Wednesday, September 30, 2009

bila en.boss jd chef! hihihi

nih antara menu2 yg my laling watkan utk wife terchenta! tidak la sehebat sang suami dluar sana, tapi aku begitu terharu ngan kesungguhannya menjaga aku.. now dier lah segalanya.. tukang masak, tukang mandikan bb, watkan bentou n mknn anak2, tukang urut, tukang basuh baju, lampin, tukang sapu n etc laa... alhamdulillah dapat suami yg benar2 memahami.. as a beginner menjaga isteri berpantang, si isteri mmg kagum! sape lagik nk puji laki sendrik klu bukan bini dier! ye tak??! hikhikhik.... tima kasih yer yang atas semua nih! lebiuuu! wat sesapa dluar sana yg ada menu2 pantang yg leh dkongsi, sila ler utarakan klu sudi yer! asalkan bhn2nyer tk susyah.. maklum ler klu bleh nk yg simple dimple jerk utk menyenangkan my laling.. hehehe.. yg nih pong dier just berpegang prinsip asal ada halia ngan blackpepper n no goreng2an sgt, santan2 no, pedas2 pon no... hihihi... dr ari pertama sampai la nih menu ikannn jerk! br skali daging! ngee ngeee.... thnx juga wat k.nor sbg penasihat menu berpantang! hihihi
ikan bakar halia & kunyit
ikan masak stim
daging blackpepper
sayur rebus.. ari2 sayur rebus! hahaha

Saturday, September 26, 2009

Happy Belated Birthday Danial!

Free Orkut and My Space happy birth day Graphics Glitters

Assalamualaikum.... just nak ucap Hepi Belated Besday for my son Danial Haidhar yg ke 4thn pada 20hb September yg lalu... maaf tahun nih ayah ngan mama tak dapat nk potong kek sama2 coz mama masih di rawat kat spital.... ayah nk buat kek pong tak pandai! meh kita tiup lilin kat atas ni yer! hehehe..... Selamat Hari Lahir buat anakanda Danial! moga jadi anak yg soleh, bijak dan pandai! kami sayang Danial! mmuahhhh!!
besday boy majuk tak dpt potong kek!
alalalalaa sayang anak ayah!

Friday, September 18, 2009

Salam Aidilfitri buat semua!

Di kesempatan yang mulia ini, Hana sekeluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua rakan cyber d mana jua anda berada. Jika ader salah dan silap, terkasar budi bicara sepanjang pergaulan harap dmaapkan! Dan jika ader termakan terminum mintak dhalalkan! Anyway, wat semua rakan yg dtg berkunjung, sudi2kan la amik kad yg tk seberapa nih yer! Salam penuh takzim dr kami sekeluarga (Ina@Hana, Hamzah, Danish & Danial *klu sempat sblm raya dah muncul org baru, kene tmbh satu nama lagi! n gambo pong kene tuko la kot! hehehe). Juga mohon doakan moga hana selamat melahirkan! tima kasih semuaaa! mmmuahh!

Thursday, September 17, 2009

Kuih Ketayap - Resepi II

dah ujung2 pose nih malas btol nk masak2 erk?? ker aku sorang jerk yg ghase cenggitu?! huhuhu arini kunun2 nk wat kuih serimuka! tp bila ngenangkan smlm aku melantak lemang sampai kene urut ngan anak branak so kensel la! wat ketayap lg senang coz ade belen inti kuih bom aritu.. layan jerk la ketayap aku yg pucat lesi nih! hahahaha... kali nih ikut resepi kak.an. maceh k.an! resepi I leh tengok sini yer!

Bahan-bahan
  • *1 biji telur
  • *2 cawan tepung gandum
  • *1/2 sudu teh garam
  • *2 cawan air
  • *1 sudu besar air pandan
  • *sedikit pewarna hijau
  • minyak untuk mendadar
Cara-cara
  • Blend semua bahan yg bertanda *.
  • Lengserkan minyak atas kuali. Dan dadarlah adunan tadi hingga masak.
  • Angkat.Masukkan inti dan gulung.
  • Siap dihidang.

Wednesday, September 16, 2009

Honey Cornflakes

projek nih plak dlakukan bersama oleh anak2 aku n my laling! projek owang yg keboringan! hahahaha.... arini semua ada kat umah.. nk kuor jenjalan malas! aku ajak wat cornflakes semua kata yes!! pelagik... remote control jerk la! kikikiki.. ala cookies senang! semua orang bleh buat! kan kan kan.... resepi kak.ayu singapore... thnx k.yu! tapi aku tak buh kekacang memandangkan nnti ader owang tuh kuis2 keluar dr cup! hahaha.. layaannn.. selamat ari raya! tp aku masih blom raya! hehehe...

Ingredients:-
(A)

100g cornflakes
100g crispy bubble rice(optional)
100g chopped almond/nuts (roasted)

(B)
110g butter
90g fine sugar - hana guna brown sugar
5-6 tbsp honey
2 tbsp peanut butter - yg nih hana tambah

Method:-
Mix all ingredients B and put to a slow heat for a few minutes. Stir well. When all the ingredients has dissolved, add in A and stir till Incorporated. Lay small paper cups in a small muffin tray and scoop 1 tsp of mixture. Pre heat oven and bake at 175C for 7 minutes. Let it cool on wire rack the store them in an airtight container.
*You can add your preference for the decorations.


Sweet Buns

projek menge'bun' nih dlakukan oleh my asst! sapo laieeee... cik BM aku tuh la! hahaha.. tdooo ajer kije dier sejak pose ni kan! sesekali kene kejutkan! kehkehkeh... lembut gler roti nih! tp adunan agak lembik susyah aku nk mmbolat2kannya... ejas punyer ejas sib baik jadik! next time kene kurangkan skit sukatan air or susu. ppon roti nih mmg best! thnx to cikwan.resepi asal dr dapur k.noreen!

Bahan-bahan
  • Bahan A
  • 240gm tepung roti*
  • 60gm tepung gandum
  • 50gm gula kastor
  • 10gm tepung susu
  • 2 camt yis segera
  • 5gm garam
  • Bahan B
  • 1 biji telur
  • 150gm susu segar/air - maybe kene kurangkan skit
  • Bahan2 C
  • 20gm mentega tanpa garam (unsalted butter)
Cara-cara
  1. Masukkan bahan2 A ke dalam mixing bowl dan gaulkan rata,kemudian masukkan pula bahan2 B dan uli sehingga terbentukkan doh
  2. Selepas itu masukkan mentega dan uli lagi sehingga elastik dan tidak melekat di tangan. semasa menguli doh jangan tambahkan lagi tepung walaupun ianya agak melekit di tangan
  3. Buatkan bentuk bulat doh tadi dan masukkan semula ke dalam mixing bowl dan tutup supaya doh naik dua kali ganda selama 45 min atau 1 jam
  4. Setelah siap keluarkan doh dan letakkan ke atas papan pencanai dan tumbuk2kan untuk mengeluarkan angin. semasa proses ini bolehlah ditaburkan sedikit tepung tetapi jangan banyak
  5. Bahagi2kan doh seberat 60gm setiap satu dan bentukkan menjadi bola yang kecil. setelah siap biarkan doh rehat selama 10 min lagi
  6. Setelah itu isikan doh tadi dengan filling dan tutupkan semula menjadi bentuk bola dan susunkan ke dalam loaf pan atau springform pan
  7. Sapukan permukaan doh dengan telur yang telah dipukul atau dengan susu segar dan kemudian taburkan dengan topping
  8. Bakar pada suhu 180-190C selama 15-18 min atau sehingga masak dan keperangan.

Tuesday, September 15, 2009

Rendang Ayam Perak

jgn byk tanya la kenapa aku merendang arini k! hahahaha.... :P amacam ijan?? akak join ngan faiz nih! ko tgk jer er! jgn ngencess taww! kikiki.... tp tak wat ngan pulut la... mkn ngan nasik putih jerk kot! tp klu teghase nk memulut kang aku tenggek jerk la kat rice cooker! hahahaha.. resepi nih aku selongkar kat dapur cikmatgebu! sori er mat klu dapur ko bersepah! hehehe.. resepi asal dr kak.pah shery! mekaceh mat n kak.pah! mintak izin nk C&P mat yoooo!

Bahan-bahan
  • 1 kg ayam, potong ikut suka
  • 400 ml pati santan (dari sebiji kelapa)
  • 3 helai daun kunyit, dihiris halus
  • 1 kiub pati ayam "Maggi" (mat tak letak)
  • 2 camca besar kerisik
  • 3 - 5 camca besar cili kisar (mat ganti dengan 20 biji cili padi) - hana pong!
  • 2 camca besar rempah kari daging
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 1 keping asam gelgugor
  • 10 biji bawang merah*
  • 5 ulas bawang putih*
  • 2 inci lengkuas*
  • 4 inci halia*
  • 5 batang serai, dihiris*
  • 1 camca besar ketumbar biji*
  • 1 camca teh jintan manis*
  • 1 camca teh jintan halus*
Cara-cara
  1. Ayam dicuci bersih dan toskan. Kisar semua bahan2 bertanda (*) hingga lumat, jika menggunakan cili padi, kisar sekali dengan bahan tadi. Satukan bahan2 dengan rempah kari dan cili kisar (jika gunakan cili kisar). Kacau rata dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bahan no 1 hingga harum dan terbit minyak. Masukkan ayam dan masak hingga ayam kecut. Gunakan api sederhana.
  3. Masuk pati santan, asam gelugor dan kerisik. Kacau rata dan masak hingga pekat dan tambah garam, kiub ayam dan gula secukup rasa (mat guna gula melaka- hana pong sama). Tambah hirisan daun kunyit, kacau perlahan hingga mesra.
  4. Masak hingga kering tapi masih lembap dan ayam empuk. Kacau sekali sekala untuk mengelakkan bahagian bawah rendang hangus. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama makanan kegemaran anda.

Monday, September 14, 2009

Kuih Bom

kali nih buh keledek! kurang liat... tp sedapp!! don wori tkde letop2 pong! hehehe.... mekaceh wat k.along cayang atas resepi niH!

INGREDIENTS:
  • 80g Sweet Potato - steamed & mashed
  • 120g Glutinous Rice Flour
  • 20g Plain Flour
  • 35g Castor Sugar
  • A pinch Salt
  • 100ml Water
  • Sesame Seeds - for rolling
  • Coconut/Bean Filling
METHOD:
  • Mix all ingredients to form a soft dough.
  • Divide into 12 balls.
  • Flatten each ball, place a ball of filling & wrap.
  • Roll onto sesame seeds.
  • Deep fry until golden.
  • Enjoy!

Sotong Goreng Tepung

lauk utk anak2... resepi dari che'iza... thnx iza! nih extra tpg goreng kentucky dan juga serbuk kari skit. makan cenggitu jerk pong sodapp! resepi C&P dr dapur k.jun!

Bahan-bahan
  • 300 gm sotong
  • 1 cawan tepung gandum ( tambah tepung goreng berempah segera)
  • 1 sk baking powder
  • 1 biji telur
  • sedikit garam
  • lada sulah
Cara-cara
  • Potong sotong kecil2, bersihkan dan toskan airnya biar sampai kering.
  • Gaul sotong dgn sedikit garam dan lada sulah.
  • Pukul telur setakat nak satukan yg kuning dgn yg putih jer. Masukkan sotong ke dalam telur. Ketepikan
  • Gaul tepung dgn bp. Masukkan sotong yg telah digaul dgn telur dalam tepung, salutkan habis sotong dgn tepung. Kalu nak pedas boleh letak sikit serbuk kari dalam tepung.
  • Goreng deep fry sampai golden brown. Goreng sotong kejap jer dalam 4-5 min kalau tak nanti sotong keras and liat pulak.

Friday, September 11, 2009

Biskut Kelapa Delima

salam ramadhan ke 21 semuaaaa... arini makyung masih sihat walafiat! lom ader constraction lagik! dh nak masuk 40weeks nihh!! huhuhuu sabo jerk laa... klu korang semput mendengo, aku lagik ler semput! huwaaaaa k la meh layan sekut raya nih! nama jerk sekut raya, tp sebenonyer nk lepaskan gian sbb raya takleh makan biskut! wahahaha... utk makluman jugak sekut2 yg sebelum nih semua dh yilekkk!! cume mazola jerk tinggal! maklum ler ramai 'antu' biskut kat umh nih! heeeeeee... bab kelapa2 nih mmg aku sukaaa sesangat! wangi semerbak seharum! kelapa kering aku dh semakin nazak! ppon mmg patut di tamatkan riwayatnyer sebelum aku meletop! hehehe.. resepi nih amik kat dapur cikmatgebu seorang jejaka alam maya yg rajen dan pandai memasak! caiyyokk caiyyokk matt! goyang kaki la bini ko nnti! kikiki... mekaceh mat yooo! bleh tgk gak kat dapur k.ummi!

Bahan-bahan
  • 225 g tepung jagung (cornstarch)"Brown & Polson"*
  • 150 g tepung gandum*
  • 1/2 camca teh baking powder*(*disatukan dan diayak)
  • 125 g gula aising
  • 75 g kelapa kering, kisar halus
  • 25 g serbuk badam
  • 1 biji telur gred A (berat kurang lebih 60g sebiji)
  • 1/2 camca teh esev vanilla
  • 155 g mentega
Untuk Hiasan
Ceri merah, dipotong kecil - hana xde! gune jumbo red heart!
Kelapa kering
1 kuning telur, untuk disapu

Cara-cara
  1. Serbuk badam dan kelapa yang dikisar halus tadi digaul bersama2 tepung yang telah diayak. Ketepikan.
  2. Dalam mixing bowl, masukkan telur, gula aising dan esen vanilla, pukul hingga berkrim. Masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Peringkat ini adunan akan menjadi seakan2 serbuk roti.
  3. Perlahankan speed, dan masukkan mentega sedikit demi sedikit ke dalam adunan tadi hingga adunan bertukar menjadi doh yang lembut dan boleh dicanai. Keluarkan doh dari mixer, bulat2kan dan tutup dengan tuala lembap.
  4. Bahagikan doh tadi kepala 3 bahagian. Ambil satu bahagian dan canai diantara dua helai plastik menggunakan torak (alat penggelek) setebal 1/2 cm, terap ikut acuan kegemaran dan alihkan ke dulang pembakar. Buat hingga siap.
  5. Sapu kuning telur, hias ceri potong dan tabur sedikit kelapa kering. Bakar pada suhu 150C selamat 10 - 12 minit. Angkat dan alihkan biskut atas jaringan. Sejukkan sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.

Jom angkut kad raya! mekasih wat semua yer!!