Saturday, September 5, 2009

Classic Lasagna

sekarang telah masuk waktu berbuka puasa bagi org2 yg berpuasa setengah hari! kihkihkihkih... sapo laie!! anakanda aku lerr! ader sesapa nk join??! haipppp!! hihihi tuh pong jenuh nk suh sampaikan tengahari! penah gak curik2 num air ngan biskut! huh! tak tahan godaan gaknyer nengok adik dier duk num air gulp gulpp gulppp!! takpo la nak.. sekurang2nya dier blaja dan paham apa makna puasa.. len ari ganbatte er danish! nih belen ros bg kepingan lasagna arituh... sebelum nih dh penah buat! tengok sini yer! kali nih try resepi zaliana plak! resepi asal ader letak ati ayam! tp tk ltk pong! len kali la... thnx to za 4 d recipe!

Bahan-bahan
2 sudu besar minyak masak - hana gune myk zaitun
30 gram mentega
1 biji bawang besar-cincang halus
1 biji lobak merah- disagat
1 batang daun seleri-dicincang
500 gram daging cincang
1 cawan tomato puree
4 biji tomato-dipotong dadu
1 cawan air+ 1 kiub ayam
10 kepingan lasagna segera (instant)
1 cawan keju mozarella

Bechamel Sauce
60 g mentega
1/3 cawan tepung gandum
2 1/4 cawan susu
garam dan serbuk lada hitam
1/2 sudu teh mixed herbs
1/3 cawan keju mozarella

Cara-cara
Panaskan minyak dan mentega.Masukkan bawang,lobak merah,daun seleri, kacau sekali sekala sehingga lembut.Kemudianmasukkan daging,biarsehingga daging masak Masukkan tomato puri,tomato,air,garam,mixed herbs dan serbuk lada hitam.Tutup periuk dan biarkan merenih,kemudian ketepikan.

Bechamel sauce
Panaskan mentega,masukkan susu ,tepung gandum,garam dan serbuk lada hitam.Kacau dalam api sederhana,sehingga pekat.kemudian amsukkan keju mozarella,biar sehingga cair.

Menggunakan sebuah bekas tahan panas, sapu mentega pada permukaan bekas. Kemudian ratakan sos tomato, kemudian susun 2 baris kepingan lasagna.Sapukan sos tomato,diikuti bechamel sos ke atasnya.Ulang sehingga lapis yang kelima. Kemudian diakhiri dengan sos tomato,sos bechamel dan keju mozarella. Sekiranya sos bechamel menjadi terlalu pekat, panaskan semula,campurkan sedikit air ke dalamnya, dan kacau .Ini supaya ia mudah disapu .Pastikan setiap lapis lasagna dilitupi sos supaya masak sempurna.Masukkan ke dalam oven yang telah dipanaskan,bakar selama 45 minit atau sehingga lapisan lasagna masak. Biarkan seketika sebelum dipotong.

Tips dr zaliana!
# Kebanyakan lasagna yang dijual dilabelkan no pre cooking required, tidak perlu direbus terlebih dahulu. Saya lebih suka rebus dahulu kepingan lasagna sebelum dilapiskan dengan sos kerana ia mengurangkan masa membakar. Selain itu ia memastikan tiada permukaan lasagna yang terkeras dan tidak masak. Jadi saya tidak perlu mencucuk lasagna dengan garfu untuk pastikan samada ia dah masak atau belum. Untuk merebus, pastikan lasagna direbus di dalam air mendidih yang banyak.Masukkan sedikit minyak ke dalam air rebusan dan jangan lupa untuk mengasing-asingkan kepingan lasagna sejurus selepas di angkat supaya ia tidak melekat antara satu sama lain.

Cara lain yang saya buat ialah, jika tidak merebusnya pun, basahkan dahulu kepingan lasagna sebelum digunakan .Ia memberi lebih kelembapan pada kepingan lasagna dan menyebabkan ia masak lebih cepat berbanding menggunakan lasagna yang kering.


10 comments:

  1. fuhhh klasik betul..jika air tangan hana ni..hmmm kelassss

    ReplyDelete
  2. hahaha... iyooo la tuhhhhh! tang mano ntah kelasnyer!

    ReplyDelete
  3. Salam Hana,
    Baru terjumpa blog Hana ni hari tu, terus berminat, kurang kurang dapat bagi idea apa nak masak. Tq ye..

    ReplyDelete
  4. kak hana... camna kak hana poton lasagna nampak berlapis. ari tu jiya wat habis terburai isi perot. akekeke.. terlebeh letak inti ker apa??

    ReplyDelete
  5. sedap!!!... sedap!!!... sedap!!!!...

    jiya!!!... ko baca bismillah x masa potong tuh... kihkihkih.... kalo baca tp terburai gak... x bedung x tgn tuh... hehehe... x pon ko titik jer tgn jiya tu yung!!...:D

    ReplyDelete
  6. waaa,rajen melasagna lak yOng ni..mmg kelassss sik..kekkee

    ReplyDelete
  7. lasagna tuh kongsi ngan aunty yer danish yer...arinih suh mama masak lg utk kite tau..kang kita 'berbuka' sama..hihih.. opsss...abis laa mama danish dah terbaca mesej nih..huhuh..

    ReplyDelete
  8. ti shaz..
    wlam shaz..sesama! mudah2an dapat memenuhi selera shaz skluarga! slamat bpuasa! :)

    to jiya..
    ko potong masa tgh panas2 ker?? klu tgh panas2 mmg ler terburai! sbb cis tuh masih cair! klu dh sejuk cis dh melekat ngan daging2 n sheet tuh so xde hal utk potong ngan cantik! klu nk makan panas2 tekan tetttt jerk la kat microvawe! kikikiki

    to anawahid..
    mmg aku nk titik tgn dier sbb tk gheti nk sabo! hahahaha...

    to cikwan..
    mende sonang2 nih mmg aku suka chah nk buat! hihihi

    to HaSue..
    oowhhh ajak pakat yer! piat tinge tuh kang!!!

    ReplyDelete
  9. anakkat rumah ni sukalah ni...bagus tips tu..blh diamalkan...

    ReplyDelete
  10. to k.suzi..
    watkan la kak! anak2 kita pong suka! mak bapak pong tumpang suker! hihihi

    ReplyDelete