Wednesday, April 21, 2010

American Hot Dogs

dah sarapann?? Jom makan roti.... akceli menu nih sebenonyer menu lama.... tp time en.asben xde, mmg sesuwai beno klu menu2 cenggini.. sbb takyah dah susah2 nak masak nasik.. konyang makan roti.... resepi cedok dr cikmat yang gebu itew! maceh mat! nampak beso dabak roti nih biler disumbat dgn rete karun tuh! padahal xde la beso mana pong... layanzzzz...

Bahan-bahan
Bahan Roti
  • 400 g tepung roti
  • 20 g gula halus
  • 1/2 camca teh garam
  • 1 camca besar susu tepung
  • 2 camca teh instant yeast
  • 250 ml air
  • 30 g lemak sayur (shortening)
Bahan Lain:
  • Sosej ayam, dicelur dan biar sejuk
  • Mayonis
  • Daun salad
  • Kepingan tomato
  • Sos tomato
  • English mustard - tadak!
  • Telur rebus, dipotong kepingan
Cara Membuatnya:
  1. Untuk Roti:- Satukan semua bahan untuk roti kecuali lemak sayur. Gaul rata hingga menjadi doh. Campur lemak sayur dan terus menguli hingga mendapat adunan yang kenyal dan lembut, perap 45 minit hingga naik sekali ganda. KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan untuk roti dalam bread maker dan pilih setting untuk doh dan tekan "ON". Tunggu hingga siap. Keluarkan doh, bagi kepada 12 bahagian, bulat2kan dan rehat 10 minit. Bentukkan memanjang kurang lebih sama panjang dengan ukuran sosej. Letak atas dulang yang telah disapu sedikit mentega. Jarak2 kan dan biar 45 minit lagi. Spray permukaan doh dengan air dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 190C selama 20 minit atau hingga kuning keemasan. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya.
  2. Untuk "AMERICAN HOT DOGS" :- Ambil satu roti tadi, belah dua tapi jangan putus, susun daun salad, hirisan tomato, telur rebus dan sosej. Paip kan mayonis, mustard dan sos tomato sebelum dihidangkan. Mat cuma paipkan "sos thousand island" jeeee.... (hana campur sos cili + mayonis + lemon >> jd ler ala thousand island! :D )
yang nih sumbat ngan potongan daging burger

8 comments:

  1. Sib baik perut dah kenyang sendat ni, baru habis sarapan. Kalau tak, mau meroyan gak tengok hotdogs Hana ni....

    ReplyDelete
  2. blom sarap ni..
    kak hana kte nak..nak..
    mmg telior ..alamak da jatoh
    la plak air saliva kt kibod ni:)..
    maapppp..

    ReplyDelete
  3. akak bekfas lontong je... tukar ler seketul ngan lontong semangkuk ni hah...

    ReplyDelete
  4. Sib baik dah wat menu hotdog semalam kalau tak...mau guling2...tahan nafsu ketagihan nak menu sedap kat blog Hana ni!!

    ReplyDelete
  5. salam hana...wahhh sedapnya kalau dapat buat sarapan utk pagi ni mesti kenyang sampai kepetang...

    ReplyDelete
  6. Kalau dekat dah g ngendeng tau wat sarapan pepagi ni...ehhh ngences je nengok walau dah kenyang pun....

    ReplyDelete
  7. Hana makan brp tu? kalau Yus tak cukup satu..

    ReplyDelete