Wednesday, May 26, 2010

Mix Vege Sausage Bun

Jom minum petang ngan roti panas dan sedap nih! elok beno arini darwish tdo lama! bleh la aku wat projek meroti macam2 nih! bukan sebab terajen! tapi terpakse! mana taknyer klu bab roti masing2 citarasanyer berbeza..sorang tak makan tu, sorang tak makan ni, sorang nak tu, sorang nak nih! sib baik dapat isteri dan ibu seperti aku nih kan kan..! kwang kwang kwang... wahai en.asbenku.. sedarlah pengorbanan daku! hakhakhakhak.. arap2 dier baca arini! hihi.. resepi dr dapur matttttgebu! hehehe..maceh mat! utk lihat step by step lihat kat dapur mat yer! aku tak sempat nak tembak2! Jemput makannn...

Bahan-bahan
  • 300 g tepung roti
  • 60 g gula halus
  • 5 g garam halus
  • 10 g susu tepung
  • 1/2 camca teh bread improver
  • 1/2 camca teh bread softerner
  • 2 camca teh instat yeast (mauripan)
  • 30 g telur (pecah kan 1 biji telur, pukul sedikit dan timbang)
  • 150 ml air
  • 30 g mentega
Bahan lain
  • 8 batang sosej ayam "ayamas", celur 5 minit, tos dan sejukkan
  • Mix vege secukupnya
  • Sos tomato secukupnya
  • Mayonnaise secukupnya
  • Telur untuk disapu (baki 30 g tadi)
Cara-cara
  1. UNTUK DOH ROTI :- Campur semua bahan2 untuk dok kecuali mentega, gaul hinnga menjadi doh, tambah mentega dan terus menguli hingga mendapat doh yang lembut dan anjal (kurang lebih 15 - 20 minit). Bulat2kan dah, letak dalam bekas dan balut bekas tadi dengan plastik bersih, biar 1 jam hingga doh naik. KAEDAH LAIN :- Satukan semua bahan2 dalam Bread Maker, pilih setting untuk "DOH", tekan "ON" dan tunggu hingga siap.
  2. UNTUK MIX VEGE SAUSAGE BUN :- Keluarkan doh, tumbuk dan bagi kepada 8 bahagian sama besar (hana bg 40g setiap satu), bulat2kan doh dan biar doh rehat 10 minit. Ambil satu doh canai memanjang sama ukuran dengan sosej tadi. Balut sosej dan kerat kepada 4 bahagian sama besar, kemudian kerat lagi supaya mendapat 8 keratan (seperti dalam gambar).
  3. Pusingkan setiap belahan tadi ke kanan dan ke kiri sehingga mendapat bentuk macam dalam gambar. Alihkan ke dalam dulang pembakar yang telah disapu sedikit mentega. Tekan sedikit roti, buat kaedah sama untuk baki doh dan sosej tadi. Biarkan 45 minit hingga naik.
  4. Sapu dengan telur, tabur dengan mix vege dan paipkan mayonnaise dan kemudian sos tomato. Buat hingga siap. Bakar dalam oven pada suhu 190C selama 20 - 25 minit. Sejukkan atas jaringan sebenuhnya sebelum dihidangkan.
Nih hasil utk tekak yang berbeda2... tak sempat nak make-up lawo2 sbb nak cepat! aku cuma wat satu adunan je utk semua2 roti nih..dpt byk..... alhamdulillahh...

for danial
for danish yg tak suker sosej
for my laling bucuk bacin! aku pose roti sbb kene melantak cis smlm lg! hahaa..sadisss

14 comments:

  1. Hana, nak tanya le...kalau guna BM boleh campak gitu je ke? Ira tak berapa reti lagi nak guna BM ni...he.he baru beli tp cap ayam je, dlm manual tu cakap, kena masukkan cecair dulu kemudian bahan2 kering last baru yeast. Sebab hari tu buat roti loaf tak jadi... tapi utk doh tak cuba lagi

    ReplyDelete
  2. yep! klu ikut undang2 BM aka bibik melayu,kene masukkan yg cecair dulu! tapi kalau hana, semua hana campak sekali harung! pehtu tekan ON! tau2 dah siap! hahahahaa... alhamdulillah setakat nih tak penah tak jadik! roti tetap lembut dan gebu! maybe lain BM lain caranya kot! hentah erk!

    ReplyDelete
  3. kak hana....comel nye roti yang sosej rol tuh..cam nak tenyeh tenyeh je.. nak ke dapur a buat roti ni..adioss

    ReplyDelete
  4. kadang - kadang mas pun buat macam akak,anak2 mas pun selera tak sama,senang kan kak, 1 adunan dapat buat macam2,macam kat kedai roti la...pilih2, nak yang mana..he..he..

    ReplyDelete
  5. akak senang je hana.bebudak dah besar jgn byk songeh.buat roti gondol cicah milo..ermmm sodap tul

    ReplyDelete
  6. to izahdaut..
    roti tuh xde insuran! ko jgn tenyeh2 kuat sgt! tak berbaloi kang! muahahahaa... buat jgn tak buat!

    to mas..
    hehehe..tol la mas! mak dier dah macam kedai roti jerk erk?? kekeke

    to k.anymz..
    hahahahaaaa...roti gondol kak er! lawak la akak niH! tp mmg btol la! gondol2 lagik senang! nak sosej pong belah jerk tgh, buh la sosej bagai! kekekee...

    ReplyDelete
  7. salam hana...
    roti yg sosej tu..alah hai comeyynyaa..mcm siput pun ada...kreatif lah koo ni hana....

    ReplyDelete
  8. Hana, hope next time you try buat roti pakai water roux method. It will gives you very soft bread so tak payah pakai lagi bread improver and softerner.

    ReplyDelete
  9. macam kat kedai la... Hana, esok2 balik mesia leh bukak kedai roti hu hu

    ReplyDelete
  10. salam hana..sehari tak singgah tengok "darwis" rasa cam setahun hehe line phone rumah buat hal..satu hari tak boleh masuk blog..haiyah..malam baru elok..minta roti sikit ya:)

    ReplyDelete
  11. to matgebu..
    salam mat..aku tiru kat lam majalah la mat! majalah tuh yg kretip! bukan aku! kikikiki

    to icook4fun..
    hi..akceli i dah banyak kali wat gune water roux sblm2 nih..u can find kat label roti tuh.. but kali nih xde stok water roux then mls pulak nak buat! heeee...

    to izan..
    haah iyolah! aku bukan kedai lama rumah jerk! kastemer aku anak2 n laki aku jer! hahaha

    to cikmanggis..
    salam nenek manggis..darwis pong leh leleh air liuq kalau sehari tk nmpk nenek manggis! hihihi.. nah! roti!

    ReplyDelete
  12. Hana, nk tanya yang roti gulung kontot tu sapa punya? Darwish ke? hehee...Ko ni ada2 jek wat kelakor tauuuu..haha

    ReplyDelete
  13. Cup cupppp Hana! Ko tu salin je resepi Mat eh..dia mmg suka wat saja2 taip salah tau..tu no. 3 cara nk buat tu..."PUSIANGKAN" roti..wakakakaa...aritu kan, dia penah taip "musim" jadi "MU SIAM" atau...wakakakaa, lenkali ko nk copy ko cek ejaan dulu...ahaakss! (*japgi ada la budak Mat tu tuju angin pulak kat akak..hehe, nyorottsss la)

    ReplyDelete
  14. to k.ummi..
    hahahahaa roti kontot tuh utk danial! darwish konon2 tak mo bg lagik takot kembong cam aritu! skali dier rembat satu habih satu kontot tuh kak! hah! hambik ko! sib baik tak kembonG! hihihi

    lerrr..kiter baru perasan! nampaknyer cikgu sejarah kiter tak leh jadik cikgu bahse melayu! kiter pong dh byk kali jugak ternampak dier selalu terpesong bahse! kahkahkahkah.. lawak la mat niH! amponnn mat! len kali klu time tulih, g buang hajat dululah! wakakakakakaaaaa.......

    ReplyDelete