Wednesday, March 30, 2011

Salam rindu dan syukur alhamdulillah......



Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pengunjung hanamemories... firstly, syukur alhamdulillah kami telah selamat tiba di bumi Malaysia pada hari Jumaat yang lalu.... terima kasih buat rakan2 yang mendoakan perjalanan kami.... maaf lambat bersiaran sbb banyak urusan yang perlu di settlekan.... tenet kat rumah nih pong kejap lemau, kejap tak lemau.... kesihatan kami alhamdulillah semua ok dan anak2 tengah menyesuaikan keadaan.. lebih2 lagi cuaca dan keadaan sekeliling.... insyaAllah klu sempat akan aku rakamkan detik2 kepulangan aritu..

secondly.... syukur alhamdulillah tak sangka sampai sahaja di Malaysia, resepi2 yg dikongsikan dalam blog nih keluar di majalah JELITA keluaran April 2011... terima kasih buat JELITA kerna sudi melamar dan memberi kepercayaan kepada hanamemories utk memenuhi ruang sajian majalah tersebut... akceli ini bukan lamaran pertama yang pernah hanamemories terima... cuma yang sebelum nih agak low profile la kununnya gtu! haha..... ppon syukur pengorbanan godek2 senduk koli, amik gamba tonggang tonggek, akhirnya membuahkan hasil......... mudah2an selepas ini hanamemories akan terus maju jaya lagi..

Jutaan terima kasih kepada Chef Hanieliza kerana beliau yang mencadangkan nama2 kami di pilih utk memenuhi ruangan majalah JELITA.. dan yang terutama kepada Kak Lily Haslina Nasir selaku penyelaras Sajian dari majalah JELITA yang sudi memberi kepercayaan kepada kami blogger2 masak... terima kasih lagi sekali kak juga buat semua warga kerja JELITA.... dan bagi blogger2 masak yang lain, teruskan semangat dan perjuangan.... sama2 kiter naikkan martabat blogger masak2! dimana ada kemahuan, disitu ada jalan.. insyaAllah...

dan penghargaan juga buat semua pengunjung, followers, silent readers, commenters dan siapa juga di sana tuh yang sentiasa menyokong dan setia... tanpa kalian hanamemories tak akan pergi hingga ke tahap ini... terima kasih sejuta kali dan salam sayang buat semua.....

suka sangat dengan tajuk nih wpon sudah meninggalkan bumi Jepun tetap ader terpalit kenangan. ada ralat sedikit nama yg tertera sedikit silap.. Shamsinah jd Shamsiah. hihi...

alhamdulillah ada sembilan resepi yang di paparkan... tak sangka sebanyak itu... terima kasih juga buat penyumbang resepi asal (tak semua)

hadiah buat kalian sebagai tanda sokongan blog hanamemories
suka tengok gamba2 yang dipaparkan di dalam majalah tersebut.. cantik banget! selak berpoloh2 kali macam tak caya tgk gamba sendrik.. hihi.. tima kasih kak.lily..

akceli pihak JELITA mintak klu boleh ada resepi step by step... tapi disebabkan kesuntukan masa di ketika itu maka aku tak dapat nak tunaikan... nak cipta resepi lain pon tak dan nak perah otak..lamaran dr JELITA nih sebenarnya diterima masa aku tengah sibuk2 packing utk pulang ke malaysia.. resepi2 dipilih secara rawak dgn persetujuan suami.. hanya ini yang dapat aku kongsikan buat semua pembaca

tahniah juga buat kak.nor secubit garam yang sama2 keluar bulan yg sama... patut la date line kiter sama yer? hihihi..... bagi yang belum mendapatkan majalah JELITA, boleh la dapatkannya sekarang sbg tanda sokongan.. terima kasih.

Wednesday, March 23, 2011

Sayonara Nihon......

Kini sudah tiba masanya kami mengundurkan diri dari bumi Nihon dan pulang ke tanahair tercinta.... sudah tentunya di kala ini perasaan sedih bercampur gembira... selama tiga tahun menetap di Jepun terlalu banyak kenangan pahit manis yang dirasai bersama... pengorbanan demi pengorbanan terpaksa dilalui.... dan kini kami mengorak langkah meninggalkan bumi Nippon setelah segalanya selesai.... alhamdulillah... kenangan itu tak mungkin akan kami lupakan sehingga ke akhir hayat... jika ada jodoh lagi, mungkin kami akan kembali ke bumi Nihon... bila waktunya, wallahua'lam..... terima kasih buat warga kanazawa dan juga rakan2 di jepun...

kalau dulu datang berempat kini balik berlima... dan inilah salah satu 'produk' dari bumi Nihon... hihihi....... tak sabar nak jumpa nenek dan atuk serta pak2 dan mak2 sedara serta semua kaum keluarga... Darwish belum pernah bersua muka dgn mereka sejak lahir, dan inilah waktunya... tapi skrg nih Darwish tengah tak sihat la pulak... time nak balik, time tuh plak dier tak sihat... demam, selsema sejak semalam.. arap2 tak merengek dalam kapal terbang... namun kenangan berblogging dengan mama tak dapat dilupakan... terima kasih yang sudi memeriahkan kehidupan darwish terutama Liana (my makwe) dan besan...hihi... juga mamatok ilah, nenek Ede, opah cikmanggis, mak angkat kak.jasmeen, kwn men bola ngan kuntaw auntie nur, pakcik mat yg dulu sama level gebu.. (skrg darwish dh susut la uncle! hihi).. juga auntie's serta uncle's yang lain... tima kasih lagi sekali...

jutaan terima kasih juga di ucapkan buat rakan mayaku aka kawan masak2 atas persahabatan yang dijalinkan dan juga ilmu yg dikongsikan.. tanpa kalian, aku takkan berada hingga ke saat ini... klu dulu sblm datang Nihon, sudip senduk pong aku tak tau nak beza.. but now alhamdulillah dengan peluang menjadi surirumah sepenuh masa, aku berbangga dan bersyukur dgn ilmu yang diperolehi wpon tidak sehebat mana... terima kasih sekali lagi... blog nih, tak dapat dipastikan sejauh mana akan pergi selepas ini... jika ada masa yang mengizinkan insyaAllah aku akan teruskan.. cuma buat masa nih, izinkan aku melepak kat warung2 or kedai2 mamak! hihihi....


esok! 24hb Mac, pukul 8 pagi, kami sekeluarga akan menaiki 'belon' dari Komatsu ke Haneda kemudian ke Narita,Tokyo seterusnya turun di KLIA, Sepang menaiki MAS boieng 777... doakan perjalanan kami selamat tiba di Malaysia.. amin ya rabbal alamin.... dan lusa! bersamaan hari Jumaat 25hb Mac aku akan melapurkan diri aka stat masuk kije sebagai Pegawai Pendidikan Siswazah aka cikgu! hihihi... penat dan letih setelah jauh berjalan, tapi wajib pula nak kene lapor diri.. demi tugas insyaAllah akan dilaksanakan... maklum la dah 3 tahun bercuti... dan utk pengetahuan, aku akan menetap dan kije di Kuantan,Pahang...dan akan berjiran sebendang dgn kak.ummi.. hihi... jika tersenggol bahu dimana2 tuh, jangan sigan2 tegur2 la yer... tp jgn terkejut sbb aku nih pemalu sebenonyer... dlm blog bukan main lagik hu ha hu ha.. hahahahaha.... nak jemput datang rumah pong s.i.g.a.n..... sbb rumah masih berlantaikan simen.. (beli sblm dtg nihon tp belum sempat duduk)... so byk kije lps nih nak settlekan psl rumah tuh.. nnti klu dah komplit, baru bleh nak jemput datang yer... klu aku tak sempat masak, aku order warung jerk..hikhikhik...

amboihhh..panjang bona ucapan aluan cik bedah.... bunyi macam nak 'pencen' blogging jerk... haha.... insyaAllah kalau ade sumur di ladang kita berjumpa lagi yer.... dan tak lupa nak minta maap jika sepanjang blogging nih ade salah silap, terlebey gurau ke, terlebey garam ke, terkurang gula dlm sukatan resepi or sebagainya ampun maap diminta... dan terima kasih juga buat yang setia mengikuti perkembangan hana's family sepanjang berada di Nihon....sehingga berjumpa lagi ... Assalamualaikum.....

Tuesday, March 22, 2011

Tahniah Dr.Hamzah!

Alhamdulillah........ syukur dipanjatkan kerna arini adalah ari yang penuh bermakna buat hubby dan juga kami sekeluarga..... akhirnya detik penantian dan penat lelah hubby selama ini telah diiktiraf dan diraikan oleh kami semua.... sedey dan gembira tidak terkata..... tahniah beribu2 lemon buat suamiku yang tercinta kerna kini telah bergelar Doktor Falsafah... alhamdulillah syukur padamu ya Allah kerna memudahkan urusan suamiku sehingga berjaya menggenggam phD..... di sini aku kongsikan saat2 kegembiraan yang kami lalui tadi.... buat pengetahuan, majlis konvokesyen Jepun tidak se`gah` mana berbaju jubah dan bertopi seperti malaysia atau mana2 universiti negara lain.. cuma berkot biasa2 ajer... yang perempuan pula digalakkan berbaju hakama... majlis penyampaian sijil pong hanya diserahkan di kelas/lab.... yang kat dewan besar tuh hanya wakil2 lab shaja yang ambil sijil2 tersebut.. selepas itu bawa balik ke lab/kelas masing2 dan disitu baru berlaku penyerahan sijil kepada pelajar2... kadang tuh xde penyerahan rasmi pong..main hambik jerk atas meja.. sempoi jer kan.... tak kesah lah..janji ilmu yang dapat sangat berguna... insyaAllah...

majlis konvokesyen di adakan di Kanazawa Sport Center









tahniah juga wat Qistin, Fizah, Saff dan `abang` Bob! hihi...





selepas balik dari Kanazawa Sport Center, kitaorang bergegas ke universiti di kelas yang telah ditentukan oleh pihak universiti.... saing hubby ader 47 orang yang bergelar Doktor Falsafah.



tahniah sayang... mmuah!!



inilah hasilnyer... syukur lagi sekali

mudah2an anak2 pula akan ikut jejak langkah ayah ..
omedetou gozaimas otosan....

Monday, March 21, 2011

Puff Tuna Mayonis


puff nih dah lama buat masa ari terakhir before en.oben masuk kotak aritu.... maap la dah jadi baja... hihihi........ kali nih menggunakan inti yang agak mudah cara penyediaannya tak perlu godeh2 atas koli.. macam buat inti sandwich..... kes malas la tuh jawabnyer nak cepat dan mudah ajer... yang penting hubby dan anak2 suka..... alhamdulillah.... *sebenonyer nak buat auto publish, tapi 'terpublish' la pulak! haha...

RESEPI PUFF TUNA MAYONIS
source : hanamemories.blogspot.com

Bahan-bahan
  • *2 tin tuna - toskan air/minyak
  • *1/4 biji bawang besar holland - potong dadu kecil
  • *2 sudu makan mayonis
  • *lada besar/cili -hiris halus (optional)
  • *jus lemon/kasturi - optional - hana tak letak
  • *sedikit hirisan daun sup
  • *sedikit lada sulah
  • *garam (jika perlu) dan gula
  • Pastry puff secukupnya
  • Kuning telur - utk sapuan dan gam
  • blackpepper - utk topping
Cara-cara
  • Satukan semua bahan yang bertanda * sebati. Jika agak berair, toskan air tersebut supaya puff tidak basah ketika/selepas dibakar. Ketepikan.
  • Sementara itu, panaskan oven suhu 200 darjah celcius.
  • Ambil pastry, potong dua. (bergantung size pastry, sekeping hana potong 4 sama size)
  • Ambil satu bahagian kemudian kelar menyerong. Satu bahagian lagi isikan inti dan sapu telur keliling pastry. Ambil pastry yang sudah dikelar tadi dan cantumkan. Tekan sedikit agar melekat. Kemudian gunakan garfu dan tekan keliling.
  • Susun ke atas loyang dan sapukan kuning telur. Kemudian taburkan blackpepper. Bakar guna suhu tinggi dan masak hingga permukaan puff keperangan@keemasan. - kebiasaan hana bakar selama 20min suhu 200darjah celcius (bergantung oven masing2).Pembakaran kedua turunkan suhu sket/kurangkan masa pembakaran sbb oven dah panas takot hangus.
  • Sejukkan di atas redai. Enak dimakan begitu sahaja atau dengan sos pilihan.

Stew Daging


bersiaran kembali di pagi Isnin.... Assalamualaikum semua..... harap semuanya sihat2 belaka.... semalam kami menerima kunjungan kak.fa sekeluarga.... jadi menu stew nih jer yang sempat aku idangkan ngan cicah roti........ eh roti goreng pong ader juga wat..... wat yg senang2 jer..... tima kasih kak.fah atas kunjungan dan tima kasih adiah... hihi..... moga kita dapat jumpa kembali di mesia nanti yer.... ok lah jom tengok resepi... resepi nih aku intai2 dari dapur kak.raidah... senang sangat nak membuatnyer... sedap pong sedapp..... tima kasih kak...


menggunakan bawang yang banyak.. itu yg menjadi sedap stew ni..
daging selepas digoreng setengah masak

untuk pes bawang, aku cuma goreng bawang besar+bawang putih dalam setengah cawan sehingga jd bawang goreng then blend.. kemudian tumis dengan bahan2 lain spt arahan resepi


RESEPI STEW DAGING
asal : resepi.raidah
source : hanamemories.blogspot.com

Bahan-bahan:
  • 500gm daging lembu/kambing ~ bersihkan dan potong kiub
  • 2 biji bawang besar ~ potong dadu
  • 5 ulas bawang putih (jgn hiris/potong, sebiji2)
  • 2 sudu pes bawang - resepi di bawah
  • 1 batang lobak merah ~ potong dlm 1 inci
  • 2 biji kentang ~ belah 4
  • 2 helai daun bay
  • 2 sudu tepung gandum - hana letak 1 sudu makan je
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam
  • Garam dan gula
  • Sedikit daun bawang, sup dan bawang goreng ~ utk hiasan
  • Minyak untuk menumis
  • Air secukupnya.
Cara-cara
  • Panaskan minyak didalam periuk tekanan(pressure cooker) atau periuk yg sesuai. Gaulkan daging bersama serbuk lada hitam dan gorengkan daging lebih kurang 10-15 minit atau daging keperangan. Kemudian angkat daging.
  • Tumiskan bawang putih, merah dan daun bay. Kemudian masukkan pes bawang dan tepung gandum, kacau rata.
  • Masukkan semula daging dan air secukupnya, kacau rata. Tutup periuk dan masak selama 1 1/2 hingga 2 jam(kalau menggunakan periuk tekanan, masak selama 20 minit).
  • Kemudian tambahkan kentang dan lobak. Tutup dan masak lagi selama 20minit atau sehingga sayuran empuk/lembut.
  • Perasakan dengan garam secukup rasa dan sedikit gula. Hidangkan dengan ditaburkan dgn bawang goreng, daun sup dan daun bawang.
Nota Kak.Raidah:
***Saya tidak menggunakan sebarang perasa(MSG/stok ayam) dlm masakan saya. Saya menggantikan dgn gula serta menggunakan bawang yg banyak dlm setiap masakan.
RESEPI PES BAWANG
Source : Kak.Raidah

Bahan-bahan
  • 1 kg bawang besar ~ belah 2 dan hiris
  • 300 gm bawang putih ~ belah dua
  • 1/2 liter minyak atau secukupnya
Cara-cara
  • Panaskan minyak, tumiskan bawang putih sehingga kekuningan dan angkat.
  • Kemudian tumiskan pula bawang besar sehingga bawang masak tak perlu sehingga garing. Angkat.
  • Kisar bawang putih dan merah sehingga hancur. Guna pengisar kering atau boleh juga masukkan dlm pengisar dan kisar bersama minyak gorengan tadi.
  • Masak semula bawang tersebut sehingga bawang betul2 masak.
  • Pes bawang ini boleh disimpan....taruh dalam botol dan simpan dalam peti ais.

Sunday, March 20, 2011

Mee Hoon Goreng Taucu

Assalamualaikum semua..... dah sarapan pagi? jom jemput sarapan mihun goreng yang tak seberapa nih.. yang penting sedapp.... akceli aku tak bape pandai wat mihun goreng... kadang tuh ancus aku kerjakan dah macam bubur! hahaha..... bleh dikatakan setahun sekali la kot wat mihun goreng! siyes la wehhhh jgn pakse aku wat mihun goreng..pingsan!! kekekekeke....

dah bape ari aku xde cter perkembangan terkini pasal jepun... arini nak cter sket tentang radiasion yang semakin teruk ketika ini.... susu, horenso (bayam) dan air dari negeri2 yang terjejas dah tak boleh makan atau guna... semuanya dah terjejas dengan radiasi... yang teramat terharu adalah pegawai yang seramai 50 org bertugas bertarung nyawa di pusat loji tersebut yang berusaha untuk men'cool down' reaktor tuh... seramai 6 org dah terkena radiasi... teruk jugak katanya.. begitu gak ahli2 bomba yang cuba menyembur air utk menyejukkan sistem tuh... pengorbanan diorg utk rakyat jepun mmg sangat2 dihargai... kalau tgk berita sedey sangat tgk keadaan mereka.. betapa `taihen` (susahnyer) kerja2 memadam tuh.... rasa macam putus asa pong yer juga... bayangkan kalau meletup abis?? huhuhu... lets pray for japan! ganbatte nihonjin.....

ok lah..... resepi nih aku skodeng dari dapur kak.ayu singapore.... tima kasih kak.ayu..... bg yang bertanya, periuk koli tuh ader lagi ker?? yep! mmg ader lagik... tapi ari terakhir karang aku terus buang.. hihi... ah koli2 vontot itam tuh mmg dah nazak dah pong... tp wat ms nih guna ajer la... sbb koli vontot cantik dah xde... hihihi...dan pinggan mangkuk yang nampak cantik2 lg tuh sedekah ajer kat adik yang bakal duduk umah nih nanti... skrg nih pong kiranya aku menumpang umah dier... tuannya pulak menumpang umah org lain..hihi.. maceh su.......
RESEPI MEE HOON GORENG TAUCU
source : kak.ayu@curlybabessatisfaction

Bahan-bahan
  • 400g mee hoon direndam hingga lembut
  • *50g udang kering direndam
  • *3 biji bawang putih
  • *11/2 biji bawang besar - bahan * dikisar
  • 4 sudu besar taucu di tumbuk kasar/halus-(dibilas supaya kurang masin)
  • 5 sudu besar cili kisar
  • udang sederhana besar
  • sawi secukupnya
  • taugeh secukupnya
  • garam (kalau perlu) & perasa secukupnya
Hiasan
  • tauhu goreng dihiris (optional)
  • daun kucai-(optional)
  • telur dadar yang dihiris halus
  • jus limau
  • cili jeruk
  • bawang goreng
Cara-cara
  • Tumis bawang putih & bawang besar kisar hingga naik bau.Masukkan cili kisar kacau rata dan biarkan hingga garing. Masukkan udang kering , udang dan kacau rata. Masukkan taucu , biarkan seketika, masukkan perasa & garam jika perlu.
  • Gaul kan batang sawi hingga agak lembut baru masukkan daunnya, masukkan mee hoon yang telah direndam tadi dan gaul hingga sebati dengan perencah..agak2 sudah sebati masukkan taugeh, gaul hingga rata.Kalau nak gaulkan dengan tauhu pun boleh juga. Matikan api, taburkan daun kucai, hirisan telur dadar, perahan jus limau, cili jeruk dan bawang goreng. Siap untuk dihidang.

Saturday, March 19, 2011

selamat jalan...


terima kasih wat adik2 yang datang tulun angkut mengangkut..
danial posing dengan beskalnyer


igtkan dah cukup banyak...rupernyer sedang2 ajer banyaknyer.. klu boleh jamban pong nak angkut balik! wakakakaka...


selamat jalan my absolute..jumpa nanti di mesia


barang2 sudah berada di atas plate masing2 di pelabuhan..(campur skali ngan brg2 adik2 lain)tunggu nak masuk kontena jer.. lagi 3-4minggu sampai mesia la kot


malam tuh aku wat doa selamat sket.... wat puding roti ngan laksa nyonya yang tak berapa nak nyonya sbb terlebey cili..huahuahuahua


terima kasih wat adik2 dan kengkawan yang datang


makan pong gune pinggan sudu plastik, cawan kertas! haha.. adat la tuh kan.. :D
terima kasih semua...