Sunday, January 27, 2013

Snow Cheese Cake


Assalamualaikum dan salam sejahtera....  hampir setengah bulan juga tak update blog... tengok-tengok follower dah cecah 4 ribu lebih.... tima kasih pada yang sudi tu yer... al-maklom la skrg nih jd blogger suam2 kuku ajer... huhuuu.... kek nih dah lama nak menerai.... tp yang nih dah second kali buat..... yang first tuh resepi kek span ajer (resepi SINI).... kali nih try n error guna resepi lama slice cheese cake. wpon double triple cheese pada aku lg sedap kek yg ada cheese. lagipon kek cheese yang nih agak ringan. so xde la muak sangat... tapi depend kat tekak masing2 la ye.... jgn marahkan resepi plak! hehehehehee... jiran sebelah dah bagi, jiran tanah sebendang blom sempat bg lagi... ada sape lg nak ngaku jiran? meh aku bagi... hihihihi... kek2 gini kat umah nih payah nak abes.... oleh sbb aku yang nak makan, maka rajen2 la kene buat... hahahaa... utk kek yg lebih besar ikut tulisan kaler biru (lebih kurang satu setengah adunan dr yang ni)


RESEPI SNOW CHEESE CAKE

Bahan-bahan
Untuk Kek
  • 4 keping slice cheese - 6 keping
  • 170ml susu segar - 250ml
  • 70g butter - 100g
  • 80g gula halus -100g
  • 80g tepung gandum ayak (hana buat 10g tpg SRF, 70g tepung superfine) - 110g
  • 4 biji telur - 6 biji
  • 1sk esen vanila
Untuk Topping
  • 250g cream cheese philadelphia (satu ketul)
  • 1/2 tin susu pekat
  • 1/2 ketul keju cheddar kraf - parut

Cara-cara
  • Untuk Kek - Siat2kan slice cheese dan masukkan ke dalam periuk, Masukkan sekali susu segar. Kacau hingga cheese cair kemudian masukkan butter. Matikan api. (tak perlu hingga mendidih). Sejukkan.
  • Asingkan putih dan kuning telur. Pukul putih telur dan gula hingga bertanduk (terbalikkan tak jatuh).
  • Kemudian pukul kuning telur dan esen vanila lebih kurang satu-dua minit dengan kelajuan sederhana. 
  • Masukkan campuran susu segar, butter dan slice cheese tadi.  Kacau menggunakan whisk.
  • Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga sebati.
  • Ambil 1/3 drpd putih telur dan kaup balikkan ke dalam adunan kuning telur. Kemudian campurkan baki adunan putih telur sedikit demi sedikit. Kaup balik sebati. (jgn over.. adunan agak ringan dan pekat)
  • Griss loyang dengan butter dan ratakan tepung supaya tidak melekat. (boleh juga alas dgn baking paper)
  • Tuang adunan ke dalam loyang dan bakar secara waterbath. (letak air di dalam dulang pembakar.. contoh lihat dibawah)
  • Bakar suhu 160 api atas bawah selama 50min-1jam (Bergantung kepanasan oven masing2). Uji kek sebelum keluarkan dr oven.
  • Sejukkan dahulu kek kemudian potong tengah dua bahagian.(hana potong guna pisau pemotong roti)
  • Untuk Topping - Pukul cream cheese dan susu pekat hingga sebati. Sapukan ke atas kek dan taburkan dengan parutan keju cheddar. Sejukkan dahulu dalam peti kemudian potong dan hidangkan.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjag9EI3R0ghyphenhyphen1vxMjvE79zQfJrVXxlLa3rh3hNvnRv40kJ5VSpLlZP960YZJ-WxTGLtuYNDzoGDhqazwjaV0G7FDXeKev16vtPypPJdnfQ7o61eZYCKRd49_zrgBGBL_10B5M59NzGLMY/s1600/Water-bath_s4x3_lg.jpg
bakar cara waterbath@steambath
credit image to foodnetwork.com

kek yang sangat lembut dan sedap!


TIMA KASIH KAK.NOR DAN SUAMI

n3 pakej lagi ye.... hihihi..... baru2 nih kami skluarga menerima kunjungan dari seorang blogger yang rata2 ramai mengenalinya... kak.nor secubit garam.. tima kasih kaknor dan abang.zo yang sudi datang memalam.... dan tima kasih dari kami sbb sudi bukak kelas pree photography! hihihihi.... en.hamzah dah pandai, tapi bini dier lembab mcm siput sket.. kikikikiki.. dan tima kasih ole2nya kek dan juga adiah bj cantik utk dania... jgn serik dtg lagi... hehehehe

malu2 plak kakak nih.. hihihi
 
terima kasih dr nia! :)

Sunday, January 13, 2013

Majalah MIDI 15hb Januari 2013


 Assalamualaikum buat semua pengunjung blog hanamemories... alhamdulillah... arini nak berkongsi macam2 kegembiraan.. yang pertamanya, syukur alhamdulillah sekali lagi hanamemories diberi peluang untuk muncul di media cetak. kali ni bekerjasama dgn majalah MIDI pula... sebenarnya ini kali kedua lamaran yang diterima dari pihak majalah MIDI iaitu Cik Siti Mariam binti Elias. tima kasih kerana memberi kepercayaan kepada hanamemories.... yang pertama dulu aku kesuntukan masa, maka tak dapat la nak tunaikan. begitu juga dengan majalah AROMA juga tak dapat tunaikan akibat kelewatan sbb dah lama sgt tak buka emel. hihi......  juga terima kasih buat kak.ctdelima yang telah mewar2kan terlebih dahulu.. kalau kak.ct tak bagitau rasanya agak terlewat la juga nak mendapatkannya tambah2 lg skrg nih musim tak berapa nak sihat nak ke mana2... tahniah juga wat kak.ct kerna telah mendahului Januari... hihi.....  



Antara resepi-resepi yang dikongsikan dalam majalah tersebut... ada 4 resepi hasil drpd eksperimen di dapur sendiri


cuma ralat sedikit pada Resepi Puding Karamel. tetiba plak ada inti durian..huhu
Bagi sesiapa yang belum mendapatkan majalah MIDI, meh la serbu kedai untuk mendapatkannya sebelum kehabisan! murah je hanya RM4.20... info pon sangat banyak... Kepada para blogger, teruskan usaha jika ingin terus maju.. sekarang kita bersyukur sbb media cetak diluar sana telah mmbuka mata dengan kebolehan para blogger masakan. tak macam dulu agak payah sekali..... so apalagikkk... jom dapatkannya!
(ooi mat! keji taw kata aku 40an.... klu aku 40an, ko 90an.. kikikiki... sori mat gurau je.. hihihi) 



BESDAY SETAHUN DANIA NUR ZAHRA

n3 nih pakej la yer.....sbb tak berapa rajen nk buat n3.. hihihihi..... kegembiraan kedua adalah ulangtahun anak dara kami nan satu iatu Dania Nur Zahra yang pertama pada 12hb Januari semalam... Happy Birthday sayang.... tak sangka pejam celik pejam celik dah setahun usianya..... dah pandai jalan dan kemas rumah..... gigi jer masih ompong! hihihihi...... tak macam abgnya Darwish 3 bulan dah ada gigi... takpe la... lambat tumbuh lambat la rosaknya..mudah2an.... Doa dari mama dan ayah serta abang2 moga Dania menjadi anak yang solehah, bijak pandai dan sentiasa mendapat keredhaan dan rahmat dari Allah swt..... ameennn....

Dania sayang yang gendut! hihihi


sekitar makan2 besday Dania.... (masa ni guna ipad je.) tak dapat nak potong kek sebuku dapat seslice pon jadi la... jimat poket mama... hehehe.... lagipon masa nih semua tak berapa sihat termasuk maknya yg dah dua ari demam.. dania jugak yg ceria.... maklom la besday girl.. hehe



GATHER2 GENG BLOGGER (geng jawa! hahaa..)

yang nih pula citer tertangguh... perjumpaan dengan geng blogger dari seberang Indonesia iaitu cik Deetha pd bulan desember yg lalu. Perjumpaan telah di atur oleh kak.Asma juga seorang blogger dari Rembau. sorang lagi blogger tuh macam selalu kenal la... kenal kat umah... hihihihi.. tima kasih Deetha dan Kak.Asma atas perjumpaan ini. Moga ikatan ukhuwah akan lebih erat terjalin selepas ini.. dee..tima kasih juga ole2nya yer... hehe

dari kiri Fmina, Kak.Asma dan Deetha

eee saya udah temok!

Sunday, January 6, 2013

Keledek Goreng makcik goreng pisang


Salam dan bertemu kembali......  dah lama nak share resepi bancuhan tepung makcik goreng pisang nih... batter nih sesuai untuk semua jenis gorengan... sejak dah pandai ngecek ngan makcik warung tuh resepi nih la yang selalu menjadi pooojaan.... goreng pisang ke keledek ke sukun ke fishball ke kopok lekor ke aihhh apa2 ajer la yang nak di goreng tuh bancuh ajer mcm nih.. kalau wat tempe plak buh ketumbar ngan bawang putih jerk... lepas tu jangan lupa cicah ngan sambal kicap! wajib bg owang johor macam aku ngan laki aku la khannn... kalau xde cam tak kick jerk..


benonyer dah lama juga aku carik resepi nih... suka tang serdak tuh... tiba satu ari tuh tergerak ati nak ngecek resepi sambil nengok2  makcik tuh buat.. ngan muka tak malunya aku nyibuk bertanya. mujur la tak dihumbannya paler aku lam koli panas... sibuk2 ajer nak mintak resepi.. hahahaha.. alhamdulillah dgn sebab  tak tau malu tuh la makcik tuh riang ati bg resepi... fuhhh legaaa... tima kasih kat makcik tuh moga2 beliau murah rezeki selalu....ameenn... kat sini aku panjang2kan la plak kat korang... lepas nih takyah susah2 nak bli kat warung depan tuh kan...  *tp kalau dah malas beli jugek! hahahahaa ... ok ini resepinya.. resepi asal berkilo2 tepung.. yang nih aku dah ejas ikut keperluan sekluarga shj. oh ya! air kapur tuh kalau xde tak mengapa.ok je.... air ye.. bkn kapurnya shj...nanti pahit....


RESEPI  BATTER GORENG PISANG

Bahan-bahan
  • 2 cawan tepung beras
  • 1 biji telur - size kecil
  • 1 sk gula
  • 1/4 sudu kecil air kapur - jgn terlebih nanti pahit
  • serbuk kunyit @ pewarna kuning
  • 1 cawan air
  • garam
  • keledek atau pisang atau pilihan yang disukai

Cara-cara
  • Satukan semua bahan kecuali keledek@pisang ke dalam blender. Blend lebih kurang 2 minit sehingga semua sebati.
  • Tuang ke dalam mangkuk. Sementara itu panaskan minyak.
  • Uji kepanasan minyak dengan merenjiskan adunan tepung ke dalam kuali. Bila berdesir maknanya sudah cukup panas.
  • Celupkan keledek@pisang ke dalam adunan. Goreng hingga keperangan.
  • Angkat dan toskan. Sedia dihidang.


Saturday, January 5, 2013

Ketam Butter Telur Masin


Assalamualaikum dan salam sejahtera.... menu pembuka tirai 2013. dah beberapa hari memasaknya baru arini berkesempatan mengepost... menu yang sangat mudah dan sangattttt sedappp! bagi yang dah biasa dengan menu nih tentu dah tau kelazatannya sehingga menjilat pinggan! yang belum cuba, meh la pakat2 mencuba...... kalau lihat kebiasaan, ketam ni digoreng dahulu. tapi aku nih jenis pemalas maka aku humban ajer terus ke dalam koli... dan aku menggunakan kesemua telur masin putih dan kuning..  bukan yang kuningnya sahaja. ye la drpd mebazir baik berjimat cermat... sedap juga! xde la masin sgt..... mungkin lainkali boleh mencuba versi goreng pula. ok sekian dulu.. selamat berhujung minggu..

RESEPI KETAM BUTTER TELUR MASIN
resepi oleh : hanamemories.blogspot.com

Bahan-bahan
  • 3 ekor ketam
  • 2 biji telur masin
  • 3 sudu besar butter
  • 1/4 - 1/2 cawan susu cair
  • 2 tangkai daun kari
  • 3 ulas bawang putih
  • 2-3 biji cili padi - hiris 
  • sedikit garam dan gula
Cara-cara
  • Belah ketam kepada dua atau empat bahagian.Cuci bersih.
  • Rebus telur masin. Kemudian keluarkan isinya dan hancurkan.
  • Panaskan butter, tumis bawang, cili dan daun kari hingga naik bau.
  • Kemudian masukkan susu cair. Dan masukkan sekali ketam.
  • Tutup kuali supaya ketam masak sepenuhnya. Sesekali balik2kan supaya masak sekata. Apabila kuah hampir kering, masukkan telur masin dan gaul mesra. Perasakan dengan garam dan gula. Garam jangan banyak sbb telur dah masin. Keringkan sebentar dan matikan api. (hana tinggalkan sedikit gravy)
  • Angkat dan hidangkan.
  • Nota : Jika ingin ketam digoreng dahulu, campurkan ketam dengan 3 sudu tepung jagung dan sedikit garam. Goreng dengan minyak yang banyak sehingga masak. Kemudian toskan dan seterusnya ikut step nombor 3.

juga ada kerang rebus untuk anakanda