Monday, January 26, 2009

Kek Marble Trio

td tgk mat buat marble trio kong xi fa chai, aku pon nak buat jugak! tapi sempena apa erk? sempena nak makan2! kakakakaaaaa.... makan ajerr! :P klu dh start mem'baking' asyikkk nak bakingggg jerk! kang bila stat nk mengukus..mengukusssss jerk! ntah hapa2 ntah! hahahaa.. nih resepi cikmat.. sedap! lembut! wat setengah adunan jerk... bab marble aku main hentam saja la labuuu! heeeee... mekacih yer mat! C&P dr blog cikmat.

Bahan-bahan

300 g mentega (guna unsalted butter lagi sedap)
280 g tepung gandum*
1 camca besar susu tepung*
1 camca teh baking powder*(*digaul rata dan ayak)
5 biji telur gred A
1 camca besar ovallate
250 g gula halus
30 g gliserin*
20 ml air*(*disatukan)
1 1/2 camca teh coklat emulco
1 camca teh strawberry emulco
1 /2 camca teh rose essence

Cara-cara
  1. Lenser tin berukuran 8 x 8 x 3 inci dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas minyak, lenser kertas tadi dengan sedikit mentega. Ketepikan.
  2. Putar mentega hingga pucat, pada speed sederhana, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis, putar rata dan alihkan ke dalam mangkuk lain.
  3. Dalam mixing bowl yang bersih dan kering, masukkan gula halus dan ovallate, putar hingga rata. Masukkan kelima2 biji telur, dan putar pada kelajuan tinggi hingga telur kembang dan kental seperti adunan bahulu.
  4. Perlahankan sedikit speed dan masukkan adunan no. 2 sedikit demi sedikit hingga habis, putar rata dan masukkan bancuhan air + gliserin, gaul rata.
  5. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. 1 bahagian + coklat emulco, 1 bahagian + strawberry emulco dan 1 bahagian + rose essence (yang ini biar plain). Tuang aduan secara berselang seli dalam tin tadi. Lorekkan dengan hujung pisau atau chopstik, pastikan hujung pisau/chopstik sampai ke dasar adunan.
  6. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 55 minit hingga 1 jam, bergantung pada oven masing2. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum dihidangkan.
Catatan Mat Gebu : Kalau tak de gliserin, abaikan gliserin dan air, ganti dengan 50 ml susu cair atau whipping cream. Pasal perisa dan pewarna untuk marble tu boleh ikut citarasa masing2. Oven perlu dipanaskan 10 minit sebelum membakar kek.

12 comments:

  1. hana...kmin nak sikit kek....jejamah jek...buleh la.....

    ReplyDelete
  2. boleh boleh....sikit jer er! klu lebih nnti nk suh k.min round pdg 100x! hehehe

    ReplyDelete
  3. padan ler akak makin menjadi2 masak skrg ni ekkkkkkkkk!! (jeling2 kak hana) jom tukar ngan kek jiya.. kihkihkih!

    ReplyDelete
  4. kek nak...tapi tali tak nak!! kakakakakakaaaa.....

    ReplyDelete
  5. Psst Hana, ada apa2 ke ni, lain mcm je sejak dua menjak ni?I suspect you gitu...

    ReplyDelete
  6. ultramama...mmg patut kena suspect kt hana ni...hihihihi.....tapi kan..selagik hana x wat press conference...keep on suspek.....

    ReplyDelete
  7. wah..wahh..hana kek marble tu..sedapnyaaa k.ct pun lama x buat. x bole jadi ni mesti Q balik ni list kek hehehe

    ReplyDelete
  8. lawo nampak color tu...belum rase lg nih...

    ReplyDelete
  9. to are..
    sedap kan are..penah nmpk aritu are dh buat!

    to ultramama..
    kita main teka teki dulu la yok! hehehehe

    to cikmin..
    tak pe suspek mende baik! kan k.min kan! hehehehe

    to k.ct..
    arini baru terlaksana marble trioku k.ct...punyer la lama erk simpan dlm tempayan! sejak k.ct buat aritu la..hehehe

    to aishah..
    lawo ker aishah? akak rasa cam tak menjadik jerk marble tuh! hentam sembrono! hehehe

    ReplyDelete
  10. kek mabel ni mmg best, selalu gak buat kek ni..nyum nyum

    ReplyDelete
  11. best kan? hana pestaim buat nih! wat setengah adunan rasa cam tk cukup plak! ehehehe

    ReplyDelete