Saturday, July 28, 2012

Nasi Minyak Mudah



 Assalamualaikum..... bertemu kembali..... menu nih ialah menu pada ari pertama berbuka puasa aritu.. request dr anakanda Danish yang sgt suka dgn nasik minyak ala kantin skola.. aku paham beno la klu sebut nasi myk kantin skola utk bdk2 skola rendah nih... biasa ayam merah bodo2 jer.. pedas2 manja ajer.. beras pon guna beras biasa.. xde standard mcm nasi myk kenduri kawin or sbgnya... acar pon xde! tp aku buat ni 'up' sket la dari makcik kantin skola tu.. hahahahahaha... masuk bakul la kan! :P jom semak resepi... suka beno masak cenggini sbb tak perlu msk byk lauk. yg penting sedap dan keluarga semua suka... Selamat Berbuka.... :)

NASI MINYAK MUDAH
sumber : hanamemories.blogspot.com

Bahan-bahan
  • 3 cawan beras biasa
  • 3 cawan air (mengikut jenis beras ye... klu perlu lebih, lebihkan..)
  • 1/2 biji bawang besar - mayang
  • 1 btg kayu manis, sebiji pelaga, sekuntum bunga cengkih dan bunga lawang
  • 2sb minyak sapi
  • 1 ketul kiub ayam
  • daun pandan simpul
  • serbuk kunyit sbg pewarna
  • garam secukup rasa
Cara-cara
  • Cuci beras dan toskan.
  • Panaskan minyak sapi. Masukkan bawang, rempah tumis dan goreng hingga naik bau. Masukkan daun pandan, kiub ayam dan serbuk kunyit. Kemudian masukkan beras. Gaul mesra.
  • Masukkan air mengikut sukatan beras dan garam secukup rasa.
  • Alihkan ke dalam rice cooker dan tekan button 'start'. Sementara itu sediakan Ayam masak merah dan juga acar timun.


RESEPI AYAM MASAK MERAH MUDAH

Bahan-bahan
  • 1/2 ekor ayam (size kecil) - potong kecil
  • garam dan serbuk kunyit
  • 1/2 biji bawang besar - mayang
  • *3 ulas bawang merah
  • *2 ulas bawang putih
  • *1 inci halia
  • *1/2 biji tomato  
  • * 2 tangkai cili merah
  • 1 btg serai - ketuk
  • 1 btg kayu manis, 1 bunga lawang dan buah pelaga
  • 1sb cili kisar - ikut kepedasan masing2. hana buat tak pedas
  • 2sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar sos tomato
  • Air, garam dan gula
Cara-cara
  • Gaul ayam dgn garam dan serbuk kunyit. Goreng hingga masak dan ketepikan.
  • Kisar bahan *. Panaskan minyak kemudian tumis bhn kisar. Masukkan rempah tumis, serai dan cili kisar. Tumis hingga pecah minyak. Masukkan sos tomato, sos cili dan air sedikit.
  • Perasakan dgn gula dan garam. Masukkan ayam. Gaul mesra.Didihkan sebentar kemudian matikan api.
  • Jika suka boleh tambahkan hirisan tomato dan daun ketumbar.

RESEPI ACAR TIMUN & CARROT

Bahan-bahan
  • 1 biji timun jepun
  • 1/2 btg carrot
  • 1 tangkai lada merah
  • 1 biji bawang besar
  • Garam dan gula
  • sedikit cuka makan
Cara-cara
  • Hiris timun dan carrot. Potong lada menyerong. Mayang bawang besar.
  • Dalam mangkuk satukan semua bahan. Gaul dan hidangkan.


15 comments:

  1. faa selalu buat nasi minyak tak menjadi. hehehe. nak kena amek resepi akak ni.

    ReplyDelete
  2. Hana, makan nasi minyak pun mudah kaann...sekejap jek nak ngabis... Ai makan nasi minyak sultana youuuuuu...hahahhaha, tp minggu lepas punyer laaa...hik hik

    ReplyDelete
  3. amboi kak! n3 utk menu hari ke 8 nasi ayam bl la gamak nya ngeh3 . kak! jgn lupa soh Darwish anto nc ayam tau i tggu adik Darwish dpn pintu rmh. soh dia bwk basikal rempit dia tu aje ekekeke

    ReplyDelete
  4. Selamat pengantin tak berapa baru ok...nampak sedapp beno lah pulak nasi minyak tu...

    ReplyDelete
  5. Slmt berpuasa Hana sekeluarga.abg minta nasi minyak mcm kantin sek....akk dpt bayangkan kalau menu sek mmg simple. tp versi Hana yg dah up sikit ni nampak sedap. anak akk pula minta nasi kuning....buat nasi ayam kuning....suka dia.

    ReplyDelete
  6. selamat berpuasa kak! tu dia, nasi minyak makcik kantin sudah keluar..ekeke(tetiba terinagt makcik kantin dalam cerita ninja boys..;p)

    ReplyDelete
  7. Kak hana. . Ada jg nasi minyak makcik kantin ya. Kikikiiiii

    ReplyDelete
  8. hohoho...resepi mudah cenggini lah i like..!! luv u la kak hana...

    selamat berpuasa tuk khana n family..!!

    ReplyDelete
  9. mmg simple..hehhe..kalau kak hana jual kat kantin sekolah kompom makcik kantin tu tak dapat carik makan ekeke...:P

    ReplyDelete
  10. eh sama la kak menu hari pertama berbuka tp buat utk jamuan. sonang bebeno, tp aii rajin sikit buat nasi minyak oren, ala cuma tambah pati oren je, pastu tambah susu sikit. menjadik jugaklah. ;D

    ReplyDelete
  11. salam ramadhan hana sekeluarga.

    mudah ek resepi kamu ni..senang nak buat

    ReplyDelete
  12. salam ramadhan :)
    Nice blog :)
    salam kenal sobat :)
    di tunggu kunjungan balik.nya ya !terimakasih ...

    ReplyDelete
  13. Mudah dan cepat. Dah buat. Menjadi. Terima kasih ngan resepi. :-D

    ReplyDelete
  14. Sedap..sy modify skit letak susu cair

    ReplyDelete