Tuesday, November 16, 2010

Ketam Sweet & Sour

sebenonyer arini malas beno aku nak meng`update` masak2... tapi si tipah ngan si tijah tuh bising btol ketuk2 pintu dapur aku.. nah nih! hambik hambikkkkk! nak sangat penyepit ketam aku.. kacau jerk haku nak mengeram! wakakakakakakaa.... resepi nih aku dah campur aduk resepi kak.hanieliza ngan resepi kak.nannie... mana yang xde aku ada2kan... boley gtu?? gasaklah! sendiri mau makan.. hihii... utk budak2 aku watkan sup ketam. tima kasih wat kak.liza dan jugak kak.nannie. nak sambung mengeram! malam nanti baru kejor lembu... slamat ari raya aidil adha buat semua... mana yg balik kampung tuh ati2! klu ade lebey2 tulang korbang meh anto kat aku.. aku nak wat sup tulanggg.. walahhhhhhh sedapnyer!

RESEPI I - KETAM SWEET SOUR
Source : Kak.Nannie

Bahan-bahan
  • 2 kg ketam
  • 3 biji tomato masak ranum
  • 4 batang serai - dititik
  • Sedikit air asam jawa
  • Sedikit air - jika perlu saja
  • * Boleh ditambah nenas atau cili capsicum
Bahan dikisar lumat
  • 3 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 3cm halia
  • 2cm lengkuas
  • 4 biji cili kering-direndam dalam air panas sampai kembang
Bahan sos
  • 5 sudu besar sos cili
  • 4 sudu besar sos tomato
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar sos ikan/nampla-boleh ditambah kalau kurang masin
  • Sedikit minyak bijan
Cara-cara
  • Bersihkan semua ketam dan dipotong 2 kemudian dibasuh bersih dan diketepikan dulu . Kisar semua bahan menumis .
  • Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bahan dikisar dan kacau biar sampai masak dan terbit bau wangi . Masukkan tomato dan semua bahan sos terus kacau sambil rasa jika ada terkurang apa-apa bahan boleh ditambah ikut pada cita rasa kita .
  • Masukkan semua ketam tadi dan digaul rata kemudian tutup kuali dan biarkan sampai semua ketam masak . Buka penutup kuali dan kacau dan kalau nak kuah lebih tambah la air . Boleh juga ditambah daun sup atau daun bawang untuk xtra citarasa dan bau . Bila ketam dah masak boleh la ditutup api dapur..
  • Sila la ubah atau tambah apa saja bahan ikut pada citarasa sendiri..
Untuk resepi Sup Ketam sila rujuk SINI

RESEPI II - KETAM SWEET SOUR

Source : Kak.Hanieliza

Bahan Bahan

  • 4 ekor ketam [potong 2 dan bersihkan]
  • 3 s/b minyak masak
  • 3 s/besar sos cili
  • 6 s/b sos tomato
  • 1 cawan air
  • 1 s/k garam
  • 1 s/b gula
  • 1/2 cawan nenas - jika suka [dipotong dadu]
  • 2 biji tomato [dibelah]
  • 1 biji telur [pukul sikit]
  • 1 pokok daun bawang [mayang 1 inci]
Bahan hiris
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 labu bawang besar
Cara-cara
  • Panaskan minyak dan tumiskan bahan hiris sehingga wangi.
  • Masukkan air, sos cili, sos tomato dan ketam. Biarkan mendideh.
  • Masukkan garam dan gula sedikit.
  • Masukkan telur dan kacau sikit. Biarkan mendideh.
  • Masukkan buah tomato dan nenas dan kacau rata.
  • Bila dah nampak pekat masukkan daun bawang dan angkat.
  • Masukkan dalam pinggan besar.

8 comments:

  1. wakakkaa..mengeram kejap je dah kuar anak ketam..haha.. dah tahu dah, ketam masak la apa pun, nak nak segar mcm ketam kanazawa kan.mmg sedap la.. selamat hari raya aidil adha buat kak hana sekeluarga yee...

    ReplyDelete
  2. cis! hahahahahaa.. mujur anak ketam.. klu kuor anak gajah camno la yer?? kikiki.... slamat ari raya jugak makcik tipahhhhhh! ati2 duk atas bangunan tuh! jgn terjun bunuh diri tak balik kampong! wakakakakakaa

    ReplyDelete
  3. salam kak hana.....akak pun raya esok ke....masak ketam jer ke kak....anto sini sikittt.....

    ReplyDelete
  4. sini pn mengetam gak... mehla 2 ekor, nk gak org mesia rase ketam kanazawa... rasa cheese ke, rasa smbl blacan ke..

    kak hana, nak cakap nih...slmt hari raya aidiladha...mintak maapla ( erkkk.. mie ade slh ke???) dr ujung pasir mas smpai ujung kanazawa...blh gitu???

    ReplyDelete
  5. slmt hari raya buat ina sekeluarga

    ReplyDelete
  6. selamat hari raya aidil adha adik manissss,poskan ketam barang siji loru

    ReplyDelete
  7. Hana, I pun masak ketam sweet and sour last weekend tapi belum post lagi :)

    ReplyDelete