Monday, June 14, 2010

Ayam Kremes

sebenanya ayam kremes nih digandingkan dengan Nasi Ayam Penyet. tapi aku malas nak wat set nasik ayam tuh! goreng ayam dier jerk! ngan wat sup kosong sket bior tak `keseret` (tersedak)! krup krap krup krap dapnyerr.... makan ngan serdak dier tuh yg mmbuatkan best! resepi pandang2 jelin2 dari dapur kak.Nur Singapore dan juga kak.MadihaA. tima kasih byk kak! resepi dibawah nih gabungan resepi k.nur dan juga k.madiha. minta maap byk2! kiter ubah suai sket ikut cara kiter. ppon terima kasih kak..

Bahan-bahan
  • 1 ekor ayam - belah 8@4
  • 2 inci halia - ketuk
  • 1 helai daun salam - optional
Bahan Kisar
  • 6 biji bawang merah
  • 4 biji bawang putih
  • 3 sudu makan ketumbar
  • 1½ sudu makan jintan putih
  • 1 ½ sudu makan jintan kasar
  • 1 sudu teh serbuk lada putih
  • 1 inci halia
  • sedikit kunyit hidup
  • garam
Bahan Kremes
  • 1 cawan air rebusan ayam
  • 1/4 cawan tepung beras (boleh ditambah dengan tepung ubi)
  • 1 biji telur dikocok rata
  • 1 cawan air
Cara-cara
  • Rebus ayam bersama halia dan juga daun salam sehingga separuh masak. (hana tmbh btg saderi).Angkat dan toskan ayam.
  • Kisar semua bahan2 kisar. Satukan dengan ayam dan perap sekurang2nya sejam.
  • Panaskan minyak. Goreng ayam hingga masak dan kekuningan. Lebihan rempah jangan dibuang. (Jika ingin goreng ayam dengan mencelup sahaja ke bhn kremes juga tiada masalah! cume rempah tak serap banyak). Angkat ayam dan toskan.
  • Satukan bahan kremes sebati. Masukkan lebihan rempah ayam tadi.Kacau.
  • Pastikan minyak betul2 panas. Ambil sesenduk kemudian goreng ke dalam minyak yang panas td hingga garing. Angkat dan toskan.
  • Taburkan ke atas ayam semasa menghidang.Sesuwai dimakan dengan nasi ayam penyet bersama set sambal, tauhu dan tempe atau dimakan dengan nasi putih panas.

8 comments:

  1. ha ha ha. ayam kremes

    nampak cam sedap. tp namanya x sedap. tukaq nama sket la kak. bg merdu sket pronoun dia. he he he

    ReplyDelete
  2. kerak ayam tu yg tak tahan tengok tu. krup krap masuk mulut!!

    ReplyDelete
  3. to syuQ..
    hahahaa... ko ader cadangan tak nak tuko nama apa? meh bgtau akak! kremes la bukan kresmes! uihh ko nih! dah tuko spek blom?? kekekeke

    to k.ain..
    mmg btol kak! kerak dier yg beshhhh!!

    ReplyDelete
  4. sedap tu....kalau tak de daun salam rasa2 nya jauh tak lari rasanya..rasa mcm nak buat.nak rasa mcmnana rasanya.kak hana rasa mcamana..kikikiki...tapi bila pikir2 rasanya mals pulak nk turun beli ayam.rasanya saya rasa kat sini jela

    ReplyDelete
  5. sib baik nama ayam kremes.. kalo ayam femes?? akekekekkekekekkekeke

    ReplyDelete
  6. nampak simple je tapi menyelerakan. Psti akan cuba!

    ReplyDelete
  7. memang rajinlah dik hana nih...kak ima terliur tapi tak berapa rajin nak masak lauk pauk bagai nih...huhuhu

    ReplyDelete
  8. to izahdaut..
    ko letak jerk daun cempedak! wakakakaa.... takyah letak pong xpe zah! aku dah edit tuh optional jerk!

    to jiya..
    aku nak tuko nama ah ayam femes! boley tak??? wakakakakaaa

    to tummy..
    selamat mencube tummy! :)

    to k.ima..
    k.ima selalu masak apa kak? kiter nih sampai dh kering idea nak masak apa! klu ade pucuk ubi bestnyerr! jntung pisang! ikan kering! petai! ulam2! ikan sungai! bla bla bla... hihihihi.....

    ReplyDelete