
akceli arini umah kami menerima kunjungan tetamu.. memula plan nak wat macam2.. tapi di sebabkan darwish tak sihat, terbantut segala bende.... mujur la ader pastry nih.. senang kerja.. nih pong hubby yang tulun buatkan... sekalung tahniah buat Dr.Nam Duc, membe hubby dari vietnam yg sama2 study dengan en.hubbyku telah pong menamatkan pengajiannya. sedey la juga sbb dier nih lah kawan paling rapat hubby kat univ.. dan tima kasih kerna sudi berkunjung anak dan isteri ke rumah kami yang tak seberapa. hidangan pong ntah hapa2... hihi.... Jom layan puff sedap nih. resepi asal dari
cikmatgebu kite... tp pesen aku gebabak la skit sbb pastry asal nih bentuk pat segi tak sama. nk potong kecik sayang la pulak nanti ada yg kene buang..
Bahan-bahanBahan Inti Tuna:
- 1 tin tuna, tos dan hancurkan
- 1 biji bawang besar, dadu kecil
- 2 biji bawang putih, cincang halus
- 1 camca besar cili kisar
- 1/2 camca teh lada hitam kisar
- 2 biji limau kasturi, perah jusnya
- 1/2 camca besar sos tiram
- 1 camca besar kicap cair
- 1/2 camca besar mentega
- Secubit gula
Bahan Lain:
- 1 pack puff pastry jenama "KAWAN" (saiz 4 x 4 inci, ada 10 keping) @ jenis lain
- Kuning telur, disapu
- Sedikit lada hitam, tumbuk halus
- Sos pilihan (optional)
Cara-cara- UNTUK INTI TUNA :- Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang besar dan bawang putih hingga harum, masukkan cili kisar, sos tiram dan lada hitam, kacau rata dan tambah ikan tuna, kicap cair dan gula, kacau rata. Tuang sedikit air (anggaran 1/3 cawan), kacau dan masak hingga kering, akhir sekali masukkan jus limau kasturi dan mentega, kacau rata dan matikan api. Sejukkan inti sebelum digunakan.
- UNTUK PUFF TUNA KELOPAK :- Ambil 1 keping puff pastry, kerat kepada 4 bahagian sama besar. Ambil 1 bahagian, buat "X" seperti dalam gambar. Kemudian ambil 3/4 camca teh inti tuna, letak pada 1 bahagian pastry lagi. Tindihkan pastry yang dikelar bentuk "X" tadi. (hana sapu keliling dengan telur utk lekatkan kedua pastry).Tekan tepi2nya dengan garfu, seperti dalam gambar. Alih ke dalam loyang. Buat selebihnya dengan kaedah yang sama, hingga siap. Sapu kuning telur dan tabur dengan sedikit lada hitam kisar. Bakar dalam oven pada sugu 190C selama 25 minit atau hingga kuning keemasan. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum dihidang bersama sos kegemaran, jika suka...
CATATAN MAT GEBU :- Jika oven anda mempunya kipas, boleh
"ON" kan semasa membakar pastry puff tadi. Kaedah
"hot air circulation" ini akan menambah udara dalam puff pastry menjadikannya lebih tinggi, ringan, garing dan rangup......sumber dari
"Martha Stewart".....