Friday, February 18, 2011

Marmer@Marble Chiffon Cake

Assalamualaikum dan selamat petang...... jemput minum petang dengan kek chiffon marble nih... baru jerk buat tghr tadi..... dah tentunyer kek yang sangat lembut dan sodappp..... wat penggemar kek chiffon jangan lepaskan peluang utk mencuba kek nih... resepi dari tokey baking cik puan rima yang ayu dari singapore itu la... thanx rim... nak tengok kek yang lagik cantik memukau pandangan sila ke dapur sifu... aihhhh student mana leh lawan sifu! nanti kene tulah! kekekeke.....



RESEPI MARMER @ MARBLE CHIFFON CAKE
source : rima@biousatoi
terjemahan : hanamemories.blogspot.com

Bahan-bahan
Bahan A
  • 7 biji telur putih
  • 1/2 tsp cream of tartar
  • 100g gula
Bahan B
  • 7 biji kuning telur
  • 100g gula
  • 175g tepung gandum
  • 1/2 tsp baking powder
  • 75ml minyak masak
  • 150ml susu segar
  • 1/2 tsp garam
  • 1 tsp serbuk koko
  • 1 tsb coklat emulco
Cara-cara
  • Panaskan oven suhu 170.
  • Pukul kuning telur dan gula menggunakan whisk . Masukkan susu segar dan juga minyak. Kemudian masukkan tepung dan juga baking powder yang telah di ayak. Kacau sebati. Ketepikan.
  • Mangkuk lain, pukul putih telur dan juga cream of tartar sehingga berbuih. Masukkan gula sedikit demi sedikit dan teruskan memutar sehingga soft peak (terbalikkan adunan tak jatuh)
  • Ambil 1/3 adunan putih telur dan masukkan ke dalam adunan kuning telur. Kacau sebati perlahan-lahan. Kemudian satukan semua dan kacau sebati lagi perlahan-lahan.
  • Bahagikan adunan kepada dua bahagian. Satu bahagian campurkan dengan serbuk koko dan juga coklat emulco. Sebatikan.
  • Tuang ke dalam loyang secara berselang seli. (Loyang tak perlu di gris minyak/butter).
  • Bakar selama 45min. Sejurus keluar dari oven terbalikkan loyang dan biarkan sejuk baru sisip kek.
  • Potong dan hidangkan.


22 comments:

  1. Salam Hana
    Cantik lah marmar chiffon kek mu itew. Mintak se slice utk minum ptg nih..hehehe

    ReplyDelete
  2. Salam amboi betul cantik le cake ni lembut span betul..nak wat utk minum petunmg jugak le...jalazzzzzzzzzzzzz tau heheh

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. salam..
    hana mintak sepotong... ihihi

    ReplyDelete
  5. wow...cipon zebra dah kua...pinjam tgn ko kak..tangan hadik, kalau buat jadi harimau bintang...ekekekke

    ReplyDelete
  6. psss cepat a kak hana,aku dah lama tak membaking neh..panggg..campak kamus ngan piring..hari ni mood nak mencampak je pas nampak gulai rebung umah kak anim tadi...dasarr

    ReplyDelete
  7. geremmmmm...
    dah lama tak mencipon.. acuan cipon akak ada masalah sikit ler.. dah kemek sikit.. bila tuang adunan kek masa membakar dia menitis2... hehehe.. aritu wat sekali abis hangusss adunan yg menitik tu hitam arang jadiknya yg jatuh2 kat bwh tu.. kekek... tulah akibatnya simpan acuan lama2 tak usik2.. dia dah merajuk sampai kemek2! entah2 dia menghantukkan diri dlm kabinet tu tak?

    ReplyDelete
  8. dah lama tak mencipon semnajak try satu recipe tu tak menjadi!!..nampak lembut kek marmer mu itu ..geramnya akak tengok ..cantiklah

    ReplyDelete
  9. tidakk!! baking skills ku blom samp tahap menchiffon lagi...asyik beli kt kedai je, bila laa nk menchiffon sendiri nih..

    ReplyDelete
  10. cantekkk...uishhh nyampah tengok chiffon nih, itu hari chiffonku merundum jatuh so malas nak wat lagi dah... ish tak buleh lelama kat sini..geram ngan chiffon tuh

    ReplyDelete
  11. harus ku cuba nih...sodap btol kat mata ain nih...hehehe

    ReplyDelete
  12. perrhhh..sedappnya tengok kek cipon tu..
    lama dah mas tak buat...he..he..
    entah bila mood mencipon datang..kalau bab makan tu..boleh jer..wakakaka..

    ReplyDelete
  13. Hancuss diet aku datang dapur ko neh Bedahhhhh!!

    ReplyDelete
  14. Assalammualaikum Hana,
    Gebu dan cantiknya kek chiffon marble tu...akak pun dah pernah cuba resepi ni..mmng sedapkan...

    ReplyDelete
  15. Uwaaaaaaaaaaaaaaaaa...nak nangis tgk cipon belang2 koooo...adeeeii, cantik banget Hana oiii...tu ko guna loyang cipon dasarnya berapa inci dong?? Nanti terlebih adunan jadi mcm akak buat, naik tinggi jek, nk tonggeng pun susah dan x cantik..huhuu

    ReplyDelete
  16. Rajin betul Kak Hana buat kek span. Nak sepotong??

    ReplyDelete
  17. oh tidak....akak dah tergoda ni....!

    ReplyDelete
  18. Salam Kak Hana,
    Rajinnye dia sempat lagi membaking baking bagai.. akak dan nak balik msia ke ni? macammm macammmm dah dekattt je bunyi tu. BIla kak?

    Ijan

    ReplyDelete
  19. perghhh mabeles cipon kek ni.harus dicuba ni...maunya saya mimpikan kek ni mlm ni...haha p/s: dh try buat dh CBBS tu..sedap! minta izin copy resepi...tq yer kak.:)

    ReplyDelete
  20. Amboi! Nampak sedap betul. First time nampak marble chiffon ni. Selama ni nampak yang kuning jer, now dah ada yang marble plak ya.
    Tahniah Hana, nampak menjadi betul kek ni. Nanti nak buat untuk raya la..

    Tq for the nice resipi;-)

    ReplyDelete
  21. errrmmmm sedapnyer... pandai sekarang masak yer...

    ReplyDelete