Wednesday, June 30, 2010

Blueberry Streusel Muffin

Assalamualaikumm... sajer arini tuan umah n3 lambat! syok berpoya2 ngan bantal gulungnya sampai tak hingat perot terasa lapo lum masak.. lagi satu koleksi muffin dari buku Primarasa yang dihadiahkan Deetha tempohari. mmg btol la kot ma kata, khatam sodaqallahul azim buku nih jerk body aku pong kembang cam muffin! muahahahaha... xpe la kan..berbaloi juga kongsi ilmu utk org lain.... Jom tengok resepi. bagi peminat blueberry, jgn lepaskan peluang! best sgt muffin niH!


Bahan-bahan
  • 400g tepung gandum
  • 250g gula - leh less
  • 2 biji telur size L
  • 200ml susu segar@cair
  • 11/2 sk baking powder
  • 1/2 sk garam
  • 100g mentega tawar sejuk - potong dadu
  • 30g mentega - cairkan
  • 200g blueberry segar @ leh gune blueberry filling sbg inti
  • 1 sudu makan parutan kulit lemon
Cara-cara
  • Panaskan oven suhu 200darjah. Sediakan mangkuk@cup dan muffin tray.
  • Campur susu dan telur ke dalam mangkuk dan kacau rata menggunakan whisk.
  • Mangkuk lain, campurkan tepung, gula, baking powder dan garam. Gaul rata. Masukkan mentega sejuk dan hancur2kan seperti breadcrumbs.
  • Ambil 150g campuran tepung tadi ke dalam mangkuk lain. Percikkan mentega cair dan kacau menggunakan garfu hingga sebutir-sebutir seperti breadcrumbs. Mentega cair tk perlu semuakan jika sudah mencukupi. Ketepikan.
  • Masukkan bluberry dan juga kulit lemon ke dalam baki adunan tepung. Masukkan pula campuran susu dan telur tadi. Kacau menggunakan spatula@senduk kayu asal sebati.
  • Tuang adunan ke dalam cup hingga hampir penuh. Taburkan dengan tepung serbuk breadcrumbs tadi. Bakar selam 20-25min atau hingga masak.
  • Biarkan sebentar 5 minit dalam loyang. baru keluarkan dan sejukkan di atas redai.
  • Hidangkan hangat.

Tuesday, June 29, 2010

Air Tembikai Rambutan

arini takde minum petang! tuan umah tengah malas! minum air tghr jerk lah!! sape bpose tuh leh la wat utk bbuka nanti.. inspirasi dari Air Tembikai Laici yang sebelum nih. cume tuka ngan rambutan jerk! sape kata aku xde rambutan.. lam tin tuh rambutan gak per! hahahaa... korang xde ker? ala petik jerk kat giant ke, jusco ke, tesco ke... hihihi... ppon maceh wat dikjah! ;)

Bahan-bahan
  • Tembikai - buang biji dan potong kecil
  • Syrup rambutan
  • Buah rambutan
  • Ketulan ais secukupnya
Cara-cara
  • Blend tembikai dan syrup rambutan.
  • Tuang ke dalam gelas dan masukkan ketulan ais secukupnya.
  • Masukkan beberapa biji buah rambutan atau yang sudah di racik kecil.
  • Sedia diminum.

Nue Nam Tok @ Grill Daging Pedas

huhuhuuu... kesian tol arini... nk amik gambo mknn pong cam xde mood! snap gtu gtu jerk! malas nak carik angle! tika dan saat nih hubby dah kat Narita Airport Tokyo. tgh tunggu flight ke US plak. mudah2an selamat lam perjalanan... msk tetap msk! perot kene isi. nanti product susu menurun kesian kat darwish..Jom layan resepi sedap nih! resepi asal dari buku masakan thai yg telah diterjemah oleh kak.nor. tima kasih kak! leh tgk gak kat dapur Ika n matgebu. yang nih cnp dr dapur mat. thanx mat!

RESEPI NUE NAM TOK@GRILL DAGING PEDAS
Bahan-bahan
Bahan A
  • 250 g daging batang pinang
  • 1 camca besar kicap
  • 1/2 camca teh gula
  • 1/2 camca teh garam
  • 1/2 camca teh lada hitam, tumbuk halus
Bahan B
  • 5 biji bawang merah, dihiris
  • 1/2 cawan daun pudina, diracik
  • Hirisan daun saderi@daun ketumbar
  • Hirisan daun bawang
  • 2 camca besar gula (mat letak 1 camca besar)
  • 2 camca besar sos ikan
  • 2 1/2 camca besar jus limau nipis (atau ikut selera masing2)
  • Hirisan halus cili padi secukupnya @ dried chili flakes
  • 1 biji tomato, dihiris kecil
Cara-cara
  1. Gaul semua bahan2 A, dan perap 30 minit, kemudian grill hingga masak. Sejukkan dan hiris nipis, ketepikan.
  2. Satukan semua bahan2 B, masukkan daging tadi dan gaul rata, sesuaikan rasa. Hidangkan sebagai pembuka selera.....hmm memang selera punnn....bahaya nihh...hehehe

Monday, June 28, 2010

Apam Balik @ Bun Jian Kuih

Apam balikk! apam balikkkk! sekeping singgitt! mulahh mulahh... talak luit talak boleh utang! muahahaa... wat num petang ngan secawan kopi sedap neh! i think this is the best apam balik i ever made! cewwahh takyah g US pong leh speaking omputih! yer tak? padahal tiru ayat cikjah! wakakakakaa... resepi tengok2 jelin2 kat dapur lydia@skyblue... cantik jerk penkek aka apam balik dier! klu nak yg crispy leh jugak, scroll ajer kat bawah resepi tuh yer.. next time la buat! ppon tenkiu lydia... aku buat 2 adunan! hah! hambik ko! cam nak jual niH! ade sape nak bli???

RESEPI APAM BALIK
Bahan-bahan
Batter
  • 1 cwn tepung naik sendiri - SRF
  • 2 sb gula
  • 3/4 cwn susu segar or less - resepi asal 1 cwn tp agak cair
  • 1 sk esen vanila
  • 1 biji telur
  • ¼ sk baking soda
  • ½ sk baking powder -nih hana add - x buh pon xpe sbb dh guna SRF
  • Secubit garam - jika gune butter bergaram, abaikan ni
  • 1 sb minyak masak@butter cair
Toppings
  • ½ cawan kacang tanah panggang - tumbuk kasar
  • 2 sb gula - add or less - leh campur skali dgn kacang
  • ¼-½ cwn jagung cream
  • Sedikit butter
Cara-cara
  • Dalam mangkuk besar pukul telur dan juga gula sehingga gula hancur.
  • Masukkan 1/2 cwn susu dan kacau sebati.
  • Masukkan tepung, baking soda, baking powder. Kacau. Masukkan baki susu (jika terlalu pekat) dan juga minyak. Kacau lagi sebati.Perap sekejap lam 15min.
  • Panaskan kuali non-stick dgn api kecil. Tuang adunan sesenduk. Tutup sebentar.
  • Buka dan taburkan kacang, jagung, gula, dan sedikit butter.
  • Biarkan sebentar. Kemudian angkat dan lipat. Sejukkan dan potong.
NOTE: Hana blend jer semua bahan kecuali minyak@butter cair. pehtu last skali baru buh minyak@butter cair. Perap sekejap then masak. Hana buat dua adunan, dapat 8 kpg kuali kecil. Jika buat dua adunan (2cwn tpg), hana cadangkan susu segar buh 1½ cwn.
mattt.. aku gune pan size 20cm nih!

Nasi Goreng USA

wat utk dinner malam tadi... motiff?? cam tau2 jerk la kan bg sape yg dah tau! tak dapat g USA, dapat makan nasik goreng USA pong jadik lah! hukhukhuk.. memujuk ati yg berduka lara! :((( esok pepagi buta hubby akan bertolak ke US utk menghadiri conference sehingga 4hb Julai. Doa dari isteri dan anak2, mudah2an segala urusan dapat berjalan dengan lancar dan berjaya. Selamat pegi dan selamat balik! aminnnn... sedih la kan tk dpt ikut ngan anak2 skola lagi.. terpakselah aku terkontang kanting kat sini ngan anak2.. huhuu... tkpolah! meh makan nasik goreng! resepi dari dapur kak.raidah. tima kasih kak... kat US ade ker nasik goreng nih???!

Bahan Nasi
  • 2 mangkuk nasi
  • 2 ulas bawang putih ~ diketuk
  • 1 biji bawang besar ~ dihiris
  • 1 sudu cili kisar
  • 1 sudu sos tiram
  • 1/2 batang lobak merah ~ dipotong dadu (blh guna mix veg)
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit minyak.
Cara penyediaan nasi
  • Tumis bawang putih sehingga naik bau, masukkan bawang besar dan cili kisar dan goreng sehingga garing.
  • Masukkan sos tiram dan lobak merah(mix veg), gaul rata.
  • Masukkan nasi dan gaul sehingga rata. Rasakan masin dan bolehlah diangkat.
Bahan Daging masak merah
  • 300gm daging ~ dihiris
  • 2 ulas bawang putih ~ diketuk
  • 1 biji bawang besar ~ dihiris
  • 1/2 biji capsicum ~ dihiris
  • 1 biji tomato ~ dipotong 6
  • 1 sudu cili kisar
  • 2 sudu cili sos
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Sedikit minyak.
Cara penyediaan daging
  • Tumis bawang putih hingga naik bau,masukkan cili kisar dan biarkan seketika sehingga cili masak.
  • Masukkan daging dan biarkan sehingga air daging kering.
  • Masukkan cili sos, capsicum dan bawang besar, gaul rata.
  • Akhir sekali masukkan tomato dan perasakan masim, manis dan masamnya.
  • Hidangkan bersama nasi, telur mata kerbau, tomato dan timun.

Sunday, June 27, 2010

Jumpa Power Rangers!

g sini nak jumpa Power Rangers!
jangan pandang belakang!
kanak2 riang menunggu stat go go rangers!
wajah yg men semunyik2 tak mo dirakamkan!
aishh! boring! biler nak stat! ramai gler dah nih manusia!
tuh dier dah muncul wajah2 bertopeng yg hentahkan ensem ntahkan tidak!
aku rasa pedang dier tuh leh wat potong daging kot!
maybe dier perasan aku teropong dier!
jgn ade yg tk tido mlm teringatkan saya! mungkin itew kata2 dier!
aku sudah jatuh `chenta` ngan yg kaler merah nih!
last kopek!

Saturday, June 26, 2010

Orange-Lychee Punch

arini mengantuks yang amat! bangun2 tdo jerk carik air batu wat sejuk tekak! hahaaa.. hubby pulak x balik2 lg main bola..hmmmm apalagik mmbuta ajer lah kerjenyer! budak2 nih aku tinggalkan homework, tau2 mesti siap! hahahaa.. buruk betui perangai mak org nih! :D.. Jom minum! inspirasi dari sini tapi telah di ubahsuai sedikit mengikut citarasa cik bedah! sukatan nih dari dikjah! aku main tuang jerk sesedap rasa! hahahaa

Bahan-bahan
  • 100ml air soda
  • 100ml syrup laici
  • 200ml fresh orange
  • gula - jika perlu
  • hirisan oren@laici
  • daun pudina - xde
  • ais kiub
Cara-cara
  • Isi kiub ais dalam gelas.
  • Shake campuran air soda, fresh oren dan juga syrup laici.
  • Tuang ke dalam gelas tadi. Hiaskan dengan hirisan oren@laici dan daun pudina.
UPDATE: Jika perasan, watermark kali nih berlainan sket dr yang sebelum nih... sajer aku tuko yg baru. arap sape2 yang amik gamba dr blog hanamemories, jika ader watermark tuh plss jangan crop@cut atau delete yer! lotih taw cik bedah kuor duit wat bayo servis jiya! aku bli taw! bukan pree... itu menunjukkan hak milik terpelihara wokey! tima kasih lg skali wat jiya@14sept! sape2 nak order g kedai jiya Little Colour Shop yg ade kamben tuh yer! rege baik punyerrr! dun wori! bayo taw jgn tak bayo! TUNAIII! kekeke...

Poteto Sarada

Salam dipagi sabtu buat semua... arini kitaorg layan menu ala2 western n jepun! wat ayam panggang ngan salad kentang. sempoi jerk sbb nak cepat utk hidangan hubby yg ade perlawanan bola arini. kul 5pagi dah tung tang masak sbb hubby bertolak kul 6. ayam panggang tuh dah siap2kan rempah mlm td. wat sos lada hitam skali. potato salad nih sangat popular di mana2 restoran Jepun kat sini. resepi amik dari dapur ros jintanmanis yg saat ini sedang berjuang di ICU kerana pendarahan. mari kita sama2 doakan ros dan juga babynyer selamat. ros akan ditahan di icu selama 2 minggu utk pemantauan doktor. Aku dapat rasa camne ros rasa masa aku tumpah darah aritu... huhuhuuu... cuma bezanya aku dah selamat bersalin, ros plak blom tiba waktu utk due datenya bulan lapan nanti. moga ros diberi kekuatan, tenang dan sabar dengan dugaan nih. ros kim salam dan ucapkan timakasih pada yang mendoakan. hanya doa kengkawan yang dpt menguatkan semangatnya. k lah! meh tengok resepi.

Bahan-bahan

  • 3 biji kentang ( direbus dan dilecek)
  • 1/3 batang carrot
  • 1/2 batang timun
  • 1/4 biji bawang besar
  • 3 sudu besar mayonis
  • sedikit garam
  • 1 batang sosej ayam ( direbus dan dihiris halus)

Cara-cara

  • Hiris nipis timun, carrot dan bawang besar, ( ros guna slicer) kemudian gaul sebati dengan 1 sudu kecil garam dan curahkan 1 cawan air, wrap kemas dan ketepikan. Biarkan selama lebih kurang 10 minit.
  • Setelah 10 minit, tapis sayur tadi bagi keluarkan air, tekan sedikit untuk mengeluarkan air yang berlebihan, di dalam bekas, masukkan kentang yang telah dilecek bersama mayonis, timun, lobak merah dan bawang besar serta sosej, gaul sebati.
  • Sedia untuk dihidangkan, tak perlu masuk garam atau gula, sesuai dijadikan menu bentou atau di makan begitu sahaja.Jika mahu letakkan satu biji telur rebus yang telah dilenyek pun boleh, lagi creamy rasa potato salad ni nanti. Selamat Mencuba.

Friday, June 25, 2010

Puding Batik Merie

akhirnya terlaksana juga nak wat batik sendat k.ayu singapore nih.... tp idak ler secantik tuan empunyer! janji sodappp! xtra nestum tuh yg mmbuatkannya best! tp aku gune nestum keluarga.. coz yg baby punyer sayang lorrr... syian darwish tk cukup makan kang! sini susah nk dpt nestum! huhuuu... ppon tima kasih k.ayu! kelmarin wat nih, mlm td potong tk sabo2 masih melekit..arini br ok skit... sila abaikan pelakon tambahan si pepel itew jika mmbuatkan mata anda sakit dan tekak anda meloyakan! maklom la pelakon pree tanpa bayaran. kutip kat balkoni ajer! hahahahaa...

Bahan-bahan
  • 300g biskut marie-dipatahkan 4
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 2 cawan milo
  • 3 sudu besar serbuk koko
  • 1 cawan bijiran nestum untuk baby - hana gune nestum keluarga
  • 1 cawan butter
  • 3 biji telur
  • 1 sudu kecil vanilla essence
Cara-cara
Pukul telur sedikit dan campurkan semua bahan2 melainkan biskut. Masak diatas api yang sederhana. Bila mentega sudah cair, dan adunan agak memekat, masukkan biskut dan gaul rata. Tuang adunan kedalam loyang yang telah di alas dengan plastic(untuk memudahkan memotong) dan tekan2kan hingga padat. Bila semua dah selesai, masukkan kedalam fridge dan biarkan hingga sejuk dan menggeras

Ikan Goreng Bersos Tomyam

Assalamualaikum.... kejap jerk dah ari jumaat kan! huhuhu... arini tak pose, masak pagi cam biasa utk hubby... msk ikan goreng jerk ngan sup. alhamdulillahh hubbyku berkata2. mudah2an arini dapat meneruskan kerje2 kat lab tuh dengan tenang! gud luck yer yang! uishhh cam syahdu jerk bunyiknyer! hahaha... k lah jom layan resepi bese2 neh!

Bahan-bahan
  • Ikan siakap - atau apa saje ikan
  • Tepung jagung - hana gune potato starch@katakuriko
  • Garam
  • 1/2 biji bawang besar - potong dadu
  • 2 ulas bawang putih - cincang
  • 1 batang serai - hiris
  • 1 inci halia - hiris memanjang
  • 3 helai daun limau purut - racik2
  • 3-5 biji cili padi - cincang kasar
  • 1 sudu besar cili kisar - optional utk xtra pedas
  • 1/2 peket perencah tomyam adabi
  • 1 sb sos cili
  • 2 sb sos tomato
  • 1 sk sos ikan
  • lada benggala merah,hijau,kuning - potong dadu
  • sedikit air
  • garam dan gula
  • daun ketumbar
Cara-cara
  • Basuh bersih ikan. Kelar bahagian badan. Lumurkan dengan garam kemudian tepung. Panaskan minyak.Goreng hingga masak. Angkat dan toskan kemudian letakkan ke dalam pinggan.
  • Tumis bwg besar, bwg putih, cili, daun limau purut, serai dan halia hingga naik bau.
  • Masukkan sos tomato, sos cili, perencah tomyam, sos ikan dan sedikit air. Didihkan.
  • Masukkan lada benggala, garam dan gula secukup rasa. Bila cukup pekat angkat dan tuang ke atas ikan.
  • Taburkan dengan daun ketumbar dan hidangkan dengan nasi hangat.

Thursday, June 24, 2010

Mee Sup Simple & Air Laici


Selamat berbuka puasa bagi orang2 yang berpuasa arini... alhamdulillah arini kami berbuka ngan mee sup bodo2 jerk! ngan air laici yg tersangat la nyamannyer kat anak tekak... alhamdulillahh... syukur atas nikmat yang Allah dberikan. laici made in bangkok! ihihihi....
jemput makan dan minum

Kung Pao Chicken @ Gong Bou Chicken

Salam di pagi khamis buat semua.... ada yg berpuasa? alhamdulillahh.. mudah2an kita sama2 mendapat ganjaran dari Allah swt. Arini aku paparkan menu chinese. Istilah kat ateh tuh maknanya sama ajer. cume berbeza sedikit dr segi kandungan bhn2... resepi ceduk dari sini. Di dapur Tummy juga ada. untuk versi melayu bleh lihat n3 Kung Pao Chicken yang pernah aku buat sebelum nih. Selamat mencube dan selamat meneruskan ibadah sunat puasa! :)

Recipe: Kung Pao Chicken (宫保鸡丁)
Ingredients:
  • 1 1/2 boneless & skinless chicken breast (or 3 boneless & skinless chicken drumsticks)
  • 3 tablespoons roasted cashew nuts or peanuts
  • 8-12 dried red chilies (deseeded and cut into halves)
  • 3 tablespoons cooking oil - hana campur sesame oil
  • 5 slices peeled fresh ginger
  • 2 gloves garlic (sliced diagonally)
  • 1 stalk scallion (chopped)

For the marinate:

  • 1 tablespoon corn starch
  • 2 teaspoons soy sauce
  • 1 teaspoon sesame oil

For the sauce:

  • 1 1/2 tablespoon light soy sauce
  • 1 teaspoon dark soy sauce
  • 1 teaspoon sugar
  • 1/4 teaspoon apple vinegar - resepi asal black vinegar
  • 2 tablespoons water
  • 1 teaspoon corn starch

Method:

  • Cut the chicken meat into small cubes, rinse in water, pat dry with water and marinate with the ingredients above for 30 minutes.
  • Mix the sauce ingredients in a small bowl and set aside.
  • Heat up a wok with one tablespoon cooking oil and stir-fry the marinated chicken until they are 70% cook. Dish out and set aside.
  • Clean the wok and add in the remaining 2 tablespoons of cooking oil until it smokes.
  • Add in the ginger and garlic slices and do a quick stir before adding in the dried red chilies.
  • Stir fry the dried red chilies until aromatic and they smell spicy, then add in the chicken meat.
  • Do a quick stir before adding in the roasted peanuts and continue to stir a few times.
  • Add in the sauce and stir continuously until the chicken meat is nicely coated with the sauce.
  • Add in the scallions and stir evenly.
  • Dish out and serve hot with steamed white rice.

Cook’s Notes:

  1. You can use the same recipe and substitute chicken with shrimp, scallops, or even vegetables for a vegetarian dish.
  2. As different soy sauce tastes differently and has different level of sodium so please adjust the saltiness accordingly. If the sauce tastes too salty, add some more sugar and water. If it’s not salty, add a little salt to taste.

Wednesday, June 23, 2010

Kek Chiffon Coklat

salam semua... arini cam janji jerk ngan matgebu masuk n3 chiffon! sebenarnya chiffon nih, aku buat dah 3 hari yang lepas.... biasalah kan! tuan umah nih tgh mabuk chiffon! mabuk chiffon xpe kot! jangan mabuk yg lagi satu tuH! awww lom masa u! hahahahaa... satu lg resepi chiffon yang bestt! lembut gebu cam tuannyer! muahahaha.... akan aku godek lg resepi2 chiffon mat yang lain! cukup ujung taun, my body pong rasanya cam chiffon! hahahahaa... thanx mat! resepi asal tengok sini. tp utk cara2 yg pertama tuh, aku gunekan mixer sampai kembang dan sebati. aku wat setengah adunan utk loyang serombong diameter 18cm.

RESEPI KEK CHIFFON COKLAT
Bahan A

  • 4 kuning telur (gred A)
  • 135 ml air
  • 85 ml minyak jagung (minyak masak pun boleh)
  • 1/4 camca teh garam halus
  • 100 g gula halus
  • 135 g tepung gandum - hana gune tpg SRF
  • 15 g serbuk koko
  • 1 camca teh esen vanilla
  • 1 camca teh baking powder
Bahan B
  • 4 putih telur (gred A)
  • 90 g gula halus
  • Secubit cream of tartar
Cara-cara
  1. Panaskan oven pada suhu 175C. Satukan tepung gandum, serbuk koko, baking powder dan garam, gaul rata dan ayak. Satukan kuning telur bersama gula halus (bahan A), kacau rata dan tuang air, kacau hingga gula larut. Masukkan bahan yang diayak tadi dan gaul hingga sebati, tuang minyak dan esen vanilla, kacau hingga sebati. Ketepikan.
  2. Putar putih telur hingga kembang, masukkan gula halus (bahan B), dan cream of tartar dan terus memutar hingga pekat.
  3. Campurkan putih telur tadi ke dalam adunan no 1 dan kacau dengan spatula menggunakan kaedah kaup balik hingga sebati.
  4. Tuang dalam tin chiffon yang bersaiz 23 cm (jangan sapu mentega pada tin) dan bakar 45 - 50 minit hingga kek masak. Keluarkan dari oven dan terbalikkan tin serta merta dan biarkan kek berada dalam keadaan macam tu sehingga betul2 sejuk.
  5. Bila kek sejuk, sisip tepi tin dengan pisau untuk melonggarkannya. Buat sama juga untuk bahagian dasarnya, keluarkan kek dari tin, potong dan siap untuk dihidang.

Tuesday, June 22, 2010

Chocolate Oatmeal Cookies

nih pong request en.hubby sambil2 tengok bola... tak sampai bape minit dah abes! maklom la ade 4 tekak! resepi amik dari sini. izahdaut pong dh try buat! aku campur oat ngan nestum sbb tak cukup sukatan! pehtu tambah tepung jagung bagi rangup! (tips dr rancangan tv!) sedapp! Jom buat! mlm nih leh teman hubby masing2 tgk bola.. aku?? aku tak minat bola.. tengok buku resepi lg bagus! kekekeke....

Bahan-bahan
  • 90g butter
  • 25g gula perang
  • 25g gula halus
  • 1 biiji telur (60g) - kocok
  • 1 sk esen vanila
  • 1/4 sk garam
  • 100g tepung gandum
  • 100g oatmeal - hana campur nestum
  • 20g dark semisweet - cincang - hana tk ltk
  • 50g walnut - cincang - juga tak letak
  • 60g chocolate chips
  • 1 sudu besar tepung jagung - nih hana tambah
Cara-cara
  • Panaskan oven suhu 190. Alaskan loyang dengan baking paper.
  • Dalam mangkuk, satukan butter dan gula. Pukul menggunakan whisk hingga fluffy.
  • Masukkan telur, esen, garam. Kacau sebati.
  • Masukkan pula tepung dan kacau menggunakan spatula.
  • Masukkan choc chips, walnut dan dark choc. Kacau lg sebati.
  • Ambil sesudu demi sesudu dan letak si atas loyang yang beralaskan baking paper td. Dan tekan sedikit menggunakan garfu.
  • Bakar selama 10-15min atau hingga keperangan.
  • Sejukkan di atas redai. Siap dihidang.

Grilled Salmon with Bechamel Sauce

aduhaiii arini tersangat la lazynyer! wat ikan nih pong request en.hubby suh masak! sebenanya aku gune ikan sake. adik beradik la juga ngan salmon. tp setengah org tak pandai makan ikan salmon or sake nih. agak hanyir gtu! tp klu pandai msk dan basuh insyaAllah ok jer! sblm2 nih dh penah juga try resepi skyblue nih! arini aku tepek resepinyer ye... cnp dr blog k.hazila. thanx sky n k.zila!

Bahan bahan
  • 1 keping ikan salmon
  • 1 sudu besar minyak zaitun
  • Secubit garam
  • Secubit lada hitam
Bahan-bahan untuk sos
  • 2 sudu besar majerin atau mentega
  • 1/2 biji bawang besar (dicincang)
  • 1 sudu besar tepung gandum
  • 1/2 sudu kecil daun parsli kering (herb lain pun boleh)
  • 1 cawan susu segar
  • Secubit garam
  • Secubit lada hitam
Cara-cara
  • Sediakan sos dulu: Panaskan majerin dlm periuk kecil, goreng bawang besar sehingga layu. Masukkan tepung gandum dan kacau sehigga tepung gandum melekat kat bawang.
  • Masukkan bahan2 lain, masak sampai didih sambil tu kacau-kacaukan. Matikan api dan diketepikan.
  • Ikan disalut dgn garam dan lada hitam. Gorengkan dgn minyak zaitun sehingga perang/masak. Ketepikan.
  • Ambil asparagus yang telah dicelur dan gorengkan sebentar di dalam bekas minyak gorengan ikan salmon tadi. Pastikan minyak tidak terlalu byk dan goreng hanya sebentar.
  • Letak 1/2 nasi di dlm pinggan kemudian letak ikan ke atas nya. Tuangkan sedikit sos kat atas ikan dan di sekeliling nasi.Letakkan asparagus sekali