Sunday, January 31, 2010

Chocolate Waffle

salam pagi ahad... dah sarapan blom? kami cume bekpes ngan waffle jerk... kali nih wat perisa coklat plak.... utk waffle original sila klik sini yer... sedap taww waffle neh! lembut gtu! anak2 pong suker.... maceh wat AlongRoz atas resepi neh! muacchh sket kat liana sbb dh ade 'kaki'!! hihihi... resepi hana cnp dari my.resipi. tenkiu long! ;)

Bahan-bahan
  • 1/2 cwn Serbuk Koko- hana buh 2-3 sudu jerk
  • 62g Butter/Majerin
  • 3/4 cwn Gula- hana kurangkan 1/2 cwn jer
  • 2 biji Telur
  • 2 st Esen Vanilla
  • 1 cwn Tepung + 1/2 st Baking soda + 1/2 st Garam
  • 1/2 cwn Susu Segar + 1 1/2 st Cuka
  • hana tambah baking powder.
Cara-cara
  1. Gaulkan koko, majerin & gula sehingga rata.
  2. Masukkan telur sebiji2 sambil di pukul rata. Campurkan esen vanilla.
  3. Masukkan tepung & susu berselang-seli.
  4. Bakar lah dlm wm anda (jangan lupa panaskan wm terlebih dahulu).
  5. Hidangkan dgn sos kegemaran anda - maple sirap, sos buah2an, sos coklat, kastad ke, apa2 je le...

Saturday, January 30, 2010

Homemade Sardine

semangat sungguh aku arini nak wat sardin homemade sbb stok sardin udah pinish! sampai geseng piyok tepal aku dbuatnyer sbb air kering! kikiki.... sib baik laling aku nak tulun bersihkan! hehe... tenkiu yang! mmula mmg rasa kegesengannya tuh! tp aku oter balik, so jadik ler seperti yg diharapkan! besh sehhh! sama cam lam tin tuH! tp lagik sedap ko! tak cayer korang cubelah! camni mmg leh tutup kilang sardin klu semua orang gheti buat! hihihi..... ppon tenkiu banyak2 wat cikmatgebu kiter yg sudi kongsi resepi nih! aku mintak cnp yo mat resepinyer! maceh! sape2 nak cube, syarat wajibnyer kene ader pressure cooker@periuk tekanan yer!! arap maklom!

Bahan-bahan
  • 700 g ikan tuna
  • 1/2 cawan tomato puree
  • 1/2 cawan minyak masak
  • 25 g bawang putih*
  • 80 g bawang merah*
  • 20 g halia*(dikisar halus)
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 2 1/2 cawan air
Cara-cara
  1. Ikan tuna dibersihkan, potong sederhana besar, buang kepalanya. Perap dengan sedikit garam dan jus limau nipis selama 10 minit. Cuci bersih dan toskan.
  2. Dalam periuk tekanan, panaskan minyak masak, masukkan bahan kisar halus dan tumis hingga harum, masukkan tomato puree dan masak hingga terbit minyak. Tuang air dan masukkan sedikit garam dan gula secukup rasa.
  3. Bila mendidih, masukkan ikan tadi, kacau rata dan tutup periuk tekanan. Pasangkan injapnya dan bila periuk mengeluarkan wap dan bunyi "berdesir", kecilkan api dan biar masak perlahan selama 1 jam (ikut cara guna pada periuk tekanan masing2)...
  4. Cukup waktu, bawa periuk tadi dalam sinki dan alirkan air paip atasnya sehingga wap dalam periuk habis, buka tudungnya dan periksa keadaan ikan, selalunya pada masa ini ikan masih kekal dalam bentuk asal, tapi tulang2nya menjadi lembut seperti sardine dalam tin.
  5. Boleh lah dimasak mengikut kreativiti masing2. Nak buat sandwich pun boleh, nak cicah dengan roti pun boleh..atau goreng macam kita masak sardine biasa.

Friday, January 29, 2010

Soft Crust Pizza

arini langsung tk jumpa nasik... sbb beras dah habeh! nak g bli maleh la pulak sbb ujung minggu biasanya kitaorg akan g blanjer.. jadiknyer kami cume makan pizza ngan mee goreng jerk arini! sedap weiihh pizza nih! suker la doh dier... wat setengah adunan rasa cam tk cukup plak! hihi....... selalu nmpk kak.ina kl kerap kali wat pizza. tgk resepinyer lain pesen sket dr yg pernah aku cube sblm neh.. bila test mmg tk mengecewakan lah!! resepi jejaka cikmatgebu ghupernyer! sedap mat!! tenkiu tenkiu..... pas nih leh wat lagik! tenkiu mat yooo.. njalok ngapuro arep jikuk resepi ne! hihihi.... mat nih sebenonyer celup jowo jugak! tapi jowo ne wes mblayu dek ke'nyonya'an beliau iteww! hihihi... kan mat kan kan... kekekeke........

Bahan Doh:
  • 250 g tepung roti (high protein flour)
  • 130 ml air
  • 1/2 camca teh garam
  • 1/2 camca besar gula
  • 1 camca teh yis (instant yeast)
  • 1 camca besar madu
  • 1 camca besar lemak sayur (shortening)
  • 2 camca besar minyak zaitun
  • 2 ulas bawang putih, cincang halus
  • 1 camca teh oregano kering
dak kicit tukang tengok sambil ngences! hihi

Cara membuatnya:
  1. UNTUK DOH:- Ayak tepung dalam satu bekas, satukan yis segera, garam, gula, oregano kering dan cincangan bawang putih. Gaul hingga rata. Tuang madu dan minyak zaitun, gaul hingga sebati dalam tepung. Curah air sedikit demi sedikit sambil terus menguli hingga menjadi doh. Kemudian campurkan lemak sayur bersama doh dan terus menguli hingga adunan bersatu dengan lemak sayur dan mendapat doh yang lembut, licin dan anjal. Bulat2kan doh dan masukkan ke dalam bekas yang telah disapu mentega. Tutup dengan plastic cling dan biar 1 jam atau hingga naik sekali ganda. KAEDAH LAIN:- Masukkan semua bahan dalam breadmaker dan pilih setting untuk doh. Tekan dan biar hingga siap.
  2. UNTUK PIZZA:- Keluarkan doh, uli 5 minit dan letakkan doh atas dulang pizza yang telah dilenser dengan sedikit mentega. Tekan2 dgn hujung jari sehingga doh memenuhi dulang tadi. Biar doh tebal sedikit di bahagian bibir dulang. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 200C selama 5 minit. Keluarkan dari oven dan sapu dengan sos lada hitam, susun semua bahan inti kecuali keju mozarella. Akhir sekali baru tabur keju hingga rata. Turunkan suhu 180C dan bakar lagi 15 - 20 minit. Hidangkan panas2 bersama cili sos/tomato atau sos kegemaran....selamat mencuba!!!

Claypot Mushroom Chicken Rice

masak utk dinner malam tadi.... senang jerk nak wat! versi rice cooker then pindah ke claypot! suker2 haku jerk kan! sbb nak keje mudah! hehehe... beras pong gune beras jepong jerk! mmg tak aci btollah! sbb beras luar negara udah yilek! yg ade cume beras dalam negara! hehehe..... peberet kitaorg neh klu g food court.. tp rasanya tak semua sedap! pehtu nk makan kene tunggu plak 10min sbb fanas banget! anak2 selalu nk cepat sbb tk sabo nak makan.. k lah! layan resepi... bleh tgk di sini atau sini. yg aku try nih dr my.resipi yg asalnyer dr sebuah majalah. bhn mesti ada utk masakan nih ialah minyak bijan yer! klu xde cam kureng gtu!

Bahan-bahan
  • 1 cawan beras
  • 1 1/2 air rebusan ayam
  • 500gm ayam (potong kecik jer)
  • 1 sudu besar lada hitam (tumbuk)
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • 5 atau lebih kuntum cendawan hitam- (rendam hingga kembang dgn air panas) - hana gune cendawan shitake
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar kicap pekat manis
  • 1 sudu besar tepung jagung (bancuh dgn sedikit air )
  • 2cm halia - parut
  • 2 ulas garlic- parut
  • minyak utk menumis
  • Sedikit hirisan daun sup & daun bawang, bawang goreng dan sedikit minyak bijan
Cara-cara
  1. Perap ayam dengan bawang putih, halia, kicap pekat & manis, sos tiram, lada hitam dan cendawan.
  2. Panaskan minyak dan tumis ayam yg diperap hingga masak dan masukkan sedikit air rebusan ayam. kemudian masukkan air bancuhan tepung jagung.
  3. Setelah pekat, perisakan dengan garam, ketepikan.
  4. Panaskan claypot (refer glossary), masukkan beras dan air rebusan ayam, biarkan nasi masak. Pastu perlahan kan api dan tuangkan ayam tadi kat atas nasi dan taburkan smua daun, bawang goreng dan percikkan minyak bijan..

Thursday, January 28, 2010

Saya suka main bola! hari2 saya main bola!

hmmmm.. mana satu yer ball saya?
yatttaaa! saya dah dapat!
nak amik bola saya?? tak bley tak bley....
mama saya tanya, nape suka masuk jari lam mulut?
sekian cter ringkas saya utk auntie semua! tataaa.. hehe

Tauhu Sambal

selalu klu belanja mesti nak bli tauhu... sampai kdg blur tak tau nak masak apa... tapi yg paling best goreng jerk! cicah ngan sambal kicap! tuh yg paling hubby minat.... wat sambal cenggini nih pong laku! lg satu tauhu jepong mmg sedap! kan k.yani kan kan kan?! hihihi... resepi sempoi main campak2 jerk..

Bahan-bahan
  • 2-3 keping tauhu - goreng dan potong dadu
  • 1 senduk cili kisar
  • * 3 biji bwg merah
  • * 2 ulas bwg putih
  • * sejemput udang kering - bleh ganti ikan bilis
  • 1 biji bwg besar - hiris
  • 2 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar sos cili
  • gula@madu
  • garam
Cara-cara
  • Tumbuk@blend bhn bertanda *.
  • Panaskan minyak, tumis bhn tumbuk dan juga cili kisar hingga pecah minyak dan cili masak. Masukkan bawang besar.
  • Masukkan pula sos tomato, sos cili, dan juga kicap manis. Masukkan air sedikit. Kacau.
  • Masukkan tauhu, gula@madu dan juga garam secukup rasa. Gaul sebati. Matikan api.
  • Angkat dan hidangkan dengan menaburkan daun bawang.

Wednesday, January 27, 2010

Roti Paun

sebenonyer tak tau nak watkan diorg apa utk num ptg... nmpk roti nih kat blog bro rozzan terus dapat idea... tgk mamafami pong dh try n bg komen positif! cume tk nmpk bayang lagik kat blog mama. apalagik! aku pong kejut en.BM suh wat kije! hahaha... sedapnyer roti neh! dulu kicik2 pong suker gak makan roti nih! tp dulu apek jual.. naik motor keliling kampung! skrg itu apek rasanya sulah mati loo..! arap2 halal ler apa yg aku mkn dulu.. huhuhuu.. resepi dari dapur bro rozzan resepi asal plak dr rnana. tima kasih yer... resepi nih aku tk edit langsung dari sumber. arap maklom yer...

Bahan-bahan
  • *300 gm tepung
  • *80 gm gula
  • *20 gm susu tepung
  • 1 biji telur (saiz AA)
  • 1 camca teh yis (campurkan dengan 1/2 cawan air suam)
  • 1 camca besar majerin
  • 1/2 camca teh pelembut roti (bread softener)
  • sedikit bread improver
3 bahan bertanda * saya timbang sekali harung.. = 400gm semuanya..

Cara-cara
  • tepung + gula + susu tepung + bread improver = gaul biar bercampur
  • lubangkan tengah.. masukkan telur..
  • masukkan majerin
  • gaul rata then masukkan air+yis
  • uli then masukkan pelembut roti..
  • uli jadi doh (tak payah lama sangat.. asalkan dah jadi doh)
  • perap doh n biarkan naik.. (resepi asal suruh perap 2 jam.. saya letak kat luar rumah.. tak sampai sejam doh dah naik)
  • bentuk2kan... then saya letak majerin sikit kat tengah2 bun.. (macam tahi lalat laa)
  • bakar about 20 minit @ 180C
  • bila dah masak.. gliskan dengan majerin...
Nota dr sumber:
* lepas bentukkan tak payah tunggu dia naik lagi.. boleh terus masukkan kat oven..
* doh ni agak melekit.. so.. saya just tabur2 tepung je.. 1 adunan boleh dapat 16 biji bun yang sederhana..
*kalau mak saya dia tak tunggu doh ni naik pun.. lepas uli.. dia terus bentukkan.. then tinggal kejap then terus bakar.
* update: leh tgk breadmaker method di blog mamafami.

Daging Prune

sedap daging neh! makan ngan nasi putih jerk! tk nyempat nk wat nasik berempah or nasik minyak n sebagainyer... resepi dari buku Senangnya Memasak Daging Bersama Chef Hanieliza.. tapi aku cilok dari dapur kak.ummi.. resepi k.lieza mmg senang2 belaka! yg pentingnyer sedapp!! tima kasih banyak kak! mintak halal resepinyer dikongsikan di sini yer... sape yg blom bli buku k.lieza tuh silalah bli yer.. (errkkk.. aku ker tuh?! ngee ngee ngeee... )

Bahan-bahan
Bahan A:
  • 600 gm daging (dipotong nipis)
  • 1/2 cawan buah prun (dibuang biji dan dimesin halus)
  • 5 sudu besar sos tomato
  • 4 sudu besar kicap pekat
  • 2 sudu besar cili mesin
  • 2 sudu besar rempah kari
  • 4 sudu besar minyak
  • 1/2 cawan air
  • Garam secukup rasa

Bahan B (dihiris):

  • 4 ulas bawang putih
  • 10 ulas bawang merah
  • 2 inci halia

Cara Memasak:

  1. Daging dibersihkan dan digaulkan dengan sos tomato, rempah kari, cili mesin dan kicap pekat.
  2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dihiris hingga wangi.
  3. Masukkan daging dan kacau rata. Biarkan masak hingga daging lembut.
  4. Masukkan buah prun yang dikisar dan garam. Biarkan hingga kuah pekat.
  5. Tutup api dan hidangkan bersama nasi putih, nasi minyak ataupun nasi beriani.

Tuesday, January 26, 2010

Strawberry Cheese Cake

salam kembali.... melayan tekak bando aku kali nih! terhingin punyer pashal! hahhh?? terhinginnn?? uishhhh.. mana adeeee... sajer jerk layan tekak ngada2! hahaha... sebenonyer aku tk penah wat ciskek yg pesen2 gini.. tp sbb dh terhingin, so aku buat lerr.. mak aiiii... leh pengsan br dpt mkn sepotong! mcm nih mmg bleh gemok la mokcik sowang tuh! pokcik ngan anak2 pokcik mmg tekak kampung! suh rasa pong cam kene pakse.. sape nak abiskan neh?? hakuuu jugak! meh ler tulun aku perabihkan... bukan tak sedap taww! tp terlebey sedap!! botollll..tk tipuu! wat jiran aku tuh, meh pulangkan blk mangkuk aku, aku isi yg nih pulak sementara stok masih ada! kehkehkehkeh...resepi dari dapur kak.zai yg asalnyer dari majalah Midi. Tapi banyak aku ejas utk resepi nih disebabkan bahan2 tak cukup! hihihi... strawberry nak buh tengah2 tk cukup, tuh psl tk nmpk sgt slice yg ade.. whipping cream pong tak cukup gak aku campur ngan yogurt. biskut pong tak cukup jugak! aku cume buh 180g jerk! jem pong jugakkk! haiihhh semua tak cukup! tapi bila dah jadik, molek pulak! hihihi...... mintak halal k.zai resepinyer... mintak maap kiter tuko stoberi... ngeeee... ppon tima kasih byk2 kak.... buruk beno aku tk kuarkan dr alas loyang tuh.. :D
Bahan-bahan
Bahan-bahan A:
250 gm biskut mudah hadam - hana cume buh 180g je
125 gm mentega tanpa garam - hana buh 90g

Bahan-bahan B:
200 ml krim putar(whipping cream) - hana campur yogurt
250 gm krim keju
165 gm gula kastor - hana buh 140g
1 sudu besar jus lemon

Bahan-bahan C:
15 gm gelatin halal
100ml air
- campurkan air dgn gelatin atas double boiler dan sejukkan selama 5 minit (hana gune air panas, kacau dan sejukkan)

Bahan-bahan D
1 pack strawberry - potong jgn besar sgt, nanti berat dan jatuh ke bawah.

Topping:
150 ml jus strawberry - hana gune jem stoberi jerk + 1sudu mkn gelatin + air sedikit = msk secara double boiler. Suamkan seketika then curahkan atas kek.
1 sudu besar tepung jagung - x ltk
Cara-cara
  1. Hancurkan biskut sehingga jadi serbuk.Sediakan loyang acuan berukuran 8 inci.
  2. Cairkan mentega. Tuangkan mentega kedlm bekas berisi biskut tadi. Kacau rata.
  3. Tekankan adunan biskut ke dalam loyang sehingga menjadi rata dan padat.Sejukkan dlm peti ais selama lebih kurang 30 minit agar ia menjadi keras.
  4. Pukul krim putar sehingga pekat dan gebu.Ketepikan.
  5. Pukul krim keju bersama-sama gula dan jus lemon sehingga sebati.Setelah itu masukkan gelatin dan gaul lagi sehingga sebati.
  6. Kemudian tuangkan bahan ini kedlm bekas yg berisi krim putar tadi dan gaul rata dgn menggunakan whisk.
  7. Keluarkan adunan biskut dlm peti ais.Tuangkan 1/3 adunan krim cheese td keatas adunan biskut.Ratakan dan letakkan buah strawberry.Akhir sekali tuangkan adunan sampai habis. Sejukkan di dalam peti ais sekurang2nya 3 jam. (hana dan k.zai cume masukkan 2jam jerk sbb dh keras)
  8. Buat topping dgn mencampurkan jus strawberry dan tpg jagung.Masak atas api yg kecil.Apabila telah mendidih,tutup api. - utk topping hana buat seperti di atas.
  9. Tuangkan jus stoberi hingga habis. Atur buah stoberi. simpan dlm peti ais skali lagi sebelum dihidangkan.

Monday, January 25, 2010

Nugget Ayam

salam tengah malam semua... baru dapat merempit kat sini.. anak2 pong dh tdo.. temankan cik hubby jerk kat sbelah neh wat kije, so aku pong nyempat2 la jugak mengn3 mende alah nugget neh! hihihihi.... kat sini mana nak dpt nugget readymade! ade aritu tgk kat baticrom, tp mak oiiii cume 250g tp regenyer 13hinggitt++!!! klu 250g tuh alahai bape ketol nooo! wat taik gigi jerk! hahaha.... hubby aku kata better wat sendrik la yang oi... sib baik bini dier sedikit rajen erk??! klu tak, mmg haku tk kose! hahaha... utk anak2 takpelah kan! berbaloi juga.. hihihi... meh layan resepi.. sonang joo...Bahan-bahan
  • 400g daging ayam cincang
  • 2 sudu besar breadcrumbs - bleh ganti tpg gandum@serbuk cornflakes@oat
  • 1/2 sudu kecil baking powder - tk nk ltk pong xpe.hanya utk kembungkn je
  • 1/4 biji telur - ltk setengah biji pong boleh
  • garam
  • lada sulah
Utk Coating
  • Kaedah 1:
  • Breadcrumbs
  • Tepung gandum
  • Telur - dikocok
  • Kaedah 2:
  • Air
  • Penyembur air@spray
  • Breadcrumbs
Cara-cara
  • Satukan semua bahan dan gaul sebati.
  • Bulat2kan dan leperkan mengikut kehendak masing2. -hana buat bentuk love.
  • Utk saduran@coating:
  • Kaedah satu - Lumurkan nugget yg dah siap tadi dengan tepung, kemudian celup ke dalam telur yg sudah di kocok dan last skali guling2kan ke dalam serbuk breadcrumbs. buat sehingga habis. Jika inginkan coating yg lebih tebal, ulang 2 kali kaedah tadi.
  • Utk kaedah kedua agak mudah kerna tak menggunakan telur. hanya perlu semburkan air ke atas nugget depan dan belakang then lumurkan dengan serbuk breadcrumbs.
  • Panaskan minyak, goreng hingga kekuningan.
  • Siap utk dihidang dengan sos dan juga mayonis.

Air Asam Menyengat

nak tau nyengat ker tak air asam neh silalah cube sendrik yer!. sedap jugak kat anak tekak aku! laling aku mmg tk gheti cicah2 cenggini.. aku watkan sotong bakar utk air asam neh.. k lah! tkmo ckp byk! skrg nih aku bizi tahap cipan ngan anak2 aku.. mintak maap mana2 blog kengkawan yg blom sempat aku kunjung.. nanti klu pree, aku kunjung bls balik.. tenkiu byk2! resepi dr my.resipi. bleh jugak tgk kat dapur k.nor yer.. layanzzzz....

Bahan-bahan
  • asam jawa (anggaran sekepal) + air
  • *Bahan utk dihiris nipis
  • 1 biji bawang besar
  • 2 biji bawang merah
  • 1 biji tomato
  • 1 biji cili merah
  • 1 biji cili hijau
  • 3 biji cili padi
  • *Bahan utk ditumbuk
  • 1 biji cili merah
  • 2 biji cili padi
  • 1/2 inci belacan bakar
  • garam
  • gula
  • *Bahan utk diperah
  • 1 biji limau nipis- aku gune limau kasturi
  • 1/4 biji lemon
Cara-cara
  1. Ambil asam jawa dan campurkan sedikit air panas. Tapis air asam jawa untuk mendapatkan jusnya sahaja. Ulangi langkah ini sebanyak 2 kali. Jangan terlalu cair.
  2. Masukkan bahan-bahan yang dihiris nipis ke dalam air asam jawa.
  3. Tumbuk bahan-bahan tumbuk dan masukkan ke dalam campuran air asam jawa.
  4. Perah limau nipis dan lemon untuk memasamkan lagi air asam.
  5. Untuk menjadikan air asam lebih menyengat, hiriskan kulit limau nipis dan lemon dan masukkan ke dalam air asam... Pasti sedap.

Sunday, January 24, 2010

Kayu Keramat

kayu bukan sebarang kayu taww! kayu keramat nehh!! hehehe... ade lebihan kuah kacang semalam aku watkan kayu keramat neh! sedap pulak main cicah2! menurut k.madihaA, kayu keramat nih tak macam cakoi..sbb cakoi berongga2 besar dan agak ringan! kayu keramat nih padat dan agak berat. lebih kurang cam cok bantal ataupon janekek. ade lg satu nama pak tongku! sori er klu aku silap! jgn mara org2 blah timur ngan utara! blah selatan mmg tadak kuih neh.. hihihi.... tima kasih kak kongsikan resepi neh. mintak halal resepinyer yer!

Bahan-bahan
  • 500g tepung gandum
  • 1 camca soda bikarbonat
  • 1 camca teh yis mauripan
  • 6 sudu makan gula
  • 1 camca makan planta - hana ganti butter 2
  • 300ml air suam - hana buh sedikit2
  • garam - nih hana tambah
Cara-cara
  • Yis dibancuh dengan sedikit air suam dan biarkan yis kembang seketika.
  • Bancuh gula dengan air lebihan yis tadi.
  • Tepung digaul dengan planta sehingga sebati kemudian masukkan soda bikarbonat dan digaul rata.
  • Kemudian masukkan air yis dan air gula yg dibancuh tadi sedikit demi sedikit.
  • Uli sehingga doh sebati dan biarkan doh mengembang 2 kali ganda. (anggaran 1jam lebih)
  • Tumbuk2an doh, dan potong memanjang lebih kurang 5-7cm.
  • Panaskan minyak. Tarik doh sedikit dan pusingkan kemudian goreng hingga kekuningan.
  • Hidangkan. Enak dimakan dengan sambal tumis ikan bilis, sambal kacang atau gulai etc.

Saturday, January 23, 2010

Satay satay!!

terlebih dahulu, mari kita sedekahkan alfatihah wat al-marhum Sultan Johor yg telah mangkat semalam... alfatihahh..... Sedey juga sbb aku anak jati Johor.. moga roh al-marhum ditempatkan di kalangan org2 yg beriman.. aminn..
k lah layan menu sate yer! jika ingin mencube bleh tgk resepi di sini atau di sini.... klu nak buat kuah kacang yg sedap, masukkan skali lebihan perapan ayam@daging sate tuh ke dalam kuah semasa menumis. syedapp wooo! selamat berhujung mingguu! :)
bakar bakar jgn tk bakar! mana kipas??? tadak! hihihi
sila balik2kan ayam supaya masak rata yer puan2!
versi kebab sate pong ader! ahaks!
wokey! dah siap! geseng pong gesenglah! yg geseng2 tuhlah yg syedapp!
nah! amik sorang secucuk! hehe

Friday, January 22, 2010

Puding Roti Pelangi

terasa nk mkn puding plak arini..... masih menggunakan resepi aku yg sama iaitu Puding Roti Marble. sblm nih marble coklat jerk, cume kali nih aku kasi kaler2 cam pelangi gtu! idea datang dari kiah! tenkiu kiah.... dan trima kasih kerna tak serik mencube puding neh! juga kepada yg lain2 diluar sana tuh! tenkiu banyak2! meh kita try versi nih plak yer...klu nak buh perisa lain pong boleh!.. dan nak bagitau psl serbuk agar2 tuh, klu kat mesia serbuk tuh sepeket 10g gtu kan? so tadak masalah jika gune sepeket serbuk agar2 tuh untuk resepi nih! insyaAllah takkan keras cam batu... hehe.. aku mmg gune 8g jerk..maybe jenis agar2 tuh kot berbeza.. wallahu a'lam... slamat mencube! :)
Bahan-bahan
  • 4 keping roti
  • 2 biji telur
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 170ml susu cair
  • 8gram serbuk agar2 @ sepeket
  • 1/2 cawan gula - bleh kurangkn
  • 2 sudu besar butter/marjerin (cairkan)
  • 31/2 cawan air = hana guna cwn biasa 230ml.
  • pewarna merah,kuning dan hijau. (terpulang masing2)
Cara-cara
  1. Didihkan 3 cwn air,serbuk agar2 n gula ke dalam periuk.
  2. Blend roti,telur,susu pekat, susu cair dan balance air tadi (1/2 cwn). Kemudian masukkan dalam periuk agar2 yg sudah didih td.
  3. Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih. matikan api.
  4. Bahagi kepada 3. masukkan warna pilihan dan kacau sebati. (hana gune merah,hijau dan kuning)
  5. Ambil sesenduk warna hijau dan tuang di tengah2 loyang. kemudian ambil sesenduk warna merah, tuang di atas warna hijau tadi. biarkan puding gerak sendri ke tepi. tk payah ratakan atau kacau. kemudian ambil pula warna kuning tuang di atas kaler hijau pula. ulang smula kaler merah dan buat hingga habis! ketika melapis@me'marble'kan hendaklah dengan cepat sbb puding@agar2 nih mudah sejuk@membeku.
  6. Dah siap bolehlah di simpan di dalam peti sejuk sekurang2nya sejam. Enak dmakan ketika sejuk.

Kepak Ayam Bakar

watkan lauk neh sebenonyer utk anak2.. tapi mak bapak nyibok skali la jugak! hahaha... ratah cenggitu jerk pong sodapp! mkn seketui mana cukup! kene la berketui2! hihihi.... resepi simple dari buku kak.hanieliza yg telah dikongsikan bersama oleh kak.ummi...tima kasih byk sifu2ku! sedap nehh... mintak halal cnp resepinyer di sini.... tenkiu very muchh kak!

Bahan-bahan
Bahan A:
  • 5 bahagian kepak ayam
  • 1 sudu besar madu
  • 1 sudu besar sos tiram
  • garam secukup rasa
  • minyak masak

Bahan B (ditumbuk):

  • 3 cm halia
  • 1 sudu besar lada hitam
  • 3 ulas bawang putih

Cara-Cara

  1. Bersihkan kepak ayam dan basuh serta toskan.
  2. Gaulkan ayam dengan semua bahan kecuali minyak. Perap selama 1 jam atau lebih.
  3. Bakar di atas pemanggang hingga nampak garing.
  4. Sapukan sedikit minyak kemudian bakar lagi. Balikkan ayam agar masak sekata.
  5. Hidangkan bersama salad.

Thursday, January 21, 2010

Urap Kangkung & Taugeh

hah! jgn tk caya aku buat urap! versi perantau! hihihihi... cekur?? ada ada... versi kejong! kelapa parut?? ada jugak!... versi kering! cili padi pong ade, biasalah! versi kejong kejang gak! hahahaha... kangkong tuh aku jumpa smlm kat supa. ntah mimpi apa dier muncul! apalagik rembat lah! yg aku tanam dh kojol!! sbb terlebey suap vitamin! hahahaha... makan ngan ayam masak kicap pedas dan jugak ikan masin bulu ayam! hah?? ikan masin pong ada?? adaaaaaa... dah mcm duk mesia jerk la kan! sbb semua bhn ada.. hihihi... jemput makan semua... resepi bleh juga lihat di sini. nak wat nasik ambeng, tempe tadak! so kensel jerk lah! abbot punyer fashal la neh! huh! hehehe... wat adik ipor aku si fmina tuhh, moga slamat arini OT.. aku doakan jerk dr jauh! hope xde apa2 yg siyes..

Bahan-bahan
  • satu biji kelapa - parut amik yg putih jerk
  • 5 biji bawang merah kecil
  • 2 ulas bawang putih
  • 15-20 btg cili padi - bergantung kepedasan masing2
  • satu mangkuk kecil biji cekur@kencur
  • beberapa helai daun cekur@kencur- hiris halus- optional
  • sejemput ikan bilis kopek
  • garam
  • perisa - jika suka
  • * kangkung - celur dan potong
  • * taugeh - celur
Bahan-bahan
  • tumbuk bawang merah,bwg putih,cili padi,ikan bilis,biji cekur@kencur hingga agak2 lumat.
  • masukkan skali garam dan juga perisa.
  • kaup dan masukkan ke dalam kelapa parut. gaul.
  • panaskan kuali dan sangai kelapa tadi hingga agak2 kering. jgn kering sgt. agak2 ler!
  • tuang dalam mangkuk dan gaul rata dengan sayur@ulam2an tadi serta daun kencur.
  • siap utk dhidang!
  • *jika gune kelapa kering, basahkan dengan air panas terlebih dahulu.

Wednesday, January 20, 2010

Popiah Vietnamese

sowi lah!! arini tadak idea nk wat kudap2an utk ptg... singgah mana2 dapur semuanyer menggoda iman..last2 tk rajen la pulak nk buat! ngeee.. layan jerk la menu ulang tayang neh! lebih berkhasiat! asyik mkn manis2 jerk leh masuk icu kang! hihihi..... kali nih lain pesen jerk aku nengok popia seksi meksi aku nih, ghupernyer aku luper ltk crab stick! hahaha... kes nk ngabiskan stok rice paper aku ler neh.. k lah! layan dulu... resepi dr skyblue@lydia. tp klu nk buh kcg lg sedap! neh versi mls nk numbuk kcg! ngeee..

Bahan-bahan
  • 4 helai daun salad
  • 1 lobak merak, diparut@potong pjg
  • 1 timun, dipotong memanjang
  • 8 ekor udang, direbus dan buangkan kulit
  • Sedikit Taugeh- x ltk
  • Daun sup atau daun mint ikut selera masing2
  • crab stick - rebus dulu
  • 4 helai Rice Paper
  • Sos: sos chili thai
Cara-cara
  1. Rendam 1 helai rice paper dalam air suam seperti dinyatakan kat pkt.
  2. Letak rice paper tadi di atas pinggan, susun bahan2 diatasnya dan balut macam popiah.
  3. Potong dua jika suka, dihidangkan segera atau simpan dlm bekas.

Crab in Spicy Soy Sauce

meh layan ketam.... sedap nehh! tak cukup kicap so tk nmpk itam sgt! silap teknik sbb terbuh garam dulu sblm kicap! biler nk buh kicap byk, takut termashin la plak! ppon dah selamat masuk perot! yg penting mmg sodap sehhh! meh geget sepit ketam tuh! hihihi... resepi dr kak.long cayang aka AlongRoz aka mama liana yg kiut miut tuh! maceh long! bakal ader siaran ulangan... tuh kata en.hubby! hehehe... cnp yer long resepinyer! tenkiuu... muachhh kat liana sket! ihiks! ;)

BAHAN2:
6 ekor ketam
5 biji Bwg Merah*
2 ulas Bwg Putih*
1/2" Halia* (* tumbuk)
1 btg Serai - ketuk
2 sb Cili Mesin
Kicap Masin + Manis - kicap masin tadak, buh kicap manis jerk!
1 tsp Tpg Jagung- bancuh dgn sedikit air - tk ltk
1 biji Telur - pukul sedikit
Garam (jika perlu)

CARA2:
Berus kulit ketam supaya bersih. Potong dua.
Tumis bhn tumbuk & serai sehinga wangi, masukkan cili mesin.
Kacau sehingga cili masak & wangi.
Masukkan kicap secukup nya & sedikit air (sukatan ikutlah nak byk atau sikit kuah nya).
Masukkan ketam & tutup sehingga ketam masak.
Masukkan tpg jagung utk memekatkan kuah.
Masukkan telur & cepat2 kacau.
Masukkan garam jika perlu (kicap masin patut nya sudah mencukupi)