Showing posts with label roti. Show all posts
Showing posts with label roti. Show all posts

Sunday, May 2, 2010

Sloppy Joes

dah sarapan?? Jom makan roti pokcik joe! wpon roti nih glemer tp aku tk penah makan! but rasa dier ala conney dog la juga! cume tadak sosej.... ppon besttt!! resepi skodeng dari dapur mamafami. leh jugak korang tengok sini versi yang len sket... tima kasih kepada penyumbang resepi n idea.

Bahan-bahan
  • 450g daging kisar
  • 2 ulas bawang putih - cincang
  • 1/4 cawan bawang besar - cincang
  • 1/4 cawan carrot - cincang
  • 1 sudu teh mustard
  • 3/4 cawan sos tomato
  • 3 sudu teh gula perang
  • garam
  • blackpepper
Cara-cara
  • Panaskan minyak. Masukkan bawang putih dan bawang besar. Goreng hingga layu.. Masukkan daging dan juga carrot. Masak hingga kering.
  • Masukkan sos tomato, mustard dan gula perang. Masak sebentar. Perisakan dengan garam dan juga blackpepper. Matikan api.
  • Belah tengah roti hotdog, masukkan daging tadi. Enjoy!!

Tuesday, April 27, 2010

Roti Saj & Kari Ayam Tomato

menu nih wat ari minggu yang lepas.. sedap la roti nih! hubby ckp cam roti nan! padat dan mengeyangkan! simpan semalaman pong still lembut... lawan pulak ngan kari ayam e-na! pergh! best gler! nak buat pong mudah.. tima kasih kak.madihaA atas resepinyer.. resepi asal dr kak.rusnah FP. leh tengok gak kat dapur k.ummi. macehhh kepada penyumbang2 idea dan resepi. nanti leh wat lagik!

RESEPI ROTI SAJ
Bahan-bahan
  • 1 sb yis mauripan
  • 1 sb gula (kak rus ganti ngan susu pekat kacau dalam air suam ~ akak pun ikut sama)- hana pong ikut jugak!
  • 1 1/2 cwn air suam
  • 3 1/2 cwn tepung
  • 1/2 st garam
  • sedikit minyak

Cara membuatnya

  1. Campurkan yis, gula, air suam dan garam sebatikan lalu masukkan tepung dan diuli.
  2. Selesai diuli, ketepikan 1 jam...tutup kejap dgn plastik.
  3. Uli lagi dan ketul-ketulkan kpd 7- 8 bahagian (Akak bahagikan kepada 10/11 ketul)...dibulat-bulatkan dan disalut minyak/tepung. (Akak salut minyak)
  4. Pastu terus je ambil seketul (*tak perlu tunggu roti naik dah yea) dan ditekan-tekan dlm pinggan bulat bagi elok bulatnya dan digoreng tohor mcm goreng capati.......bila masak angkat.... (MaDiHaA masak lebih kurang 3 ~ 4 minit bagi setiap belah roti saj & terbalikkan masak lagi) mmmm makan ngan kuah....sedap dan kenyang....
Nota MaDiHaA : Semasa menggoreng gunakan api yang perlahan. Minyak hanya gunakan beberapa titis jer semasa menggoreng. Tutup kuali dengan penutup pengukus supaya wap panas tak keluar & roti saj cepat masak.
RESEPI KARI AYAM TOMATO
Sumber : E-Na Kitchen - resepi asal dr Syamila

Bahan-bahan
  • 6 Ketul ayam
  • 2 biji tomato
  • 200ml santan pekat
  • 400ml air
  • 6 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 1/2 sudu besar rempah kari ayam dan daging Adabi (di bancuh dgn air)
  • 1 sk serbuk cili giling (optional)
  • 1 biji kentang (di belah 4)
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 1 inci kulit kayu manis
  • 2 biji buah pelaga
  • 2 kuntum bunga cengkih
  • sedikit gula
  • garam dan perasa.
Cara membuatnya :
  1. Sebiji tomato di potong dadu kecil dan sebiji lagi di belah 4.
  2. Bawang merah, bawang putih dan halia di blend/ tumbuk sehingga hancur.
  3. Tumis bawang dan rempah 4 sekawan (kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, bunga cengkih) sehingga naik bau / kekuningan.
  4. Masukkan serbuk cili yg di bancuh dgn sedikit air dan kacau sehingga garing.
  5. Kemudian masukkan rempah kari dan kacau sehingga naik minyak.
  6. Masukkan sebiji tomato yg dipotong dadu. Kacau sehingga hancur.
  7. Masukkan ayam dan kacau sekejap.
  8. Masukkan air dan biarkan mendidih sehingga ayam empuk.
  9. Kemudian masukkan santan dan ubi kentang.
  10. Perasakan gula dan garam
  11. Bila kentang telah masak masukkan tomato yang di belah 4.
  12. Biarkan mendidih sebentar dan angkat. Selamat mencuba!
TIPS : Untuk mendapatkan kari yang merah cantik berminyak:
Semasa menumis pastikan rempah kari dan serbuk cili betul2 masak,wangi, garing (jangan sampai hangit) barulah dimasukkan tomato.

Sunday, April 25, 2010

Roti John

alhamdulillah hubby dah selamat sampai pagi nih... budak2 la paling suker coz tentu ade adiah utk diorg.... mak budak pong suker jugak! hakhakhakhakkk..... k lah! meh layan menu nih! selalu gak wat..kadang xde roti panjang tuh, gune roti putih pong jadikk! menu sempoi dan sedap! Jom tengok resepi..

Bahan-bahan
  • 150g daging cincang
  • 1/2 biji bawang besar - potong dadu kecil
  • 1 sudu kecil serbuk kari
  • Carrot@kentang - (optional) - potong dadu kecil
  • garam
  • 2 biji telur
  • daun sup - cincang halus
  • minyak@butter
  • Roti Hotdog (roti putih boleh juga)
  • Sos Cili@Tomato dan mayonis
Cara-cara
  • Tumis bawang besar hingga naik bau. Masukkan daging dan carrot@kentang. Masukkan skali kari yang dibancuh dengan sedikit air. Perasakan dengan garam. Masak hingga agak kering.
  • Mangkuk lain, kocok2kan telur, masukkan daging tadi dan juga daun sup. Kacau.
  • Panaskan butter@minyak sedikit ke dalam kuali. Tuang telur dan daging tadi. Belah roti tak putus dan letak di atas telur. Jika menggunakan kuali besar leh wat banyak sekaligus. Tak perlu balik2kan. Bila telur dah masak, angkat terus roti dari kuali.
  • Paipkan sos dan juga mayonis. Bleh juga jika ingin buh salad atau sebagainya. Kemudian katup smula roti tuh. Potong dan siap dihidang.

Wednesday, April 21, 2010

American Hot Dogs

dah sarapann?? Jom makan roti.... akceli menu nih sebenonyer menu lama.... tp time en.asben xde, mmg sesuwai beno klu menu2 cenggini.. sbb takyah dah susah2 nak masak nasik.. konyang makan roti.... resepi cedok dr cikmat yang gebu itew! maceh mat! nampak beso dabak roti nih biler disumbat dgn rete karun tuh! padahal xde la beso mana pong... layanzzzz...

Bahan-bahan
Bahan Roti
  • 400 g tepung roti
  • 20 g gula halus
  • 1/2 camca teh garam
  • 1 camca besar susu tepung
  • 2 camca teh instant yeast
  • 250 ml air
  • 30 g lemak sayur (shortening)
Bahan Lain:
  • Sosej ayam, dicelur dan biar sejuk
  • Mayonis
  • Daun salad
  • Kepingan tomato
  • Sos tomato
  • English mustard - tadak!
  • Telur rebus, dipotong kepingan
Cara Membuatnya:
  1. Untuk Roti:- Satukan semua bahan untuk roti kecuali lemak sayur. Gaul rata hingga menjadi doh. Campur lemak sayur dan terus menguli hingga mendapat adunan yang kenyal dan lembut, perap 45 minit hingga naik sekali ganda. KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan untuk roti dalam bread maker dan pilih setting untuk doh dan tekan "ON". Tunggu hingga siap. Keluarkan doh, bagi kepada 12 bahagian, bulat2kan dan rehat 10 minit. Bentukkan memanjang kurang lebih sama panjang dengan ukuran sosej. Letak atas dulang yang telah disapu sedikit mentega. Jarak2 kan dan biar 45 minit lagi. Spray permukaan doh dengan air dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 190C selama 20 minit atau hingga kuning keemasan. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya.
  2. Untuk "AMERICAN HOT DOGS" :- Ambil satu roti tadi, belah dua tapi jangan putus, susun daun salad, hirisan tomato, telur rebus dan sosej. Paip kan mayonis, mustard dan sos tomato sebelum dihidangkan. Mat cuma paipkan "sos thousand island" jeeee.... (hana campur sos cili + mayonis + lemon >> jd ler ala thousand island! :D )
yang nih sumbat ngan potongan daging burger

Friday, April 16, 2010

Christollenočka @ Mix Fruits Bread

warm-up dapur dulu ngan menu roti la yer! dengan kuasa turbo en.BM dah tentulah kerja jd senang.. campak jerk semua bahan, geduk gedak geduk gedak siap!! bako terus ngap! hihihi... sedap betui roti neh! wangii plak tuh! next time leh wat lagik lah! nak tau asal usul roti nih leh tgk sini yer.... tapi aku wat nih tak cukup mix fruits n kismis! jd nmpk cam kosong jerk gtu! tp menten sedappp! resepi kat bawah nih aku dah derhaka skit! alaa skit jerk! takpe kan mat kan kan.. derhaka yg mbawa pekdah! kikikikiki..... resepi asal dr Bread Doctor tp cedok d blog Pei Lin.

Bahan-bahan
Bahan A
  • 240g tepung roti
  • 60g tepung gandum
  • 45g gula perang (resepi asal 30g gula putih)
  • 3g garam
  • 6g yis kering
  • 1sk parutan kulit oren@lemon - hana gune oren
  • 1/2 sk serbuk cinnamon
  • 1sk bread softener - nih hana tambah
Bahan B
  • 60g butter (resepi asal 90g)
  • 30g telur
  • 130g susu segar
Bahan C
  • 75g kismis - cincang kasar
  • 60g mix fruits - cincang kasar
  • 30g almond - cincang (hana gune walnut)
Cara-cara
  • Satukan bahan A dan gaul mesra. Masukkan bahan B sedikit demi sedikit hingga sebati dan tak melekat di tangan. Masukkan bahan C dan uli hingga menjadi doh yang lembut dan elastic.
  • Kaedah lain - Masukkan semua bahan ke dalam breadmaker dan setting menu Doh dan ONkan. tunggu sehingga siap.
  • Tutup doh dengan cyling wrap dan perap sehingga naik dua kali ganda.
  • Keluarkan doh dan tumbuk2an bagi mengeluarkan angin. Bahagikan kepada beberapa bahagian. Bentukkan seperti membuat roti hotdog. Biarkan hingga naik dua kali ganda lagik dan kelar 3 menyerong atau memanjang sblm bakar.
  • Kaedah lain - Bahagi dua. setiap satu lebih kurang 360g. Kemudian gulung memanjang kepada tiga dan buat seperti tocang. Masukkan ke dalam loaf tin atau biarkan begitu sajer atas loyang dan biarkan naik dua kali ganda lagik.
  • Sebelom membakar, pastikan oven dipanaskan terlebih dahulu. Sapukan roti dengan campuran susu segar dan madu. Bakar suhu 170 selama 25-30min.
  • Sejukkan di atas redai dan sapukan dengan butter.
  • Potong dan siap dihidang.

Monday, March 29, 2010

Egg Benedict with Tomato Salsa

jom brekpes dengan menu yg mudah dan sedap! mmula kuor resepi nih dulu, nak dkatakan ari2 juga melantak roti ngan telur! tp skrg nih dah jarang2 la sbb nak jimat telur! hihihi... yerlah! klu dah sekeping roti sebijik telur! sendrik mau hingat la kan.. hehe... resepi egg benedict nih dari zurin my.resipi dan idea buh tomato salsa juga dr zurin.. aku cukup suker! thanx zurin...

RESEPI EGG BENEDICT
Bahan-bahan
  • 2 biji telur
  • 2 keping roti putih - dibuang tepinya
  • lada hitam - freshly cracked
  • Sedikit butter atau majerin
  • Garam
Cara-cara
  • Butterkan bekas muffin atau bekas membakar kecil yg digunakan.
  • Letakkan sekeping roti didalam bekas muffin. Butterkan roti, taburkan sedikit lada hitam dan garam.
  • Pecahkan sebiji telur ke atas roti. Tabur lagi sedikit lada hitam & garam. Boleh juga ditaburkan sedikit cheese kalau mahu (optional)
  • Bakar pada suhu 180 C selama 15-20min atau hingga telur putih just set & telur kuning cair sedikit. (hana bakar gune toaster jer)
utk kanak2 ribena, hanya tuangkan sedikit kicap.

RESEPI TOMATO SALSA
Bahan-bahan
  • 3 biji tomato - potong dadu
  • 1/2 biji timun - potong dadu
  • 1/2 biji bawang besar - potong dadu
  • chili pepper jalapenno@serrano - potong dadu - hana tk ltk
  • Daun ketumbar - cincang - hana gune daun sup je
  • Jus lemon
  • Garam
  • Black pepper
  • Oregano - optional
  • Minyak zaitun - yg nih hana tambah
Cara-cara
  • Campurkan semua bahan. Hidangkan bersama roti, taco, steak atau sebagainya.

Sunday, March 28, 2010

Carrot Raisin Bun

projek meroti la pulak ujan2 nih... ku sangkakan panas hingga ke petang, ghupernyer ujan di tengahari! tak dapek la nk ronda rondan arini! sambil2 tuh leh online ngan famili kat kampung ! sedap btol roti nih! tak caya? cubelah! hihihi..... sebenonyer anak2 aku susah btol bab sayur mayur nih! biler buh kat roti cenggini mmg laku beno ler... kejap jerk abis! maklom la diorg mmg suker roti.... meh la layan resepi....

versi comey2 tadak kastad lam loaf tin
Bahan-bahan
  • 300g tepung roti
  • 50g gula
  • 2 sudu besar susu tepung
  • 2 sudu besar marjerin
  • 6g yis kering
  • 1/2 biji telur
  • 1sk bread improver
  • 100g carrot - potong kecil
  • 60g kismis
  • 90-100ml air @ susu segar
Bahan kastad
  • 1 sudu besar tepung kastad
  • 1 sudu besar gula - leh add if nk manis lg
  • 1/2 cawan susu segar
  • >> kacau atas api hingga pekat. dan masukkan piping bag utk paip atas roti.
Untuk gliss
  • susu segar+madu - sebelum bakar
  • butter - selepas bakar

Cara-cara
  • Rebus carrot hingga empuk. Toskan. Blend@kisar carrot dengan setengah dari sukatan air.
  • Masukkan bahan2 lain ke dalam BM dan pilih menu doh, ONkan dan tunggu hingga siap.
  • Jika menguli dengan tangan, mulakan dengan mencampurkan bhn2 yg kering dahulu kemudian baru yg basah. masukkan air sedikit demi sedikit. uli semua bahan hingga kental dan elastik. kemudian bulatkan doh dan tutup menggunakan plastik wrap. Biarkan kembang naik hingga 2 kali ganda dari yang asal.
  • Keluarkan doh. Tumbuk2 keluarkan angin. Bahagikan kepada bulat2 kecil. Susun di dalam loyang yg telah disapukan tepung @ butter.
  • Naikkan doh hingga dua kali ganda lagi.
  • Panaskan oven suhu 170-180. Glisskan roti yg telah naik td dengan campuran susu segar dan juga madu agar berkilat.
  • Kemudian paipkan kastad di atas roti. Bakar selama 15-20min atau hingga keemasan.
  • Keluarkan roti dari oven dan sapukan dengan butter agar roti anda lebih cantik. Jika tak mau sapu pong takpe, sbb susu dan madu tadi dah boleh membuatkan roti anda cantik. Sejukkan di atas redai. Dan siap utk dihidang.

Wednesday, March 24, 2010

Roti Kismis Gebu


salam semua..... mintak maaf arini lambat bersiaran.... layankan askar2 kat umah ni hah! nak itulah nak inilah... poning mokcik dbuatnyer... meh la layan roti nih! dah singgah byk dapur, ramai yg dah buat.. arini singgah dapur kanazawa la pulak yer! kismis tak cukup! biler siap, langsung tak nmpk satu bayang pong kat luar roti! nyorok la tuh kat dlm.. hahaha.... muffin cup pong xde yg cantik, jadiknyer sumbat ajerlah kat mana2 yg ade... tima kasih mat gebu! sungguh lazat disukai rakyat! aku mohon cnp resepinyer yer! jemput amik sorang satu! mat, aku bg dualah! kekeke...

versi lam muffin silicon
BAHAN-BAHANNYA
  • 300 g tepung roti (high protein flour)
  • 1 camca besar susu tepung
  • 1 1/2 camca teh bread improver
  • 1/4 camca teh garam halus
  • 50 g gula halus
  • 8 g instant yeast
  • 50 g mentega - hana campur shortening
  • 50 g kismis
  • 1 biji telur*
  • 1/2 camca teh esen vanilla*(*disatukan dan kacau rata)
  • 120 ml air
  • Sedikit mentega untuk disapu atas roti
CARA MEMBUATNYA
  1. Dalam satu bekas, satukan semua bahan diatas kecuali mentega dan juga mentega untuk disapu atas roti. Gaul rata hingga menjadi doh. Tambah mentega (50g) dan terus menguli hingga mendapat dok yang lembut, kenyal dan anjal. Bulat2kan dan letak dalam bekas, tutup dengan plastik dan biar 45 minit hingga kembang. KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan diatas kecuali mentega untuk disapu ke dalam "breadmaker", pilih setting untuk doh dan tekan "ON". Biar hingga siap.
  2. Keluarkan doh dari bekas. Tumbuh sedikit dan bagi kepada 10 bahagian, kurang lebih 64g setiap bahagian. Bulat2 kan dan letak dalam bekas (mat guna muffin cup saiz besar)...atau susun dalam loyang yang telah disapu mentega. Buat hingga siap.
  3. Biarkan 30 - 35 minit hingga doh naik. Bakar dalam oven pada suhu 190C selamat 15 - 20 minit atau hingga peerang. Keluarkan roti dari oven dan sapu permukaan roti dengan mentega. Biar sejuk dan hidangkan..... Selamat mencuba

Monday, March 22, 2010

Hotdog Scramble Egg


salam sejahtera semua... arini kiter makan hotdog telur ancur yer! apesal la dog yg dpt nama erk?! tak lembu ke kerbau ke ayam ke... klu tnya cikgu sejarah dier tau kot! hihihi.... roti hotdog nih aku try resepi k.yani. cikjah pong penah buat gak! jemput makannnn...

Resepi Hotdog Bread
Bahan-bahan
  • 160ml air
  • 250g tepung roti
  • 14g(1 1/2 sudu besar) gula
  • 4g(1 sudu kecil) garam
  • 8g(1 sudu besar) lemak sayur
  • 2.4g(3/4 sudu kecil) dry yeast
  • 16g(3 sudu besar) susu tepung
Cara-cara
  1. Masukkkan semua bahan-bahan ke dalam breadmaker. On kan. tunggu siap
  2. Bila dah siap, keluarkan angin. Kemudian bahagikan kepada 6 bahagian. Buat bentuk bulat. Rehatkan selama 15 minit.
  3. Buatlah bentuk panjang seperti gambar lebih kurang 13 cm
  4. Biarkan naik dua kali ganda atau 30C selama 50minit
  5. Bakar pada suhu 180C selama 10-12 minit. Biarkan di dalam oven selama 5-10 minit kalau mahukan roti kelihatan lebih perang.
Resepi Hotdog Scramble Egg
Bahan-bahan
  • Roti hotdog
  • Telur + garam+ lada sulah > goreng dengan minyak sedikit dan kacau hancur.
  • Daun salad - hana xde stok, gune kobis potong halus
  • Tomato
  • Sos cili
  • Mayonis
Cara-cara
  • Potong dua roti hotdog tak putus.
  • Susun salad dan juga hirisan tomato. Sumbatkan scramble egg. Letak sosej dan paipkan sos dan juga mayonis.
  • Siap untuk di ngap! Jgn lupa baca bismillah yerr......

Wednesday, March 17, 2010

Bruschetta

jom sarapannnn! mesti along terkuzat berok coz 'besan' dier kuor gak menu bruschetta ! entah suratan atau kebetulan! hikhikhik.... resepi ni dari pakcik google.. but aku wat my version nyer style.. coz ai like bawang putih tuh di goreng ngan minyak zaitun. harum bau dier! dah tentunyer hidangan yg sihat dan berkhasiat... klu ikut resepi asal, main tenyeh2 jerk garlic n tomato tuh kat roti... leh tgk sini or sini. ppon bruschetta nih sungguh syedapp! lebih2 lg ngan cis mahal2 cam along@AlongRoz! hihihi

ngan parmesan cheese
Bahan-bahan
  • Roti perancis - hana gune roti putih jer
  • 3 biji tomato - potong dadu
  • 2 ulas bawang putih - cincang
  • pepper @ blackpepper
  • garam
  • minyak zaitun
  • daun parsley@ daun basil - cincang
  • keju mozarella atau apa2 keju yg sedap (optional)- hana gune parmesan
Bahan-bahan
  • Panaskan minyak zaitun dalam dua sudu besar. Goreng bawang putih hingga keperangan. Angkat dari api.
  • Tuang ke dalam tomato yg telah dipotong dadu tadi. Masukkan juga bahan2 lain seperti garam, pepper@blackpepper dan daun parsley@basil. kacau sebati.
  • Potong roti dan sapu roti dengan minyak zaitun. Bakar@toastkan hingga keperangan. Angkat.
  • Letakkan tomato tadi ke atas roti dan sedia utk di ngap!
  • Jika ingin makan dengan cheese, tambahkan cheese di atas tomato dan toastkan lagi 5 min atau hingga cheese cair atau dimakan begitu sajer.
  • Bleh ditambahkan madu dlm tomato jika suka.

Tuesday, March 9, 2010

Golden Sweet Potato Bun

balik dari siam, terus zassss en.BM aku gedak geduk sambil doh goyang inul! hihihi.. sodapp weihhh! gemok2 roti aku dbuatnyer! hahaha.. aku wat cam cikjah gak, gune mashed potato! tapi if korang nak try, kene pandai2 ejas la tang air tuh.. tp lebih mudah jika ader tepung kentang tuh! aku buat nih dah kene edit sana sini sebab aku buh water roux! jd lain pesen sket tekstur roti ngan cikjah@Ika! tapi yg penting mmg sedap gler! haiyakkkk boleh bangkrap roti kentang nih kat giant! sbb aku tau situ jerk yg sedap! hihihihii.. maceh er jah! resepi dr buku Khoo See Yew! haihhh sape tak kenal??! nganga mulut! kikikiki.. akunyer roti hampir rentunG! sape ntah tgn gatal g tuko setting oben aku! hishhhh!

GOLDEN SWEET POTATO BUN
Source>>DIY HOME BREAD recipe by Khoo See Yew


Bahan-bahan

Bahan A
  • 260g Tepung berprotien tinggi@Tepung roti (tambah 30g klu adunan lembik. klu ok, tak payah)
  • 5g Susu Tepung
  • 2.5g Bread Improver
  • >> Bhn kering di atas diayak n ketepikan
Bahan B
  • 70g Gula kaster
  • 1/8sk Garam
  • 60g Telur - anggaran sebiji telur size medium
  • 40g Tepung Kentang > yg ni kita gantikan dgn mashed sweet potato 50g
  • >> bhn di atas dsatukan n ketepikan
Bahan C
  • 150g/ml Air sejuk dr peti ais
  • 6g yis
  • 60g Butter > yg ni kita buat 30g shortening n 30g butter
Custard: by ROS (adunan nih agak keras biler nk piping, hana ejas2 sendri)
  • 2sb Tepung Kastard - satu sudu rasanyer mencukupi
  • 2sb Gula
  • 1/2 Cwn susu segar
  • >> Masak sampai adunan likat
Cara-cara
  • Satukan bhn B dgn C hingga sebati.
  • Masukkan bhn A ke dlm adunan B n C td, uli hingga jd doh dan tambah butter + shortening td, uli hingga jd doh yg elastic selma lebih kurang 15 min..atau sehingga adunan doh tidak melekat ditangan(adunan ni agak lembik jdnyer tmbahkan tepung yg 30g td sikit2 sehingga adunan tidak melekat).
  • Tutup dgn kain lembap adunan td dan naikkan 2 kali ganda dr adunan asal lebih kurang 30 min.
  • Tumbuk2 doh dan biar selama 5 min.
  • Selepas itu bhgkan doh kepada bola2 kecil seberat 50g atau nak kecik2 kurang dr 50g..
  • Alas loyang dgn baking paper dan susun bebola yg dah siap td dlm loyang.
  • Biarkan naik lg 2 kali ganda n sapu doh dgn kuning telur atau susu segar dan pipekan custard td atas roti td. (hana sapu dengan susu segar+madu kemudian baru paipkan)
  • Bakar pd suhu 180c Selama 20-25 min atau sehingga masak.
Kaedah lain
Masukkan semua bhn2 kedalam BM diikuti cecair dulu n last baru masukkan bhn kering pastikan grm n yis tidak bersatu.Setting tuk Doh, ON dan tunggu hingga proses seterusnyer, tumbuk2 doh dan tungu 5 min sblm dbulat2 kan.

Friday, February 26, 2010

Panmaki

salam maulidur rasul wat semua... ramai tengah bercuti yer? arini aku pong sibok g skola danish pagi2 lagik coz ade program akhir tahun... abis tgk persembahan danish terus blk, kesian si kecik nak tdo! lam perjalanan lagik dah dibuai mimpi! hihihi... meh layan asai bentou utk anakanda danish! jarang2 aku tayang bentou kan? bukan apa, mmg mls nk amik gamba, lg satu nk cepat! kadang bgn pong dh terlambat... sat lagik nak cuti skola, bleh la aku cuti wat bentou! hihihi... owang jepong klu wat bentou mmg cumil2! tp aku punyer tk berapa cumil sbb aku org melayu! (boleh terima ker alasan tuh??) kuikuikui..... pan tuh maksudnyer roti, maki tuh gulung! jadiknyer panmaki > roti gulung! hehe....

Bahan-bahan
  • Roti putih - buang tepi
  • seaweed - potong sama lebar ngan roti tp pjgkan sedikit
  • salad lettuce
  • timun - hiris panjang
  • daging@ayam ham - jika ada
  • telur dadar nipis - potong sama size dgn roti
  • tempura udang@nugget@fillet ayam goreng@daging burger. tuna pong boleh.
  • crab stick - optional
  • mayonis, sos tomato@cili
  • plastik wrap@cyling film
Cara-cara
  • Sediakan plastik wrap. Letak seaweed dahulu. Kemudian sapukan dengan mayonis agar seaweed melekat dengan roti.
  • Ambil roti ltk di atas seaweed. Tak perlu digelek nipis kecuali gune roti yg tebal. (boleh gune satu@dua keping roti).
  • Kemudian susun telur dadar, salad lettuce, ham, timun dan tempura@daging. Jika suka bleh ltk slice cheese.
  • Picitkan mayonis dan juga sos sedikit. Kemudian gulung dengan kemas.
  • Potong dan hidangkan.

Saturday, February 20, 2010

Prosperity Burger

kes malas nk masak nasik la nih! makan beger pong kenyang jugak! yer tak?? idak ler seghuper ghase beger prosperity McD tuh! tp ala2 pong jd ler kan... dah bertaun2 aku tk mkn mende alah neh! mmula dulu makan, ya rabbi pedas gler! berbotol2 air aku gelugup! muahahaha.. tuh cter doulu2 la.. k lah! meh layan resepi... kes tengok2, jeling2 kat dapur kak.jeni dan jugak kak.ina kl! inspirasi dari keduanyer maka terhasillah aku punyer! hihihi... tima kasih k.jeni dan jugak k.ina! resepi cnp dr dapur k.ina sbb aku tadak brown sauce cam k.jeni.

Bahan-bahan Utama
  • Roti Burger
  • Burger Daging
  • Bawang Holland-di hiris memanjang-nak goreng boleh/nak yang mentah pun boleh
Bahan Sos Lada Hitam
  • 2 cawan stok ayam- guna stok ayam (air+kiub ayam)
  • 1/2 cawan susu segar - aku ltk suku cwn jerk
  • 1-2 sudu besar lada hitam-di tumbuk kasar..agak-agaklah ..kalau nak pedas tambahlah byk sikit
  • 1/2 biji bawang besar - cincang
  • 2 sudu besar kicap manis - bergantung kehitaman yg dkehendaki
  • 1 sudu sos tiram
  • 1 sudu mentega/ marjerin
  • 2 sudu besar tepung jagung-bancuh dengan sedikit air
  • garam dan gula - jika perlu
Cara-cara
  • Tumiskan bawang besar hingga naik bau. Masukkan pula stok ayam dan susu. Didihkan.
  • Masukkan lada hitam, kicap manis, mentega/marjerin, sos tiram dan gula jika perlu.
  • Akhir sekali masukkan bancuhan tepung jagung sedikit demi sedikit untuk mendapatkan kepekatan yang dkehendaki.
  • Goreng daging (tak yah letak minyak) dan lepas tu celupkan ke dalam sos lada hitam.
  • Belah 2 roti dan letak marjerin dan bakar sekejap.
  • Letakkan daging yang telah di celup sos lada hitam kat roti dan taburkan bawang besar yang di hiris.
  • Makanlah cepat-cepat tapi kunyah pelan-pelan yer..

Friday, February 19, 2010

Black Sesame Bun

salam jumaat yg mulia..... memandangkan lauk smlm ade lg, jadiknyer arini aku tk masak lauk! nasik pong smlm punyer! huahuahuaaa... cume wat roti jerk lah! idea roti nih dr sebuah buku roti! tp adunan nih amik dr sini. cume aku tk buh inti black sesama tuh! ganti inti kacang merah! bukan sajer cantik tp sedap! haihhh masuk bakul nampak! wakakakaka... jom layan resepi! amik seketui sorang yer! jgn rebut2! hehehe..

Bahan-bahan
  • 240g tepung roti
  • 30g tepung kek @ tepung gandum
  • 4g yis kering
  • 40g gula
  • 1/8 tsp garam
  • 30g butter
  • 30g shortening - nih hana tambah
  • 1 biji telur + susu segar/air jadi 170g - hana kurangkan 160 sbb buh water roux
  • 2 sudu besar water roux
  • Filling
  • Black sesama paste - hana gune inti kacang merah
  • Topping
  • Black sesame seeds
  • Asam buah kering warna merah- potong kecil2
  • Susu segar + madu - utk gliss
Cara-cara
  • Masukkan semua bahan ke dalam breadmaker. Pilih menu Dough dan tekan ON. tunggu hingga siap.
  • Bulatkan doh. Tutup dengan kain lembab atau plastik wrap. Naikkn doh hingga dua kali ganda.
  • Tumbuk2an doh bg mengeluarkan angin. Uli sebentar.
  • Bahagikan kepada bulat2 kecil lebih kurang 35g setiap satu. - hana wat 40g.
  • Buh filling. tutup dengan kemas. Rehatkan lagi hingga doh naik.
  • Tekan tengah2 roti menggunakan jari ke dalam. Letak asam buah kering.Sapu@gliss roti dengan campuran susu segar dan madu. Taburkan black sesame seeds sekeliling asam tadi.
  • Bakar suhu 170 selama 18-20min atau hingga keperangan.
  • Sejukkan di atas redai.

Wednesday, February 10, 2010

Matcha Milky Loaf & Bun

kat ghumah aku nih mmg tak bleh kesunyian roti.... anak2 aku tuh sokmo mintak roti.. klu dah abis mmg kene cepat2 uli yg baru... senang cter stok tp penah putus! tp penah gak putus, sbb aku mls nak buat! muahahahaha.... kali nih try wat perisa matcha! selalu num air jerk, apa kata try kat roti... tp ikut sukatan tuh dua sudu jerk, awat la tk ijo2 akunyer doh tuh! last2 aku tmbah pewarna.. hahahaha... lantak lah! asal ijo! :D resepi amik dari sini. roti nih lembut gler! sampai ogel2 (goyang2 inul gtu..haha) masa nk potong yg loaf tuh! layan jerk la yer! anak2 suker yg bun.. yg loaf utk aku ngan laling aku! hihihi .. sowi yer aku mls nk terjemah.. udah ngantukzzz! nnti klu rajen aku edit blk! huhuhuuIngredients
  • 25g caster sugar
  • 5g salt
  • 250g bread flour
  • 4g (1 teaspoon) Instant yeast
  • 2 teaspoons green tea powder
  • 143g fresh milk (I used HL low-fat fresh milk)
  • 35g egg
  • 38g butter (unsalted)
Making Bread by Hand: ( aku gune BM :D )
  1. Place caster sugar, salt, bread flour, green tea powder and yeast into a mixing bowl. Mix the ingredients with hand. Make a well in the centre of the flour mixture. Pour the lightly beaten egg and milk into the well. Mix the ingredients to form a soft dough.
  2. Turn out the dough onto a lightly floured work surface. Knead for about 5 mins until the dough becomes smooth and non-sticky. Knead and mix in the butter into the dough.
  3. Continue to knead dough for another 15mins until it becomes smooth, elastic and no longer sticks to hand and work surface.
  4. Smooth the dough into a round ball. Let it rise in room temperature in a mixing bowl, covered with cling wrap. Let dough rise for 60mins or until it double in bulk.
  5. Remove dough and punch out the gas. Turn the dough onto a lightly floured work surface.
  6. Place dough (seam side down) in lightly greased bread tin/pan. Cover with cling wrap and let the dough proof for the second time for about 45~60 mins, until it fills up 80% of the tin/pan.
  7. Bake at pre-heated oven at 180 ~ 190 deg C for 30 to 35mins.
  8. Unmould the bread immediately when removed from the oven. Let cool completely before slicing.

Friday, February 5, 2010

Conney Dog

salam jumaat penghulu segala hari..... mudah2an semua sihat belaka hendaknyer... arini aku watkan conney dog utk rakyat kat umah aku neh! sedap taww daging tuh! cume aku tmbh sos tiram sket.. roti tuh aku wat sendrik ikut resepi ros sblm nih.. cume agak terbantut sket perkembangan roti tuh sbb nak cepat bako! *sbb wat mlm tadik! kes mls nk tunggu doh naik bbtol la tuh! hahahaha... lantak lah! ngantuk punyer fasal! :D k lah! layan resepi.. dr cikgu fida my.resipi. tenkiu fida yer... lama tk nmpk dier.. ;)

Bahan-bahan
  • 400 gm daging kisar
  • 3 biji bawang besar - potong dadu
  • 2 ulas bawang putih - cincang halus
  • 1 sdk serbuk lada (chilli powder)
  • 3/4 sdk lada hitam - kisar halus
  • 3/4 cawan sos tomato
  • 1/4 cawan air
  • 1 sdk garam
  • 1 sdk gula
  • serbuk perasa secukup rasa
  • 10-12 biji roti hotdog (frankfurter roll)
  • 10-12 biji sosej / frankfurter
Cara-cara
  1. SOS: Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau. Lepas itu, masukkan serbuk lada dan masak sehingga agak-agak rempah masak.
  2. Masukkan daging kisar. Gaul sebati sehingga daging mengecut.
  3. Tuangkan sos tomato. Gaul sebati. Masukkan pula bahan-bahan lain, (air, lada hitam, garam, perasa dan sedikit gula) dan tunggu sehingga daging benar-benar masak.
  4. Masak sosej. (Terpulang ingin guna cara bagaimana spt guna microwave).
  5. Belah tengah-tengah roti hotdog, letakkan sosej dan tuangkan sos daging ke atasnya.

Wednesday, February 3, 2010

Roti Burger

arap korang tak muak dengan menu roti kat blog neh! hihihi.... gomen er! sbb kat sini susyah nak dapat roti sedia ada di pasaran utk dimakan2 tanpa was2.. better wat sendrik! ilang was2nyer tuh.. meh lah makan roti beger pulak! sebenanyer roti nih aku wat semalam utk bentou danish dan ayahnyer pagi nih! sedap roti neh! lembut jerk.. resepi dari ros. cume aku tambah water roux dua sudu dan kurangkan sedikit air. maceh er ros! dan tenkiu atas tips berkilat tuh.. mintak halal resepinyer dikongsikan di sini.. arigato!

terjelir-jelir salad tuH! hihihi
Bahan-bahan
  • 250 gram tepung high protein/ tepung roti
  • 50 gram tepung gandum
  • 2 sudu besar gula
  • 1 sudu kecil garam
  • 2 besar tepung susu
  • 1 ½ sudu teh yis
  • 1 biji telur (kecil) - (tingglkan sdkit utk gliss pd roti)
  • 2 sudu besar marjerin atau mentega
  • 100 ml susu segar
  • 60 ml air suam
Untuk Gliss
baki telur tadi+1 sudu kecil susu segar+beberapa titik madu ( kilat nnt roti tu)

Cara-cara
  • Campurkan kesemua bahan kecuali mentega dan uli sehingga menjadi doh. ( Jika Ade Bread Maker masukkan semua bahan dan pilih menu Dough dan tekan ON je) tunggu sampai siap.
  • Kemudian masukkan mentega dan uli lagi sehingga doh menjadi licin dan lembut. Perap doh selama 1 jam.
  • Selepas doh diperap, uli roti sekali lagi dan bahagikan doh mengikut besar yang anda suka. *hana tambah:Jika ingin wat roti burger, bulatkan seperti bun then tekan sedikit agar sedikit leper dr bun biasa.
  • Atur roti yang telah disediakan kedalam loyang empat persegi yang telah dilenser dengan mentega . Perap sehingga roti naik dua kali ganda.
  • Panaskan ketuhar pada suhu 180 darjah. Sapukan roti dengan bancuhan telur dan tabur bijan di atas doh roti burger , akhir sekali bakar selama 18 ke 20 minit atau sehingga kekuningan. Bila roti telah masak keluarkan dari oven dan sapukan dengan mentega cair.
- tips supaya bijan melekat pada roti, mula-mula gliss roti dengan telur dan tabur bijan, masa baki bakaran ade lebih kurang 10 minit, buka pintu oven dan spray roti tadi dengan air, InsyaAllah bijan tu akan lekat elok je atas roti nanti.

Wednesday, January 27, 2010

Roti Paun

sebenonyer tak tau nak watkan diorg apa utk num ptg... nmpk roti nih kat blog bro rozzan terus dapat idea... tgk mamafami pong dh try n bg komen positif! cume tk nmpk bayang lagik kat blog mama. apalagik! aku pong kejut en.BM suh wat kije! hahaha... sedapnyer roti neh! dulu kicik2 pong suker gak makan roti nih! tp dulu apek jual.. naik motor keliling kampung! skrg itu apek rasanya sulah mati loo..! arap2 halal ler apa yg aku mkn dulu.. huhuhuu.. resepi dari dapur bro rozzan resepi asal plak dr rnana. tima kasih yer... resepi nih aku tk edit langsung dari sumber. arap maklom yer...

Bahan-bahan
  • *300 gm tepung
  • *80 gm gula
  • *20 gm susu tepung
  • 1 biji telur (saiz AA)
  • 1 camca teh yis (campurkan dengan 1/2 cawan air suam)
  • 1 camca besar majerin
  • 1/2 camca teh pelembut roti (bread softener)
  • sedikit bread improver
3 bahan bertanda * saya timbang sekali harung.. = 400gm semuanya..

Cara-cara
  • tepung + gula + susu tepung + bread improver = gaul biar bercampur
  • lubangkan tengah.. masukkan telur..
  • masukkan majerin
  • gaul rata then masukkan air+yis
  • uli then masukkan pelembut roti..
  • uli jadi doh (tak payah lama sangat.. asalkan dah jadi doh)
  • perap doh n biarkan naik.. (resepi asal suruh perap 2 jam.. saya letak kat luar rumah.. tak sampai sejam doh dah naik)
  • bentuk2kan... then saya letak majerin sikit kat tengah2 bun.. (macam tahi lalat laa)
  • bakar about 20 minit @ 180C
  • bila dah masak.. gliskan dengan majerin...
Nota dr sumber:
* lepas bentukkan tak payah tunggu dia naik lagi.. boleh terus masukkan kat oven..
* doh ni agak melekit.. so.. saya just tabur2 tepung je.. 1 adunan boleh dapat 16 biji bun yang sederhana..
*kalau mak saya dia tak tunggu doh ni naik pun.. lepas uli.. dia terus bentukkan.. then tinggal kejap then terus bakar.
* update: leh tgk breadmaker method di blog mamafami.

Monday, January 18, 2010

Chocolate Bread Cake

kombinasi yg beshh! roti ade, kek pong ade! dah lama tengok resepi neh kat dapur cikmat. pehtu smlm ronda2 nmpk plak kat blog kak.rinnchan! haiihhhhh... cam best jerk klu aku dpt makan! pelagik! projek berjalan dgn lancar... k.rinn dh remind awal2 takut adunan tertumpah, so aku berhati2lah kununnyer! ghupernyer roti ngan kek tk balance! hahahahaha... takpolah! yg penting sodap roti kek neh! leh tengok step by step kat dapur k.rinn! tima kasih yer kak! mintak halal mau cnp resepinyer di sini.. tenkiu....CHOCOLATE BREAD CAKE
Sumber : Chef Khoo See Yew of DIY Home Bread

BAHAN A :
300gm high protein flour
5gm susu tepung
3gm bread improver
10gm serbuk koko

BAHAN B :
50gm gula castor
1/2 tsp garam halus
1/2 biji telur
180gm air sejuk
7.5gm yis segera
1/2 tsp choc emulco

BAHAN C :
15gm butter
15gm shortening

ADUNAN KEK :
2 butir telur gred A
150gm sponge mix perisa vanilla
30gm air
2.5gm esen pandan
60gm minyak jagung/minyak masak
**Putar kesemua bahan adunan kek dengan kelajuan tinggi selama 8 minit sehingga kembang dan gebu.

CARA-CARA:
1. Dalam mangkuk pengadun, campurkan semua Bahan A. Gaul seketika.
2. Masukkan semua Bahan B ke dalam Bahan A. Adun sehingga menjadi doh. Masukkan Bahan C dan terus putar hingga menjadi doh yang lembut dan elastik. Boleh uli guna tangan atau bread maker.
3. Bulatkan doh, tutup dengan plastik dan perap selama 30 minit.
4. Tumbuk doh untuk membuang udara. Bahagikan doh kepada dua bahagian.
5. Gelek leper dan gulung pada dua bahagian yang bertentangan.
6. Lengserkan dengan butter 2 tin loaf berukuran 4" x 4" x 6". Masukkan satu doh yang telah digulung tadi. Biarkan doh naik dua kali ganda.
7. Tuang adunan kek ke atas doh roti yang telah kembang tadi.
8. Bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 25min - 30min.

*utk adunan kek, hana gune resepi kek span sweet4ever yg hana penah cube sblm nih. sbb kiter tadak tpg sponge mix tuh.