Monday, November 30, 2009

Puding Karamel

tingin pulak nk mkn puding karamel nih! dh lama peram resipi dr dapur kak.zai..suker tgk sbb cantik dan tk berlobang2..tp aku buat lam versi bekas kecit so ader sket lubang2 semut yg kelihatan. ppon rasa dier ttp best! maceh k.zai n feqah resepi asal.

Bahan-bahan
Untuk gula hangus
  • 1 cawan gula pasir
  • 1 cawan air panas
Untuk Puding
  • 4 biji telur
  • 1 tin susu cair
  • 2 sudu besar esen vanila
  • 2 sudu besar tepung jagung/tepung kastad
Cara-cara
  • Masak gula hangus hingga cair. Tuangkan air panas.Kacau hingga sebati. Tuang terus ke dalam loyang 8inci dan biarkan sejuk seketika.
  • Kisar telur hingga kembang dan masukkan susu cair. Kisar lagi hingga sebati.
  • Masukkan esen dan tepung jagung dan kisar sebentar.
  • Tuangkan adunan puding ke dalam loyang gula hangus tadi.
  • Kukus 20 minit hingga masak.

Telur Ikan Goreng Kunyit

salam isnin utk semua... raya dh abes! tp kompom daging lembu,kamben,kerbau,unta n ntah apa2 korang lom abes! mesti korang sumbat lam peti beku korang ngan daging sampai sendat2! meh bak ler campak kat aku sket! kesian aku, cume ade telur ikan jerk! hihihi.... tp telur ikan pong sodapp!! kan kan kan! hehehe.... meh ler jemput makan sape berkonan! tk berkonan pong aku suh korang jamah secubit jerk! sedap per! hehe...resepi kanda Nor dr ganu! maceh er kak! tk payah lauk lain pon xpe! tp sbb en.asben tk mkn telur ikan la! kene gak masak lauk lain! huhu

Bahan-bahan
  • 300gm telur ikan ~ bersihkan dan toskan
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 sudu teh kunyit serbuk
  • 1 labu bawang besar ~ dihiris bulat
  • 2 ulas bawang putih ~ dihiris nipis
  • 2 biji cili merah/hijau ~ dipotong serong
  • 2 tangkai daun kari
  • tomato/tomato cherry
Cara-cara
  • Gaul telur dgn garam dan serbuk kunyit.
  • Panaskan sedikit minyak dan goreng telur ikan hingga masak/garing.
  • Masukkan kesemua bahan2 lain dan goreng sekejap.
  • Angkat dan hidangkan dgn nasi panas.

Sunday, November 29, 2009

Saje2

gamba nih di ambil masa jamuan ari raya haji semalam di kaikan iaitu umah lama kitaorang. bila g taman seconit nih kat situ, tak ketinggalan mengabadikan kenangan berlima... sori la gamba jamuan x post sbb tk nyempat nk amik semua... amik gamba sate pong blur plak! huh! ampeh btol! ppon nk ucap maceh byk2 wat adik2 kanazawa yg msk mcm2! sedapp! kitaorg cume dtg tukang makan jerk! kikiki.....




Saturday, November 28, 2009

Kek Hati Parek (Kek Hati)

tingin gak nk ghase kek yg femes amos kat sarawak nih! tp awat aku buat cam tk jadik jerk erk?! mai ler sifu2 kek sarawak komen kek nih! mmg rasa cam kek buah ker? tgk kek kak.dayang ngan yg HaSue tunjuk tersangat la moist! tp aku wat nih jadik kering plak! pastu cam keras gtu! rasanya cam terlebey tepung! tp betol dh aku sukat sukatan tpg tuh! malah aku kurangkan sket dr resepi asal utk 1gelas=105g (sepatutnyer 125g) hmmm..k.dayang plss help! tul ker erk sukatan tuh 1kg lebih utk satu adunan? maap ler hamba konpius neh! tp totally kek nih mmg sedap! bab gas abes tuh lantak la! janji dpt buat! hahahaha...... (gas bukan pakai tong pong! hihihi) ppon tima kasih er k.dayang atas resepinyer! buat neh utk jamuan ari raya students kat sini. kek yg aku buat nih kurang itam sbb gula itam aku keras!! hahaha...maybe sbb sejuk kot! dpt pree dr jiran sarawak aritu! nama dier k.dayang gak! hihihi... aku wat setengah adunan jer!

Bahan-bahan
  • 10 biji telur A (4 biji putihnya dibuang)
  • 16 oz mentega (utk dptkan hasil yg baik, pilihlah mentega Golden Churn)
  • 9 gelas tepung gandum + 3 sdt soda bikarbonat (diayak bersama)
  • 8 sb gula hitam/browning sugar (rujuk www.myresipi.com/top/detail/6594)
  • 1 kati / 600 g kismis hitam
  • 1/2 tin susu pekat manis
  • 4 gelas gula halus (boleh kurangkan 1/2 gelas lg jika x suke manis - tp dyg dh kurangkan sukatan ni. resepi asal: 6 gelas)
Cara-cara
  1. Kismis dihiris halus atau ditumbuk.
  2. Kemudian ambil segelas tepung gandum lalu digaul bersama kismis yg tlh dihiris/ditumbuk tadi. Ketepikan.
  3. Di dalam mangkuk adunan, putar mentega dan susu sehingga putih.
  4. Di dalam mangkuk adunan lain, pukul telur bersama gula hingga kembang dan berkrim.
  5. Satukan kedua2 adunan itu tadi dan putar lg sehingga sebati.
  6. Kemudian masukkan tepung (8 gelas) ke dalam adunan tadi dan gaulkan.
  7. Masukkan gula hitam dan gaul lagi hingga sebati.
  8. Akhir sekali, masukkan kismis dan kacau lagi hingga rata.
  9. Sediakan pengukus. Gliskan loyang dengan mentega/marjerin dan taburkan sedikit tepung. Kemudian tuangkan adunan tadi ke dalamnya dan tutup kemas dgn kertas foil.
  10. Kukuslah kek ini selama 8 jam. setiap 1 jam, periksalah pengukus, lapkan air pd penutupnya (sebaik2nya tutup dgn kain atau tuala), tambahkan air (air panas/air suam) jika berkurangan. guna api sederhana sahaja.
  11. ***utk info, dyg hanya masak setengah adunan shj dgn menggunakan loyang 7 inci (masa mengukus 4jam 30min). jd, sesape yg nk buat setengah adunan, bahan2nya hendaklah dibahagi 2.
  12. ***supaya kek tahan lbh lama, slps dikukus, bolehlah dibakar skjp dlm 10-15 minit dgn suhu 170C. Sejukkan kek sblm dipotong.

Friday, November 27, 2009

Soto Tulang

nih la menu ari raya kitaorang! sedapp soto nih! thnx kak.as atas resepinyer! wong New Zealand gawe opo la kuwi yooo?? ehehehe... mintak halal kak resepinyer dikongsikan di sini yer! tima kasih!

Bahan-bahan
  • 1kg tulang lembu/kambing (boleh letak daging)- direbus
  • 1 senduk rempah soto Syarifah @ apa2 juga rempah soto pun boleh
  • Kayu manis,buah pelaga,bunga lawang
  • 1 labu bawang besar-di kisar
  • 4 ulas bawang putih- di kisar
  • Halia sebesar ibu jari- di kisar
  • 2 kiub pati ayam
  • 3 sudu sos tiram- x ltk
  • 1 biji tomato
  • 1 cawan santan - hana ltk sket jer.
  • 2 btg serai- di ketuk
  • Sedikit minyak utk menumis
  • Garam secukup rasa
  • 1 liter air- ikut suka
  • lontong @ mee hoon
  • Bahan sampingan utk hiasan: taugeh, daun sup, daun bawang, bawang goreng, kacang tanah & soon goreng..
Cara-cara
  1. Rebus tulang.
  2. Tumis kayu manis,bunga lawang & buah pelaga.masukkan bahan2 yg dikisar, serai & rempah soto Syarifah.
  3. Setelah naik minyak masukkan sos tiram, tomato,kiub pati ayam,garam dan masukkan tulang yg di rebus bersama air rebusannya sekali.
  4. Setelah mendidih.. masukkan santan dan didihkan lagi.
  5. Hidangkan bersama sambal kicap & begedil. Selamat mencuba ^ _^

Selamat Hari Raya Aidil Adha

salam aidil adha wat semua kaum muslimin muslimat! masak apa tuu?? kitaorg masak soto tulang jerk arini! xdak yg istimewanya... danish pong g skool. samo la ngan ayah dier gak! xdo la nk korban apa2! korban perasaan jerk tk dpt blk kg! huhuhu... nih projek rajen skit smlm! ala wat2 makan sendrik jerk! dh lama ngidam! tima kasih yg teramat sgt wat ORANG ITU (ijah! pinjam ayat sat! ngeee) yg sudi mengirimkan acu n inti tart! wallaaaa sukak banget thooo!! ilang kempunan dr raya aritu! huhuhu.... resepi nih pong sodapp!! cume yg tragis nyer nk menekan mende alah tuh! sampai terk**tut tuttt aku dbuatnyer! hahaha..... senonoh btol mokcik tuh erk! kikikiki........ patut la masa MIL aku wat dulu, dier mintak tulun asben aku tekankan! (aku sebenonyer tk penah buat sendrik! tau tengok n makan jerk! hahaha ) mmg seluruh tenaga kuor! takpo lah! yg penting hasilnyer amat ler pueh ati! resepi dari k.nor! maceh banyak2 kak! wat satu adunan nih! tamak btol erk??!! ekekeke... sape nk tengok tart bunga dan segala tips dr k.nor sila rujuk blog k.nor yer.

Bahan-bahan
  • 250gm butter
  • 2 sudu besar gula castor
  • 2 sudu besar minyak sapi (Ghee lagi sedap)
  • 1 bj kuning telur
  • 1 sudu besar tepung kastard
  • 1/2 cawan tepung jagung
  • secubit garam
  • 3 1/4 cawan tepung gandum ~ utk tart gulung
  • (3 3/4 cawan tepung gandum ~ utk tart bunga)
* kalau nak buat tart bunga kena tambahkan lagi tepung sedikit demi sedikit sehingga adunan boleh dicanai dan tidak terlalu lembik.. jgn terlalu banyak ya nanti keras lak
  • jem nenas secukupnya ~ digentel bulat2 (kecik sket dr guli)
hiasan
  • 1bj kuning telur
  • 1 titik pewarna kuning
  • 1 sudu air
  • Satukan ketiga2 bahan ni hingga sebati.
Cara-cara
  • Ayak ke tiga2 tepung.
  • Pukul butter dgn gula hingga putih/creamy.
  • Masukkan minyak sapi, kuning telur dan garam.
  • Pukul lagi hingga sebati.
  • Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan gaul sebati hingga menjadi doh.
  • Perap sebentar (arahan tuan resipi asal ya..) supaya doh mesra.
  • Utk wat tart gulung ~ buat la cam biasa ya.. (dr start picit doh kat acu tart tu, letak inti yg digentel bujur, gulungkan, buang lebihan doh, kemaskan bahagian bawah tart, letak atas tray pembakar dan sapu kuning telur )
  • Buat hingga adunan habis dan bakar la hingga masak dgn suhu 175 - 180C.
  • Angkat dan sejukkan atas redai/rack dulu sebelum disimpan dlm bekas kedap udara

dsebabkan anak2 tk mkn tart, so aku watkan semprit nih! bila ader kaler kaler tuh diorg pong suker nk makan... resepi dr nziela my.resipi. wat setengah adunan jerk dr resepi asal. yg nih dh edit setengah adunan utk rujukan sendri.
Bahan-bahan
  • 150g butter
  • 80g gula aising
  • 50g tepung jagung
  • 80g tepung kastard
  • 120g tepung gandum
  • 1 biji kuning telur
Cara-cara
  1. Pukul butter, gula aising hingga kembang.
  2. Masukkan kuning telur, kacau sebati.
  3. Masukkan semua jenis tepung, gaul dan uli sebati.
  4. Masukkan ke dlm acuan dan picitkan ke atas loyang. Untuk hiasan ceri, coklat rice atau coklat chip, boleh letakkan sekali.
  5. Bakar 150C selama 20 minit.

Thursday, November 26, 2009

Ayam Panggang Sate

belen separuh ayam rosemarry aritu, arini aku watkan ayam panggang sate nih! nama pong sate dh tentu rasanya mcm sate! ayam nih aku perap semalaman so rempahnyer meresap! cedapp! sampai menjilat pinggan! hahaha...masuk bakul hangkat sendrik jerk la! kuikuikui....

curah dengan kuah kcg sate! ermmm yummyy!

Bahan-bahan
  • 1/2 ekor ayam - bleh juga jika nk gune ketulan ayam@bhgn yg lain
  • *1/2 biji bwg besar
  • *3 ulas bwg putih
  • *2 btg serai- dihiris
  • *1 inci lengkuas
  • *2 inci halia
  • *1 inci kunyit hidop
  • *1 sk ketumbar
  • *1 sk jintan putih
  • *1 sk jintan manis
  • 1/2 sk serbuk lada sulah
  • 2 sudu mkn madu
  • 2 sudu mkn gula perang
  • 1 sudu mkn minyak msk
  • garam secukupnyer
Cara-cara
  • Blend tanpa air bhn2 yg bertanda *. jika tk berpusing, tmbhkan air sedikit shj asal bleh pusing.
  • Satukan dengan bhn2 yg lain.
  • Cucuk2kan ayam agar rempah meresap ke dalam. Lumurkan rempah dan perap semalaman atau sekurang2nya 1-2jam.
  • Bakar dengan suhu 200darjah celcius selama 1jam atau hingga masak.sapu ayam setiap 20 min dgn rempah yg keluar dr ayam tuh.
  • Sedap di makan dengan kuah kacang sate atau dratah begitu sajer.

Nasi Mandhi

mesti ramai yg dh blk kg skrg nih! sape2 yg masih ada dan tk blk kg tuh, meh ler temankan aku! huhuhu... arini msk nasik mandhi jerk! nasik pon reti mandi tau! rasanya ramai dah mencube sbb senang! lg satu sedap! try ler sape yg lom try! leh wat esok raya aji! ader ker owang msk nasik cenggini raya2? mesti lemang ketupat! kitaorg belasah ajer janji mkn! resepi CnP dr umah k.ummi yg tgh dlanda penyu terdampar dpn umah. kekeke... nmpknyer aku pon kene berhati2 djln raya! huhuhu... ppon thanx kak yer! aku gune beras jasmin jerk! basmathi tk cukup la pullak! kaler pong kurang cun! mkn ajer la!

Bahan-bahan
  • 4 cawan/pot beras basmathi ~ rendam 20 minit dan toskan
  • 3 camca besar minyak sapi
  • 4 cawan air atau secukupnya - **tambah air supaya nasi lembut
  • 1 biji bawang besar ~ hiris halus
  • 3 ulas bawang putih ~ hiris halus
  • 1 inci halia ~ hiris halus btg mancis
  • 1/3 cwn kismis
  • Rempah tumis ~ 1 batang kayu manis, 1 kuntum bunga lawang, 3 biji buah pelaga, 5 kuntum bunga cengkih
  • Sedikit pewarna kuning- guna
  • 1 sk kunyit campur dgn sikit air
  • Garam secukup rasa.

Cara penyediaan

  1. Panaskan minyak tumis rempah tumis, bawang putih, bawang besar dan halia hingga harum dan bawang layu.
  2. Masukkan kismis, goreng sebentar dan masukkan pula air, biar mendidih.
  3. Bila mendidih, padamkan api dan tuang ke dalam rice cooker. Masukkan beras dan garam secukup rasa, kacau rata dan masak seperti biasa.
  4. #Bila nasi kering, buat lubang ditgh nasi dan letakkan foil. Masukkan 1 sudu minyak dan seketul arang yang telah dibakar. Tutup tudung periuk selama 2 minit supaya aroma asap arang tadi meresap ke dalam nasi.
  5. Buka semula tudung periuk dan keluarkan foil bersama arang tadi.
  6. Titiskan 2-3 titik pewarna kuning, kacau/gembur nasi dan masak nasi sehingga masak.

(#) Step (4) ni tak buat sbb tak ada arang kat rumah..ada kat kedai, maleh nak membakar setakat nak letak seketuiii..hehee) Orang lain jgn ikut akak eh..rajin2 sikit.

Wednesday, November 25, 2009

Kerabu Sotong

sila la layan kerabu sedap nih yer! resepi dr dapur k.nor yg serba mengancam gambo foodsnyer! ghase cam nk telan skrin pc jerk! kekeke... thanx kak yer! nk cepat nih! nk g tambat lembu! nk semelih! kan nk raya! kehkehkeh resepi asal kerabu seafood. SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA wat semua!! mmuahhh!!!

Bahan-bahan
  • sotong ~ dibersihkan dan dipotong
  • udang ~ dibuang kulit
  • 1 bj tomato ~ buang biji dan dipotong memanjang
  • lobak merah ~ dihiris cam batang mancis
  • 2 ulas bawang merah ~ dihiris halus
  • 5 -7 bj cili padi ~ dihiris/ditumbuk
  • daun sup dan daun ketumbar ~ dihiris halus
  • 3 atau 4 sudu sos ikan
  • 1 sudu besar gula
  • garam ~ optional (biasanya dah cukup masin bila guna sos ikan)
  • 3 sudu besar jus limau nipis ~ tambahkan lagi kalau kurang rasa masam
Cara-cara
  • Celur sekejap sotong dan udang. Toskan.
  • Gaul semua bahan2 hingga sebati.
  • Rasakan, biar ada rasa masam, masin, manis dan pedas.

Tuesday, November 24, 2009

Roti Warna Warni

salam semua... mintak maap yer! arini msg yg ada tk dpt dbalas satu persatu... huhuhuhu! tk senang duduk ler nk merempit! nih dh mlm baru dpt ngadap! tp sempat jugak tuh wat roti kalerpul nih! hihihi.. tuh jerk la yg sempat! nah!! amik sorang satu roti ni yer! cicah air milo or kopi panas! syedappp!! roti kaler2 nih resepi saper lagik klu bukan pn.ma@mamafami kita! cam dah sinonim jerk roti sedap n kalerpul mesti mamafami punyer! hihihi... abeh la kombang lobang idong ma arini! kehkehkeh.... ampon ma! jgn maraa... hehehe...nk wat yg roux roux tuh tk nyempat! huhuhu.. len kali la.. thnx ma yer! nak C&P kat sini.. tenkiu beri beri mac!!!

Ingredients :
  • 250 g high protein flour (I used all purpose flour)
  • 30 g sugar
  • 20 g milk powder
  • 6 g instant dried yeast
  • 1/2 teapsoon salt
  • 1/2 teaspoon dough softener
  • 2 egg yolks
  • 130 ml fresh milk
  • 30 g butter
  • Food coloring : pink, yellow, green
ciksue!! nih acuannyer!

Method : (Breadmaker method)
  • 1. Pour fresh milk into the breadmaker pan. Add in salt, sugar and egg yolks
  • 2. Top it with sifted flour, dry yeast, milk powder and dough softener.
  • 3. Set the Breadmaker to Dough function.
  • 4. Once the dough is just combined, add in butter and leave the Breadmaker to continue doing it's job. This process will take about 1 1/2 hour including prooving.
  • 5. Remove dough from BM and punch down to release the air. Cut the dough to 6 portions. Add a bit of food coloring to the dough. 2 doughs for 1 color. Make into round balls and leave to rest for 10 minutes.
  • 6. Roll the dough flat. Place one color on top of the other to form 3 layers. Roll like a swiss roll and place in the well greased tin. Repeat the same procedure with the other 3 balls.
  • 7. Leave to proof till double the size.
  • 8. Bake in a preheated oven at 180 C for 40 minutes or so.
  • 9. Once out of the oven, brush with butter.

Tom Yum Koong

wat adik aida@igloomama yg kat riyadh tuh, meh ler akak dh wat soup tomyam nih! sowi la akak buat pedas sket! agak2 tekak ko leh telan ke tak tuh?? kekeke... moga tk jd nk demam yer! hihihi... simple dimple jerk msk arini! mkn ngan brokoli rebus! selesaii... huhuhu.. arini kap kap sawadikap! koong@kung@goong samer jerk! kan dik jah kan? akak ko dh terer sket arini blaja satu word siam! hahaha... carik idea kat all.recipes n pes tomyum pure dr siam! tp daun ketumbar lupa nk ltk! ngeeee...
Ingredients
  • 1/2 pound medium shrimp - peeled and deveined -tuko en.crab!
  • 4 cups water
  • 2 lemon grass
  • 4 kaffir lime leaves
  • 4 slices galangal
  • 4 chile padi (bird's eye chiles)
  • 1 1/2 tablespoons fish sauce
  • 1 1/2 limes, juiced
  • 1 teaspoon white sugar
  • 1 teaspoon hot chile paste
  • 1 tablespoon tom yum soup paste (optional)
Directions
  1. Trim lemongrass and cut into matchstick size pieces.
  2. To make stock: Add the shrimp heads and shells to water, then cook for 20 minutes. Turn the fire off. Soak the heads and shells for further 20 minutes before discarding.
  3. Trim lemongrass and cut into matchstick size pieces.
  4. Add stock, lemon grass, kaffir lime leaves, galangal, chili padi, fish sauce, lime juice, sugar, and chili paste to a pot and bring to a boil. After boiling for 5 minutes, add shrimps and both mushrooms. Cook for further 10 minutes. Garnish with coriander leaves.

Monday, November 23, 2009

Seafood Pizza

eh! lom letak cheese!
haaaa.. dah bleh bakar
panas..panas! terlebey masak plak! hahaha
nah!! utk korang! tkyah mintak lebey dh abess! hehehe

resepi dari dapur k.noreen! silap setting suhu...lambat masak! bila up-kan terlebey msk la pullak! sib baik tak geseng! hahahaha.... layan jerk la! huhuhu... thanx k.noreen.

Bahan-bahan (1 keping saiz 30cm)
Bahan2 doh:
  • 120gm tepung gandum
  • 120gm tepung roti
  • 1 camb olive oil
  • 1/4 camt garam
  • 1 camt yis
  • 150-160ml air suam
sedikit olive oil - untuk sapuan atas permukaan doh

bahan2 untuk topping:
  • sos pizza/pasta secukupnya
  • 200gm chicken breast - direbus/digoreng - ganti seafood
  • 1/2 biji cili benggala (capsicum) hijau - dipotong memanjang
  • 5 biji buah zaiton - dipotong bulat - xdak!
  • 100gm cheese mozarella
  • sedikit parutan cheese parmesan
bahan2 herb seasoning:
  • secubit herba thyme
  • secubit herba rosemary
  • secubit italian seasoning
  • secubit herba parsley atau flakes
cara-cara
  • masukkan semua bahan2 doh ke dalam BM dan tekankan untuk setting dough
  • tunggu sehingga siap lebih kurang 1 1/2 jam (bergantung pada jenis BM masing2)
  • selepas itu keluarkan doh dan letakkan di atas papan pencanai yang telah ditaburkan dengan sedikit tepung
  • tumbuk2kan doh tadi supaya mengeluarkan angin
  • bentukkan doh menjadi bulat yang besar dan rehatkan selama 10 min
  • selepas itu bolehlah dicanaikan doh menjadi bulat besar di antara 28-30cm
  • letakkan di atas pizza pan yang telah digriskan terlebih dahulu
  • cucuk2kan permukaan doh tadi dengan garfu
  • kemudian sapukan permukaan doh dengan olive oil
  • bakar pada suhu 180C selama 10min - hana bakar skali harung jerk!
  • keluarkan dari oven dan biarkan sejuk
  • selepas itu bolehlah disapukan dengan sos pizza/pasta dipermukaan doh
  • taburkan dengan cheese mozarella, ayam, capsicum, buah zaitun dan bahan2 herb seasoning
  • akhir sekali taburkan lagi cheese mozarella dan parutan cheese parmesan
  • bakar lagi sekali pada suhu 200C selama 10-15 min atau sehingga masak dan garing (bergantung pada selera masing2)
  • hidangkan panas2

note: topping boleh dipelbagaikan ikut selera masing2. kalau pergi makan di domino pizza jangan lupe order garlic sauce then boleh simpan kat umah makan ngan homemade pizza

Sepetang yg indah..

hehehehe.... klu korang boring ngan situasi nih, sila abaikan n3 nih k! kekeke.. kesinambungan cter mohabbatien semalam. kali nih tak jauh! leh jln kaki dr umah! danish dh sihat, ajak dier main g taman... sambil2 ajak darwish ber'koyok'! (wong jowo mesti phm koyok! kekeke)



cam muka ayah ker??
ker mama?? mama kot! hehehe
timang tinggi2 sampai cecah awan!
cepat! nak main tak??
dh ready blom??
dah la bang!
cepat kejar sape dpt!
huhuhu...mentang2 la aku lom ade 'kaki'!

apa barang mama ngan ayah suh tgk daun! wekkks! tk beshh!
boring ar! nak balikk!

Sunday, November 22, 2009

Ber'kouyou' lagik!

arini cuaca cerah! alhamdulillah dapat gak kitaorg g kenrokoen garden! sblm2 nih nak gi asyik ujannn jerk! nih pong pegi dh byk pokok yg botak! dpt cikit2 jd ler! cam tk penah jemu jerk! padahal tiap2 taun pegi sini! bukan tiap taun jerk! ari2 bleh pegi! hihihihi... so sesapa nk mai kanazawa jgn lupa singgah taman nih yer! nih antara koen faling fofular kat jepan! masa nih darwish memanjang tdooo! so tk dpt la amik gambo dier feelin mohabbaten kat sini! tangkap stroller dier pong jadik la yerk! kekekeke.... meh nengok apa yg ade kat taman niH!
daun mohabbatein kan?? hehehe
sebenonyer nk tunjuk bj cik nor bagi! tp sbb sejok kene cover la! tk nmpk! huhuhu
masa nih ghamai gler! nyibok tol lalu lalang nk amik gambo!
layankan jerk la dak bujang duorg nih!
ada air
ada...mmmm.. apa nih ar? cam papan nisan kubur jerk! hahaha
peti pos kot! kakakaka bukan lerr! lampu la nduk!
umh jepon jaman doulu2
ada nih..
nih mesti ada..
pokok nih dh kene pakai selimut! 'selimut' tuh utk keselamatan drpd kene gigit nyamok! hahaha... ader kerr!.. tuh mencegah dr salji jatuh atas pokok! maknanya nanti salji akan gayut2 kat selimut tuh lah! jadik pokok2 xde la sejuk sgt! hehehe Ralat ralat! bukan lalat tau! hahaha k.hani bgtau >>pokok tu kena ikat macam tu pasai tak nak bagi ranting dia patah nanti bila salji turun atas dahan nya sbb salji tu akan jadi berat. kalau yang nak bagi tahan sejuk tu diorang balut kat perdu
ada nih..
nih pong kene ada...
alerrr nih lagik!
klu g sini jgn lupa singgah istana! mintak wit angpau kat maharaja! hahaha
jom la baliK!.. alaaa nk blk dh ker?? g soping la pullak!
dengo soping jerk, otomatik dak kicit pong bangun! ikut perangai sapaaaa la tuh! hahaha
susyah btol skrg suh posing! asyik pandang lain jerk! pandang awek ker??!
meh la ngan ayah pulakk! haaaa kan bagus gtu! semua auntie nk nengok! auntie ros! encem tk kita pakai baju nih??? ehehe
cam biasa ar.. pas2 cuci2 mata, cuci perot! hehe
huhuhuu semua owang makan! kita ngencess ajer!
kaki fry!! ermmmm cedapnyerr! mama punyer la!
ayah punyer! pong sodappp! bila jirus air lagik sedappp!!