Bahan-bahan
Cara-cara - 150g tepung
- 1/2 sudu besar baking powder
- 75g gula perang
- 10g gula halus
- 60g butter - suhu bilik
- 1 biji telur (L size) - suhu bilik
- 60ml fresh milk
- 1 biji buah peach
- 50g gula aising
- 3 sudu kecil air
- 1 sudu kecil esen vanila
- Ayak tepung dengan baking powder. Ketepikan
- Kupas kulit peach. Potong dadu anggara 1.5cm. Ketepikan
- Pecahkan telur. Kacau biar telur putih dan telur kuning bercampur. Ketepikan.
- Pukul butter sehingga jadi bentuk krim
- Masukkan pula gula ke dalam butter. Pukul sehingga putih.
- Masukkan 1/3 telur. Pukulkan. Ulang sampai habis.
- Bahagikan tepung yang diayak kepada 3. Masukkan 1/3 tepung ke dalam adunan. Kacau cepat-cepat. Diikuti pula dengan 1/2 susu. Buat sampai tepung habis berselang seli dgn susu.
- Akhir sekali masukkan peach. Kacau balikkan. Kemudian masukkan ke dalam muffin cup
- Bakar dengan suhu 180 degree selama 20 minit
- Sediakan aising. Campurkan gula aising, air dan esen vanila. Kacau sehingga sebati.
- Apabila muffin dah masak, letaklah aising ni ke atas muffin.
rasa nak terai yg ini... brapa cup leh dpt tuk satu adunan ni kak?
ReplyDeleteskit jerk dpt nih...6 or 7 bijik.. ok la klu famili kecik.. kalau famili gergasi kene gergasikan la adunan tuh! hihihihi
ReplyDeletewahhh.. perli nampak! Bukan famili gergasi tapi perut yg gergasi.. kikiki..
ReplyDeletekahkahkahkah! tak tau la nak kato! :P
ReplyDeleteHaippp!! lepuk kang! gi tidon! syuh! syuh!
ReplyDelete