Saturday, July 31, 2010

Terima Kasih yang ke 1003 kali to my followers!

Syukur Alhamdulillah lagi.... dalam jangka masa 2 tahun 3 hari, blog hanamemories telah menjangkau follower sehingga 1003 org! terima kasih yang tidak terhingga wat semua my followers yang seikhlas hati mahu mengikuti perkembangan hanamemories. tidak disangka bermula hanya suker suker meluangkan masa berkongsi cerita dan resepi, akhirnya dapat menambat hati pengunjung yang datang ke mari. hana memohon kemaafan jika masih ade blog, emel2 dan komen2 yang tak sempat di balas. jika berkesempatan lagi, insyaAllah akan di balas. tima kasih yer...

sebagai tanda terima kasih yang ke 1003 kali, terimalah frame munge ros di atas dari hanamemories buat semua follower. mintak maap tak sempat nak order frame yg baru.. print ajer yg lama.. heeee... sudi2kanlah yer... tak leh juga nak bg adiah lagi sbb baru bberapa ari cik bedah bg adiah. kopak kang mokcik bedah! hihi...



Friday, July 30, 2010

Kuih Lapis Coklat

meh num petang dengan kuih lapis yang sangat sedap! ader rasa kopi kopi.... hihi... tapi lenkali nak wat dua adunan.tk perasan sukatan utk loyang bulat 5inci. aku gune 8inci. huahuahuahua.... kunun2 nak bwk g yasinan. nampak gaya cam tk cukup! haiihhhhh nk kene wat lain la nih gamaknyer... ppon thanx to Chef Hanieliza aka Kak.Liza kerna kongsikan resepi nih. Dipetik dari buku beliau Aneka Talam dan Kuih Lapis. thanx kak... tp aku cedok dari dapur k.ummi kuantan.. muahhh!!

KUIH LAPIS MARBLE KOPI a.k.a KUIH LAPIS COKLAT
Sumber : Aneka Talam dan Kuih Lapis

Bahan A: (Loyang bulat 5 inci)
  • 2 cawan santan
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 2 sudu makan tepung beras
  • 2 sudu makan tepung kastad
  • 1 sudu teh garam

Bahan B:

  • 1 sudu teh pes coklat/emulco
  • 1 sudu makan serbuk koko
  • 1 sudu makan serbuk nescafe (*akak letak 1/2 sudu mkn je)
  • 1/4 cawan air suam

# bancuh bersama bahan B di atas

Bahan C:

  • 1/4 cawan air suam

Cara-cara
  1. Panaskan kukusan.
  2. Gaulkan semua bahan A hingga sebati. Tapiskan. (*akak blend jek semua then tapis).
  3. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian.
  4. Masukkan bancuhan bahan B dalam satu bahagian. Kacau rata.
  5. Biarkan satu bahagian lagi dengan warna asal dan masukkan bahan C. Kacau rata.
  6. Masukkan satu senduk (*akak sukat 1/3 cawan) adunan coklat ke dalam loyang. (*akak panaskan sebentar loyang selepas disapu sedikit minyak). Kukus selama 5 minit.
  7. Lapiskan pula dengan adunan asal (plain) dan kukus lagi selama 5 minit.
  8. Lapiskan berselang seli hingga habis. Untuk lapisan akhir akak kukus lama sedikit lebihkurang 10 minit. (*untuk kukusan akhir juga akak balut penutup kukusan dengan kitchen towel agar lapisan atas tidak terkena wap).
  9. Biarkan kuih benar2 sejuk pada suhu bilik baru dipotong.

Maitake Mushroom n DIET!!

Percaya atau tidak, makan cendawan leh kuruskan badan??! semua jenis cendawan taw! dan salah satunyer yg mujarab adalah cendawan maitake. Ni kes tengok rancangan tv la nih aku nak kongsikan cter ngan korang. Diorg wat kajian dan eksperimen lam masa sebulan makan cendawan nih (HARI2 yer!) boleh kurangkan berat badan dalam 10kg!!! huh! sape tak nak! lebey2 lg aku yang tembun nih! wakakakakaka... tapi sebenonyer aku wat bodo jerk tgk rancangan tuh... kunun2 mls nk amik tindakan. lagipon aku tak brape minat ngan cendawan! tapi kene pakse plak ngan sultan hamzah! adehhhh... ai tk cukup kurus ker bang??! wakakakakakaka.. (pssstt sebenonyer hangat2 t**k kerbau jerk! kahkahkahkah)

Kata-kata yang dipetik dari sini... `selain kesemua kebaikan yang disebutkan, mushrooms juga mampu untuk …. jeng jeng jeng …. mengurangkan berat badan !!! Ianya mempunyai kandungan sodium dan lemak yang sangat kurang, iaitu kira-kira 13kcal/kj per 100g, serta dengan kandungan protein, fiber, iron, zinc, minerals dan vitamins, ianya boleh mengantikan semangkuk nasi….! Lepas nih makan mushroom jer la, jimat beras…`.. tapi mmg betul lah! sbb jepong dah buat kajian.. hahaaa
Sebenarnya tak sempat nak menggoogle lagik. kang sape2 ade info bergune meh kongsikan bersama. nak lebih mujarab, cendawan nih hanya perlu di bakar jer! bungkus ngan aluminium foil. klu ader kuah2 tuh, haaaa yg tuh kene makan! pati cendawan tuh! begitulah kata2 beliau.. hehehe...

Cendawan maitake boleh melawan penyakit:
  • Cancer
  • Darah tinggi
  • Diabetes
  • Tumors
  • Chronic fatigue syndrome
  • Obesity
  • AIDS

Thursday, July 29, 2010

Cinnamon Rolls

Mai jemput makan roti.... tgh panas lagi nih... baru kuor oben! tapi lepas duk tonggek2 amik gambo sejuk juga.. hahahaha... akceli aku suker ngan bau cinnamon! harum semerbakk... anak bujang aku pong minat ngan cinnamon. kdg dier bakor roti sendrik, sapu butter, buh cinnamon powder n tabur gula sket. roti nih pong sedap! lembut jaaa.. resepi amik dr Happy Home Baking. dah lama polo blog tuh.. roti dier pong mengancam ko! cam nk terjojol bijik mata nak nelan! hihihi... thanx ya berkongsi resepi... utk cara yang lebih detail sila rujuk HHB. yang di bawah nih aku dah permudahkan utk rujukan sendri.

Bahan-bahan
  • 210g tepung roti
  • 56g tepung kek - hana gune tpg gandum
  • 20g susu tepung
  • 42g gula
  • 1/2 sk garam
  • 6g yis
  • 30g telur - kocok2 - baki simpan utk sapu
  • 85g air
  • 84g water roux
  • 25g butter
Filling
  • 1 tsp serbuk cinnamon
  • 30g gula
  • 25g butter - cairkan
Cara-cara
  • Masukkan bahan2 kering kemudian bahan basah ke dalam breadmaker. Pilih menu Dough. dan ONkan tunggu hingga siap dan kembang dua kali ganda.
  • Keluarkan doh. Tumbuh2kan bg mengeluarkan angin.
  • Canaikan membentuk rectangle. Sapu permukaan roti dengan butter. taburkan gula yang telah dicampur dengan serbuk cinnamon. Kemudian gulung kemas. Potong 9 bahagian setiap 3cm.
  • Masukkan ke dalam loyang. (hana masukkan cup) .Biarkan naik sekali ganda lagi.
  • Panaskan oven. Sapu permukaan roti dengan baki telur yang dicampur dengan sedikit susu segar@air. Kemudian taburkan lagi dengan serbuk cinnamon dan gula yang berbaki.
  • Bakar suhu 180 selama 15-20min
  • Sejukkan di atas redai.

PIF (Pay It Forward) Game

salam kembali.... arini aku nak tunaikan janji aku dengan k.ummi pasal PIF game yang aku menang di blog Home Sweet Home aka blog k.Ummi Kuantan. sila lihat buktinya di sini. Game nih aku menang pada taun lepas! fuhhhh ko setahun aku peram janji nih.. muahahahahaha..... takpe la kan..yang penting aku dah tunaikan janji tuh.. alhamdulillah syukur dberi peluang menunaikan amanah. tima kasih pada k.ummi yang telah memberikan adiah yang sangat best dan cantikkk! ianya bakal menjadi penghuni dirumah baru ku nanti.. tenkiu kak! mmuahhh! haaaa inilah surprise yang aku nak katakan semalam... sempena besday blog, aku nak bg adiah kat korang. nak adiah tak???!! rasanya semua nak! tapi mintak maap sbb mengikut undang2 game PIF nih ada syaratnya... hihihi..jangan mareee!

Here are the rules:
Hana akan memberikan 3 hadiah kepada 3 peserta yang awal yang meninggalkan komen di ruangan ini dan peserta hendaklah bersetuju dengan syarat-syarat yang ditetapkan untuk mengikuti permainan PIF ini. Jadi, sesiapa yang berminat dalam permainan ini silalah catatkan sesuatu di dalam kotak komen (komen n3 yer bukan sbox!) dan tulislah apa saja komen yang menunjukkan anda telah menjadi 3 orang yang terawal.

Jangan lupa emailkan segera alamat anda kepada ina.shamsina@gmail.com secepat mungkin. Hadiah-hadiah akan dikirim bukan dalam waktu terdekat. Tapi insyaAllah janji akan dikotakan. Dan kepada 3 peserta yang telah mengikat perjanjian PIF ini jangan lupa memanjangkan permainan ini di blog anda sebagai tanda anda akan membayar harga hadiah yang telah anda dapat dari Hana kepada rakan-rakan lain pula. Jangan luper yer janji manismu itewww... tak kiralah berapa harga hadiah yang kita nak bagi yang penting kita ikhlas!

For anyone who is interested, Wikipedia has an interesting entry for the concept of paying it forward including some history as to the origin of the concept. The main definition given is an expression "used by a creditor who offers the debtor the option of paying a debt forward to a third person instead of paying it back. Debt and payments can be monetary or by good deeds."So, if you leave a comment, it meant that you have joined the PIF and are bound by the rules and let me know your snail mail address to send my gift to you!

Ini cadangan hadiah yang mungkin dan yang mampu hana janjikan. bukan semua yer.. Antaranya jer.. hadiah akan berubah mengikut keadaan... Fry pan Tefal berukuran 26cm beserta sudip jenama Tefal, mesin pengisar ice Sticth, Lunch Box tahan panas, love shape ramekin beserta sudu kayu dessert, mould roti, dan juga fridge magnet spesel from US.





Ok! jangan fikir lagi, nak hadiah tak?!!! Tinggalkanlah komen anda dari sekarang. Lihat siapa yang kenaaaa... jeng jeng jengggggg.....





detik2 indah mengangkut adiah di rumah k.ummi kuantan sambil ronda2 n makan2! hihi... tima kasih kak! mmuahh!!

UPDATE:
Dengan ini hana mengumumkan pemenang PIF musim ini jatuh kepadaaaaaa...

1) K. Watierman dari blog http://watiermanlife.blogspot.com/
2) Kerull@Kay Enn dari blog http://qasehsufi.blogspot.com/
3) Ct Naemah dari blog http://mylittledapur.blogspot.com/

Tahniahhhh!!! sila clap clap sejuta kali! anda telah berjayaaa... hihihi.. Jangan luper utk meneruskan game nih yer... dan kepada yang tidak berjaya, diharap akan mencube lagi di musim akan datang dr kengkawan kiter yg dah menang nih. sape tau kan! tuah ayam nampak di kakii... hihihi.... kepada pemenang2 di atas, sila hantarkan emel dan bagi alamat yang lengkap serta no.tipon jika ada. tima kasih kerna menyokong game nih dan juga Hanamemories. mmuahhh! cayang korang!

Nasi Goreng Belacan

Salam semua... dah sarapan? Jom makan nasik goreng belacan nih.. kes nk ngabiskan nasik semalam. walaupon simple tapi tersangat la berseleranya. maklom ler perot pong tgh lapoo.. hihi.. resepi jelin2 dari dapur kak.ayu singapore. thanx kak! cume aku wat kurang pedas utk anak2.. meh jemput sarapan..

Bahan-bahan
  • nasi untuk 3-4 orang makan
  • *10 tangkai cili merah
  • *3 biji bawang putih
  • * 6 biji bawang merah
  • *2 inci belacan bakar
  • 3 biji telur
  • 2 sudu besar sos tomato
  • hirisan kobis - hana tambah carrot dadu
  • 1 keping fish cake - xde
  • garam (kalau perlu) & perasa secukupnya
  • 1 cawan ikan bilis goreng(terpulang nak gaul sekali dengan nasi atau makan bersama nasi)
Cara-cara
  • Tumis bahan2 kisar*, hingga naik bau dan betul2 garing.Masukkan sos tomato, kobis, fish cake dan gaul rata. Tambahkan garam & serbuk perasa. Kacau hingga sebati. Pecahkan telur, biarkan sekejap baru masukkan nasi dan gaul rata. Bila bahan2 sudah menyerap matikan api. Siap dihidang panas bersama ikan bilis goreng dan kacang goreng.

Wednesday, July 28, 2010

Marble Banana Muffin

Minum petang dengan muffin yang sangat sedap! rasanya ramai yang telah mencuba muffin rima nih! antaranya izahdaut, k.nur, mas, ishhh sape lg erk?? rasanya ramai lagik. maap yer terlupa... thanx to rima for d recipe! akceli kan, aku suker g blog rima. tapi ader satu yang aku takut. takut apa tau? takut ngan telur! kenapa?? haaaa korang carik sendrik la jawapannya! kikikiki.... rock bebehhh! muekekekeke.... thanx to izah coz tlh memelayukan resepi nih. meh jemput amik sorang seketui. air kopi g wat sendrik! hahahaa



Bahan-bahan
Bahan A
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 1/2 cawan gula kastor (saya guna cuma 1 cawan-itu pun masih manis)
  • 1 sudu besar baking powder
  • 1/2 sudu teh garam
Bahan B
  • 1 biji telur (L)
  • 1 cawan susu segar
  • 1/2 cawan minyak masak (mentega cair)
  • 1 cawan pisang lecek kasar
1 sudu besar coklat paste
Topping: Coklat chip/ Walnut/ apa apa yang disukai

Cara-cara
  • Ayakkan tepung bersama baking powder dan satukan semua bahan A ke dalam satu bekas. Ketepikan.
  • Satukan telur, susu segar dan minyak dan gaul hingga sebati. Masukkan adunan susu segar tadi ke dalam bahan A dan gaul sebati. Jangan gaul terlalu lama, cukup sekadar bersatu dan masukkan pisang yang dilecek kasar tadi.
  • Bahagikan 2 adunan, dan masukkan coklat paste ke dalam satu adunan. Kemudian cedokkan ke dalam muffin pan dan selang selikan untuk marble kan muffin.
  • Bakar pada suhu 190 C selama 25 minit.

Happy 2nd Birthday to Hanamemories


Alhamdulillahh.... bertahan juga Hanamemories hingga tahun yang kedua. Epi besday to my blog!! Jutaan tima kasih yang tidak terhingga atas sokongan korang terutamanya my commenters, followers, silent readers, criticizers, nuffnangers, and all visitors tak kiralah sape2 tu yang saban hari duk jengok2, duk jelin2, duk gebang2 kat hanamemories. tenkiu soooo much! tanpa korang sapalah hanamemories..

Dan selama berblogging dua tahun nih lah (ini sesi bebelan...sila sediakan kopi panas dan biskut kering atau sebagainyer), macam2 dugaan yang tuan tanah hadapi. hmmmm.. macam2 karenah blogger ni kan. ada yg duk mengutuk sana, mengutuk sini, dengki sana dengki sini, yg batu apilah, yg si talam lah, si cawanlah, si sudiplah, yg itu la ini la... hai macam2lah la kan.. macam diri tuh bagus sangat duk mengata org.. weiihhh aku nih bukannya jutawan, sasterawan, bangsawan, karyawan, chefwan, apatah lagik kakwan! (opss kakwan! hihi).. aku cume manusia biasa jer..di ulangi manusia biasaaaaa.. huH! tak paham2 ker? yg duk dengki2 kat haku wat per.. klu nak dengki2 tuh g ler Dengkil sana! (hahaaa marah org dengkil!)... tp atas sokongan si dia, dia, dia, dan dia maka aku dpt bertahan hingga ke saat ini... bak kata si dier, wat bodo jer! jgn aku yg jadi bodo sudah! hahaaa... tapi biarlah kiter berblog nih dengan niat yg ikhlas la kan... buang perasan phd tuh! klu dengki yang mendidik takperlah juga... klu terasa diri tuh ader kekurangan, muhasabah jerk lah! jgn nak carik salah org lain pulak! ishhh tak paham aku ngan diorg nih..

akceli, terasa juga merajuk diri nak private n tutup blog pong ade.. hmmmmm... aku nih cam manusia lain juga, ade ati dan perasaan. kicik ati.. klu ati aku beso mungkin lambat sket la kot nak kicik2 ati ni kan! sebenonyer ade comment2 yang mcm longkang tuh (pinjam ayat mat) yg terpakse aku delete. tp kdg aku bior pong ade juga. bukan apa, sbb aku malas nak panjang2kan cter. dan udah tentunyer aku tak koser nak layan! klu makin dilayan, tentu diorg naik tocang. bertoncet2 plak tuh! ahh tak koser ai! tapi diam bukan bererti mengalah atau sebagainyer yer... aku nih kan dah lama tak berceramah duk pot pet pot pet... hah! hambik ko! kang klu aku sambung lagik karangan nih, kompom korang tertido! hahahaha...

k lah.... selesai sudah bebelan aku... moga pas nih aku dberi kekuatan dan makin bersemangat utk terus menulis dan berkongsi resepi buat korang.. yer la kan.. korang yang lain2 bukannyer bersalah dalam hal nih. ishhh tak patut tak patuttt... arini aku jamu korang dulu cupcake sinun tuh yer.. tapiiii... ader sesuatu yg spesel menanti korang.. jeng jeng jengggggg... hehehehe..

UPDATE: Ucapan terima kasih yang tidak terhingga buat semua rakan2 yang setia dan sayang sama hanamemories. sungguh terharu hingga bergenang airmata membaca komen2 korang! huhuhuu...... tima kasih atas sokongan.. mudah2an Allah saja yang dapat membalasnya. Kepada semua commenters, jika sudi terimalah jambangan bunga dari hanamemories sebagai tanda terima kasih. milions thanx n love from hana. tQ..tQ n tQ.....

Tuesday, July 27, 2010

Kari Udang Kapitan

salam nisfu syaaban buat semua... dan selamat berpuasa bagi yang berpuasa. arini aku nak kongsikan resepi peranakan. cam tak kenal la pulak sape yg ade blood gtu kan kan.. hihihi.. thanx mat.. klu menu org2 peranakan kebiasaannya menggunakan buah keras lam masakan mereka. cam wajib la gtu kan.. bagai jawa dengan kencurnya! hahaha.. tp utk resepi nih aku tak letak timun n daun pudina sbb xde.. aku cume buh rebung jepun. weiihhh rebung jepung bukan hancing cam yg kat mesia tuh! (opssss mintak amponnn klu ianya sensistif! hahahaha.. tapi nape bau dier gtu erk??! ) sodap rebung jepong ko! ratah gtu jerk pong manis.. jom tgk resepi.. resepi asal dr Chef Florence Tan. cnp dari dapur matgebu. maceh mat!

Bahan-bahan
  • 500 g udang besar, dibersihkan
  • 300 ml santan segar
  • 1 biji bawang besar, didadu
  • 1 camca besar gula (mat letak 1/2 je)
  • 2 1/2 camca besar jus limau kasturi
  • 1 biji timun (mat tambah sendiri) - hana tuko rebung
  • 1 tangkai daun pudina
  • Garam secukup rasa
Bahan dikisar halus
  • 4 tangkai cili kering, kerat, rendam dalam air panas dan toskan
  • 8 biji cili merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 biji buah keras
  • 1 inci kunyit hidup
  • 3/4 inci lengkuas
  • 2 batang serai, hiris halus
  • 1 inci belacan
Cara-cara
  1. Udang tadi dilap kering dan goreng selama 30 saat hingga bertukar warna kemerahan, angkat dan toskan. Timun dikupas kulitnya, kerat 3 dan belah 6 untuk setiap keratan. Ketepikan.
  2. Dalam periuk, panaskan minyak, tumis bawang besar hingga layu, masukkan bahan2 kisar halus dan tumis hingga terbit minyak, gunakan api sederhana. Masukkan udang, gaul rata dan tuang sedikit air (anggaran 2 cawan). Kacau dan biar mendidih.
  3. Masukkan santan, gula dan garam secukup rasa. Bila mendidih, tambah timun dan masak hingga timun lembut sedikit. Akhir sekali masukkan jus limau kasaturi. Kacau dan rasa, jika ok boleh matikan api. Hidangkan dengan menabur daun pudina tadi.

Monday, July 26, 2010

Pecal Jawa

Salam kembali di hari Isnin.... arini hubby sorang jerk pose.. jadiknyer aku wat lauk nih utk aku ratah sorang2 jerk lah! hubby mmg tak berapa gemor mende2 gini... hmmm lugi lugi... hahaa... arap2 esok aku leh pose nisfu syaaban insyaAllah.. kali nih len sket dari resepi yang biasa aku buat. klu sblm2 nih gune cili padi jerk. arini gune cili kering lak. biji cekur@kencur mmg wajib lah. klu bleh buh banyak2 lagik best! klu buh sket, mbokde aku cakap `ora kesono!`! meh jemput makan.. sape pose tuh, amik la atas meja tuh, aku dah bungkuskan lam daun pisang kecut! hahahaa... sudu dan garfu hanya nk tumpang glemer semata2. nak sedap gaul dan makan gune tangan yer! ala pijo manje jer.. hahaa.. wallahhhh....

Bahan-bahan
Untuk Sambal Pecal@Pecel
  • 1 cawan kacang tanah goreng@panggang - tumbuk
  • 5 tangkai cili kering atau lebih - hana campur cili padi sket
  • 4 biji bawang merah - hiris
  • 2 ulas bawang putih - hiris
  • 4-6 biji cekur (size kecil)
  • 1 inci belacan
  • 1 sudu besar air asam jawa
  • 3-4 sudu makan gula merah dan gula putih
  • Garam
  • Daun limau purut - hiris utk tambahkan aroma
  • Air panas secukupnya
Ulam2an@Sayur2an
  • Kangkung @ pucuk ubi - celur
  • Kacang panjang - potong dan celur - xde
  • Sengkuang - potong - xde
  • Tauhu goreng - hiris nipis
  • Taugeh @ taugeh pokok - celur sekejap
  • Timun - hiris2


disebabkan ramai yang bertanya rupe cekur@kencur nih la dier.. gambar sumber dari delicious food in malaysia

Cara-cara

  • Panaskan minyak. Goreng lada kering, bawang merah, bawang putih dan belacan. Angkat dan toskan. Kemudian tumbuk. Campurkan skali biji cekur@kencur.
  • Bila hampir lumat masukkan gula dan juga garam. Tumbuk lagi. Masukkan air asam jawa. Kacau. Kemudian masukkan kacang tanah tumbuk dan air panas secukupnya. Seimbangkan rasa pedas, masin, lemak2 kacang dan manis sket.
  • Untuk tambahkan aroma kuah pecal nih, leh buh hirisan daun limau purut. Jika suka campurkan skali hirisan daun cekur@kencur pong sedap!
  • Curahkan sambal pecal ke atas sayur2an tadi.

Sunday, July 25, 2010

Taki Oyabe

mengabiskan waktu cuti ngan mandi manda di taki@air terjun kat oyabe. taun lepas dah penah g sini. tapi air terjun kali nih tak selebat taun lepas sbb masa tuh kitaorg g time gerimis. nih pong plan last minute. mlm td membe hubby tpon ajak mandi manda... kelam kabut juga nk masak pepagi sbb bertolak awal. cume sempat wat nasik lemak bodo2 jerr.... hahaha...









sebenanya dier mmg tak rela u! hahahaa...




makan-makan time! ishhh mana ilang ntah baju dak tuh! haha


tataaa...