Friday, April 30, 2010

Som Som Pandan

tetiba teghase nak makan dessert camni... tengok bahan2 cam sket! wat la satu adunan.. hah!! hambik ko! punyerlah dapat banyak! padahal yg nak makannyer bukan ramai mana ponG! ppon resepi nih best! sbb leh jimat tepung beras aku! sbb gune tepung jagunG! nway mekacih kak.fida atas resepinyer.... aku tadak gula melaka, gune kurosato. agak gelap kalernyer. dan manisnyer sedang elok kat tekak aku.. utk syrup, aku ejas sendri..

Bahan-bahan
  • 100 g tepung beras
  • 100 g tepung jagung
  • 1,600 ml santan (500 ml KARA+ air)
  • 100 ml air pandan (atau 100 ml air + pandan pes)
  • 1 sk garam atau secukup rasa
  • sedikit pewarna hijau (opt)
  • SIRAP GULA MELAKA :-
  • 500 g gula melaka
  • 1000 ml air
  • 2 helai daun pandan - disimpul
Cara-cara
  1. Masak sirap gula hingga gula larut dan tapis.Ketepikan.
  2. Satukan kesemua bahan2 dalam periuk dan gaul rata.Masak hingga pekat dan kilat,hingga adunan meletup-letup.
  3. Tuang adunan ke dalam loyang atau acuan dan sejukkan.
  4. Sajikan bersama sirap gula melaka.

Thursday, April 29, 2010

Nasi Ayam Butter

lagi versi nasi ayam yang biasa aku buat.... cume yang kaler kuning tuh jarang2 buat coz ikut permintaan pasaran lah!! hihi.... JOm tengok resepi yang agak panjang berjela! tp sebenanya mudah jerk kan wat nasik ayam nih..

Bahan-bahan
UTK NASI
  • 3 cawan beras (hana gune beras thai )- basuh dan toskan
  • 31/2 air rebusan ayam - bergantung jenis beras
  • Rempah tumis (kayu manis,bunga lawang, cengkih, pelaga..)
  • 1/2 biji bawang besar - dihiris
  • 1 inci halia - ketuk
  • 1 sudu serbuk pati ayam knorr
  • 1 helai daun pandan simpul
  • 1 batang serai ketuk
  • 2 sudu besar butter
  • garam
>> Panaskan butter. Masukkan rempah tumis, hingga naik bau.. Masukkan bwg, halia.. Tumis lagi. Masukkan pula air rebusan ayam, daun pandan, serai, serbuk pati ayam dan garam secukup rasa. Masukkan beras dan pindahkan ke dalam rice cooker. Masak seperti biasa.

UTK SUP
  • 1/2 ekor ayam size kecil - potong
  • 1 sk serbuk@kiub pati ayam
  • 1 batang saderi - potong
  • 2 inci halia - ketuk
  • Air secukupnyer
  • garam
  • daun bawang dan bawang goreng
>> Rebus semua bahan sehingga ayam masak. Toskan ayam dan ketepikan. Masukkan daun sup dan bawang goreng. Siap utk hidangan sup.

UTK SOS MERAH
  • 3-4 batang lada merah*
  • 2 ulas bwg putih*
  • 2 biji tomato*/bleh juga gune tomato puri
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu besar sos chili
  • 1 sudu kecil cuka
  • 1 sudu besar gula
>>blend yang bertanda *. Masukkan dlm periuk/kuali dan masukkan sos,cuka, gula n garam. Didihkan sehingga kuah agak2 pekat n matikan api.

UTK SOS HITAM@KICAP
  • 3 sudu besar kicap
  • 1 sudu kecil madu
  • 2 sudu besar air rebusan ayam
>> Campurkan semua. ketepikan.

UTK AYAM GORENG MADU - bleh juga tgk di sini.
  • Ayam rebusan tadi
  • 3 sudu besar kicap pekat
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar madu
  • 1 inci halia - parut
  • 2 ulas bawang putih - parut
  • blackpepper - optional
  • bleh tambah minyak bijan jika inginkan lebih wangi
>> Campurkan semua bahan. Perap lebih kurang satu jam atau lebih. (hana perap 20min jer) Panaskan minyak (gune minyak sedikit sahaja asal tenggelam paras setengah ayam). Goreng ayam tadi hingga keitam2an. Jgn hangus sudah! Jika ingin dibakar boleh juga.Hidangkan dengan nasi ayam, sup n sos tadi dan juga dengan daun salad@ kubis, tomato dan timun.

Wednesday, April 28, 2010

Spinach au Gratin


horenso@spinach aka bayam kat umah nih mmg peberet hubby n aku! konon nak kuat cam popeye la gtu kan! kuor muscle gendut gendut gtu! hahahahaa.. tak rela ahhh! what ever spinach byk khasiatnyer.. slalu gak msk horenso nih. kadang rebus gtu gaul2 ngan butter pong sodap! Jom tengok resepi..

Bahan-bahan
  • Sepeket spinach@horenso
  • 2 sm bawang besar cincang
  • 2 sm butter
  • 2 sm tepung gandum
  • 2 sm parmesan cheese - atau apa sahaja cheese (leh add)
  • 11/2 cawan susu segar - jika ingin lebih creamy gunakan atau campurkan dengan whipping cream@ heavy cream
  • blackpepper
  • garam
Cara-cara
  • Didihkan air. Rebus sebentar horenso@spinach. Angkat, basuh dengan air sejuk dan perah. Kemudian potong dalam 5cm. Ketepikan.
  • Utk membuat sos putih - Panaskan butter. Masukkan bawang. Goreng hingga bawang agak layu. Masukkan tepung gandum. Kecilkan api yer agar tepung tidak hangit. Masukkan pula susu segar, garam dan blackpepper. Masak hingga pekat.
  • Sediakan bekas tahan panas. Sapukan butter. Susun spinach yang telah dipotong tadi. Curahkan sos putih. Taburkan cheese lagi jika suka. Kemudian bakar suhu 180 hingga bahagian atas keperangan. (hana bakar gune toaster jer )
  • Siap dihidang, Enak makan panas2.

Daging Goreng Sate Berkicap

macam satay goreng yang biasa, cume buh kicap jerk! ermmm nyum nyummm extra sedappp! enak dimakan dengan nasik putih, nasik impit atau dengan roti.. layannnn.....

Bahan-bahan
  • 400g daging - hana gune daging batang pinang
  • *1/2 biji bwg besar (hana gune bwg besar kuning)
  • *2 ulas bwg putih
  • *2 btg serai- dihiris
  • *1 inci lengkuas
  • *1 inci halia
  • *1 inci kunyit hidop
  • *2 sk ketumbar
  • *1 sk jintan putih
  • *1 sk jintan manis
  • 1/2 sk serbuk lada sulah@blackpepper
  • 1 sudu mkn madu
  • 1-2 sudu mkn gula perang@gula merah
  • 1/4 cawan kicap pekat
  • garam - jika perlu sbb kicap dh masin
Cara-cara
  • Potong kecil @hiris nipis daging. Tumbuk2kan daging menggunakan anak lesung. Tapi jgn sampai hancur yer! supaya cepat empuk dan rempah2 meresap. Ketepikan.
  • Kisar@blend bahan2 yang bertanda *. Tuang ke dalam mangkuk daging tadi.
  • Masukkan sekali bahan2 lain... Sebatikan. Perap semalaman atau sekurang2nya 2-3jam! Jika menggunakan daging biasa, elok perap semalaman.
  • Panaskan kuali. Buh minyak sekurang2nya 3-5sudu besar. Goreng daging hingga masak. Jika inginkan agak berkuah atau basah, tak perlu goreng hingga kering.
  • Sajikan dengan nasik putih atau nasik impit atau apa sahaja pilihan anda.

Tuesday, April 27, 2010

Roti Saj & Kari Ayam Tomato

menu nih wat ari minggu yang lepas.. sedap la roti nih! hubby ckp cam roti nan! padat dan mengeyangkan! simpan semalaman pong still lembut... lawan pulak ngan kari ayam e-na! pergh! best gler! nak buat pong mudah.. tima kasih kak.madihaA atas resepinyer.. resepi asal dr kak.rusnah FP. leh tengok gak kat dapur k.ummi. macehhh kepada penyumbang2 idea dan resepi. nanti leh wat lagik!

RESEPI ROTI SAJ
Bahan-bahan
  • 1 sb yis mauripan
  • 1 sb gula (kak rus ganti ngan susu pekat kacau dalam air suam ~ akak pun ikut sama)- hana pong ikut jugak!
  • 1 1/2 cwn air suam
  • 3 1/2 cwn tepung
  • 1/2 st garam
  • sedikit minyak

Cara membuatnya

  1. Campurkan yis, gula, air suam dan garam sebatikan lalu masukkan tepung dan diuli.
  2. Selesai diuli, ketepikan 1 jam...tutup kejap dgn plastik.
  3. Uli lagi dan ketul-ketulkan kpd 7- 8 bahagian (Akak bahagikan kepada 10/11 ketul)...dibulat-bulatkan dan disalut minyak/tepung. (Akak salut minyak)
  4. Pastu terus je ambil seketul (*tak perlu tunggu roti naik dah yea) dan ditekan-tekan dlm pinggan bulat bagi elok bulatnya dan digoreng tohor mcm goreng capati.......bila masak angkat.... (MaDiHaA masak lebih kurang 3 ~ 4 minit bagi setiap belah roti saj & terbalikkan masak lagi) mmmm makan ngan kuah....sedap dan kenyang....
Nota MaDiHaA : Semasa menggoreng gunakan api yang perlahan. Minyak hanya gunakan beberapa titis jer semasa menggoreng. Tutup kuali dengan penutup pengukus supaya wap panas tak keluar & roti saj cepat masak.
RESEPI KARI AYAM TOMATO
Sumber : E-Na Kitchen - resepi asal dr Syamila

Bahan-bahan
  • 6 Ketul ayam
  • 2 biji tomato
  • 200ml santan pekat
  • 400ml air
  • 6 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 1/2 sudu besar rempah kari ayam dan daging Adabi (di bancuh dgn air)
  • 1 sk serbuk cili giling (optional)
  • 1 biji kentang (di belah 4)
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 1 inci kulit kayu manis
  • 2 biji buah pelaga
  • 2 kuntum bunga cengkih
  • sedikit gula
  • garam dan perasa.
Cara membuatnya :
  1. Sebiji tomato di potong dadu kecil dan sebiji lagi di belah 4.
  2. Bawang merah, bawang putih dan halia di blend/ tumbuk sehingga hancur.
  3. Tumis bawang dan rempah 4 sekawan (kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, bunga cengkih) sehingga naik bau / kekuningan.
  4. Masukkan serbuk cili yg di bancuh dgn sedikit air dan kacau sehingga garing.
  5. Kemudian masukkan rempah kari dan kacau sehingga naik minyak.
  6. Masukkan sebiji tomato yg dipotong dadu. Kacau sehingga hancur.
  7. Masukkan ayam dan kacau sekejap.
  8. Masukkan air dan biarkan mendidih sehingga ayam empuk.
  9. Kemudian masukkan santan dan ubi kentang.
  10. Perasakan gula dan garam
  11. Bila kentang telah masak masukkan tomato yang di belah 4.
  12. Biarkan mendidih sebentar dan angkat. Selamat mencuba!
TIPS : Untuk mendapatkan kari yang merah cantik berminyak:
Semasa menumis pastikan rempah kari dan serbuk cili betul2 masak,wangi, garing (jangan sampai hangit) barulah dimasukkan tomato.

Monday, April 26, 2010

Jalan2 tengok tulip...

tiap2 taun g sini cam tk gheti jemu jerk! hahahaa..
on d way
saya xde cam mikael! pinjam mama punyer jerk lah! hikhikhik
suker btol pegang pokok
tgk apa tu darwish??
pemandangan yang ada kat taman nih..




danish n danial
dbuat dr kuntuman bungaa
tulip yang ditanam dalam air
jelin2 munge
nak naik menara
bleh main
saya baru bangun tdo
eeee cukernyer dierrr!
mama jerk yg lebih! hahaa
masa nih paparazi amik gambo darwish jugak!
jumpa lak maskot nih!
ngan ayah.. siyes jerk!
saya nak amik tuuuuu
penat!
kali nih dtg byk tulip lum kembang penuh
leh bli jambangan tulip wat ole2..pilih sendrik..500yen jer!

Mungeee........ sape nak amiklah yer!