu
UTK SOS
  • 3-4 batang lada merah*
  • 2 ulas bwg putih*
  • 2 biji tomato*/bleh juga gune tomato puri
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu besar sos chili
  • 1 sudu kecil cuka
  • 1 sudu besar gula
Cara-cara
  • Rebus ayam n halia dahulu. angkat ayam n ketepikan. air rebusan bhg 2. utk sup n nasi.
  • UTK NASI - tumis bwg,rempah tumis hingga naik bau. masukkan air rebusan ayam,halia, serbuk pati ayam,daun pandan,garam.kacau rata.then masukkan beras n masak seperti biasa.
  • UTK SUP - tumis bwg, rempah tumis sampai naik bau. masukkan air rebusan yg satu bhgn td. n masukkan serbuk pati ayam knorr n garam skit. matikan api. ketika menghidang taburkan daun sup n bwg goreng.
  • UTK SOS - blend yang bertnda *. Masukkan dlm periuk/kuali dan masukkan sos,cuka, gula n garam. Didihkan sehingga kuah agak2 pekat n matikan api.
  • UTK AYAM MADU - ayam yg dh direbus td campurkan ngan kicap manis n madu. Gaul rata. Perap dlm 10-15 minit. Panaskan minyak boleh la menggoreng. ati2 kadang meletup2 sbb ayam nih agak berair. bleh juga dbakar menggunakan oven. alaskan plate ngan aluminium foil n masak smpai kehitaman sedikit ayam tuh.jgn smpai hangus sudah! :P
  • SOS KICAP - lebihan perap ayam madu jgn buang. amik n masukkan sedikit sup ayam td. kacau. dah siap! masa nk mkn sos kicap nih n sos merah leh curah kat ayam td.

1 comment:

  1. K.Hana,
    baru buat resepi nasi Ayam versi k.hana ni. Memang terBAEK lahhh..!!

    Sos yg paling menjadi saya buat setakat nih ehehehe.

    Maka dengan itu izinkan lah daku mengopy resepi mu ini... muahh muahhh!! boleh kah? ehehehehe

    ReplyDelete