Sunday, July 29, 2012

Agar-agar Milo Lapis Oreo



dah lama nak menerai puding besan ku ini... dan ntah yang ke berapa kali beli oreo asyik abes dikerjakan budak2 nih... yang nih pon mujur sgt la ader lg ciput.. itu pon banyak yg togel..inti dalam dah xde.. anak sape la tu punyer kerejer yer! sape lum terai puding nih mmg musti terai la... lelagi bulan pose nih amat sesuai utk menyedapkan tekak.. fuhh mmg heavennnnn... maceh banyak2 long atas resepinya... leh buat lg nanti.. nak zassss ke dapur utk menu bbuka arini.. nasi lemak ayam goreng berempah jerk.. Selamat berbuka semua...

RESEPI HEAVENLY MILO & OREO JELLY
sumber : besan AlongRoz

Bahan-bahan
  • 1 bungkus agar2 serbuk (10gram)
  • 750ml air
  • 160g gula
  • 1 tin susu cair (400ml)
  • 3/4cawan milo
  • satu bungkus oreo (135g) - patahkan dua2 lapisan sandwich
Cara-cara
  • Masak serbuk agar2 dan air sehingga larut. Masukkan gula dan masak hingga larut. Masukkan susu cair kacau sebati hingga mendidih.
  • Asingkan 2 cawan ke dalam periuk lain.Campurkan milo kacau hingga sebati.
  • Tuang satu cawan milo ke dalam acuan. Manakala bakinya panaskan dgn api kecil supaya tidak membeku.
  • Apabila mengeras sedikit, tuangkan adunan putih tadi. taburkan biskut oreo. Sejukkan sebentar sehingga mengeras sedikit kemudian tuangkan pula baki milo tadi. Sejukkan sekejap dgn suhu bilik kemudian masukkan peti sejuk. Potong dan Hidangkan.
Tips Melapis :
  • Jangan tunggu lapisan membeku sepenuhnya sbb takut lapisan tidak akan melekat.
  • Jika lapisan telah membeku, guriskan permukaan dgn garfu dan tuangkan lapisan seterusnya.
  • Pastikan adunan masih panas ketika menuang ke atas lapisan sebelumnya supaya ia melekat dgn elok.

Saturday, July 28, 2012

Nasi Minyak Mudah



 Assalamualaikum..... bertemu kembali..... menu nih ialah menu pada ari pertama berbuka puasa aritu.. request dr anakanda Danish yang sgt suka dgn nasik minyak ala kantin skola.. aku paham beno la klu sebut nasi myk kantin skola utk bdk2 skola rendah nih... biasa ayam merah bodo2 jer.. pedas2 manja ajer.. beras pon guna beras biasa.. xde standard mcm nasi myk kenduri kawin or sbgnya... acar pon xde! tp aku buat ni 'up' sket la dari makcik kantin skola tu.. hahahahahaha... masuk bakul la kan! :P jom semak resepi... suka beno masak cenggini sbb tak perlu msk byk lauk. yg penting sedap dan keluarga semua suka... Selamat Berbuka.... :)

NASI MINYAK MUDAH
sumber : hanamemories.blogspot.com

Bahan-bahan
  • 3 cawan beras biasa
  • 3 cawan air (mengikut jenis beras ye... klu perlu lebih, lebihkan..)
  • 1/2 biji bawang besar - mayang
  • 1 btg kayu manis, sebiji pelaga, sekuntum bunga cengkih dan bunga lawang
  • 2sb minyak sapi
  • 1 ketul kiub ayam
  • daun pandan simpul
  • serbuk kunyit sbg pewarna
  • garam secukup rasa
Cara-cara
  • Cuci beras dan toskan.
  • Panaskan minyak sapi. Masukkan bawang, rempah tumis dan goreng hingga naik bau. Masukkan daun pandan, kiub ayam dan serbuk kunyit. Kemudian masukkan beras. Gaul mesra.
  • Masukkan air mengikut sukatan beras dan garam secukup rasa.
  • Alihkan ke dalam rice cooker dan tekan button 'start'. Sementara itu sediakan Ayam masak merah dan juga acar timun.


RESEPI AYAM MASAK MERAH MUDAH

Bahan-bahan
  • 1/2 ekor ayam (size kecil) - potong kecil
  • garam dan serbuk kunyit
  • 1/2 biji bawang besar - mayang
  • *3 ulas bawang merah
  • *2 ulas bawang putih
  • *1 inci halia
  • *1/2 biji tomato  
  • * 2 tangkai cili merah
  • 1 btg serai - ketuk
  • 1 btg kayu manis, 1 bunga lawang dan buah pelaga
  • 1sb cili kisar - ikut kepedasan masing2. hana buat tak pedas
  • 2sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar sos tomato
  • Air, garam dan gula
Cara-cara
  • Gaul ayam dgn garam dan serbuk kunyit. Goreng hingga masak dan ketepikan.
  • Kisar bahan *. Panaskan minyak kemudian tumis bhn kisar. Masukkan rempah tumis, serai dan cili kisar. Tumis hingga pecah minyak. Masukkan sos tomato, sos cili dan air sedikit.
  • Perasakan dgn gula dan garam. Masukkan ayam. Gaul mesra.Didihkan sebentar kemudian matikan api.
  • Jika suka boleh tambahkan hirisan tomato dan daun ketumbar.

RESEPI ACAR TIMUN & CARROT

Bahan-bahan
  • 1 biji timun jepun
  • 1/2 btg carrot
  • 1 tangkai lada merah
  • 1 biji bawang besar
  • Garam dan gula
  • sedikit cuka makan
Cara-cara
  • Hiris timun dan carrot. Potong lada menyerong. Mayang bawang besar.
  • Dalam mangkuk satukan semua bahan. Gaul dan hidangkan.


Thursday, July 26, 2012

Puding Karamel


 Salam Ramadhan buat semua pengunjung hanamemories... Alhamdulillah seperti tahun2 sebelumnya, pada bulan puasa hanamemories sentiasa menjadi rujukan buat ibu2, kakak2 dan adik2 di luar sana utk mencari resepi... traffic mencecah 2-3kali ganda dari hari2 biasa.. terima kasih kerana menjadikan hanamemories sbg salah satu rujukan... berbalik cerita puding karamel nih.. duk sembang2 dgn membe bg resepi kat dia tetiba teringin juga nak membuatnya... balik jer skool terus godeh2.. Alhamdulillah nikmat sangat.... tp peminat puding kat rumah nih hanya aku sorang jer.... nak ngabiskannnya kadang makan masa tiga pat ari... hahaha... nak buat camne, anak2 dan suami kurang gemar kuih manis2... aku jugak la kang yg kencing manis.. hahahahaha... adeehhhh.. puding nih teksturnya sgt lembut, lemak2 dan karamelnya sangat gojess...


RESEPI PUDING KARAMEL
sumber : hanamemories.blogspot.com

Bahan-bahan
  • 5 biji telur size B (jika size A, 4 biji)
  • satu tin susu cair (400ml)
  • 150ml air biasa
  • 4 sudu besar gula
  • 1sk esen vanilla
Karamel:
  • 5 sb gula
  • 2 sb air
Cara-cara
  • Sediakan karamel@gula hangus - masukkan gula dan air ke dalam kuali. Hanguskan hingga keperangan kemudian tuang terus ke dalam loyang. Sejukkan.
  • Dalam mangkuk, satukan semua bahan puding. Kacau perlahan jangan sampai berbuih. Cukup sekadar pecah kuning telur dan sebati. Kemudian tapiskan. dan tuang ke dalam loyang karamel.
  • Kukus selama 45min atau sehingga masak. Puding ini juga boleh dikukus di dalam oven dgn cara waterbath@bain marie (letak air di dalam loyang) Tutup loyang puding dgn aluminium foil dan masak selama 45-50min dgn suhu 180.
  • Sejukkan kemudian terbalikkan. Potong dan hidangkan.

Wednesday, July 25, 2012

Begedil Burger Oblong


Alhamdulillah dah masuk hari kelima kita berpuasa. arini aku menyediakan menu soto yang menjadi kegemaran kluarga. tak sah soto klu xde begedil. menggunakan daging beger jer.. tak igt idea daging beger ni dr blog sape... tima kasih ye... kebetulan pulak yg ada cuma daging beger oblong.. belasah ajer la... janji sodappp... resepi begedil nih ikut yg biasa aku buat. ada sedikit rempah sbb kami sukakan bau dan rasanya.. dah kenyang jom kita berterawih pula ye..Alhamdulillah takat nih xde halangan wpon ader 'penyelia' tak bertauliah si darwish dan dania.. hihi.....

RESEPI BEGEDIL BURGER OBLONG
sumber : hanamemories.blogspot.com

Bahan-bahan
  • 3 keping daging burger oblong Ramly
  • 4 biji kentang besar - potong kecil
  • 2sb bawang goreng garing
  • 1sk jintan manis
  • 1sk jintan putih
  • 1/2sk ketumbar
  • sedikit lada sulah
  • daun sup -hiris halus
  • garam dan gula secukup rasa
  • sebiji telur - kocok perlahan
Cara-cara
  • Goreng kentang hingga kekuningan dan masak. Angkat kemudian lenyek.
  • Kisar (menggunakan blender kering) bawang goreng, jintan dan ketumbar sehingga halus.
  • Masukkan semua bahan kecuali telur ke dalam mangkuk dan gaul mesra. Kepal bulat2kan.
  • Panaskan minyak paras separuh begedil. celupkan begedil ke dalam telur dan goreng. 
  • Tunggu sebentar sehingga bahagian bawah masak kemudian terbalikkan. (tips supaya begedil tidak mudah hancur dan pecah). 
  • Dah masak angkat dan toskan.
  • Hidangkan dengan soto kegemaran.

Sunday, July 22, 2012

Agar-Agar Kacang Merah


 Salam dihari kedua ramadhan....... alhamdulillah sempurna sudah puasa pertama dan terawih buat anakanda ku yg berdua itew.. seronok tgk mereka. excited sungguh menunggu waktu bbuka. ... darwish puasa yang yok jerk.. kul 8 dah suh mama bukak piyuk.. haha... ok berbalik dessert nih.. tergerak ati nak cuba puding nih bila tgk stok inti kacang merah buat roti aritu tak abes2... skodeng idea dr besan AlongRoz. cuma aku tukar jer kacang merah segar tuh dgn inti kcg merah. sedappp.. mcm makan aiskerim kcg merah... sape lum cuba leh la try... nyaman sungguh makan sejuk2.. lebih2 lagi waktu bbuka puasa. tima kasih Along atas resepinya. lenkali leh try versi asal pulak...


RESEPI AGAR-AGAR KACANG MERAH
resepi asal : AlongRoz
olahan : hanamemories.blogspot.com

Bahan-bahan
  • 1 cawan kacang merah - hana tukar 2 cawan inti kacang merah readymade
  • 1 peket @ 13g serbuk agar2
  • 1 liter air - jika guna serbuk agar2 yg 10g, kurangkan sedikit sukatan air ye
  • 240g gula - hana ltk 1/2 cwn jer sbb inti dah manis
  • 1 tin susu cair
  • 1sb tepung jagung
  • 1 helai daun pandan simpul
  • sedikit pewarna merah jambu
Cara-cara
  • Rebus kacang merah hingga empuk. Ambil 1/2 cawan ratakan ke dalam acuan. Blend baki kacang dengan susu, tepung jagung, pewarna sehingga sebati. - hana guna inti kacang merah readymade
  • Masak air dengan serbuk agar-agar, gula, daun pandan sehingga sebati.
  • Ambil setengah cawan air tersebut dan tuang ke atas kacang merah tadi. Biarkan mengeras sebentar. -hana tak buat lapis
  • Masukkan kacang merah yang telah dikisar tadi ke dalam agar2 dan masak sehingga mendidih.
  • Bila lapisan kacang merah telah mengeras, lorekan sedikit menggunakan garfu dan tuang pula adunan agar2 tadi. Sejukkan dalam suhu bilik dahulu kemudian baru masukkan peti ais. Potong dan hidangkan.
Note dari hana : Jika menggunakan inti kacang merah readymade, masukkan terus inti kacang ke dalam adunan agar2 dan kacau sehingga tidak berketul2.


Saturday, July 21, 2012

Ayam Goreng Harum Pandan


Salam ramadhan buat semua pengunjung hanamemories... Moga ramadhan kali ini  lebih baik dari ramadhan yang lalu.... ameennn.. menu mudah yang menjadi kesukaan anak2 dan suami... selalu wat biasa2 ajer.. cuma kali nih ditambah dgn aroma pandan. macam ayam pandan la juga.. cuma takyah nak balut2 si ayam itu... kasi potong2 kecik daun tu pehtu campak ajer dalam koli dlm keadaan togel.. jimatt pandan.. sesuai la utk org malas mcm aku.. haha.... selamat berpuasa dan selamat berbuka.


RESEPI AYAM GORENG HARUM PANDAN
sumber : hanamemories.blogspot.com

Bahan-bahan
  • 1/2 ekor ayam - potong kecil
  • 2-3 batang serai - hiris halus
  • 1 inci halia
  • 3 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1sb serbuk kari
  • 1sk serbuk kunyit
  • sedikit serbuk pati ayam
  • garam secukup rasa
  • sehelai daun pandan - hiris kecil
Cara-cara
  • Kisar serai, halia, bawang merah dan bawang putih dgn air yang sedikit.
  • Masukkan bahan kisar ke mangkuk ayam. Masukkan sekali serbuk kari, serbuk kunyit, serbuk pati ayam, daun pandan dan garam secukup rasa. Perapkan sebentar.
  • Panaskan minyak. Goreng hingga masak dan kekuningan. Api jangan terlalu besar kerana rempah mudah hangus.

Monday, July 16, 2012

Kek Pisang Naz Cosk


Assalamualaikum semua.... jom minum petang dgn kek pisang.. terhingin pulak dbuatnyer biler tgk pisang melambak2... kali nih try resepi dari Naz Cosk. lama dah duk perap resepi nih.. Alhamdulillah sedapp sangat... cumanya maybe aku tersalah sukat cawan dan rasa2nya la aku kekurangan si puan tepung. sebabnya agak berderai... tapi tak kesah la.. saya sgt suker kek ini begitu juga anak2 saya... tak sedor makan banyak. takpe takpe... bulan pose akan tiba.. rasanya leh kurus balik.. kahkahkahkah...tima kasih naz... aku ader tambah sket coklat rice.

agak flat sbb silap guna loyang besaq
RESEPI KEK PISANG
sumber : Naz Cosk
sedikit olahan : hanamemories.blogspot.com

Bahan-bahan 
  • 125 gm butter 
  • 2 biji telur gred A @ B
  • 3/4 cawan gula perang/ gula kastor
  • 3/4 cawan pisang yang dilecek halus
  • 2/4 cawan tepung naik sendiri (self raising flour)*
  • 3/4 cawan tepung gandum*
  • 1 tsp soda bikarbonat* (* ayak bersama)
  • 1 tsp ovallate
  • 1 tsp asen vanilla
  • 3 sudu besar coklat rice - hana tambah
Cara-cara 
  1. Cairkan butter dan ketepikan. 
  2. Masukkan gula, ovallate dan telur ke dalam mangkuk pengadun. Putar pada kelajuan tinggi hingga adunan likat dan berkrim selama lebih kurang 3-5 minit.
  3. Masukkan asen vanilla dan pisang lenyek. Putar lagi hingga rata.
  4. Masukkan bahan ayak berselang seli dengan butter cair. Gaul rata dan sebati.
  5. Panaskan oven pada suhu 175C menggunakan api atas dan bawah. Lapik loyang dengan kertas kalis minyak.
  6. Masukkan adunan ke dalam loyang dan bakar selama 40 minit - 1 jam atau sehingga kek masak.
  7. Setelah masak, keluarkan loyang kek dari oven dan terus terbalikkan kek bersama loyangnya ke atas redai. Ini untuk mengelakkan permukaan kek menjadi mendap. Biarkan loyang kek kekal pada kek.
  8. Setelah 10 minit, keluarkan kek dari loyangnya dan biarkan sejuk sepenuhnya sebelum dihias atau dimakan.

Saturday, July 14, 2012

Apam Polkadot




apam yang sudah tidak asing lagi bagi semua rakyat jelata.... dan dah macam2 variasi skrg nih kalau kita tgk... yg angry bird la, lady bird la, spiderman la, ultraman la, kluangman la.. erk... macam2 la kan.. kat mana2 dah bleh jumpa.. takyah susah2 nak masak, beli ajer.. macam aku la.. hihihi... rentetan dari ke'glemer'an apam ini, ramai yang menghantarkan emel memohon halal dan terima kasih atas resepi yg telah menjadi sebagai sumber rezeki keluarga mereka. alahai rasa terharu dan dihargai la pulak..  alhamdulillah tak sia-sia ilmu yang aku dikongsikan di sini... jadiknya pd mereka2 tuh jgn la rasa bersalah pulak kalau2 rezeki itu tidak halal ke atau halal yer.. semua itu rezeki dr Allah.. aku nih hanya tukang menyampai ajer... kalau ikutkan sejarah sebenarnya resepi nih aku ambik dari Apam Comel Inti Kelapa dari kak.lilydvalley. kemudiannya di olah sedikit oleh kak.itazain dgn menukarkan inti filling. dari situ lah aku cuba ubah jadik dot dot.. masa tuh kak.am flora pon dah ideakan dulu.. termasuklah kak.ilahjy (tp rasanya ms tu kak.ilah guna resepi lain klu tak silap).... haaa begitu la salasilah si apam dot dot tuh.. lepas tuh aku try kongsikan di majalah Jelita pulak... alhamdulillah sejak drpd tuh, maka ramailah yang tak putus2 menghantar emel pasal si dot dot.. dot apam ye.. bukan dot dot lain... haha.... dan nak bgtau gak, yg masuk tv aritu bukan aku yer! tuh org lain.. arap maklomm... ppon kepada yang sedang berbisnes tuh diucapkan selamat maju jaya.

di bawah nih aku sertakan resepinya sekali lagi... berdasarkan pengalaman, aku sarankan kurangkan sedikit tepung agar apam lebih gebus dan lebih lembut ... dan disebabkan istilah dot dot tuh agak sensitif jadik aku tukar dgn nama polkadot.sekian tima kasih.



RESEPI APAM POLKADOT
sumber asal : kak.lilydvalley
olahan idea : hanamemories.blogspot.com
media : JELITA April 2011

Bahan-bahan
  • 3 biji telur - dari peti sejuk
  • 275 gm tepung gandum - kurangkan sedikit jd 250g
  • 220 gm gula halus - hana kurangkan sedikit 200g
  • 170 gm susu segar@susu cair
  • 3 sudu teh baking powder
  • 1 sudu kecil ovallete 
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • Filling blueberry@strawberry secukupnya (masukkan ke dalam piping bag)
  • Pewarna
Cara-cara
  1. Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul kelajuan maxima selama 6 - 8 minit sehingga likat dan agak ringan.
  2. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian & titiskan pewarna mengikut citarasa.
  3. Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih).
  4. Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan lompang.
  5. Picitkan blueberry@strawberry filling secukupnya.
  6. Picitkan lagi adunan sehingga ¾ penuh.Kemudian dot dot kan dengan warna adunan pilihan.
  7. Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit. Api jangan terlalu besar bimbang apam akan merekah.

Wednesday, July 11, 2012

Roti Gula


Salam sejahtera buat semua.... cuba-cuba merajenkan diri utk menghapdate... menu yg agak kerap juga membuatnya utk kudap2an di kala pagi, petang atau malam... kalau ada roti yg hampir expired tuh, jgn membazir... buatkan ajer 'roti kering' nih.. mudah banget utk membuatnya dan boleh disimpan dalam bekas dan dimakan pada bila2 masa.... boleh cicah dgn minuman kegemaran atau dimakan begitu sajer. rasanya semua reti buat kot.. sajer nak jugak tepek resepi kat sini... jika suka lemak berkrim boleh sapukan susu pekat manis.



RESEPI ROTI GULA
sumber : hanamemories.blogspot.com

Bahan-bahan

  • Roti keping putih gardenia atau apa jua jenama
  • Butter@Marjerin secukupnya - cairkan (utk mudah sapu)
  • Gula kasar secukupnya

Cara-cara

  • Panaskan oven suhu 180.
  • Alaskan loyang pembakar dengan kertas minyak/baking paper.
  • Potong roti empat bahagian (supaya mudah utk disimpan). 
  • Susun ke atas loyang pembakar. 
  • Sapu butter@marjerin ke atas roti. Kemudian taburkan gula.
  • Bakar selama 15min atau sehingga keperangan.
  • Sejukkan di atas redai dan simpan dalam bekas kedap udara.


mudah disimpan dalam bekas dan makan pada bila2 masa. 
juga boleh dijadikan sbg biskut raya.. erk.... ok per..


Monday, July 2, 2012

buat yang merindui...

Assalamualaikum... buat yang merindui kami, ini sahaja cerita yg sempat dipaparkan utk kali ini... insyaAllah di kemudian ari resepi2 akan menyusul.. tunggu yer... puan rumah sibukssss yg teramat... huhu... buat wartawan2 dari beberapa buah majalah, maaf sangat2 sebab tak dapat menunaikan apa yg dihajati disebabkan kelewatan, kesibukkan dan kesulitan2 lain yg dihadapi... insyaAllah kita jumpa di lain kali jika diberi kesempatan yer... maaf sekali lagi.... rindu sama Darwish tak? ni la cter terbaru yg sempat mama rakamkan.. sebenarnya Darwish skrg agak susyah nak amik gamba.. nih mujur dier spoting.. tuh pon mama yg penat terkejor2.. n3 nih khas juga buat makwe Liana yg cun melecun... hihi



cara terbaru menaiki basikal.. jgn meniru aksi ini ok

 sambil minum petang dgn apam dot dot di beranda


darwish sgt suka apam dot dot.. jemput makan auntie n uncle semua..

Dania sudah 5 bulan
berat 7.04kg
kasut dania dan baju darwish ditaja oleh besanku AlongRoz... 
mekasih banyak2 long.. hehe