Sunday, October 31, 2010

Kuih Serimuka Durian




Assalamualaikum semua.... tengah wat per tuhh?? arini cuaca kanazawa sejuk gegegege lagik.. mendungg jerk.. nak jenjalan pong tak syok! kompom ujan kejap2 lagik... jadiknyer duk kat umah jerk lah golek2 ngan baby muda dan baby tua.. hahahaha... apa??! durian tak gugur lagik? durian jepong memanjang berbuah.... itu pasal tadak halangan nak makan durian bila2 masa.. ade yang teringin?? tak heran?? cis! elee durian keras apa barangggg...*statement utk makcik sorang tuh! kikiki... akceli aku menggunakan lempuk mak mina bagi tempohari.. expired lama lagik ah! taun dua ribu doblas pong tahan lagik! hihihi...... resepi amik dari dapur Rima yang kelezzzzzz gtu! pingsan kalau masuk blog dier ko! lagik2 time lapo.. mmg carik nahas! hehehe.. maceh rim... syedapppppppp! wpon hanya lempok doyan.. eh! sape nak try gune lempok tuh kasi blend ngan air sukatan alus2 ya... gulanya perlu dikurangkan.. klu kencing manis masuk spital aku tak mo tanggunggg... hahaha.. resepi bawah nih setengah adunan dr resepi asal. klu nak tgk resepi asal dan satu adunan g blog rima yer... jemput minum petang ibuk2 n bapak2 sekelian....


Bahan-bahan
Lapisan Bawah
  • 250g beras pulut - rendam 1jam dan toskan
  • 1/2 sk garam
  • 170ml santan cair
  • Daun pandan simpul
  • 1/2sk gula - rima tambah
Cara-cara
  • Sediakan periuk kukusan dan panaskan air. Satukan semua bahan diatas dan gaul sebati. Kemudian kukus lebih kurang 30-35min atau sehingga pulut masak. Keluarkan daun pandan. Masukkan pulut ke dalam loyang yang di alas dengan daun pisang@plastik wrap supaya mudah dikeluarkan. Tekan padat. Ketepikan sebentar. (hana guna tips kak.hanieliza gunakan loyang spring form dan alas dengan plastik wrap)
Bahan-bahan
Lapisan Atas
  • 150g isi durian
  • 125g gula
  • 3 biji telur (anggaran 30g setiap satu)
  • 35g tepung gandum
  • 10g tepung jagung
  • 375ml santan pekat (hana buh 200ml santan pekat + 175ml air)
  • secubit garam
  • Sedikit pewarna kuning
Cara-cara
  • Blend isi durian dengan sukatan air sehingga hancur sebati.Ketepikan.
  • Satukan telur, gula, tepung, santan, garam dan pewarna. Blend semua sebati.Kemudian tapis ke dalam periuk.
  • Campurkan isi durian tadi. Dan masak sekejap menggunakan api kecil sehingga agak pekat. tak perlu sampai mendidih.Curahkan adunan ke dalam loyang pulut tadi.
  • Kukus lebih kurang 30-40min atau sehingga masak. Pastikan tutup pengukus dilapik dengan kain agar air tidak menitik atas kuih.
  • Tunggu benar2 sejuk baru dipotong.

pra momiji...

arini cuaca redup sket blah tengahari... jadiknyer kitaorg jalan2 g taman sambil layan momiji... sekarang da stat musim luruh... maka dedaun bertukar kekuning2an, keoren2an dan kemerah2an.. akceli lom sepenuhnya bertukar kaler... masih ade yg ijo2.. nnti klu sempat berkouyou lagik, aku cter balik er... nih pong sempat layan sekejap jerk..tetiba cuaca bertukar gerimis2 dan terus balik uma...




















Friday, October 29, 2010

Sardin Masak Kicap

OMG! macam dapat emas jerk `jumpa` en.sardin... hahahaha... kesian btol dengan makcik bedah nih.. punyer la malas nak wat sardin homemade.. sardin lam tin jugak yang dicarik.. kan nak kije mudah tuh! yer tak? jom la jemput makan tengahari kat jepong.. lauk bese2 jerk... arini hubby tak balik lunch.. sbb nk solat jumaat kan.. tp klu dier nampak en.sutun peberet dier tuh, ntah2 kejap lagik pas jumaat ting tong! sape tuuu?? hahahaha... en.sutun lebih hebat penangannya banding bini dier.. yer ker?? tak caya ah! haha... resepi asal sardin leh tengok sini.

Bahan-bahan
  • 1 tin sardin - tak perlu toskan sosnya
  • 1 biji bawang besar - dihiris baji
  • 1-2 lada besar hijau dan merah - dihiris
  • 1 inci halia - diketuk
  • kicap - hana gune kicap jalen manis
  • minyak utk menumis
  • kalau nak pedas tambahkan 1-2 sb cili kisar@cili padi
Cara-cara
  1. Tumis bawang besar,halia dan lada hingga naik bau.Masukkan sardin dan juga sosnya.
  2. Kemudian masukkan kicap secukupnya.Kacau dan didihkan. tutup api. siappp! - bleh tambah tomato atau sayur2an lain jika suka.
  3. SeLaMaT MeNcubE.
Horenso No Ohitashi.. katsuobushi tadak stok.
sardin kicap utk budak2... wat tak pedas. jemput bismillah....

Thursday, October 28, 2010

Gulai Nangka & Ayam


wahhhh syoknyer arini aku menggulai nangka......dah lama ngidam.. bli pulak cuma setin.. ishh
apa punyer bengang la kan..dah lama carik blinyer kok cume setin! jadi ler wat lepas ngidam.. hahaha... lawan ngan my sambal belacan. waduhhhh.. enak bangett..... akceli skrg nih klu msk bersantan or berminyak kejap beno membekunya.... lepas masak kene cepat2 makan.. klu tak, dah tak syok! uishh paham2 ajer skrg nih tetiba cuaca dah sejuk gegegege... hentah sempat ke tidak nih nak layan daun kuning2 dan oren2..

Bahan-bahan
  • 1 tin nangka muda dalam tin - toskan airnya kemudian basuh
  • Ayam - potong kecil @ kepak ayam @ kaki ayam
  • Santan Pekat
  • Air
  • *1 batang cili merah+cili padi @ 1 sudu besar cili kisar
  • *1/2 biji bawang besar @ 3 biji bawang merah
  • *2 ulas bawang putih
  • *1/2 inci kunyit hidop
  • 1 sudu besar serbuk kari ayam
  • 1/2 kiub ayam
  • 1 keping asam keping
  • 1 batang serai - ketuk
  • daun kari
  • garam dan gula
Cara-cara
  • Tumbuk bahan yang bertanda *.
  • Panaskan minyak. tumis hingga naik bau. Masukkan skali daun kari dan serai. Bancuh serbuk kari dengan sedikit air dan masukkan.
  • Masukkan pula ayam dan gaul rata. Masukkan kiub ayam dan sedikit air. Biarkan sehingga ayam setengah masak.
  • Masukkan pula nangka, asam keping, santan dan juga sedikit air.
  • Perasakan dengan garam dan gula. Didihkan hingga terbit minyak.
  • Angkat dan hidangkan.

Sate Ayam Madura

sesekali menerai resepi yang laen sket apa salahnya kan... asyik2 `resepi sendiri` boring juga... haha.. walaupon bahan perap tak banyak menggunakan rempah2, ternyata sedap juga lalu kat tekak... ada rasa masam2 sket sbb buh lemon dan kurang sket rasa muak.. bestlah! akceli tak sempat nak posingkan sate2 nih dgn lebih anggun.. sbb semua dah tak sabo2 nak geget ayam. snap snap gtu ajerlah! resepi asal dari Indonesian Eats. kuah kacang dier pong sedaplah! ermm... nyum nyum... ade belen, pikir arini nak wat cakoi request en.hubby.. k.a.l.a.u rajennn.. haha

Bahan-bahan
Bahan Sate Ayam
  • 700g daging ayam tanpa tulang - potong 2-3cm
  • Minyak Ayam - hana sub ngan bawang putih dan halia parut dan tambah ciken stok sket serta minyak sesudu - refer resepi minyak ayam Indonesian Eats
  • Kicap pekat manis
  • Lidi sate
Bahan Kuah Kacang
  • 200g kacang tanah goreng@sangai
  • 4 tangkai cili kering @ cili merah - buang biji dan potong
  • 5 ulas bawang putih
  • 3 biji bawang besar - jika kecil buh 5 biji
  • 1/2 sm petis udang
  • 1/2 sm belacan
  • 2 sm gula melaka
  • 1 batang serai - hana tambah
  • 1 sudu besar peanut butter
  • 200ml air panas
  • garam secukupnya
  • minyak secukupnya utk menumis
Bahan sampingan
  • Lontong
  • Timun
  • Bawang
  • Sambal - hana tak buat
budak comot suka gak makan sate.. tp kene tengok2kan sbb dier nak jugak pegang lidi tuh.. sangat suka tgk cara dier pegang apa2 barang atau mknn.. hanya ibu jari dan jari telunjuk ajer.

Cara-cara
  • Perap ayam dengan bahan2 di atas sekurang2nya 2-3jam atau semalaman.
  • Cucukkan dengan lidi sate berselang seli dengan kulit@lemak ayam jika ada.
  • Ambil 2 sm kuah kacang + 1 sm kicap manis + 2 sm lemon jus + baki bahan perapan. Kacau sebati. Celupkan sate dan bakar sehingga masak.
  • Untuk membuat kuah kacang : Panaskan sedikit minyak. Goreng cili kering@cili merah, bawang besar dan putih serta belacan hingga wangi. Toskan kemudian blend.
  • Tumbuk kacang tanah, gula melaka, petis udang dan garam sampai lumat. - bleh jugakan FP jika ada.
  • Masukkan semua bahan kuah kacang ke dalam periuk dan masak hingga naik minyak dan agak pekat.Matikan api.
  • Untuk Hidangan : Campurkan kacang tanah dengan kicap, dan jus lemon kemudian curah@celup ke atas sate. Hidangkan sekali dengan nasi impit, timun, bawang dan juga sambal.

Wednesday, October 27, 2010

Puding Laici

sana sini sinun sinin senan telah mencuba resepi kak.liza nih... semalam baru terpanggey nak mencubanya. alhamdulillahh teramat la sedapnyerr.. wat izahdaut dan jugak kak.nor yang sedia menanti dari semalam, silalah amik fuding yang ada nih... dun wori la..tak abes lagik.. yg makannya cume aku ngan danial jerk.. hubby ngan danish susah sket nak diduga bab2 puding nih.. darwish plak makan ciput2 jerk.. dier godeh2 sendrik abeh ancuss dbuatnyer.. suapkan tak mo plak.. yg masuk mulot hentah bape sen no lah.. budak nak meng`explore` dunianya.. biorkan ajer.. hihi... wat setengah adunan dari resepi asal kak.liza.. yang bawah nih resepi cnp dari blog kak.nor. sape lom cuba, meh pakat2 menerai.. sedappppp... bg yg berada di negara musim sejuk, dinasihatkan supaya menikmati puding ini di depan heater anda.. muahahahaha...

RESEPI PUDING LAICI
Source : Chef Hanieliza

Bahan-bahan

  • 10 gm agar2 serbuk atau 1 paket agar2 biasa [28 gram]
  • 6 gelas air
  • 11/2 cawan gula
  • 1 tin susu cair
  • 1 tin laici dalam tin... [mesin sikit]
  • 1 tin laici [untuk hiasan]
Cara-cara
  • Masakkan agar2 serbuk atau agar biasa bersama air sehingga mendidih.
  • Masukkan gula. Biarkan mendideh lagi. [jika gunakan agar biasa kena tapis]
  • Tutup api. Masukkan air laici dan susu cair.
  • Tuangkan dalam acuan [terpulanglah nak acuan besar atau mangkuk kecil]. Bila dah sejuk masukkan dalam petisejuk.
  • Hidangkan bersama buah laici yang diasingkan tadi.
NOTA
Puding laici ni agak lembut sedikit...so kalau nak makan potongkan [jika gunakan acuan besar] atau tuangkan dalam bekas dan gunakan sudu kecil untuk memakannya.

Hana ikut sukatan kak.nor.
  • 1 paket agar2 serbuk (10gm)
  • 5 cawan air ~ cawan metrik
  • 8 sudu besar gula ~ lebih kurang 3/4 cawan metrik
  • 1 tin susu cair (400ml)
  • 1 tin laici ~ dimesin/blend dgn 1 cawan air laici dlm tin
  • 1 helai daun pandan ~ ni k.nor tambah - hana tak buh
Note dari kak.Nur
  • blend laici dgn 1 cawan air laici. Blend kejap jer jgn sampai lumat/halus.
  • lebihan air laici tu K.Nor jadikan kuah masa makan puding tu (sejukkan dulu utk dptkan rasa yg lebih nyaman masa makan hehe)

Ayam Goreng Herba

nih ayam yang wat semalam... sangat sedapp! aku lebihkan serai dan tambah daun kari. Macam ayam berempah serai yang aku penah cuba sebelom nih.. cume yang nih kene goreng dulu dan tumis sampai garing. rempah tuh melekat btol ngan ayam.. tuh yg syok! tima kasih wat kak.suzi yang sudi kongsikan resepi nih... lenkali leh wat lagik...

Bahan-bahan
  • 1 ekor ayam - dipotong kecil
  • sedikit serbuk kunyit dan garam
Bahan tumis:
  • 3 ulas bawang merah india*
  • 2 ulas bawang putih*
  • 1 batang serai* - hana tambah lagi
  • 2 sm halia* - hana tambah kunyit hidop
  • 1 sudu teh jintan manis* (bahan *----> dikisar)
  • 1 sudu serbuk kari - takde dalam resepi asal.
  • Garam dan gula secukup rasa - hana tak letak gula
  • Minyak masak secukupnya.
Cara-cara
  1. Gaul ayam dan sedikit kunyit dan garam.( dalam resepi asal tak gaul ayam dengan garam dan kunyit. Kunyit hidup dikisar dan letak semasa menumis).
  2. Panaskan minyak dan goreng ayam hingga separa masak. Angkat dan ketepikan.
  3. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan tumis@kisar hingga naik baunya.
  4. Kemudian masukkan ayam dan biarkan hingga sebati. - Hana goreng hingga agak garing.
  5. Perasakan dengan garam dan gula.
  6. Angkat dan hidang.

Tuesday, October 26, 2010

Brokoli Goreng Bawang Putih

dah siap masak blommmm?? hihihi... akceli rutin aku skrg nih, sebelom kol doblas mmg kene siap2 dah masak. kadang hubby balik lunch time nih.. tapi klu aku dah masak pepagi, xde la dier balik. pagi tadi kan makan roti ajer..jadiknya mmg kene masak before jam doblas.. skrg nih pong zuhur masuk awal lam kol 11 lebih... pas nih leh lepak2 layan danial wat homework.. darwish memanjang tdo sejuk2 nih.. haha.. resepi nih skodeng dari dapur kak.rusnah FP. macam2 resepi ada.. berbakul2 masuk list! buatnya hentah bila.. hihi...tima kasih kak.rus.. aku ngan en.asben suker sangat ngan brokoli.. masak apa ajer semua suker.. resepi asal dari dapur kak.raidah. thanx kak..

Bahan-bahan
  • 200g brokoli
  • 5 ulas bawang putih ~ potong dadu
  • 1 sudubesar pes bawang(resepi sila lihat dibawah)-hana tk buat.cincang bwg besar&putih je
  • 2 sudu besar sos tiram
  • Garam - hana tak buh sbb sos tiram dah masin
  • Air sedikit
  • 1 sudu besar minyak.
Cara-cara
  • Potong brokoli dan bersihkan.
  • Panaskan air didalam periuk, bila air mendidih masukkan brokoli dan rebus selama 1 minit. Toskan airnya.
  • Panaskan minyak, tumiskan bawang putih dan goreng sehingga garing dan diangkat.
  • Dengan menggunakan minyak tadi, masukkan pes bawang, sos tiram dan sedikit air. Kacau rata(kuah bergantung kpd citarasa).
  • Masukkan brokoli dan perasakan dgn garam secukup rasa. Angkat, letakkan didalam mangkuk/piring dan taburkan bawang putih yg telah digoreng garing tadi.
RESEPI PES BAWANG
Source : Kak.Raidah

Bahan-bahan
  • 1 kg bawang besar ~ belah 2 dan hiris
  • 300 gm bawang putih ~ belah dua
  • 1/2 liter minyak atau secukupnya
Cara-cara
  • Panaskan minyak, tumiskan bawang putih sehingga kekuningan dan angkat.
  • Kemudian tumiskan pula bawang besar sehingga bawang masak tak perlu sehingga garing. Angkat.
  • Kisar bawang putih dan merah sehingga hancur. Guna pengisar kering atau boleh juga masukkan dlm pengisar dan kisar bersama minyak gorengan tadi.
  • Masak semula bawang tersebut sehingga bawang betul2 masak.
  • Pes bawang ini boleh disimpan....taruh dalam botol dan simpan dalam peti ais.

PELAKON2 TAMBAHAN LUNCH arini..
4 ketui Ayam Goreng Herba utk kanak2 riang.. baki seketui utk korang! hahaha... resepi dari dapur kak.suzi. tima kasih kak.. akan dbuat n3 kemudian.
Kari Kepala Ikan my peberettt.... tang pipi dier yang manis tuh walahhhhh.. resepi leh tengok SINI . alamak lupa nak tumbuk sambal belacan. kompom lagik ngam!
brokoli nih sangat sedappp! bila geget2 sama si bawang putih tuh mmg syokk sangat! akceli aku suker bawang putih goreng.. hehe