Tuesday, February 23, 2010

Iced Blended White Coffee

kita minum duluuuuuuu! kekekeke... arini tadak modal la nk main masak2! hambik la dulu iced blended nih yer! tak cukup g wat sendrik sana! yg nih pong aku buat semalam semalam semalam punyer cerita! sowii wes entek! hihihi..... resepi farihafaizal my.resipi. tenkiu yer..

Bahan-bahan
  • 1 paket 3in1 oldtown white cofee/jenama lain
  • 12 ketul ais
  • 1 sudu/b susu cair- aku gune susu pekat
  • Air secukupnya
  • Whipped cream&coklat rice- aku tadak coklat rice, cincang2 coklat jerk! klu gune aiskrim rasanya pong tentu lg sodapp!
Cara-cara
  1. Bancuh coffee 3in1 dgn sedikit air,masukkan juga susu cair.Kacau sebati.
  2. Masukkan kesemua ais kedalam blender..tuang kan bancuhan coffea tadi.Blend sehingga hancur.
  3. Bolehlah di tuang didalam gelas dan hiaskan dgn whipped cream & coklat rice kalau suka.Sedia utk dinikmati.

Monday, February 22, 2010

Tauhu Goreng Singapura

pepagi lagik aku dah nongkrong doplok plok plok kat dapur matgebu carik menu! last2 menu senang jugak aku amik! hihihi.... tauhu goreng sekali pong klu kene ngan gu nyer, makan leh tak sedor diri! yer tak?? sebenonyer aku slalu gak wat tauhu goreng pesen gini! cume aku sumbatkan jerk! leh tgk sini. tp aku tak tau la pulak namanya tauhu goreng singapore! takpelah! singapore ke, jawa ke, somalia ker, bangladesh ker, yg penting sodap giler babas! tenkiu mat yo! aku amik neh resepinyer..... senang kang menantu aku sok sok nak masak! muahahahaa....

Bahan-bahan
  • 4 keping tahu biasa
  • 1 biji timun, dihiris nipis dan dimayang
  • 100 g taugeh, buang ekor dan celur sekejap - aku ngan mat tk celur
  • 1/2 biji sengkuang, kupas, hiris nipis dan dimayang
  • 4 ulas bawang putih*
  • 5 - 6 biji cili padi*
  • 200 g kacang tanah*
  • 3 - 4 camca besar gula melaka*
  • 3 camca besar kicap pekat*
  • 1 1/2 - 2 camca besar cuka makan @ jus asam jawa*
  • Sedikit air*(*bahan sos kacang)
Cara-cara
  1. Kacang tanah digoreng tanpa minyak hingga perang, buang kulit dan tumbuk separuh halus. Kisar cili padi dan bawang putih. Campurkan semua bahan2 sos kacang dan kacau hingga rata. Tambah sedikit air jika perlu, jangan terlalu cair atau pekat, sesuaikan rasa dan tambah gula@garam@asam jika perlu. Ketepikan.
  2. Tauhu dilumur dengan sedikit garam, goreng terendam hingga kuning keemasan, jangan goreng lama sangat. Keluarkan dan tos.
  3. Ambil sekeping tauhu goreng tadi. Potong kepada 9 bahagian (bergantung pada saiz tauhu masing2), alihkan ke dalam pinggan, tabur atas tauhu tadi dengan hirisan timun, sengkuang dan taugeh. Tuang sos kacang secukupnya dan hidangkan segera...Makan macam tu pun sedap!!!!!

Sunday, February 21, 2010

Mini Udon

haaa nih ler menu time kemalasan melanda.... aku sebenonyer tk berapa gemor udon nih! sbb mee dier beso2! tp sejak anak bujang aku tuh gheti mkn, aku join2 la jugak.. sblm neh lagik kije mudah, main bli jerk sup dier tuh sbb ade yg bleh makan.. kali nih meh tgk resepi ros nih... senang banget ghupernyer nak buat! tp tempura aku tk buat! kan dah kata tadi aku malas! kekekeke... maceh er ros... nk cnp nih kat sini!

Bahan-bahan
  • Utk Sup Udon
  • 31/2 cawan air
  • 3 inci kombu
  • 1/4 cawan souyu (kicap jepon)
  • 1 sudu kecil gula
  • 1 sudu kecil serbuk dashi - klu xde leh gune boneto flakes
  • 2 ikat udon kering - hana gune yg basah
  • Utk Topping
  • Tempura udang, chikuwa, nori, negi, bijan.
Cara-cara
  • Rebus kombu dengan air hingga menggelegak dan sehingga kombu kembang (jika gune yg kering). Keluarkan kombu, masukkan serbuk dashi.
  • Kacau sebati. Masukkan souyu dan gula. Biarkan mendidih dan tutup api.
  • Rebus udon kering mengikut arahan peket. Goreng tempura udang, chikuwa dan hiris negi nipis.
  • Cara penyediaan, masukkan udon ke dalam bekas. Curahkan dua senduk sup udon. Susun udang dan chikuwa tempura. Akhir sekali taburkan negi dan juga seaweed. Sedia dhidang.

Saturday, February 20, 2010

Prosperity Burger

kes malas nk masak nasik la nih! makan beger pong kenyang jugak! yer tak?? idak ler seghuper ghase beger prosperity McD tuh! tp ala2 pong jd ler kan... dah bertaun2 aku tk mkn mende alah neh! mmula dulu makan, ya rabbi pedas gler! berbotol2 air aku gelugup! muahahaha.. tuh cter doulu2 la.. k lah! meh layan resepi... kes tengok2, jeling2 kat dapur kak.jeni dan jugak kak.ina kl! inspirasi dari keduanyer maka terhasillah aku punyer! hihihi... tima kasih k.jeni dan jugak k.ina! resepi cnp dr dapur k.ina sbb aku tadak brown sauce cam k.jeni.

Bahan-bahan Utama
  • Roti Burger
  • Burger Daging
  • Bawang Holland-di hiris memanjang-nak goreng boleh/nak yang mentah pun boleh
Bahan Sos Lada Hitam
  • 2 cawan stok ayam- guna stok ayam (air+kiub ayam)
  • 1/2 cawan susu segar - aku ltk suku cwn jerk
  • 1-2 sudu besar lada hitam-di tumbuk kasar..agak-agaklah ..kalau nak pedas tambahlah byk sikit
  • 1/2 biji bawang besar - cincang
  • 2 sudu besar kicap manis - bergantung kehitaman yg dkehendaki
  • 1 sudu sos tiram
  • 1 sudu mentega/ marjerin
  • 2 sudu besar tepung jagung-bancuh dengan sedikit air
  • garam dan gula - jika perlu
Cara-cara
  • Tumiskan bawang besar hingga naik bau. Masukkan pula stok ayam dan susu. Didihkan.
  • Masukkan lada hitam, kicap manis, mentega/marjerin, sos tiram dan gula jika perlu.
  • Akhir sekali masukkan bancuhan tepung jagung sedikit demi sedikit untuk mendapatkan kepekatan yang dkehendaki.
  • Goreng daging (tak yah letak minyak) dan lepas tu celupkan ke dalam sos lada hitam.
  • Belah 2 roti dan letak marjerin dan bakar sekejap.
  • Letakkan daging yang telah di celup sos lada hitam kat roti dan taburkan bawang besar yang di hiris.
  • Makanlah cepat-cepat tapi kunyah pelan-pelan yer..

Friday, February 19, 2010

Black Sesame Bun

salam jumaat yg mulia..... memandangkan lauk smlm ade lg, jadiknyer arini aku tk masak lauk! nasik pong smlm punyer! huahuahuaaa... cume wat roti jerk lah! idea roti nih dr sebuah buku roti! tp adunan nih amik dr sini. cume aku tk buh inti black sesama tuh! ganti inti kacang merah! bukan sajer cantik tp sedap! haihhh masuk bakul nampak! wakakakaka... jom layan resepi! amik seketui sorang yer! jgn rebut2! hehehe..

Bahan-bahan
  • 240g tepung roti
  • 30g tepung kek @ tepung gandum
  • 4g yis kering
  • 40g gula
  • 1/8 tsp garam
  • 30g butter
  • 30g shortening - nih hana tambah
  • 1 biji telur + susu segar/air jadi 170g - hana kurangkan 160 sbb buh water roux
  • 2 sudu besar water roux
  • Filling
  • Black sesama paste - hana gune inti kacang merah
  • Topping
  • Black sesame seeds
  • Asam buah kering warna merah- potong kecil2
  • Susu segar + madu - utk gliss
Cara-cara
  • Masukkan semua bahan ke dalam breadmaker. Pilih menu Dough dan tekan ON. tunggu hingga siap.
  • Bulatkan doh. Tutup dengan kain lembab atau plastik wrap. Naikkn doh hingga dua kali ganda.
  • Tumbuk2an doh bg mengeluarkan angin. Uli sebentar.
  • Bahagikan kepada bulat2 kecil lebih kurang 35g setiap satu. - hana wat 40g.
  • Buh filling. tutup dengan kemas. Rehatkan lagi hingga doh naik.
  • Tekan tengah2 roti menggunakan jari ke dalam. Letak asam buah kering.Sapu@gliss roti dengan campuran susu segar dan madu. Taburkan black sesame seeds sekeliling asam tadi.
  • Bakar suhu 170 selama 18-20min atau hingga keperangan.
  • Sejukkan di atas redai.

Thursday, February 18, 2010

Beriani Hati Ayam

time laling aku takde lah, aku berpoya2 ngan ati ayam! kehkehkehkeh... klu dier tgk blog aku arini pong, kompom dier tk heran punyer! asalkan bini dan anak2 dier makan sudah! jgn melantak! buruk padahnyer! kikiki... sebenonyer nk wat ati masak kicap cam k.nor.. tp sbb mlm td wat ayam masak kicap, so tak jadik lah! godeh2 dapur kak.dayang jumpa plak ayam beriani! tuko kan jerk ngan ati! senang cter! tima kasih kak! mintak halal resepinyer yer...

Bahan-bahan
  • 1 ekor ayam (dipotong ikut suka, digaul bersama sedikit kunyit dan garam. Kemudian digoreng hingga 3/4 masak) - hana tuko hati ayam
  • 70 gm rempah beriyani (dibancuh dgn sedikit air)
  • 5 sb minyak masak (utk menumis)
  • 3 sb minyak sapi
  • garam secukupnya
  • sedikit gula
  • 1/3 tin susu cair - hana ltk sesudu dua je
  • 2 sb puri tomato
  • 2 sb madu
Bahan2 kisar :
  • 10 biji bawang merah
  • 6 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia
  • 5 biji cili hijau
Bahan2 dimayang :
  • daun bawang
  • daun sup
  • daun ketumbar
  • daun pudina
  • 1 biji bawang besar
Bahan hiasan : kismis, gajus goreng dan bawang goreng

Cara-cara
  1. Panaskan minyak dan minyak sapi di dlm kuali besar. Tumiskan bahan2 yang dikisar sehingga wangi. Masukkan pes rempah beriyani dan tumis lg hingga pecah minyak.
  2. Masukkan 5 cawan air @ secukupnya. Biarkan ia mendidih dan menjadi pekat.
  3. Masukkan susu cair, puri tomato, dan madu. Kacau rata.
  4. Masukkan bahan2 yg dimayang, garam serta sedikit gula.
  5. Masukkan ayam dan gaulkan.
  6. Masukkan bahan2 selebihnya dan masak hingga sebati.
NOTE: Jika buat ati ayam, klu takut meletop2 masa menggoreng, rebus jerk ngan garam, kunyit, minyak msk dan jugak air paras tenggelam hati.

Wednesday, February 17, 2010

Award & Happyoukai Danish

Award dari Love.. tima kasih byk love sudi bg kat akak! juga nk panjang2kan buat teman2 yg lain. sila yer..jgn malu2! nih masa g kelas danish smlm... masing2 tunjuk bakat. alhamdulillah danish dh byk kemajuan. tingat masa mmula masuk skola.. 'gembeng' jerk kerjenyer! hihihi... skrg anak mama dah kuat dan dh pandai berdikari, teruskan usha yer nak... mama dan ayah doakan yg terbaik.. dak kicik nk nyibuk interprem masa kat skola tuh! hihi..

Kuih Cek Mek Molek & Keria

g blog chikmimi tadi br perasan, keria ngan cekmek aku yg dah lama duk bertapa kat lam folder.. hihihi... jgn mara! lama sudahh... wes dadi bojoo! kekeke.. nih resepi keria dari kak.An tp aku wat skali cek mek molek! campur skit ngan tepung ubi cam resepi cucur badak Quinie yg aku buat sebelum nih... mmg lembut lah biler tambah tpg ubi wpon dh sejuk! sesapa yg masih failed bab menyira bleh blaja ngan kak.An di blognyer yer... tima kasih kak.an sbb sudi berkongsi.
Bahan-bahan
  • 500g ubi keledek
  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 sudu besar tepung ubi
Cara membuatnya
  • Lecek halus ubi keledek yang telah ditoskan tadi ketika masih panas. Apabila cukup halus,sejukkan sebentar.
  • Masukkan tepung dan uli rata hingga menjadi doh. Ingat ye, dohnya memang lembut dan melekat di tangan, kerana doh yang begini menghasilkan kuih keria atau cucur badak yang lembut.
  • Taburkan tepung di talam dan tapak tangan. Bentukkan kuih menjadi gelang, mengikut saiz kegemaran masing-masing. Buat hingga habis. (Jika membuat cekmek, tepekkan adunan di tapak tgn, dan masukkan gula sedikit, tutup dengan kemas. dan bentukkan bujur. Goreng hingga keemasan)
  • Panaskan minyak dan goreng kuih hingga keemasan. Sejukkan sebentar sebelum disira.

Goma Tantan Men

salam pagi rabu... arini laling aku stat xde sampai sabtu! huhuhuu.. sedey btol kene tinggal time kitaorg tgh srettt sroott srett sroott... xde owang nk tulun suapkan obat! manja2 gtu! ah! ngada btol mokcik nih! hahaha.. jom ar mamam men neh! ade belen sepeket men aritu bli, aku try la wat mee jepong nih! percubaan jerk! klu sedap nnti laling balik, leh watkan lagik! hihihi... selalu tgk kat tv diorg mkn slurp slurpp! cam sedap jerk! mmg betol sodap lah!! lain dr lain! nk buatnyer pong xdelah susah! sonang jo... tp aku buat kurang pekat la paste goma tuh sbb main agak2 jerk! hihihi... sesapa suka bijan(goma) pasti akan suka mee nih! resepi amik dr my.resipi oleh k.hani yokohama. tenkiu kak! mabelesss! *wink! wink! hehehe.. utk keterangan lanjut resepi nih sila lihat di my.resipi yer! kang korang konpius plak apa mende alah bhn2 tuh!

Bahan-bahan
  • Mee kuning - cukup untuk 4 serving
  • 6 cawan air
  • 1 ketul kiub ayam knorr
  • a) bahan untuk sesame paste
  • - 6 sb bijan putih
  • - 3 sb syouyu (kicap jepun)
  • - 2 sb gula
  • - 2 sb ra-yu (minyak bijan pedas)
  • - 1 sb halia cincang
  • - 1 sb green onion cincang
  • b) bahan untuk "gu"
  • - 200gm beef mince
  • - 100gm chicken mince
  • - 1 sb tou-ban-jyan (boleh ganti dgn cili paste)
  • - 2 sb syouyu(kicap jepun)
  • - 4 sb ra-yu (minyak bijan pedas)
  • - 3 sb minyak masak
  • - 2 ulas bawang putih dicincang
  • - 1 sb halia cincang
  • - 3 sb green onion cincang
  • c) bahan untuk hiasan
  • - 3 sb bijan hitam
  • - shiraga negi (fine strips of white part of long green onion, rinsed in water and drained)
  • - mizuna (boleh guna sawi atau spinach yang dicelur)
Cara-cara
  1. Untuk sup, didihkan air bersama kiub ayam.
  2. Kisar sesame sehingga halus dengan suri-bachi(seperti dlm gambar), campur syouyu dan gula dan kisar lagi sehingga menjadi paste. masukkan bahan lain di a) dan gaul.
  3. Panaskan minyak dalam chinese wok, goreng daging mince sampai lerai/peroi. Masukkan tou-ban-jyan, syouyu dan ra-yu.
  4. Masukkan garlic, ginger, green onion dan goreng sampai kering air. Ketepikan.
  5. Didihkan air dan celur mee beberapa minit sehingga masak.
  6. Dalam mangkuk besar, letak 1/4 bahagian goma paste, larutkan dengan 1/4 bahagian sup dan masukkan mee.
  7. Topping dengan "gu" dan bahan untuk garnish. tabur bijan hitam yang telah dipecahkan sedikit dengan lesung batu atau "suri-bachi"
  8. note: ra-yu ialah sejenis minyak bijan yang telah ditambah cili. banyak digunakan dalam chinese food. kalau tak ada ra-yu, bolehlah guna minyak bijan biasa dan tambah cili paste mengikut kepedasan yang disuka