Monday, January 31, 2011

Kek Coklat Kukus Munira

Salam semua.... di saat malaysia tengah banjir air, kami di sini di limpah banjir salji..... ya salammm... taun nih lebat sungguh berbanding taun2 yang lepas.... kalau di kanazawa ishikawa dah macam salji kat bawah sinun apatah lagik yang duk kat area atas2 sana.... nih dah tak leh nak kuor umah dah... nak scoop salji kat kete dah satu hal... semalam dekat 1 jam nak buang nak keluarkan kete... balik nak parking kene scoop smula sbb dah timbun balik... moralnya, duk ajerlah diam2 dalam ghumah.... meh layan kek yg baru sebentar tadi kak.noor masri tayang di blognyer.... tak susah2 aku nak carik idea lain utk minum petang nih.... teruja dengan perkataan `sangat sedapp` kak.noor tuh yg tak pikir panjang.... mmg btol la bak di kata... orang xde gigi senang sangat nak kunyah... lembut moist gtu! tima kasih kak.noor dan empunyer resepi asal Puan.Munira Baharom dari KR. aku deco cincai2 jer sbb sendrik mau makan... nak amik gambo pong malas! tp makan mau.. hahahahaaa
RESEPI KEK COKLAT KUKUS MUNIRA
source : kak.noormasri@coretandaridapur

Bahan-bahan
Bahan A
  • 1 cawan gula pasir - hana dan kak.noor letak 3/4 cawan aje
  • 1 cawan serbuk koko
  • 1 cawan susu cair - hana gune susu segar
  • 1 cawan susu pekat
  • 1 cawan minyak masak
  • 1 sudu kecil serbuk nescafe - resepi asal xde
>> semua bahan di atas digaul sebati dan masak atas api perlahan sehingga gula larut. Matikan api dan rehatkan sekejap bila dah sebati.

Bahan B - di ayak
  • 3/4 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil (sudu kfc) soda bikarbonat
  • 1 sudu kecil (sudu kfc) baking powder
Bahan C
4 biji telur - diblender (tapi kak.noor pukul hingga kembang) - hana juga
Cara-cara
  • Satukan bahan B dan bahan C ke dlm bahan A secara berselang seli dan gaul dgn senduk aje.
  • Bila dah sebati masukkan ke dlm loyang yg digris dan dilapik kertas kalis minyak.
  • Kukus selama 1 jam atau sehingga masak. Jgn buka pengukus semasa proses mengukus 45 min yg pertama takut kek jd mendap.

jambangan bunga nih dari kak.yatie Sinar Kehidupanku yang telah mencapai follower yang ke 1000. tahniah kak! moga Sinar Kehidupanku terus maju jaya...
juga tak lupa tima kasih yang ke 2002 kali utk semua follower blog hanamemories! tanpa kalian siapalah hanamemories@blogspot.com. tima kasih lagi sekali...

Sunday, January 30, 2011

Pau & Keledek Rebus

aku nih kan macam pobia sebenonyer nak wat pau taw... tapi tak serik2 jugak nak buat bila tgk kengkawan lain buat.... tak gheti ar nak wat alus licin kulitnyer tuh mesti menggerutu abes, kadang tuh kulitnyer keras! adehhhh dah macam2 tips diguna pakai... kene cube sehabis baik la gamaknyer... disebabkan tak puas ati ngan en.pau, aku rebus la keledek kecik2 nih... peberet en.hubby makan macam tuh ajer... resepi pau nih aku ikut resepi mamasyipah... leh tgk pau mama yg gebuuuuu itew! perghh mmg jeles tahap gaban! thanx mama...

RESEPI PAU
source : mamasyipah@tupperware

Bahan-bahan
  • 500 gram tepung pau / tepung hong kong - hana xde gune tpg roti
  • 5 sudu besar gula kastor
  • 1/2 sudu besar shortening
  • 1/2 sudu besar softener
  • 1 sudu teh double action
  • 1 sudu teh yis kering
  • 260 ml air - hana tmbh lg 10ml+-
  • inti kacang merah secukup nya - hana wat inti kentang+ayam
Cara-cara
  • Campurkan kesemua bahan A dan uli sehingga lembut dan tidak melekat pada tangan.
  • Timbang adunan setiap satu seberat 50 gram.
  • Bulat kan adunan sehingga licin permukaan nya.
  • Masukkan sedikit inti dan bulatkan kembali.
  • Alas kan pau dengan kertas putih. biarkan adunan selama setengah jam.
  • Kukus sehingga masak lebih kurang 15 minit. (Mama kukus 2 minit jaa guna pengukus Tupperware)
NOTE dari mamasyipah: Untuk mengelakkan pau berkedut2 ,selepas kukus selama 15 minit , tutup api dapur kemudian buka sedikit saja penutup periok kukus tu untuk keluarkan wap sekejap jaa , lepas tu baru lah buka penutup tu keseluruhannya dan keluarkan pau tadi

Saturday, January 29, 2011

Hakusan Ichirino Ski Park

tak abes2 cter salji kan kan.. nak wat camne musim salji berbulan2.. haha
kali nih g area hakusan plak... tak jauh juga dari rumah kami..
cuaca kabus tak nampak pemandangan org tgh main ski or snowboat.. tp mmg ramai gler manusia time cuti2 nieh
abang danish teringin nak makan salji.. haha.. salji kat sini lembut giloss..
akceli tak dapat rakamkan gamba diorg main sbb aku ngan darwish cume duk bawah bumbung.. sejukkkk gegegege... sebenonyer aku yg tak tahan.. hahaha
dier nak kuor gak g main... mujur tak meronta2 nengok abg2 dier main
dah nak balik baru lepaskan dier.. macam biasa budak eksen
jelepuk terus tak mo bangun sambil jamah salji.. huhu
tengok tuh betapa tingginyer salji kat sini... lebih tinggi dari my hubby
jom layan salji yang sangat tebal dan tinggi di sini.. sign board pong hampir2 tak nmpk
klu ikutkan rumah nih dah tenggelam tinggal bumbung
see... tp aku suker tgk sbb cantik..
kan?
gamba ni aku amik dr dlm kete... pakcik tuh tgh bertungkus lumus buang salji atas bumbung rumahnya sbb dah menimbun maybe bleh bumbung runtuh sbb berat
jumpa lg klu ader cter salji lagi.. hahaha

Friday, January 28, 2011

Roti Paun



arini kebizian lebih sedikit melayan anak2 sambil wat urusan yang tak sudah2..... sempat juga sukat2 bahan masuk en.BM.... kali nih try resepi kak.Diana yang dah lama senyap sunyi tuh.. apa kabar la gaknyer sekarang yer..... tapi aku amik resepi nih dari blog kak.suzi... mmg gebu semacam... lembuttt.... walaupun tanpa wateroux dan bahan pelembut. bau wangi macam kek gtu! sedap plak tuh! yang duk lam cup tuh utk budak2 yang sukakan ada inti... terpakse la juga bahagi 2 adunan utk diorg.... wpon setengah adunan dapat juga banyak... tima kasih kak.D dan juga kak.suzi....

RESEPI ROTI PAUN
by : kakdiana@resepikeluargadiana
source : kaksuzi@perutkenyang

Bahan-bahan
  • 6 cawan tepung gandum - guna tepung roti
  • 1 ¾ cawan susu cair/ susu segar
  • ¾ cawan gula halus
  • 1 paket (11 gm) yis
  • 3 biji telur
  • ¼ cawan mentega, dicairkan - guna marjerin sama ngan kak.suzi
  • sedikit pewarna kuning

Cara-cara
  • Campurkan susu cair/ susu segar, telur, gula dan yis. Kacau sehingga sebati dan biar yisnya berbuih sedikit.
  • Kemudian campurkan mentega yang telah dicairkan dan sedikit pewarna kuning.
  • Masukkan tepung kedalam bread machine dan uli sehingga ia menjadi doh yang lembut dan sebati.
  • Perapkan adunan sehingga ia naik dua kali ganda. Bila adunan telah naik dua kali ganda tumbuk doh dan uli lagi.
  • Kemudian ambil setiap doh adunan seberat 80 gram dan bentukkan bulat.(hana timbang 50g je)
  • Sapukan loyang bulat dengan mentega dan susun doh yang telah dibulatkan ke dalam loyang.
  • Perap lagi doh sehingga ia naik dua kali ganda. Setelah doh naik letakkan sedikit mentega diatas doh roti. Bakar dalam ketuhar pada suhu 160 – 170’C selama 20 minit sehingga ia kekuningan.

Onsen Tamago with Beef Rice Bowl

arini aku nak kongsikan camne nak buat onsen tamago atau ngan istilah melayunya telur separuh masak. biasanya kalau kita wat poach-egg putih telur tak selembut telur onsen... akceli jepun sangat terkenal dengan `ketelurannya`..... macam2 menu telur ada... kadang makan mentah dengan nasi pong dah cukop... arini aku gabungkan onsen tamago dengan daging minced... kalau dengan okra pong aku suker... ah! kiranya makan ngan apa pong aku suker... haha.... utk resepi okra tuh aku sertakan skali eh kalau sapa2 nak cuba... selalu tuh buat tapi malas nak amik gamba... nanti kalau ader aku masukkan gamba tuh... jom kita blaja buat onsen tamago.... maybe setengahnya dah tahu dan menggunakan cara yg berbeza2, nih bagi mereka2 yang ingin tahu la yer.... senang jer...

panaskan air sehingga betol2 mendidih. matikan api.

masukkan telur. biarkan terendam air panas selama 10min. setkan minit.. jgn terlalu lama nanti terlebey masak.

dah cukop masa, keluarkan telur dan rendam dalam air sejuk yang diletak ais kiub sehingga telur sejuk atau sekurang2nya 10min atau lebih. Pecahkan telur dan lihat hasilnya... Boleh curahkan dgn kicap jepun/syouyu/kicap biasa atau stok dashi (3/4cwn stok dashi+1sb syouyu).selamat mencuba! :)
Gyudon atau beef rice bowl salah satu menu yang sesuai utk makan dengan onsen tamago.. sebenarnya gyudon menggunakan daging slice... tapi aku guna daging minced. tp klu guna slice sedikit berbeza resepinya. lenkali yer... resepi daging nih boleh juga dicurahkan ke atas tofu panas/sejuk.

RESEPI BEEF RICE BOWL
source: hanamemories.blogspot.com

Bahan-bahan
  • 300g daging cincang
  • 1/4biji bawang besar kuning - cincang/potong dadu kecil
  • *1 inci halia - parut
  • *2 ulas bawang putih - parut
  • *2-3 sudu besar kicap pekat
  • *1-2 sudu besar sos tiram
  • *1 sudu besar syouyu/kicap cair
  • 1sk minyak bijan
  • 4 batang asparagus - hiris kecil bulat
  • sedikit blackpepper
  • garam dan gula
  • sedikit air/stok daging
  • daun bawang hiris
  • onsen tamago
  • shichimi togarashi - klu xde bleh buh blackpepper/cili flakes
  • bijan
  • Nasi jepun
Cara-cara
  • Satukan daging dengan bahan yg bertanda *. Perap sebentar 10-20min.
  • Panaskan minyak, tumis bawang besar hingga layu..masukkan daging tadi. Kacau hingga daging berubah warna. Masukkan asparagus dan minyak bijan dan kacau. Masukkan air/stok daging, gula, garam, sdikit blackpepper. Masak hingga kuah agak kering. Matikan api.
  • Cara hidangan,sendukkan nasi jepun ke dalam mangkuk. Letak daging minced tadi. Taburkan bijan dan daun bawang. Kemudian letak onsen tamago di tengah2. Taburkan shichimi togarashi. Siap.
RESEPI OKRA RICE BOWL - nnti klu ade gamba aku letak
sorce : hanamemories.blogspot.com

Bahan-bahan
  • 4 batang bendi kontot - sapukan dgn garam
  • daikon/lobak putih parut dan toskan airnya
  • onsen tamago
  • nasi jepun
  • kicap syouyu
Cara-cara
  • Didihkan air panas. Celur bendi sehingga 4-5min atau sehingga bendi masak.
  • Angkat dan rendam dlm air sejuk sebentar. Toskan dan hiris nipis.
  • Campurkan dengan daikon/lobak putih tadi. Jika tak suka daikon tak payah letak. Boleh juga klu nk campurkan dgn tuna atau apa2 sahaja yg disukai.
  • Cara hidangan: Sendukkan nasi ke dalam mangkuk. Letak okra tadi. Pecahhkan onsen tamago dan letak di tengah2 bowl. Curahkan kicap syouyu. Siap.

Thursday, January 27, 2011

Black Pepper Sausage Puff



jemput minum petang dengan puff sosej nih..... dah lama hubby request suh wat puff nih.... aritu rege pastry nih murah, jadi borong la dua tiga peket jugak.... hah! hambik ko... demam pastry la jawabnyer..... tp dah tinggal sepeket jer tuh... bila2 masa leh tuko inti lain pulak.... idea puff nih dari kak.rinnchan dan jugak matgebu..... tapi aku wat aku ikut bahan2 yang ada tp masih berpandukan resepi kak.rinn. kali nih silap la, belah bawah ada yg tak naik cantik... maybe sbb tak guna loyang.. aku gune oven plate jer alas baking sheet.. tak kesah la... dah msk da pong..meh jemput makan....



RESEPI BLACK PEPPER SAUSAGE PUFF
source : kak.rinnchan@fotopages

Bahan-bahan
  • 6 batang sosej- hana campur crabstick cincang(lenkali takmo cincang) lg sedap rasa manis ketam
  • 1 biji bawang besar, di mayang kasar- hana mayang halus
  • 2 ulas bawang putih, dicincang halus
  • 1 sudu besar sos tiram@sos lada hitam
  • 1 sudu besar cili sos
  • 2 sudu besar serbuk lada hitam kasar
  • 2 sudu besar majerin utk menumis
  • Secubit garam
  • Secubit gula
  • Bijan secukupnya
  • * 12 keping puff pastry jenama "kawan"
Cara-cara
  • Panaskan majerin. Tumiskan bawang besar dan bawang putih.
  • Masukkan sosej yg telah dihiris nipis. Tumis hingga agak garing.
  • Masukkan sos tiram dan sos cili. Kacau rata.
  • Masukkan lada hitam, garam dan gula secukup rasa.
  • Angkat dan ketepikan.
  • Sediakan puff pastry. Isikan inti. Taburkan bijan di atasnya. Tutupkan dengan sekeping lagi. Kelar berbentuk "X".
  • Panaskan oven pada suhu 190 darj cel. Bakar hingga puff kembang dan keperangan.
  • Keluarkan dan sejukkan di atas redai. Hidangkan dan boleh picitkan sos jika suka.