Saturday, June 26, 2010

Poteto Sarada

Salam dipagi sabtu buat semua... arini kitaorg layan menu ala2 western n jepun! wat ayam panggang ngan salad kentang. sempoi jerk sbb nak cepat utk hidangan hubby yg ade perlawanan bola arini. kul 5pagi dah tung tang masak sbb hubby bertolak kul 6. ayam panggang tuh dah siap2kan rempah mlm td. wat sos lada hitam skali. potato salad nih sangat popular di mana2 restoran Jepun kat sini. resepi amik dari dapur ros jintanmanis yg saat ini sedang berjuang di ICU kerana pendarahan. mari kita sama2 doakan ros dan juga babynyer selamat. ros akan ditahan di icu selama 2 minggu utk pemantauan doktor. Aku dapat rasa camne ros rasa masa aku tumpah darah aritu... huhuhuuu... cuma bezanya aku dah selamat bersalin, ros plak blom tiba waktu utk due datenya bulan lapan nanti. moga ros diberi kekuatan, tenang dan sabar dengan dugaan nih. ros kim salam dan ucapkan timakasih pada yang mendoakan. hanya doa kengkawan yang dpt menguatkan semangatnya. k lah! meh tengok resepi.

Bahan-bahan

  • 3 biji kentang ( direbus dan dilecek)
  • 1/3 batang carrot
  • 1/2 batang timun
  • 1/4 biji bawang besar
  • 3 sudu besar mayonis
  • sedikit garam
  • 1 batang sosej ayam ( direbus dan dihiris halus)

Cara-cara

  • Hiris nipis timun, carrot dan bawang besar, ( ros guna slicer) kemudian gaul sebati dengan 1 sudu kecil garam dan curahkan 1 cawan air, wrap kemas dan ketepikan. Biarkan selama lebih kurang 10 minit.
  • Setelah 10 minit, tapis sayur tadi bagi keluarkan air, tekan sedikit untuk mengeluarkan air yang berlebihan, di dalam bekas, masukkan kentang yang telah dilecek bersama mayonis, timun, lobak merah dan bawang besar serta sosej, gaul sebati.
  • Sedia untuk dihidangkan, tak perlu masuk garam atau gula, sesuai dijadikan menu bentou atau di makan begitu sahaja.Jika mahu letakkan satu biji telur rebus yang telah dilenyek pun boleh, lagi creamy rasa potato salad ni nanti. Selamat Mencuba.

6 comments:

  1. pepagi dah sarapan poteto sarada, sedapnya...ayam panggang mas nak bahagian peha, boleh kak...rajin bebenar kak hanaku sorang ni...

    ReplyDelete
  2. akak nih klu nk cepat wat yg senang2 jerk mas.. janji konyang n hubby erk alhamdulillah! hihihi...jom mas makan sama! ader lg nih coz akak ngan anak2 lom makan pung! td cume temankan hubby makan jer.. tk koser awal pg nk makan.. hihihihi

    ReplyDelete
  3. Ya Allah..mudahkan lah semuanya buat Ros..smoga baby n ibu sihat..tu la rasanya baru lagi dia tunjuk gambor makyong nya yg 6 bulan, tetibe dengor tumpah darah pulak...kak Hana pun tumpah darah juge dulu ye?sebab apa ye jadi camtu?..penat sangat ke?memang rahim ke..eh banyak tanya lak... berbalik pada sarada tu, memang nampak sempoi, bleh try ni

    ReplyDelete
  4. semoga ros dan bb didalam perlindungan Allah setiap masa.. dan semoga dipermudahkan segala urusan mereka sekeluarga... aminn

    ReplyDelete
  5. to izahdaut..
    salam zah.. mudah2an..tima kasih doakan dier. haah! hentah lah! tak tau apa puncanya.. tp ms akak bersalinkan yg kedua dulu gtu gak! cume xde la seteruk yg darwish nih sampai kene tambah darah. try baca link sini psl tumpah darah. http://www.edaransalindah.com/menarik-tumpah-darah.htm

    to k.nor..
    mudah2an kak.. aminnn... tima kasih doakan dier ye kak!

    ReplyDelete
  6. Hana,

    thanks for sharing abt Ros..kita ramai2 doakan Ros selamat semuanya, InsyaAllah..amin..

    beb sambil2 tu , ko hulur la potato tu bagi aku rasa..

    ReplyDelete