Friday, December 18, 2009

Salmon Cheese Fry & Sauted Shimeji

salam maal hijrah wat semua... slamat taun baru! Alhamdulillah kita masih dberi nafas utk terus menjalani kehidupan harian... syukurr! arini juga genap Darwish 3 bulan!dh beco anak mama... sat g nk kuor nih coz ade appoiment doktor. cam mls jerk sejok2 nih nk kuor.. salji pong dh tebal kat luaq tuh... arini msk simple2 jerk... sowi ar presentation kuwang menarik coz nk cepat... watkan bentou danish skali... sos pon gune sos tomato jerk! ngeee... resepi dr k.hani yokohama. thanx k.hani! mintak ijin cnp yer di sini.. tQ! sila lihat kejadian ikan nih di my.resipi yer!
Bahan-bahan
  • 2 keping ikan Salmon
  • 4 keping cheese
  • 1/2 biji telur
  • 1/2 cawan bread crumb
  • 3 s/b tepung gandum
  • garam dan lada sulah
  • minyak untuk menggoreng
  • kobis yang dipotong halus memanjang
  • untuk sos
  • 2 s/b tomato ketchup
  • 1 s/b sos tiram
  • 2 s/b air
  • 1 s/b butter
Cara-cara
  1. buang kulit dan bersihkan ikan salmon. potong dua 1 kepingan ikan menjadikan 4 bahagian semuanya. keringkan dengan paper towel.
  2. diatas papan pemotong alas dengan cling film. letak potongan ikan kemudian alas lagi dengan cling flim.
  3. pukul dengan rolling pin sehingga nipis dan berukuran besar sedikit dari kepingan cheese.
  4. buka lapisan cling film atas dan tabur garam dan lada sulah. letak cheese.
  5. lipat salmon menutupi keliling cheese. lipat dua cheese jadi separuh.
  6. salutkan tepung gandum, telur yang dipukul sedikit dan akhir sekali bread crumb. ulang step 2-5 sampai habis semua ikan. goreng dengan minyak yang cukup melitupi separuh kepingan ikan+cheese tadi. bila agak kuning, balikkan. bila dah masak, angkat dan sejat minyak.
  7. untuk sos >>> panaskan butter dlm sos pan. masukkan tomato ketchup, sos tiram dan air. kacau dan tutup api. curah atas ikan dan bolehlah disantap bersama sauted shimeji.
RESEPI SAUTED SHIMEJI
Bahan-bahan
  • 1 pack shimeji mushroom
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/4 biji bawang besar
  • 2s/k woscestershire sauce- xde.gune sos tiram jer
  • 1s/b olive oil
  • garam dan lada sulah
  • 5,6 helai rosemary-cincang (optional)
Cara-cara
  1. bersihkan shimeji. (tapi jangan basuh. mushroom tak patut dibasuh. nanti berair masakan anda.)
  2. pecahkan shimeji supaya jadi kecil sikit. potong nipis bawang putih dan bawang besar.
  3. masukkan olive oil & bawang putih dalam frypan dan panaskan. bila dah wangi, masukkan bawang besar dan shimeji. kacau.
  4. bila dah agak layu, masukkan woscestershire sauce dan rosemary. kacau rata. perisakan dengan garam dan lada sulah. angkat dari api. hidangkan.

11 comments:

  1. Aduss..pagi pagi dah nampak salmon ngan mushroom neh. Kena makan lah nampak nye nie.. huhu
    psst, happy 3rd month birthday to Darwish! muasss :)

    ReplyDelete
  2. HUH!! Darwish already 3 mths??? Whoaaa time really flying lor! ;)

    Okey, dah bawak pinggan nih...nak tapau! kihkih...

    Happy New Year Maal Hijrah to all of U there ya! ;)

    ReplyDelete
  3. salam maal hijrah utk hana sekeluarga juga and happy 3rd month bday to darwish too!!! kejap je masa berlalu kan?? pejam celik pejam celik...dah beso darwish.

    psst...sauted shimeji tu nmpak yummy!!!

    ReplyDelete
  4. hana...sedap...sedap....lama dh x makan salmon nie...asik dok pekena ayam daging je!

    ReplyDelete
  5. salam hana...wahhhh dah tiga bulan Darwish ye, dah besarlah tu...

    ReplyDelete
  6. kjp je da beso darwish tu yer..nmpk best la menu ni..leh try bile salmon berlambak lg kt umh nnti

    ReplyDelete
  7. to blogresipi..
    tQ aunty! muaacchhhhss! haaa mmg sesuwai menu nih utk ko jan! try jgn tk try! sedap tuu!

    to love2cook..
    hehehe... darwish tk sabo nk dpt kaki plak! kikiki.. tQ yer love!

    to 14sept..
    setakat nih ikan2 kat jepon nih tadak bau hanyir wpon fresh dr laut..klu hanyir, ko basuh jerk ngan halia satu guni! hahaha

    to k.ain..
    to u tooo!! mmg cedap kan cendawan tuh! sini byk jenis cendawan! semua sedap2!!

    to k.fae..
    akak sama ngan kiter! jarang2 mkn salmon wpon selalu sgt nmpk! hehehe

    to k.ima..
    haah k.ima! kejap jerk kan! hihihi

    to emilia..
    mkn puas2 salmon kat sini emi! kang blk mesia silap2 setaun skali br beli! hihihi

    ReplyDelete
  8. Happy Birthday Month buat Darwish.
    Jatuh pada tahun baru lak tu...camana perkembangan Darwish skarang kak? :)

    ReplyDelete
  9. tQ nur! skrg dh pandai tawa melekek2! mulut pong tk renti2 nk bercakap ajer! ckp bahse dier lah! tp alhmdllah dier tk byk kerenah.. senang dijaga... :)

    ReplyDelete
  10. Emmm sedapnya salmon tu... selalu makan smoked salmon atau grilled salmon kat teppanyaki...my fav tu...

    ReplyDelete