Friday, December 31, 2010

Kuih Serimuka Pisang

assalamualaikum dan salam sejahtera semua..... nampaknyer nih n3 terakhir hanamemories utk tahun 2010..... selamat tinggal 2010 dan selamat datang 2011! mudah2an hanamemories akan terus mantap dan mantop menghidangkan pelbagai resepi untuk dikongsi bersama... yer ker? minggu nih asyik cter kuih ajer... hahahaha..... akceli minggu nih agak slow nak n3 psl masak2 lain... sbbnya masak bodo2 jerk... kadang tuh asyik menu ulang tayang.... tuh yg malas beno nak masuk n3... wat kuih aka ngonyel2 nih macam wajib ajer tiap petang.... yer la kan, nak makan punyer pasal untuk kudap2an... mana nak dapat yer tak?? makan jajan tak bape minat sangat... eh! jom jemput num petang... arini salji turun lebat betui.... esok pikir nak g main ski or slider ngan budak2 nih... dekat jerk ngan umah... ader sape nak ikut?? hihi.... terpikat dengan resepi kak.hasiah myresipi. ternyata sedap sangat! kak.jun pong da try.... wat peminat serimuka mmg harus cube resepi nih! aku rekomen... cube tang permukaan atas jerk aku failed... sebab berombak2... tengok tuan punyer resepi cantik elok rata jerk! hentah mana silap tadi.... tak kesah lah! janji sedap! terima kasih tuan empunyer resepi...


RESEPI SERI MUKA PISANG
by : hasiah@my.resipi
source : hanamemories.blogspot.com

Bahan-bahan
  • LAPISAN BAWAH:-
  • 1 cawan tepung beras
  • 2 cawan santan
  • 2 cawan pisang yang dilenyek
  • 1/2 cawan gula
  • 2 sudu tepung kastard
  • LAPISAN ATAS:-
  • 60 gm tepung gandum
  • 100 gm gula
  • 250 gm santan
  • 50 gm jus pandan
  • 1/2 sudu besar tepung jagung
  • 2 biji telur
  • Sedikit garam
  • Sedikit pewarna hijau

Cara-cara

  1. LA{ISAN BAWAH - Satukan semua bahan di atas, kacau sebati.
  2. Kukus selama 20minit atau hingga masak.
  3. LAPISAN ATAS - Kacau telur bersama gula, kemudian masukkan pula bahan-bahan selebihnya.
  4. Kacau sebati, tapiskan.
  5. Tuang ke atas bahagian bawah tadi, kukus lagi selama 20minit atau hingga masak.
  6. Untuk bahagian bawah, masukkan sedikit pewarna kuning agar tidak kelihatan pucat.

Thursday, December 30, 2010

Popia Sedap

sajer buh tajuk yang agak perasan! hahahahaha.... tapi siyes la juri kata sedap! kalau korang try tak sedap, jangan mara ar..... nnti lekas tuwa! hihihi... popia nih boleh juga disira pedas. nak resepi rujuk SINI. akceli lunch tadi wat nasi ayam butter pas terliur nengok kak.rose wat.... malas la nak masuk n3 sbb sebelum nih dah ada kat blog nih... klu nak resepi carik sendri la yer..... wat nih utk minum petang tadi anak beranak.... akceli apam td ader lg tp diorg slow la pulak... terpakse frozen kang biler2 masa leh kukus smula.... selamat bercuti buat semua dan selamat tahun baru... kami nih tgh cuti seminggu dan dah nak abes dah pong tapi tak kemana2 memandangkan sejuk gegegege tuh yg tak ley tahan....

RESEPI POPIA SEDAP
source : hanamemories.blogspot.com

Bahan-bahan
  • kulit popia secukupnya
  • UNTUK INTI
  • 1/2 batang carrot - dihiris kecil memanjang
  • 1/2 biji sengkuang kecil - hana gune lobak putih
  • satu mangkuk kubis yg di racik halus
  • segenggam atau lebih taugeh
  • 1/2 biji bawang besar kuning* - jika suka boleh mayang shj
  • 1 biji bawang putih*
  • 2 sudu besar udang kering - rendam,toskan (bahan*blend)
  • fishcake - hiris memanjang
  • crabstick - potong atau boleh buh 1btg dalam 1 bj popia
  • telur hancur/scramble - optional
  • isi ayam - optional
  • 1 sudu besar sos tiram
  • garam
  • perisa@gula sedikit
Cara-cara
  • Utk Inti - tumis bawang besar, bawang putih dan udang kering hingga naik bau. masukkan sos tiram... kacau rata. masukkan sengkuang, carrot... biarkan sebentar hingga sayur lembut.
  • Masukkan fishcake, isi ayam, crabstick,kobis dan taugeh. Kacau.
  • Perasakan dengan garam dan juga perisa@gula (jika suka). tutup api dan sejukkan.
  • Isi ke dalam kulit popia, gulung kemas dan gamkan dengan air atau campuran tpg jagung dan air. Dan goreng dengan minyak panas hingga kekuningan. Angkat dan toskan.
  • Hidangkan dengan sos pilihan.

UNTUK SOS (RESIPI ASAL DARI CHEF WAN)
Bahan-bahan
  • 8 biji cili merah
  • 2-3 ulas bawang putih
  • 1 cawan gula - hana buh 3/4cwn
  • 1/4 cawan air
  • 1/4 cawan cuka makan
  • 4 camca besar sos ikan
  • Sedikit kacang tumbuk dan bijan - hana buh bijan je
  • >> hana tambah sos cili thai.
Cara-cara
  • Kisar cili dan bawang putih hingga hancur, masukkan bahan2 lain kecuali bijan. Masak atas api perlahan sambil dikacau hingga sos memekat. Matikan api dan taburkan bijan sebelum dihidangkan.

Apam Mekar Gula Merah @ Melaka


fuhhhh! macam tak cayer jerk bukak pengukus tengok apam aku kembang macam tak hengat! walaweiii suker sukerrr...... bagi sesiapa yg ade insiden pobia mekar cam aku, boleh la cube apam nih... insyaAllah di jamin mekar... sbb dah tengok ramai kengkawan lain yang buat semuanya mekar setaman... antaranya mas, hani, kak.ita, kak.nannie, kak.yatie, izahdaut, kak.nor (tak majuk lg kan? hihi).. erkk...ader lg ker yg tak sebut? hihi...... tima kasih semua... apam nih mudah tak payah tunggu lama atau perap... godeh2 terus kukus.. dan hasilnyer seperti yang anda lihat... mungkin disebabkan ade kandungan yis tuh kot! apam nih sedap dan macam ader sedikit kelainan dgn apam2 lain... nak tau kene cube sendiri lah yer! hihi.... tapi reaksi anak2 belalang cam biasa la... `nape kuih nih pecah2 cenggini ma? tak cantik!` huH! punyer la beria mak dier nak kembangkan, depa kata tak cantik???!! watchaaaaaaaaa...

RESEPI APAM MEKAR GULA MERAH
by : kak.rossitamz@myresipi
source : hani@sembang dapur

Bahan-bahan
  • 125gm gula pasir- next time nak kurangkan gula coz agak manis
  • 125gm gula Melaka - dipotong kecil2- hana campur gula merah
  • 150ml air
  • 250 gm tepung gandum
  • ½ sudu teh soda bikarbonat
  • ½ sudu teh yis (bancuh dengan sedikit air suam)
  • 1 biji telur
  • 100 ml minyak masak
Cara-cara
  1. Sediakan acuan dan panaskan kukusan.
  2. Masak air bersama gula pasir dan gula Melaka hingga hancur. Tapis dan sejukkan.
  3. Ayakkan tepung gandum ke dalam bancuhan air gula. Gaul hingga sebati dan rata.
  4. Masukkan soda bikarbonat, yis dan telur. Kacau hingga sebati.
  5. Tuang minyak sedikit demi sedikit sambil dikacau rata.
  6. Tuang adunan ke dalam acuan dan kukus selama lebih kurang 15 minit atau hingga masak (bergantung kepada saiz acuan).

Wednesday, December 29, 2010

Bingka Roti Berjagung

arini kami bekpes ngan bingka..wat malam tadi kes nak ngabeskan sisa2 roti yg dah nak expired... anak2 kurang minat kuih2 tradisional so aku watkan menu lain... tapi mmg sedap bingka nih.. rasa lemak2 gtu! resepi skodeng lama dulu dari dapur kak.madiha.. kelmarin nampak mat buat, maka bertambah2 teruja.... tima kasih k.madiha dan jugak mat. resepi asal dari sebuah majalah (Chef Azimah Mansor) yang telah dikongsikan oleh kak.rinnchan. meh jemput sarapan... ingat menu tengahari nanti nak wat spaghetti bolognese jerk... dah lama rasa tak buat...

RESEPI BINGKA ROTI BERJAGUNG
source : kak.rinnchan, kak.madiha
cnp dari : matgebu@dapurtanpasempadan

BAHAN-BAHANNYA
  • 3 biji telur gred A
  • 150 g gula kastor
  • 100 g mentega, dicair dan sejukkan (mat guna 70 gram)
  • 1/2 camca teh garam
  • 300 g roti putih, didadu kecil2
  • 200 g tepung gandum
  • 1 liter santan - hana campur susu segar
  • 1 camca teh esen vanilla
  • 200 g jagung krim dalam tin
CARA MEMBUATNYA
  1. Dalam satu bekas, satukan telur, esen vanilla dan gula, kacau hingga larut. Tambah mentega cair dan masukkan tepung dan garam, kacau rata. Tuang santan dan kacau hingga semua sebati.
  2. Masukkan roti tadi dan biar terendam selama 15 - 20 minit. Masukkan jagung krim, kacau hingga rata dan tuang dalam acuan kuih bingka yang telah disapu mentega dan alas dasarnya dengan aluminium foil, sapu juga aluminum tadi dengan mentega.
  3. Bakar dalam oven pada suhu 180C, selama 1 jam atau pun hingga masak. Biarkan kuih betul2 sejuk sebelum dikeluarkan dari tin dan dipotong....
CATATAN MAT GEBU :- Resipi ini akan menghasilkan kueh bingka roti jagung berukuran 9 inci x 9 inci x 2+ inci. Kalau nak buat kecik, bahagi dua resipi diatas (untuk telur tu kalau buat 1/2 adunan, mat syorkan 1 biji telur + 1 kuning) - hana buat setengah adunan gune sebiji telur sahaja. alhamdulillah ok..

Tuesday, December 28, 2010

Salad Gulung

Assalamualaikum dan salam sejahtera..... akceli arini tadak mood nak masak2.... masak simple mimple jerk... janji anak2 and my hubby kenyang.... salah satunyer menu salad telur gulung nih.... mmg sonang gler ah! danish pong tulun buat... tapi tak tulun makan! haha.. tima kasih makcik izah atas resepinyer... resepi di adaptasi dari rancangan tv AFC. makcik mimiey pong da try.. meh amik segulung! mmg sedap curah sos thousand island banyak2... sajer sukersuker buh gambo banyak2 lepas nih maybe aku dah jarang2 masak kOt! (leh cayer ker? haha)... akceli blender aku rosak!! huh! dsebabkan lagi bape bulan nak balik, tak koser la pakcik tuh nak blikan lg yg baru... sob sob sob......
RESEPI SALAD GULUNG
sumber: Izah Muffin

Bahan-bahan

Untuk kulit dadar
  • 2 biji telur-dikocok
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 4 sudu besar air
  • hana tambah secubit garam dan lada sulah
Cara-cara
  • Bancuh tepung dengan air. Masukkan ke dalam telur yang dikocok dan gaul sebati. Goreng nipis hingga masak. Fungsi tepung jagung: telur dadar tidak akan koyak bila digulung.

Bahan salad
  • daun salad
  • sosej di bakar/rebus
  • timun jepun
  • carrot
  • sos thousand island
  • tomato
  • crabstick & capsicum - yang nih hana tambah
Semuanya dibersihkan dan dipotong memanjang. Letakkan ditengah2 dadar tadi dan gulungkan. Potong dan hidangkan.

Monday, December 27, 2010

Jemput-jemput Ketam & Kubis

sejuk2 nih layan jemput-jemput jerk lah.....wat satu adunan kok macam tak cukop la pulak.... nih la bahaya kalau musim winter... abis winter sedor2 jarum timbang futus! hahahaha.. sebenonyer tak tau nak bg nama apa.. sbb macam2 aku humban.. haha.. gasak situ! yang nih versi lembut dan garing kat luar.. ader lg satu versi yang saku-saku... next time aku kongsikan..

RESEPI JEMPUT-JEMPUT KETAM & KUBIS
source : hanamemories.blogspot.com

Bahan-bahan
  • 11/2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan nasi + 1 cawan air - blend
  • setengah genggam ikan bilis (optional nak buh or tak sbb dah ada ketam)
  • 1/2 biji bawang besar kuning - hiris (hana blend skali dgn nasi)
  • 1/3 cawan kubis - dadu kecil/hiris halus
  • 5 batang crab stick - potong kecil
  • 1 biji kentang - potong dadu kecil (optional)
  • cili merah - cincang (optional)
  • sedikit air lagi untuk bancuh
  • garam
Cara-cara
  • Blend nasi dan 1 cawan air... Masukkan ke dalam mangkuk dan campur bahan2 lain.
  • Masukkan lagi air sedikit demi sedikit sehingga adunan boleh di jemput.
  • Panaskan minyak. Jemputkan adunan sejemput demi sejemput ke dalam kuali dan goreng hingga keemasan.
  • Hidangkan dengan sos atau sambal pilihan.

perkembangan untuk hari ketiga.. salji dah parat lutut
terpakse bekerja keras nak keruk
aksi budak dah sihat
arini darwish di kuarantin.. haha

Sunday, December 26, 2010

lagi perkembangan terkini..

macam wartawan la plak.. hahaha.... salji kali nih merupakan salji terakhir kami di bumi nihon... jadi biarlah kami pahatkan kenangan ini di sini buat tatapan anak2 di masa akan datang... huhuu sedey pulak bunyinyer..

kan darwish kan kan......
aksi vontot tertonggek
ngan abg danial jer.. abg danish tak sihat sejak mlm tadi muntah2..
dier pikir mau pegi jalan2... nak kene sodok salji tuh dulu nak..
wat makcik2 n pakcik2.. amik la leh buat abc cendol
di sinilah pondok buruk kami... tingkat satu je
sekitar bawah rumah
ada pancutan air kecil di tengah jalan utk mencairkan salji
jalan yang nih xde air pancut.. kene tunggu lori sodok supaya jalan tak licin
timbunan salji atas kereta jiran2
salji akan berterusan turun hingga minggu hadapan.. semakin tebal dan tinggi la jawabnya..

Saturday, December 25, 2010

Darwish and snow

pestaim la ni kenal yuki@snow.. taun lepas kan kecik lg..
sangat2 teruja.. suker tgk kejakunan dier... coz now dier dah boleh berpikir
abaikan glove abg yg dier pakai..haha
suker tengok dier gelak2..
lagi gelak2
apesal yg nih nmpk dier kontot..haha
tengok apa tuu
macam apa je
siputih yang berselimutkan salji
setakat pagi ni salji blom lebat mana.. masih turun lagi..
mmula elok jerk ajak naik umah.. tp biler sampai atas, meraung2 nak turun lagik!

Friday, December 24, 2010

Kuih Kaswi Pandan

sekarang nih salji tengah turun.... nampak putih ajer kat luaq tuh... perot kitaorg pong gendang gendung berbunyik.... buat kuih yang agak ringkas dan senang nak buat.... layan sambil nonton tv ngan hubby and anak2... boley tahan sedap jugak perisa pandan nih... resepi skodeng dari dapur izahdaut bakal mak YB! kikikiki...... adunan nih rasanya sesuai loyang 5inci. tima kasih izah dan penyumbang asal resepi.

RESEPI KASWI PANDAN
oleh : cikuhafi.myresipi
source : izahdaut@blogspot

Bahan-bahan
  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 cawan air@ air pandan - hana campur santan cair
  • 1 cawan gula pasir
  • 1 sb tepung ubi
  • 1 sb tepung beras - izah add
  • sedikit pewarna hijau @ pandan emulco
  • 1 sk air kapur mkn
  • sedikit garam*(gaul bersama kelapa parut)
  • 1/2 biji kelapa parut(putih shj*
Cara-cara
  1. Blend sema bahan diatas kecuali kelapa parut & garam.
  2. Tapis bahan yg telah di blend kedalam loyang & kukus selama 30-40 minit.
  3. Setelah masak sejuk kan terlebih dahulu baru potong.
  4. Gaul bersama kelapa yg telah digaul bersama garam.
  5. Boleh la dihidang untk minum ptg @breakfast.