Monday, April 29, 2013

Blueberry Cake (Sponge Cake)



Assalamualaikum dan salam sejahtera..... lately nih internet lemau giler la kat umah nih... dah tambah 'power' pon masih slow macam siput...huh! tensen mokcik! nih pon ntah bape lama nak nunggu loading satu gambo.. berpeloh dbuatnyer!grrrrrr..... ok la nak citer pasal kek nih... tak menyempat la nak 'prob' bagai  sbb nak 'send' ke tuannya.... deko hentam labu jer... request customer yg nak kek blueberry katanya.... tup tup aritu kuor kek blueberry kak.madiha terus jer kopi n pes... alhamdulillah cantik pula kejadiannya... dr segi rasa tak tau la apa citernyer... esok kene tanya kat tuan yg empunyer makan... arap2 kene ngan selera yer kak.ros.. hehehehe.. sejak biler pula aku mula berbisnes ni yer? hehehehe... hentah ler... sajer suka2 memperkenan kehendak sahabat2 yg nak makan kek itu n ini.. boley gitu? hihihihi.... ppon untuk resepi nih tima kasih kak.madiha dan jugak rahel yang sama2 kongsikan resepi. resepi tak sempat nak edit balik. kopipes dr blog kak.madiha. tq kak....



Resepi Kek Span Vanilla
MaDiHaA adaptasi dari resepi Kek Span Coklat (Noraini Zakaria)
Sumber : Rahel

Bahan:
240g tepung kek/tepung superfine
130g gula kaster
110ml minyak masak
100ml susu segar
20g ovallet
6 biji telur gred A
1 st baking powder
1 st esen vanila

Cara:
 
1. Panaskan oven. Griskan acuan. Alas dasar acuan dgn baking paper.
2. Pukul telur, gula, ovallet, tepung s'fine, BP sehingga kembang dan gebu selama 5 minit.
3. Perlahankan mixer, masukkan susu cair & esen vanilla. Teruskan lagi memukul selama 5 minit. Tuangkan minyak & gaul sebati.
4. Tuang ke dalam acuan. Bakar selama 45 mint atau hingga masak.
5. Bila kek sudah masak, telangkupkan (atas redai) selama 5 minit. Keluarkan kek & boleh dihidangkan atau dihias dengan aising kegemaran.
 

Blueberry Cake (Sponge Cake)
Bahan2
1 biji kek span vanila (seperti resepi di atas)
Filling blueberry secukupnya
500 ml fresh cream/ non diary whipping cream

Bahan sirap lemon
30 gm gula pasir
150 ml air suam
1 biji lemon (ambil jusnya)

Cara menyediakan
1. Sediakan dahulu kek span vanila (seperti resepi di atas) & sejukkan dahulu kek.  Sementara itu.. sediakan sirap lemon dengan melarutkan gula dalam air suam & campurkan dengan jus lemon. Ketepikan dahulu.
2. Putar fresh cream/whpping cream sehingga gebu. Jangan terlalu lama memutar, berhenti bila nampak fresh cream dah gebu & kaku.
3. Kek span vanilla di belah/potong kepada 3 lapisan. 
4. Letakkan satu lapis kek di atas papan kek.  Basahkan lapisan kek dengan sirap lemon menggunakan berus kuih sehingga permukaan kek agak basah. Kemudian sapukan di atas kek dengan lapisan nipis bluberry filling & akhir sekali sapukan pula dengan fresh cream.
5. Lapiskan pula dengan lapisan kedua kek & ulang proses yang sama seperti step no. 4 di atas. Teruskan dengan lapisan ke tiga tetapi untuk lapisan ketiga atau yang terakhir ini cukup sekadar dibasahkan dengan sirap lemon sahaja di atas permukaan kek.
 6. Sapukan keseluruhan kek dengan fresh cream & licinkan fresh cream tersebut.. Hiaskan dengan lebihan blueberry filling di atas kek.

Sunday, April 28, 2013

Hanamemories di Majalah Aroma Mei 2013 & Shooting Majalah

 
Alhamdulillah sekali lagi dipanjatkan kesyukuran hanamemories muncul di media cetak untuk kali yang keempat... insyaAllah kelima dan keenam juga akan menyusul... syukurr... kali nih tima kasih kepada majalah Aroma kerana memberi peluang hanamemories untuk kongsikan 9 resepi pada keluaran Mei kali ni... dan yang lebih menarik kali nih ada sedikit corat coret Editor tentang pemilik blog hanamemories..  tima kasih kak Ct Dimiati selaku editor majalah Aroma dan En.Izzat yang sudi mengepos majalah ni.. juga kepada semua sidang majalah Aroma yang terlibat.Bagi yang belum mendapatkannya, boleh la serbu ke kedai berdekatan seblum kehabisan....

sedikit corat coret dan gambar bersama puteri kesayangan.. 
(terasa daybabnyer aku sedaybab dania.. hikhikhik)

 antara resepi2 yang hana kongsikan.. kebanyakkan resepi pernah dikongsikan di blog..
 cuma ada satu dua yang baru.
 sekali lagi terima kasih kpd majalah Aroma dari Hanamemories!  ^___^


Dan..... alhamdulillah untuk kedua kali.... hanamemories disunting lagi oleh media cetak... untuk majalah apa? kita tungguuuuuu keluarannya ye... hehehe..... berikut sedikit adegan2 yang berlaku semasa shooting beberapa minggu yang lepas. sape yang kenal wartawan dan jurugambar tuh mesti tau majalah tersebut.. hihihi... tima kasih Pn.Zana & krew dan juga tima kasih buat insan yang lg sorang tuh... hehehehe

semasa shooting.. gabra kemainnn.. segala peluh jantan betina keluar.. maklum ler selalu sediakan bahan dan prob sorang2 konon2 mcm byk idea.. bila depan org entah apa2 jerk laa... adehhhhhh

 cik abg camareman dan juga isteri

tima kasih dan maaf segala kekurangan ye! moga jumpa lagi... ^____^

Saturday, April 20, 2013

Kek Red Velvet Moist


Assalamualaikum dan salam sejahtera.... mengejar kesempatan utk memasukkan n3.. lately nih banyak yang disibukkan dan kadang tu sajer2 menyibukkan diri makanya tak dan dan la nak update blog... pada kengkawan yang blom sempat hana blogwalking tuh insyaAllah kunjungan akan tiba bila ada kesempatan ye.. ppon tima kasih pada yang masih setia dan sudi dengan hanamemories.  pada blogger baru selamat berkenalan.... :)

  
berbalik pada kek yang sangat sedap nih.... agak berbeza sedikit dengan kek red velvet yang sblm2 nih... sebabnya yang nih agak mudah (pada aku la...) dan ianya sangat la moist... bleh la nak kategorikan the best red velvet cake.. idea resepi nih dari SINI.. nak tengok video pon ada disitu.. tapi resepi yang nih aku dah olah sedikit ... tak sampai sejam kek sedap dah siap! jom tengok resepi...


RESEPI KEK RED VELVET MOIST
resepi olahan oleh : hanamemories.blogspot.com

Bahan-bahan
  • *2 cawan tepung kek/superfine
  • *2 sudu besar serbuk koko
  • *1 sudu kecil baking powder
  • *1 sudu kecil soda bicarbonat
  • *1 sudu kecil garam
  • 1 cawan buttermilk - resepi di bawah
  • 1 cawan gula halus
  • 1 sudu besar pewarna merah
  • 1 cawan minyak masak
  • 1/2 cawan air panas - hana tambah 2 sudu besar lagi
  • 2 biji telur A
  • esen vanila

Topping
  • 250g cream cheese @ satu ketul
  • 1/2 cawan whipping cream
  • 1/2 cawan gula - hana letak 1/4cwn+1sb jer
  • 1 sudu besar jus perahan lemon

Cara-cara
  • Sediakan buttermilk - Campurkan 1 cawan  susu segar/susu cair dengan 1 sudu besar cuka apple cider atau cuka putih. Biarkan sebentar lebih kurang 10minit. Boleh juga guna yogurt sukatannya ialah 3/4cawan yogurt plain/original + 1/4 susu segar.
  • Satukan bahan yang bertanda * ke dalam mangkuk. Ketepikan.
  • Mangkuk lain, satukan gula, minyak dan juga telur. Pukul hingga kembang. Masukkan buttermilk, pewarna merah dan esen vanila. Pukul lagi. Masukkan bahan yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit sambil putar perlahan hingga semua sebati. Akhir sekali masukkan air panas dan gaul sebati.
  • Lengserkan loyang dengan butter dan tepung, tuang adunan dan bakar 45minit. Kek ini boleh juga dikukus. 
  • Sementara menunggu kek masak, sediakan topping. Putar semua bahan sehingga sebati kemudian sapu pada kek. Sejukkan dahulu baru potong dan hidang.

 

Tuesday, April 2, 2013

Ikan Siakap Rebus (ala Stim)


Salam sejahtera dan selamat malam... nih adalah menu dinner kami sebentar tadi... cara mudah siakap stim takyah nak susah2 keluarkan pengukus.. rebus ajer lam kuali dengan api kecil... yang paling best leh hirup kuah banyak2.... sedap masam2 manis ikan..... anak2 suka carrot so aku sengaja buh banyak sket.. mmg syok banget! lagi satu sgt berkhasiat gitu! jom terai....


Penyediaan secara bergambar.. maaf tak sempat nak snap step satu persatu..

 Masukkan je semua lam koli... biarkan mendidih sebentar
(ensem btol koli aku tu kan... hahaa)

pas mendidih masukkan ikan, tomato dan sedikit daun ketumbar (daun sup jerk..hikhik)

 pehtu tutup bior masak sekata.. api kecil ajer yer! sesekali buka jiruskan kuah ke atas ikan supaya masak bahagian atas..


RESEPI IKAN SIAKAP REBUS (ala STIM)

Bahan-bahan
  • 1 ekor ikan siakap sederhana - cuci bersih
  • 2 ulas bawang putih - ketuk
  • 2-3 biji asam jeruk
  • 1 inci halia - hiris jejari
  • 2 batang serai - hiris serong
  • 1 ketul kiub ayam
  • 1/2 batang carrot - potong jejari
  • 1 tangkai lada merah - hiris serong (jika suka pedas letak cili)
  • 3 keping hirisan lemon
  • 1-2 sudu besar air asam jawa (bergantung masam masing2) - bancuh dgn sedikit air
  • Air secukupnya
  • Daun ketumbar
  • Tomato 
  • Garam@sos ikan dan sedikit gula

Cara-cara
  • Masukkan air ke dalam kuali bersama-sama bawang, halia, serai, lemon, cili, asam jeruk, air asam jawa, kiub pati ayam dan carrot. 
  • Masukkan pula garam@sos ikan dan juga sedikit gula. Jika ingin lebih masam, perahkan lemon. Biarkan mendidih sebentar kemudian kecilkan api - paling kecil yer.. (Api tak perlu kuat nanti isi ikan hancur)
  • Masukkan ikan, tomato dan daun ketumbar kemudian tutup kuali dan biarkan ikan masak lebih kurang 15min. Sesekali hendaklah dibuka dan jiruskan kuah ke atas ikan agar ikan masak sekata. Ikan tak perlu diterbalikkan. Siap untuk dihidang.