Wednesday, February 13, 2013

Puding Roti Marble Berkuah Laici


Assalamualaikum dan salam sejahtera.... diucapkan selamat tahun baru cina buat sahabat2 yang berbangsa cina di luar sana.... bagi yang tgh bercuti selamat bercuti... bagi yang dah mula bertugas, selamat bertugas..  esok aku juga akan stat bertugas mcm biasa... begitu juga ngan anak2... en.suami jer yg dah mula bertugas arini.. ok berbalik tajuk utama... resepi yg dah sinonim dan menjadi trade-mark hanamemories.. bermula dari Agar2 Roti zaman tuk kaduk ke Puding Roti Marble. kemudian ke Pelangi la pula... dan kali nih Berkuah Laici... panjang sungguh la sejarah puding yang ni... kita yang buat dia xde hal la nak pelbagaikan citarasanya... cuma terpulang pula tekak masing2 untuk menerimanya... puding nih pernah menjadi hidangan masa kunjungan kak.ummi dan ros suatu ketika dahulu (mcm lama sgt ajer bunyinyer.. haha) dan telah disiarkan dalam majalah MIDI keluaran 15hb Januari yang lalu... sejuk nyaman dan slurpppp nyum nyumm bila digandingkan dgn kuah laici..selamat mencuba!



RESEPI PUDING ROTI MARBLE BERKUAH LAICI

  • 3 keping roti
  • 2 biji telur
  • 1/4 cawan susu pekat
  • 1 cawan susu cair@ 250ml
  • 10gram serbuk agar2 @ sepeket
  • 1/2 cawan gula
  • 2 sudu besar butter@marjerin (cairkan)
  • 3 cawan air
  • 2 sudu besar serbuk koko
  • 1 tin laici - sejukkan
Cara-cara
  1. Didihkan 3 cwn air,serbuk agar-agar dan gula ke dalam periuk.
  2. Blend roti,telur,susu pekat, dan susu cair. Kemudian masukkan ke dalam periuk tadi.
  3. Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih lagi. Matikan api.
  4. Bahagi kepada 2. satu adunan biarkan warna asal. dan satu adunan masukkan serbuk koko. (Jika menggunakan serbuk koko, bancuh dahulu dgn sesudu air panas jadikan pes agar tidak berbiji2@bergentel2)
  5. Ambil sesenduk dan tuang ke dalam loyang. Lapiskan secara selang seli untuk membentuk marble. Buat sehingga habis.
  6. Simpan peti sejuk sekurang2nya sejam sehingga puding mengeras dan sejuk.
  7. Potong puding ke dalam mangkuk, dan tuang sirap laici dan juga hirisan laici.
  8. Sedia dihidang.

versi original... juga enak dimakan begitu sahaja tanpa berkuah


25 comments:

  1. salam cikgu...
    masih bercuti ye?
    puding tu memang enak banget! dah beberapa kali akak buat... nak bertandang rumah sedara mara pun akak buat juga sebagai buah tangan.. sebab? pudingnya cepat sangat membeku jadi tak perlu tunggu berjam2.... lepas buat.. akak bersiap2 puding dah pun membeku.... hehe.. t.kasih hana utk perkongsian resepinya.. kali ni berkuah laici pula ye? mak mertua akak mesti suka... laici buah kegemaran beliau...

    ReplyDelete
  2. waalaikumussalam kak...
    aah masih bercuti.. cuti dlm umah je.. hihihi.... alhamdulillah kalau dah menjadi kegemaran akak... mudah jerk kan kak kan... itu jam buat, itu jam boleh beku dan siap.. magic ke bukan? kekekekeke...

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. insyaallah sedap kakgee... jom kak memuding wpon musim gegegege.. hihihi

      Delete
  4. look yummehh.... penah buat tapi tak jadi. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe.... camne leh tak jd tuh mrs? bab marble ke? nanti try lg ye.. mudah je tuh.. hihi...

      Delete
  5. Sedapnya ada laici... nyaman je masuk ke tekak!

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah sedap kak..... tp laici masuk dulu puding kendian... hihihihi

      Delete
  6. ni mesti berebut2 laici ngan puding masuk mulut, yang pasti puding yang ditelan dulu, laici kan macam kenyal2 sikitkan, hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihihi.... aah kak... lumba2 masuk mulut. yg pasti laici menang! kekekeke...

      Delete
  7. As'salam Hana

    Tahniah lagi sekali ya :). kak ct pun suka buat pudding ni, apa kata Ratna ia cepat membeku hidang untuk tetamu yang datang pun sesuai kan :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. wlam kak.ct.... tahniah juga wat akak.... utk adunan yang ni kita dah tambahkan sedikit cecair kak... dan kurangkan roti... so xde la cepat sgt... kasi masa jap duk berangan... hihihihi

      Delete
  8. k.hana, mana datang idea curah sirap & laici atas puding? pandai akak reka yer, hehehe. time panas2 cenggini mmg aman betol la dapat puding camni kan. lepas ni cuba akak curah cendol lak... muahahaha.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku bela pak nujum, mak nujum, anak nujum pon ada.. ko ada? kekekekeke.... pak nujum kata cendol tak lulus sirim.. hahahahaha

      Delete
  9. Replies
    1. basah xpe jgn sampai banjir... hahahaha... selamat mencuba atie... hehehe

      Delete
  10. Fuyooooo Hana.. dah lama betul ku tak buat puding roti ni... sedap and sejuk ajer tekak bila dingap.. wait i want to do again lah.. :o)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau puan rima yg buat tabik toing toing laaaa....... super gojesss wooooo... tak cukup bintang aku nak bagi.. kekekekeke.....

      Delete
  11. Replies
    1. kene cuba dulu la... nanti tau ngam ke tak ngam.. boley gitu? kekekekeke

      Delete
  12. Salam Hana...sedapnyer puding roti ni...tiba2 lapo la plak...=)

    ReplyDelete
  13. Hana... makan nak, buat tak nak... ce bagi penyelesaiannya?

    ReplyDelete
  14. Kak hana..mintak semangkuk..hehehe..bleh cuba buat hujung mg ni..

    ReplyDelete
  15. Cantiknya puding...as usual! Puding roti...nostalgia betul la kak Hana! Kikikikiki ;)

    ReplyDelete