Tuesday, August 31, 2010

Agar-agar Mangga Coklat

Arini layan puding wat sejuk tekak.... nak ngabiskan mangga lam tin belen aritu. anak2 cakap `sedap sangat la ma!` leh caya tak juri cilik aku nih?? tunggu karang pas magrib la yer.. saboo saboo... tp wat setengah adunan jerk dr resepi asal. dapat la hanya beberapa bekas.. hakhak.. resepi asal dari sini.

Bahan-bahan
  • 2 biji mangga masak
  • 1 paket serbuk agar-agar (10 gm)
  • 150 gm kepingan coklat - hana campur serbuk koko 1sb
  • 2 cawan susu cair - hana gune susu segar
  • 1/2 cawan susu manis
  • 1 cawan air - hana gune syrup mangga dan lebihkan 1/3 cwn sbb agak pekat
  • 1 sudu kecil esen vanila- x ltk
Cara-cara
  • Mula-mula kisar buah mangga dengan air. Ketepikan.
  • Tuangkan susu cair dalam periuk dan masukkan serbuk agar-agar.
  • Masukkan coklat.
  • Kacau hingga semuanya sebati.
  • Setelah mendidih masukkan mangga kisar dan esen vanila.
  • Kacau sebati dan rata.
  • Tuangkan dalam acuan dan sejukkan.

Kek Batik Jawa

Merdeka! Merdeka! Merdeka!! jerit dengan nada sopan...maklom la pose... hehehehe... Selamat Hari Merdeka buat semua rakyat Malaysia..jgn luper bersyukur kite idop aman damai rakyat makmur.. terima kasih buat nenek moyang kiter dan juga pejuang2 kite dulu yang memperjuangkan tanah air kita dari penjajah.. klu bukan kerana mereka, mungkin di saat ini kiter masih makan ubi rebus.. erkk... bukan ker skrg ni kita masih makan ubi rebus! maka, beringat2 la sejarah malaya ketika makan ubi rebus! sekian pesanan penaja.. hihihi.. nih bukan nak cter psl ubi rebus.. nih cter kek batik jawa! semalam watkan utk anak2. mmula nak wat layer cam wendy, tp saat2 akhir kemalasan melanda la pullak. humban jerk terus lam koli! haaaa sinang kelejer! resepi nih aku gune resepi dari kak.shidah. cam biasa, aku suker try mana2 resepi wpon dah byk n3 psl kek batik nih! heeeee... tima kasih kakshidah. aku wat setengan adunan dr resepi di bawah. sedap! anak2 cukup suker..

Bahan-bahan
Bahan A
  • 12 oz butter ( 350g )
  • 1 1/2 cup of sugar
  • 8 eggs (size B)
  • 1/2 tin of condensed milk
  • 2 tbs vanilla
Bahan B
  • 1/2 cup nestum
  • 1/2 cup cocoa
  • 1/2 cup milo
  • 1 1/2 cup water
  • 700gm biskut marie
Cara-cara
  • Cream butter and sugar, add eggs, condensed milk and vanilla.
  • Pastu tuang A dalam B, then kacau.
  • Masak atas api, slowly kacau sampai pekat. Mcm mana nak tau whether dah boleh tutup api ke tak? Bila dah likat mcm nestum campur air, then boleh la tutup api.
  • Tuang the mixture dalam bekas, pastu patah 4 biskut marie sampai habis. kena gaul and tekan biskut marie tu. pastu sejukkan, masuk dalam peti dalam 2-3 hrs.

Monday, August 30, 2010

Bebola Tauhu Ayam

Assalamualaikum dan salam sejahtera... kehadapan yang merindui dan yang dirindui.. sesungguhnya saya kabar baik. mudah2an esok lusa pong saya kabar baik.. sebenarnya tidak la kemana2.. sibuk juga memasak cam biasa. semalam wat iftar utk jamu org2 arab. tapi yg malasnya adalah meng`update blog! haii.. hentah kenapa.. semangat nak raya dah mmg xde sbb hubby awal2 lg ade konperens kat yokohama sampai raya kedua or ketiga. kitaorang?? korang paham2 ajer lah! huwaaaaa.. mencik mencikk.. taun lepas raya kat spital, taun nih raya tanpa en.somi.. oh! sadiss sadisss... org lain sibuk mengukis, aku sibok membola.. tak abes2 ngan bola... layan ajerlah! zassssss........ opss resepi dari matgebu. maceh mat!

Nota kaki: Tima kasih jiya bucuk bacin! berjaya gak aku godeh2 sendrik! :D

Bahan-bahan
  • 1/2 cawan isi ayam, kisar halus
  • 1 keping tauhu keras
  • 1 biji bawang besar, dadu kasar dan goreng dengan sedikit mentega, biar sejuk
  • 4 camca besar serbuk roti
  • 1/2 inci halia, parut dan perah jusnya
  • 1 ulas bawang putih, tumbuk lumat
  • 1/2 camca teh serbuk lada hitam
  • Garam secukup rasa
  • 1 pokok daun bawang, hiris halus
  • 1 biji cili merah, buang biji, cincang halus
Cara-cara
  1. Lecek tauhu tadi hingga halus, masukkan semua bahan2 diatas kecuali garam, kacau rata dan tambah garam secukup rasa. Gaul dan perap 15 minit.
  2. Panaskan minyak,biar sederhana panas. Sapu tapak tangan dengan sedikit minyak. ambil 1/2 camca besar adunan dan bulat2kan dengan tangan, masukkan kan ke dalam minyak sederhana panas lagi, buat 8 atau 10 biji bebola.
  3. Goreng hingga kuning, besarkan sedikit api dan terus menggoreng hingga kuning keemasan, angkat dan toskan atas paper towel. Hidangkan bersama sos cili atau sos kegemaran anda.

Friday, August 27, 2010

Kuih Lompat Tikam

Salam buat semua di hari Jumaat penghulu segala hari... mudah2an semua sihat dan dapat meneruskan kewajipan berpuasa seperti biasa. arini cik bedot teringin nak makan dessert si lompat tikam nih! kenapalah nama kat surat beranak dier cenggitu yerk?? kene lompat2 pehtu main tikam2 er... pehtu apa pulak beza ngan som som erk??! adehh konpius makcik... maybe somsom satu kaler jerk kot! tepung pelita?? lembik lg kot.. ahh tak kesahlah! janji sodappp... resepi selongkar dari dapur kak.yatie us yg dh balik negeri tuh.. resepi asal dari kak.liza. tima kasih kak.. resepi dikongsikan di sini pula yer..

another recipes : here and here

Bahan Lapisan Hijau
  • 1 cawan tepung beras
  • 1 s/b tepung jagung
  • 3 cawan santan cair
  • 1/2 cawan jus pandan + pewarna hijau
  • 1 s/k air kapur
  • secubit garam
Cara-cara
  1. Panaskan kukusan dan sapu minyak pada loyang@alas dengan plastik.
  2. Gaulkan semua bahan dan tapiskan.
  3. Masakkan adunan diatas api sebentar dan masukkan dalam loyang dan kukus selama 15 minit.
  4. Bila dah masak cakarkan sikit permukaan kuih supaya memudahkan bahagian lapisan santan melekat.
Bahan Lapisan Putih
  • 1 1/2 cawan tepung beras
  • 1 s/b tepung jagung
  • 4 cawan santan sederhana pekat
  • 1 s/k garam
Cara-cara
  1. Campurkan semua bahan dan tapiskan.
  2. Masakkan bahan kuih ini sekejap diatas api.
  3. Tuangkan adunan diatas lapisan hijau.
  4. Kukuskan selama 15 minit dan sejukkan
  5. Bila dah sejuk potong kuIh dan hidangkan dengan air gula merah.
Air Gula Merah
Bahan-bahan
  • 1 cawan gula merah
  • 1 cawan gula biasa
  • 2 cawan air
  • 1 helai daun pandan [ koyakkan]
Cara-cara
  1. Masakkan semua bahan sehingga mendidih.
  2. Tapiskan dan hidangkan bersama kuih lompat tikam.

Thursday, August 26, 2010

Biskut Irish

Salam semua... aku nih kan sebenonyer dah malas nak mengukis.. tapi kan... biler tengok kengkawan tgh sibok2 mengukis, haiizzz luluh juga iman aku! tapi nih wat setengah adunan jerk.. wat ilang kempunan kot! hahahahaa.... sedap sedapp.. erk...... :D .. leh tengok versi kak.ummi dan juga Ika. resepi asal dari matgebu yg glemer iteww yg di ambil dr fp maklang! maceh semuaaa...

Bahan-bahan
Bahan A:-
  • 180 g mentega
  • 20 g shortening (lemak sayur)
  • 130 g gula halus
  • 1 kuning telur
  • 1 camca teh nescafe (mat ganti dengan esen vanilla) - samolah den
  • 1 camca teh esen kopi (pun tak bubuh sebab tak de)
Bahan B:-
  • 200 g tepung gandum
  • 100 g tepung sagu ubi - xde. ganti tpg jagung 70g lebihkan gandum 30g
  • 1/2 camca teh serbuk penaik
  • 40 g nestum, dikisar halus
Bahan Hiasan:-
  • Kuning telur untuk sapuan - hana campur pewarna kuning sket
  • Gula bewarna atau apa jelah ikut suka, sebagai hiasan
Cara-cara
  1. Satukan semua bahan A dalam mixing bowl dan pukul hingga semua sebati dan berkrim. Perlahankan speed dan masukkan bahan B sedikit demi sedikit hingga menjadi doh yang lembut.
  2. Canai doh setebal 1/2 cm dan terap mengikut acuan kegemaran. Susun dalam dulang pembakar, sapu kuning telur dan hias ikut suka. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 150C selama 10 - 12 minit.
  3. Bila keluarkan dari oven, biar biskut dalam dulang sementara waktu (mat perhatikan, biskut agak lembut masa dalam keadaan panas). Bila biskut agak keras boleh dialihkan ke jaringan dan sejukkan sepenuhnya sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.

Bebola Roti Goreng

ramai dah mencube bola2 api nih... sedap ghupernyer! punyerlah jakun kan... mmula igt resap minyak. tp biler dah digoreng elok jerk macam makan cekodok. mcm begedil pong yer juga! tima kasih kawan2 yg rekemen resepi nih. terutama skali si manis Lizahanum melalui resepi maknyer yg dipelajari di Kemas. tima kasih liza... sedap sedapp... leh wat lagik nih klu ade belen2 roti tak abes...

Bahan-Bahan
  • 14 keping roti ( plain white bread) ~ potong menjadi kepingan kecil
  • 2 biji telur (saiz besar)
  • 3 batang cili merah ~ dihiris
  • 1 biji bawang besar ~ didadu halus2
  • sedikit daun sup/bawang ~ dihiris halus (guna daun sup lebih bangkit baunya)
  • 2 sudu teh serbuk lada putih
  • garam secukup rasa
  • perasa ikan bilis (guna 1/2 kiub)
  • minyak utk menggoreng
Cara-cara
  • Masukkan roti ke dalam mangkuk yg besar. Kemudian pecahkan telur ke dalamnya..
  • Masukkan cili merah, bawang, perasa ikan bilis yang diperoikan dan daun sup/bawang. Gaul rata-rata. (hana ramas2 agar padat isinya)
  • Akhir sekali, masukkan garam dan lada putih serbuk. Gaul rata2 dan kepal2kan menjadi bebola. Buat bebola roti hingga habis.
  • Gorenglah seperti anda menggoreng jemput-jemput biasa.
  • Hidangkan bersama sos cili yg anda gemari.

Air Soya Agar2 (Cincau)


air bbuka semalam... kesian kiter xde cincau kan, so aku wat la agar2 yg mirip2 cincau. hahahaa.. mujur tak buh belacan!! hah! buang tebiat ker hapa.. kahkahkahkah.. idea dr mamatok darwish. maceh kak..tp xde kaler itam.. cam tk penah jumpa jerk pewarna itam kat sini. takkan aku nak kerik2 si montot kuali! ishhh! nih bukan zaman pak belalang... nih bantai ajerlah ngan kaler kurosato! hahahahaaa... sodap jugakk! hikhik.... klu nak nengok resepi cincau leh tgk sini yer! daun cincau pong pestaim aku nengok.. tp ade owang buat tak letak gula.

RESEPI AGAR-AGAR - alternatif Cincau
Bahan-bahan
  • 2g serbuk agar
  • 300ml air
  • gula merah - ikut kemanisan masing2 - hana gune kurosato
  • daun pandan
Cara-cara
  • Masak semua bahan hingga mendidih.
  • Tapiskan dan masukkan ke dalam bekas. Sejukkan hingga agar2 mengeras.
  • Potong atau sagat kecil2. Tuang ke dalam air soya yg telah dikacau dengan air gula.
  • Masukkan ais. Sedia diminum.
  • Note: Bleh tuko ngan pewarna yg digemari.gula merah tuka kepada gula putih ye..

Wednesday, August 25, 2010

Nasi Kebuli - Resepi II

haaaa nih n3 aku yg last utk arini... jangan maraaa.. hahahahaa... resepi nih aku dapat dari Kak.Shidah yg slalu juga berkunjung kat blog aku nih. hi kakkk! hehehe.. k.shidah emel kat aku rekemen suh wat nasik nih. kak.jeni pong penah try nasi nih. mcm nasi ayam goreng! tapi bukan nasik ayam goreng! ia adalah nasik kebuli! lepas makan kene buli! wakakakakaa.... tima kasih kak! syedappp! kiter gune beras basmathi nih..tp yg bese2 jerk agak kontot bukan yg long2! hahaa... ppon sangat mengenyangkan makan nasik nih... gandingkan ngan dalca bawah sinunn supaya agak berkuah. tak `keseret` wong jowo ngomong! hahaha... leh tgk versi k.shidah di fb. Selamat bbukaaaa...

Bahan-bahan
Bahan A
  • 1 ekor ayam - potong 4
  • garam, kunyit
  • >>> gaul ayam dengan garam dan kunyit, perap for 8 hours
Bahan B - blend
  • 1 tsp ketumbar
  • 1/2 tsp lada hitam
  • 15 ulas bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 2 batang serai (resepi asal 4) - hana 1blend, 1ketuk
  • 1 tsp serbuk kunyit
Bahan C
  • 4 pot basmathi
  • 4 1/2 pot air
  • garam
  • 1 tbs chicken stock granules @ 1 ketul kiub ayam (optional)
Cara-cara
  • Basuh dan toskan basmathi
  • Masukkan air dalam periuk, bersama dengan bahan A and B.
  • Biarkan mendidih sehingga ayam 3/4 masak.
  • Keluarkan ayam, masukkan beras, garam and chicken stock.
  • Transfer ke dalam rice cooker, tanak hingga nasik masak.
  • Ayam yg 3/4 masak tu, goreng hingga garing, hidangkan dengan nasi.

Dalca Kacang Kuda

sebenonyer kan..aku tak brape gemor ngan dalca. tp entah kenapa arini aku nak gak buat utk digandingkan ngan si pulan bin si pulan. sedap jugak sebenanya dalca nih kan! pestaim nih buat ngan kacang kuda. wahhhh berlari laju aku lepas nih.. kahkahkahkah.... resepi dari jejaka idaman. sapo laie klu bukan matgebu! maceh mat..... klu nak versi kacang dal tgk sini yer.

Bahan-bahan
  • 500 g daging (nak sedap pilih yg ada "tetel")
  • 200 ml pati santan
  • 1 liter santan cair
  • 1 biji terung, didadu besar2
  • 2 biji kentang, didadu
  • 1 batang lobak merah, dipotong berbaji
  • 10 tangaki kacang panjang, kerat2 - xde
  • 2 cawan kacang kuda yang telah siap direbus
  • 1/4 bahagian bunga kobis, potong sekuntum2 - xde
  • 2 biji tomato, belah 2 setiap biji
  • 1/2 inci lengkuas, diketuk
  • 2 biji cili merah, belah 2 setiap biji
  • 2 1/2 camca besar penuh rempah kari daging
  • 1 keping asam gelugor
  • 1 camca besar kerisik
  • 1 camca besar gula melaka
  • Garam secukup rasa
Bahan Kisar Halus;
  • 1 biji bawang besar
  • 4 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 3/4 inci kunyit hidup
  • 3 biji cili merah
Bahan Tumis;
  • 4 biji bawang merah, hiris
  • 2 ulas bawang putih, hiris
  • 2 tangkai daun kari
  • 1 batang kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • 2 biji buah pelaha - aku tak tau nih buah apa. buah apa nih mat?? *update: lerrrrr pelaga mat yer! muahahahaha..k.ummiii..tgk mat niH!! wakakakaa

Cara-cara
  1. Daging disiang, cuci bersih, toskan. Kemudian rebus hingga empuk, asingkan daging dan stoknya untuk kegunaan kemudian. Rempah kari daging tadi dibancuh dengan 1/3 cawan air, kacau rata dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan2 tumis hingga harum dan bawang kepeerangan. Masukkan lengkuas danbahan2 kisar halus, tumis hingga pecah minyak, tuang bancuhan rempah kari, kacau dan tumis hingga garing.
  3. Masukkan kentang, lobak merah dan daging tadi, kacau rata dan tuang stok daging dan santan cair, kacau dan biar mendidih hingga kentang empuk. Tambah asam gelugor, bunga kobis, kacang panjang, kacang kuda dan terung. Biar mendidih perlahan.
  4. Tuang pati santan dan masukkan kerisik, gula melaka dan garam secukup rasa. Kacau sekali sekala, biar mendidih pada api sederhana. Akhir sekali masukkan tomato dan lada belah, masak sekejap dan rasa, jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama makanan kegemaran anda..Sedap juga dimakan bersama nasi putih..

Cucur Nasi Ikan Bilis

yang nih pula wat moreh pas terawikh ngan hubby.... selalu wat goreng2an mende frozen jerk! nih ader belen nasik leh la wat cucur. resepi skodeng dr dapur kak.zana semalam ms duk mengintai agar2. hihi... resepi asal dari kak.faridah. tima kasih kak... sedap cucur nih! rangup dan lembut.. xde sambal tumis, cicah sos jerk.

Bahan-bahan
  • 1 cwn nasi*
  • 1 cwn air* * diblender..
  • 1 cwn tepung gandum(boleh ditambah jika adunan lembik)
  • 1 biji kentang di sagat/dipotong halus
  • 1 biji bwg besar di hiris nipis or dadu
  • 1 biji lada besar dihiris nipis (jika suka)
  • Ikan bilis ikut selera
  • Daun sup/bawang (di hiris halus) jika suka
  • sedikit garam
  • Minyak untuk mengoreng
Cara-cara
  • Campurkan tepung ke dalam nasi yang telah dikisar.
  • Campurkan semua bahan2 hirisan, ikan bilis, garam dan gaul sebati
  • Panaskan minyak n goreng adunan cucur hingga masak.
  • Cucur ni mmg best jika cicah sambal tumis.

Sotong Goreng Belacan

nih lauk bbuka semalam.... walaupon simple tapi sedap! wat sahur pong kompom selera... kalau nak lagi pedas buh jerk ketuk2 cili padi. wallahhh! resepi matgebu yang menten gebu dan power rangers! kekekekeke.. thanx mat!

Bahan-bahan
  • 5 ekor sotong saiz besar
  • 2 biji cili hijau, hiris serong
  • 1/4 camca teh serbuk kunyit
  • 1 biji bawang besar, hiris
  • 2 ulas bawang putih, hiris halus
  • 1 camca besar sos tiram
  • 1/2 inci belacan + 2 camca besar air = larutkan
  • Sedikit air, untuk kuah
  • Garam dan gula secukup rasa
Cara-cara
  1. Sotong dibersihkan, asingkan kepala dari badan, buang mata dan paruh sotong, manakala badan sotong potong gegelang, cuci sekali lagi dan toskan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis hirisan bawang besar, bawang putih, serbuk kunyit dan cili hijau, kacau rata hingga layu. Masukkan sos tiram dan belacan tadi. Kacau rata.
  3. Masukkan sotong, masak hingga sotong berubah warna, tuang air dan perasakan dengan garam dan secubit gula. Kacau dan biar mendidih sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan segeran bersama nasi hangat.

Tuesday, August 24, 2010

Cendol!!

cendol versi kontot! resepi lihat di SINI yer puan2..
satukan bahan2 mengikut selera masing2... santan aku campur ngan susu segar sket. katanya nak kurang kolestrol.. erk... yer ker?
perlu dikacau menggunakan jari telunjuk yer sidang penonton...
haaa beginilah hasilnyer... kat bawah tuh bukan sudu yer puan2. tuh kayu.. hahahaa

Agar-agar Santan Gula Melaka

Salam semua.... aku suker mkn agar2 neh! dolu kicik2 time kenduri, aku mkn yg santan jerk, pehtu yg kaler transperen tuh aku tinggal suh owang lain makan! aku tak sukerr.. biler mak tnya, sape buat??! ngan selamber aku pong geleng2 paler... dan ngan terpakse rela mak aku jugak yg makan. hmmm anak sape ntah tuh! resepi nih aku suker sbb byk kepul2 santan naik atas. besttt! tima kasih kak.watie atas resepinyer. skodeng dari dapur kak.zana. leh tuko perisa pandan jika suka. ngan nama lain Agar2 Lumut.

Bahan-bahan
  • 10g serbuk agar-agar
  • 1/2 cawan gula merah
  • 1/4 cawan gula putih
  • 1150 ml air
  • 120ml air campur 1 paket santan serbuk(Akak guna jenama KARA)
  • 1 biji telur dipukul dengan santan tadi
  • secubit garam
  • 1 helai daun pandan
Cara-cara
  • Masak air dengan gula dan daun pandan (kalau guna gula merah cap bintang tak payah tapis)
  • bila gula sudah larut masukkan serbuk agar-agar dan kacau hingga semuanya larut
  • Kecilkan api
  • kemudian tuangkan campuran santan dengan telur, garam dan kacau terus hingga mendidih
  • Tuang kedalam acuan yang anda suka
  • Sejukkan baru di didinginkan dalam peti sejuk!

Monday, August 23, 2010

Asam Pedas Ayam

lama btol aku tak pekena asam pedas ayam nih... singgah kat taman cemerlang tadik la terus ghase teringin. ko mmg btol la na! mujur teringin xde isi.. wahahahahaa... korang penah try tak?? kali nih buh halba. ala halba yg gitu gitu tuhhh... perghhh cop jempol ko! try jangan tak try... tima kasih wat ana bini wahid! owang kampung aku nih... nak kim salam tak?? kikiki....

Bahan-bahan
Bahan Kisar
  • * 20 tangkai lada kering- digunting dn direbus terlebih dahulu
  • * 1 labu bawang besar
  • * 4 bawang putih
  • * 2 inci halia - hana tambah 1 inci kunyit idop
  • 6-8 ketul ayam - di bersihkan
  • segenggam asam jawa - diramas dgn 1 cawan air
  • 1 sudu besar halba - hana buh 1 sk je
  • 1 sudu besar lada hitam- ditumbuk halus - 1sk je kasar2
  • 1 batang serai - diketuk
  • daun kesum - ikut suka banyaknya
  • 1 biji tomato - di belah empat
  • 1 liter air atau lebih ikut suka sama ada nk pekat atau cair kuahnya
  • garam, gula dan bahan perasa secukup rasa
  • minyak untuk menumis
Cara-cara
  • panaskan minyak, tumiskan halba dan 2 senduk bahan2 kisar sehingga naik bau dan garing
  • masukkan air asam jawa dan kacau sebentar lalu masukkan air , serai , lada hitam, kacau dan tunggu sehingga mendidih
  • masukkan ayam, daun kesum dan dan masak selama 15 - 20 minit dan akhir sekali masukkan tomato, gula, garam dan bahan perasa secukup rasa . * masam dan pekat atau cair kuahnyer ikut selera masing2*
  • siap untuk di hidang dan dimakan

Puding Buih

arini layan dessert plak... sajer buh kat gelas malas nak telangkupkan... kang nak makan, curah jerk la kuah tuh kat ateh.. sblm nih dah penah buat, tp ade sedikit gagal. kali nih baru sukses gtu! erkkk sukses ker cekgu?? hehehehe.... maceh wat kak.nor bucuk bacin dan jugak ein. leh tgk puding diorg yg lawo gojez! hihihi... sape yg blom penah makan, korang bayangkan cam makan buih sabon.. tp nih lg selamat sbb btol2 buih yang boleh makan! kompomn korang tak masuk spital.. hihihi

Bahan-bahan
  • 1 paket agar2 strip (bertali ~ lebih kurang 35gm) ~ rendam dalam 1/2 jam dan toskan
  • 1.8 liter air
  • 9 sudu besar gula
  • 1 helai daun pandan ~ disimpul
  • 6 biji telur gred A ~ simpankan 1 kuning telur utk dimasukkan ke dalam kuah
  • 1 tin fruit cocktail ~ optional
  • pewarna dan paste ikut citarasa ~ saya gunakan pewarna merah dan paste strawberi, tak nak letak paste pun tak mengapa tp letaklah esen vanila utk tak nak bg bau hanyir telur
Untuk Kuah
  • 1 tin susu cair
  • 2 tin air (guna tin susu cair)
  • 7 sudu besar gula ~ ikut citarasa, kalau suka manis tambah sendiri ya..
  • 2 sudu besar tepung kastard
  • 1 biji kuning telur yg diambil dari 6 biji telur td
  • 2 helai daun pandan ~ disimpulkan
  • 1/2 sudu kecil garam
Cara-cara
  • Masak agar2 bersama air, gula dan daun pandan hingga mendidih. Bila dah mendidih masukkan pewarna dan paste mengikut citarasa masing2. Kacau sebati.
  • Bila agar2 dah suam2 panas, pukul telur hingga betul2 kembang dan gebu. ( 6 putih dan 5 kuning sahaja ya). Bagi yg cuma ada mixer cap ayam mcm saya ni or hand mixer boleh lah asingkan putih dan kuning telur tu. Pukul dulu putih telur hingga menjadi kembang (kalau kita terbalikkan mangkuk tu dia tak tumpah) baru dimasukkan kuning telur satu persatu sambil dipukul lg hingga betul2 kembang dan gebu.
  • Tuangkan adunan agar2 kedalam adunan telur dan kacau/pukul dgn mixer hingga sebati. Masukkan kedalam acuan yg telah diletakkan fruit cocktail. Fruit cocktail ini boleh juga diletakkan begitu saja dalam mangkuk berisi puding ni ketika nak makan.. Biarkan sejuk barulah dimasukkan kedalam peti ais.
  • cara membuah kuah:
  • Masukkan kesemua bahan kedalam periuk dan masaklah hingga mendidih. Kuah ini hendaklah sentiasa dikacau supaya tidak berketul. Bila dah mendidih, tutup api dan biarkan sejuk. Bila dah sejuk masukkan dalam peti ais.
  • Bila nak menghidang, letakkan puding ke dalam mangkuk dan curahkan kuah. Sedap dimakan masa sejuk.
**Bagi yg mempunyai lebihan telur putih (spt membuat kek lapis yg tidak banyak menggunakan putih telur, boleh aje gunakan 9 putih telur utk satu adunan ni. Resipi asal puding buih tidak menggunakan kuning telur, cuma putih telur. Bg saya puding buih lebih sedap kalau kita gunakan putih dan juga kuning telur, lebih lemak2 gitu. Dengan tu tak lah membazir kuning telur tu.

Aku buat ikut sukatan Ein, tapi separuh daripada adunan dibawah.. klu buh bekas kecik2 banyak juga leh dapat. tapi sape tekak beso, kompom tak cukup kot! hahaha... thanx ein.

Bahan-bahan
  • 2 paket agar2 serbuk ~ 1pkt 10gm
  • 1.2 liter air
  • 6 sudu besar gula pasir
  • 1 helai daun pandan
  • 4 bj telur A ~ simpan 1 kuning telur utk digunakan dlm kuah
  • esen vanila
  • pewarna/emulco yg disukai
Cara-cara >> sama seperti di atas.

Sunday, August 22, 2010

Kerabu Peria

peria lagi... hehehehe... nih last kopek la nih baki yg aritu. kunun2 nk wat gulai ngan udang. tp tak jadiklah! sbb dah masak kari kepala ikan. sedap btol ko! tak rasa pahitnyer pong biler dbuat kerabu. lagi satu berkhasiat gtu! kan kan kan... resepi skodeng dari dapur kak.anymz. tima kasih kak.. lap uuu.. hihihi.. kak, kiter edit sket er cara2nya.. mintak ampon sket! heee... slamat berbuka semua.......

Bahan-bahan
  • 3 biji peria- dihiris nipis
  • 1 biji tomato- buang empulur dan dihiris nipis
  • 1 labu bwg besar- dihiris halus
  • 1 sudu besar kerisik
  • 1 sudu besar udang kering- ditumbuk
  • daun ketumbar-dihiris halus
  • 1 batang serai- dihiris halus
  • cili api -ikut suka nak pedas buh le bebanyak-dihiris halus jugak
  • sedikit gula dan garam
  • air perahan limau nipis
Cara-cara
  • Rendam peria dengan 1 sudu kecil garam. Kemudian perah buang air garam.
  • Masukkan mangkuk dan satukan dengan bahan2 lain.
  • Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  • Hidangkan.

Kroket Kentang Mayonis

request en.hubby semalam nak makan kroket.. selalu tuh ader jerk kat freezer wat stok! nih sbb dah abes la nih kene wat lagik... kali nih buh mayonis! sedap sangatt! rasa lemak2 berkrim gtu... budak2 mesti suker!

Bahan-bahan
  • 5 biji kentang medium
  • 1/4 biji bawang bombay @ bwg kuning besar - cincang
  • 1 sudu makan carrot - cincang (optional)
  • 1/2 sk serbuk lada putih
  • 1 sudu besar butter
  • 1 sudu besar mayonis
  • 1 sudu makan gula
  • garam
Untuk Saduran
  • Telur
  • Breadcrumbs
  • Tepung gandum@tpg maizena - hana gune tpg katakuriko@potato starch
Cara-cara
  • Rebus kentang hingga empuk. Jangan terlalu empuk sbb akan mengakibatkan kroket lembik dan pecah semasa digoreng.
  • Kupas kulit dan masukkan ke dalam mangkuk. Masukkan butter dan mayonis. Lenyek kentang sehingga halus. Jangan kasar2 yer..Dan jangan tunggu sejuk! susah pula nak melenyek halus.
  • Masukkan serbuk lada putih, bawang, carrot (jika suka). Gaul sebati kemudian perasakan ngan garam dan gula.
  • Ambil sedikit dan kepal2kan. Bentukkan oval dan leperkan sedikit.
  • Untuk saduran - Bedak2kan kentang ke dalam tepung. Masukkan pula ke dalam telur yang telah dkocok. Kemudian ke dalam breadcrumbs. Utk saduran yang agak tebal, ulangi proses tadi.
  • Panaskan minyak. Goreng hingga keemasan.
  • Boleh juga di frozenkan sebelom digoreng. Susun tidak berlapis dalam plastik ziplock. Kemudian simpan dalam freezer.
  • Hidangkan dengan sos cili, mayonis, atau mustad. Enak juga dimakan begitu sahaja.

Saturday, August 21, 2010

Nasi Ayam Goreng

ishhh ishhhh... nih sape yg tak pose neh er?? biasa dier! wakakakaka... resepi nih dah lama duk list! alhamdulillah arini dapat buatt utk menu bbuka kami. anak2 siap bertambah makan. ayam dier lembut jaaa... try lah yer! promot nih! hihihi.... tima kasih wat cikmanggis aka makcik kantin yang anggun nan jelita. resepi asal dari tummy yang pandaiiiii memasak! thanx tummy.. mungkin akan berulang lagi menu nih. nasi nih aku padankan ngan sup ayam kosong dan jugak salada tomato n timun. leh lihat step by step by tummy dan juga cikmanggis. Ada sambalnya juga lihat dapur tummy yer.

RESEPI NASI AYAM GORENG (Nasi+Ayam Goreng)
Bahan-bahan


Untuk Nasi
  • 3 cawan beras basmathi-cuci toskan
  • 1 sudu makan rempah kari
  • 1 inci halia-tumbuk kasar
  • 4 ulas bawang merah-tumbuk kasar
  • 2 ulas bawang putih-tumbuk kasar
  • 1/2 labu bawang besar-potong dadu
  • 2 inci kulit kayu manis
  • 2 biji buah pelaga
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 1/2 cawan susu cair
  • sedikit kiub ayam
  • garam, lada hitam
  • daun ketumbar @ daun kari
Untuk Ayam
  • 6 ketul drumstick@ 1/2 ekor ayam potong2
  • 1sk Serbuk kunyit
  • 1sb Serbuk kari
  • Garam
Cara-cara
  • Gaul ayam dengan serbuk kunyit, serbuk kari dan juga garam. Perap sebentar. Kemudian goreng hingga masak. Angkat dan toskan.
  • Dalam periuk, panaskan minyak tumiskan bunga lawang,kayu manis dan buah pelaga serta bahan bahan yang ditumbuk dan rempah kari hingga wangi.
  • Masukkan beras dan kacau hingga sebati atau mesra rempah2 tadi.
  • Tuangkan susu cair dan 3 cawan air (bergantung jenis beras basmathi).
  • Susunkan ayam goreng diatasnya dan masukkan garam serta kiub ayam.Masak nasi hingga masak.

Mee Sup Tulang

Menu berbuka semalam... punyer la lama merebus sampai isi tanggal terus dari tulang! daging pulak hampir ancus dbuatnyer! hahaha.. dah ler gune preasure cooker. leka layankan di darwish ngan dak2 bujang nih. resepi bese2 jerrr...

Bahan-bahan
  • Mee kuning - celur sebentar dan toskan
  • 1kg tulang daging
  • 2 inci halia ketuk
  • 1 inci lengkuas
  • 1 batang serai
  • *4 biji bawang merah - hana gune 1/4biji bwg besar
  • *2 ulas bawang putih
  • *1 inci halia
  • Rempah tumis secukupnyer
  • 1 sudu besar rempah sup @ 1sk serbuk jintan manis, putih dan ketumbar - hana tambah serbuk kunyit sket
  • 1 ketul kiub ayam - hana campur ngan kiub daging
  • 1 batang saderi - kerat
  • 1 biji carrot - potong
  • 2 biji kentang - potong (optional)
  • 4+ biji cili padi - ketuk (jika ingin pedas)
  • Limau nipis (jika ingin masam)
  • Daun sup @ daun saderi
  • Bawang goreng
Cara-cara
  • Rebus tulang daging dengan halia, lengkuas dan juga serai hingga empuk.
  • Kisar@tumbuk bahan yang bertanda *. Panaskan minyak dalam kuali, tumis rempah tumis hingga naik bau. Masukkan bahan tumbuk dan rempah sup yg telah dibancuh sedikit dengan air. Tumis lg hingga naik myk.
  • Masukkan kiub ayam@lembu. Kemudian tuang terus ke dalam periuk daging. Masukkan skali carrot, kentang dan juga daun saderi. Rebus lagi hingga carrot@kentang empuk. Perasakan dengan garam. Jika suka masam2 pedas boleh campurkan cili padi dan juga perahan limau.
  • Curahkan sup tulang ke atas mee yang telah dicelur tadi. Taburkan dengan bawang goreng dan daun sup@saderi. Hidangkan dengan sambal kicap.

Friday, August 20, 2010

Kek Kukus Buah-buahan

Jumpa kembali di ramadhan yang ke 10. alhamdulillah pejam celik kejap jerk dah ari yg ke spoloh kan kan.... dan bape banyak pula amal kita dah buat lam masa spoloh ari tu.. meh ler kita tambah2kan lagik agar berganda2 pahla yg kita dapat. mudah2an... pagi td jengok kat dapur rima nengok kek nih terus terguda abes! cun sehh kek dier! kek CMG lagi la cung sampai pihak lain sanggup curik! kan kann... nih ler kek krontoversi yg dikatakan itew... siyes la..kek nih aku lom makan pong aku dah tau sodap! apalagik klu dpt makan, ntah2 pingsan tertonggek bwh meja! kahkahkahkah... maceh rim ko bg aku semangat nak buat! n maceh mat atas resepimu yg meletopsssss!! perghhhh.. akceli aku wat setengah adunan jerk! mix fruits plak tak cukup, jd aku lebihkan kismis itam. layannzzzzz...

Bahan-bahan
  • 375 g buah2an campuran (mix fruit)
  • 250 g mentega "Golden Churn"
  • 300 g tepung gandum*
  • 1 camca teh sodium bicarbonate*
  • 1 camca teh cream of tartar*(*disatukan dan diayak)
  • 3 biji telur gred A
  • 150 g gula kastor (boleh juga guna 'brown sugar')
  • 150 g gula pasir (untuk gula hangus)
  • 1/4 cawan badam keping (flakes almond) - x ltk
  • 1 biji pala, diparut (nutmeg)
  • Ceri merah/hijau untuk hiasan - xde
Cara-cara
  1. Didihkan air dalam kukusan. Lenser tin berukuran 8 inci x 8 inci x 3 inci dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas minyak, lenser juga kertas tadi. Tepung digaul bersama cream of tartar, soda bicarbonate dan ayak. Parut biji pala dan gaul rata. Masukkan buah2an campuran dan badan keping ke dalam tepung, gaul rata. Ini bertujuan mengelakkan buah2an tadi mendak dan tidak berterabur. Ketepikan.
  2. Putar mentega bersama gula halus hingga kembang. Masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga gebu. Jarak waktu untuk setiap biji telur ialah 1 minit. Putar rata. Pada kelajuan perlahan, masukkan tepung + buah2an campuran tadi, gaul hingga rata dan matikan mixer.
  3. Masak gula pasir tadi dengan api sederhana hingga menjadi karamel, terus mengacau hingga karemal bertukar coklat keemasan. Tuang dalam adunan kek tadi dan on kan mixer, putar rata. Berhati2 ketika memasak dan menuang gula hangus kerana panas dan merbahaya.
  4. Alih adunan ke dalam tin, susun ceri seperti dalam gambar, jika suka. Tutup dengan aluminium foil, kemaskan dan ikat kelilingnya dengan tali rafia. Kukus 4 jam. Lepas sejam, periksa air dalam kukusan, tambah menggunakan air panas juga, jangan guna air sejuk!.. Bila masak keluarkan kek dan biar sejuk sepenuhnya. Bungkus dengan plastik cling dan simpan dalam bekas sesuai..

Thursday, August 19, 2010

Mango Orange Milkshake

Salam semua... tima kasih kerna bertanya kabar tuan ghumah. tuan umah sihattt! cumenyer malas nak update masak2. aku idangkan air jerk la yer utk arini... masak simple jerk tomyam campur request en.hubby. Air sedap nih skodeng dari dapur kak.Jun@JC yang mungkin skrg ini sedang dibuai mimpi indah nun di Orlando. hihi... tima kasih kak atas resepinyer. Untuk Orange Sherbet tuh kalau rajin wat la sendrik. tgk sini resepinyer. skip si `v` tuh yer! Aku gune eskem oren bli jerk! hehe...

Bahan-bahan

  • 2 cawan puree mango ( k.jun n hana guna yg dlm tin)
  • 1 cawan bumbung orange sherbet atau sorbet atau ice cream
  • 1 cawan orange jus
  • 1 cawan fresh milk
  • 12 ketul ice
Cara-cara
  • Kisar semua dlm blender hingga smooth.
  • Enjoy!!

Wednesday, August 18, 2010

Puding Karamel Lapis Coklat



assalamualaikummmm.... alhamdulillah dah 8 hari kiter berpuasa. dan alhamdulillah dapat meneruskan tarawikh dan tadarus cam biasa... cuma arini lepak sket lah! sbb wat urusan pasport darwish tadik. menu makcik bedah arini nasik ayam ngan ayam panggang dan jugak puding karamel nih. air plak lemon tea... meh sape nak join bbuka ngan kitaorang?! tapi nasik bawak sendrik yer! wakakakakaa.... resepi jelin2 dari dapur kak.An yang tengah berpantang tuh! sebenonyer dah penah buat sebelom nih..tp tak cantik sbb gune susu segar. arini alhamdulillah nampaknya sukses cume xde pes coklat jer.. leh tengok puding cantik lain di dapur ijan dan juga kak.ummi. tima kasih wat maklang dan semua penyumbang resepi. SELAMAT BERBUKA!

Bahan-bahan
Bahan:-(A)
  • 1 tin susu cair (Nestle Ideal)
  • 5 sudu besar gula
  • 3 biji telor gred A @ 4 biji telur gred B
  • 1 sudu kecil esen vanila
Bahan (B)
  • 1 tin susu cair
  • 5 sudu besar gula
  • 3 biji telor gred A @ 4 biji telur gred B
  • 4 sudu besar serbuk koko/1 sudu kecil serbuk nescafe + 1 sudu kecil pes coklat
Bahan (C)
  • 2 sudu besar gula - hanguskan dan campur 4 sudu besar air panas
  • atau boleh guna 2 sudu besar madu
Cara Membuat:
Kacau bahan A dan bahan B dalam dua bekas berasingan. Tapiskan. Panaskan periuk kukusan, masukkan gula hangus atau madu dalam loyang 8 x 8 inci. Masukkan 1/2 cawan adunan bahan A dan kukus selama 5 minit atau hingga masak. Bila dah masak, tuangkan pula sukatan yang sama bagi adunan B atas adunan A. Ulang A dan B berselang seli hinga habis. Sejukkan dan terbalikkan ke dalam pinggan hidangan. Potong dan hidang.

Nih adalah sukatan yang aku buat. Buat setengah adunan dari resepi di atas. Maklom ler rakyat tak ramai pehtu sbb nak mudah skali adun jerk! heee... Guna mangkuk pyrex 5 inci.

Bahan-bahan
  • 4 biji telur gred B
  • 410ml susu cair @ 1 tin susu cair
  • 4 sudu besar gula
  • 1/2 sk esen vanila
  • 2 sudu besar serbuk koko / 1/2 sk nescaffe + 1/2sk pes coklat >> campurkan dengan sesudu air panas supaya serbuk koko tidak berketul2.
Karamel
  • 5 sudu besar gula
  • 4 sudu besar air panas
Cara-cara
  • Untuk membuat karamel - Hanguskan gula sehingga perang. Masukkan air panas dan kacau hingga cair dan gula agak pekat. Tuang terus ke dalam loyang@bekas. Ketepikan.
  • Mangkuk lain, satukan telur dan juga gula. Kacau menggunakan whisk hingga gula larut. Jangan sampai berbuih.Masukkan susu cair. Kacau kemudian tapis.
  • Bahagikan adunan kepada dua bahagian. Satu bahagian masukkan pes koko tadi.
  • Panaskan periuk kukusan. Tuang secawan@setengah cawan ke dalam loyang karamel tadi dan kukus hingga masak lebih kurang 5-7min. (bergantung ketebalan lapisan). Buat sehingga habis secara berselang seli. Pastikan penutup pengukus diikat dengan kain supaya air tidak menitik ke atas puding.
  • Angkat dan sejukkan terlebih dahulu. Sisipkan tepi loyang dan telangkupkan. Potong dan hidangkan.