Friday, September 5, 2008

Somtam



tayangan amal ini dbuka hanya utk orang2 yang sewaktu dengannya.....muahahahahaa.... sedap gloss! abih la pas nih tembikai akan menjadi pujaan hatiku! hahahaha....nk kopipes gak! :D resepi asal by sifu k.yani! layannn.....

Bahan-bahan ( 4 orang )

  • 150g kulit tembikai
  • 1/3 batang lobak merah
  • 2-3 batang kacang panjang- x letak
  • 3 sudu besar udang kering
  • [ Bahan untuk dressing ]
  • 2 ulas bawang putih- x letak
  • 10-15 biji peanut
  • 2-3 sudu besar nam pla (sos ikan)
  • 1 biji lemon- ambik jusnya
  • 1-2 batang cili padi
  • 1 sudu besar gula
  • tomato ceri
  • kacang goreng - tumbuk kasar

Cara-cara

  1. Buang kulit hijau tembikai. Potong halus memanjang atau sagat memanjang. Sama juga dengan lobak merah.
  2. Potong kacang tanah lebih kurang 3-4cm. Rebus sekejap.
  3. Sediakan dressing. Masukkan bawang putih dan cili padi ke dalam lesung. Gesek-gesekkan dengan anak lesung. Tak payah tumbuk.. biar pecah2 sedikit saja. kemudian masukkan semua bahan-bahan lain.
  4. Pastu gaullah dengan kulit tembikai, kacang panjang dan lobak merah yang dipotong tadi. Masukkan juga tomato ceri n taburkan kacang.
  5. ****Resepi ni sesuai juga utk gantikan kulit tembikai dengan mempelam atau betik.***

2 comments:

  1. wahh..guna kulit tembikai yek..sedap eh kak...

    psstt nnti gi umah ye..ada big gift utk akak.. :D

    ReplyDelete
  2. haah liana...sedapppp!! mcm kerabu mangga tuh juga rasanya..yer la kan mana akak nk dpt mangga muda kat sini.. bila try resepi nih lebih kurang juga. try la...:)

    ada gift lagi ker?? alahai nyiru tapak tgn satu jepon nih akak tadahkan! hehehe...nnti kak amik er! tQ!

    ReplyDelete